Archive | September 2009

I really need a break!

Penat. Letih. Sakit badan. Seme2 la. Semlm angkat brg 4 trip. mm, 4 ker 5 dah lost count. tido pun dah kul 2 lebih. pg ni bgn rasa bdn2 sengal2 smcm. mcm nak demam pun ada. dtg ofis dgn keadaan letih dan tak semangat. cemana nak wat keje? giler ngantuk. tadi pi dgr honours seminar jap. masuk org yg ketiga present aku dah nak pejam2 dah. pening tahan ngantuk. sudahnya aku keluar jek. kang ada plak tergolek tertido kat seminar room.haha.

tak sabar nak tgg weekend. bole rehat and tido lama sket. tapi mlm ni nak gi berkemas lg. tgl nak lap2, mop dgn vacuum jek. bsk landlord nak dtg amik kunci and check umah. penuh ruang tamu dgn brg2 yg diangkut mlm td. mana yg tak guna mmg aku humban jek. takpun simpan dlm store. Aih, bila fikir2kan byk lg keje yg menunggu kat rumah, lemah lutut rasa. takpela, kemas sket2. so that weekend bole berehat. kalau ade open house lg bgs. aku tak yah msk. giler tak larat. time2 ni kalo kat mesia best. beli jek mknan kat memana. anytime. mmm..rindunya kat malaysia!!!!!!!!

Advertisements

Pengalaman raya ke-3 di perantauan

Hari ni dah hari raya ke-4. Takde rasa suasana raya. Actually ptg raya first lepas balik dr raya rumah TYT Brunei tu dah rasa mcm tak raya. Sedih. Huhu. Sbb kat malaysia or singapore pegi berjalan raya dr pagi sampai ke mlm. Sambung plak tu hari-hari seterusnya sampai cuti habis. Ada je rumah nak pegi. Anyway, Hari Raya ni aku buat rekod lagi masak lauk raya sendirian. Dulu memsk sensorang masa Raya Haji kat Makassar. tapi time tu takde masak rendang dan buat 2 lauk jek. Kali ni 4 : rendang daging, ayam masak merah, kuah kacang dan lodeh. Dengan penat berpindah randah 2 hari sblm raya yg masih tak hilang sehingga hari ni, aku berjaya jgk. Tapi takde org pun dtg rumah sbb blom jemput lg. Baru pindah, barang pun ada tak angkat lg. Bagi lauk jek la kat jiran baru sblh rumah. Sudahnya, 3 hari mkn lauk raya sbb aku penat nak msk. haha. Ni mlm kang nak angkat lagi sket. Ari2 angkat sket2. nasib baik ada gap semgg sblm bg kunci and house inspection. bole la kemas sket2. takpela byr double rent tp yg pntg tak kelam kabut. Jenuh jgk nak angkat brg sbb rumah baru kat tingkat satu. kena naik tangga. Aku rasa kurus sket. haha. Kitaorg ni asal raya jek pindah rumah baru. haha. nak buat cemana. Time2 gini plak kena pindah. Tahun lepas semgg sblm raya berpindah. Tahun ni giler sket, 2 hari sblm raya mengangkut brg. Org sibuk takbir raya, aku sibuk kemas2 lg, dgn memasak. Berhari raya di rumah baru. bagus jgk. Bole buat housewarming + open house serentak mcm last year.

Ari ni masuk ofis pun takde mood sbb penat masih terasa. Keje tak buat bertangguh dah semgg lebih gara-gara pindah dan raya. Lama lagi kot dr tu sbb sblm tu sibuk pi inspection umah jek. Aku rasa supervisor aku dok menunggu draf dr aku yg tak kunjung tiba dlm inbox dia. hehe. Apa-apa pun kena siapkan before kawan2 aku dtg next week sbb aku nak pi enjoy puas2 kat Sydney dgn diorang.

Tahun ni pagi raya smyg kat rumah Malaysia (rumah embassador) buat pertama kalinya. dapat la dgr khutbah raya dlm bahasa melayu. Pastu jamuan mkn2. Byk jgk mknan. Tapi kejap jek sbb lepas tu raya ke rumah TYT Brunei plak. Tahun ni dapat raya kat rumah TYT Brunei dan High Comm dia sbb abg aku keje dgn diorang. Lain la sket muka-mukanya dan mknan pun tak byk beza. Org melayu jgk. Cumanya aku suka cara diorang yg sgt mesra especially wife TYT Brunei tu. Sgt peramah dan tak sombong. Semua org ditegurnya, senyum memanjang. Pengalaman yg lagi satu takyah la cite. tak menarik. hehe. Aku syok mkn kek lapis yg mcm2 kaler dan patern mcm kek lapis sarawak. Yela, org Brunei ni ckp mcm org sarawak, so rasanya mknan diorang pun ala2 sama kot.

tahun ni aku rasa tak nangis sgt time raya. maybe sbb takde rasa suasana raya tu sgt kot. or maybe sbb dah distract dgn benda2 lain. sempat nak sebak2 jek. pastu terus kena cut dgn mak aku. hehe. dia pun tak nak melalak sama. dan ayah yg buat lawak semata2 takmo aku nangis2. sian parents aku beraya berdua. takpela, thn depan insyaAllah aku bole beraya sakan dgn diorang. suami aku pun kesian. dpt cuti raya sehari jek. itupun apply cuti sendiri. takde public holiday.

Penat aa. Internet plak takde kat rumah. Bosan. Blom transfer lagi dr rumah lama. Mmg best kalo dpt pi bercuti berehat2, pi sauna ke, pi spa ke. Tapi apa2 pun keje kena siapkan! uwaaaaaaaaaaaaaaaaa! 😦

raya dan pindah

Lagi 2 hari jek puasa then raya. Macam tak caya. Cepat betul la masa berlalu. Dan aku masih dengan life mcm biasa. Tiada yang lain. Mcm takde raya.  Betul ke ahad raya? ish…ni raya paling tak raya aku rasa. Org sibuk nak raya, aku sibuk nak pindah. Kang raya nak msk apa la. brg pun tak beli.

Semalam aku gi wat inspection rumah lagi. Rumah yg pertama murah, dekat dgn uni, AUD425 per week, tapi kosong. Kena la beli furniture sndr. lg 8 bln nak balik mls sbnrnya nak beli2 brg lg ni. Design dia pelik la. Masuk2 pintu jumpa master bedroom, pastu jumpa dapur yg kat tgh2 ruang tamu. kecik. Lagi satu rumah fully furnished. Tak jauh dgn tmpt yg aku tgl skrg cuma lebih dekat dgn jalan besar. AUD500 per week, including electricity and water!! mm, mcm berbaloi. umah pon cantik. siap linen bantal2 seme. yg buat kitaorg suka sbb ada 2 pintu. so kalau msk2 bau tu tak stay dlm umah. aeration dia bgs la. cumanya jauh!. tapi dlm kedesakan mencari rumah skrg, mmg kalu dapat kitorg amik jek la.

malam tadi mimpi mcm2 yg buruk2. beberapa kali aku terjaga. ntah kenapa. harap2 tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Facebook oh Facebook

Hari-hari mesti aku bukak facebook. Dah mcm rutin. Kalau tak bukak tak sah.Kdg2 bukan nak update facebook sendiri. tapi nak tgk kwn2 seme apa cite. Yang selalu buat aku tergelak sorang2 bila baca komen2 bangang member2. mengingatkan aku pd zaman sekolah. Sampai skrg, dah besar pjg, perangai seme sama jek. Lagi sesetgh dah jadi bapak2 org, mak2 org. Aku rasa facebook ni mengurangkan rasa rindu aku kat Malaysia. Ntah. Sebab aku rasa byk org yg ‘dekat’ dgn aku walaupun lama dah tak bersua muka. Tapi yg takleh tahan tgk bdk2 ni main game kat facebook. Mm, takde keje sgt ke? hehe. aku malas la nak start sbb kalo start kang mesti addicted. Bagus jgk teknologi ni kan. Bole la berhubung pantas antara satu sama lain. Memang dunia ni kecik. Tapi aku kdg2 risau jgk nak approve org sembarang2. ntah sapa2 kan. kot la dia spy jek. Tapi apahal plak nak spy aku kan. aku bukan artis. haha. Besok kalau jd lecturer mmg aku tak approve student la kot. Sebab aku rasa facebook ni part of my personal life. Ok la, nak berfacebook kejap. hehe.:p

Apa nak jadi ni?

Hari ni dah hari Selasa. Ahad dah raya. Rumah blom dapat-dapat lagi. Minggu depan dah kena keluar rumah. Draft ‘result’ aku blom hantar lagi. Dah seminggu lebih bertangguh. Sibuk hal cari rumah punya pasal la. Sungguh takde mood aku nak wat keje ni. Bukan sbb mood nak raya. Takde lgsg mood nak raya. Rasanya ni first time aku wat bodo jek bila raya tiba. Satu hapah pun tak prepare. Umah tak kemas (packed brg nak pindah ada la. bersusun kotak2). Lantai tak mop. Carpet tak vacuum. Garden tak siram. Oh, cuma dapur jek aku lap hari2 sbb hari2 masak. hehe. Pendek kata, seme aku wat dek jek. Takde mood lgsg! Tapi baju raya ada la mak aku dah bwkkan hari tu. Tuh jek la. Sebab otak ni dok pikir pasal nak pindah randah. Dah tu dgn keje aku yg asyik tertangguh jek. Cemana nak gi Beijing ni? Sempat ke aku nak publish journal ni? Ikut hati mau aku berenti skrg! tapi aku waras lagi. Bole lagi kot, ada masa lg (aku selalu pujuk hati). Tension la. Mcm2 masalah plak lately. Byk yg peribadi. Ni kang kul 12 nak pi inspection umah lagi. Tolong la En. Rohan Arnold! cepat2 la approvekan application kami. Aku dah tak larat lagi nak house haunting. Sebabnya leceh nak wat application seme. Mengalahkan nak mintak keje. Dah la through agent kan. Byk sgt proses. Byk sgt dokumen.Skrg ni aku tak kisah la dpt rumah mana janji dpt rumah yg dekat dgn uni. Bole aku naik basikal plak lepas ni. Tak yah nak tumpang2 keta lagi kan. Bukan apa, aku malas nak ikut time org dah. Jadual sendiri lg senang. Ok, skrg aku kena wat keje. Ada lagi satu jam stgh jek nak fokus betul2. pastu nak kena gerak gi city plak. move it! move it!

Barbaju kurung di hari jumaat

Setelah beberapa lama menghilang diri dlm dunia blogging, kini aku kembali. Yeah! byk cerita-cerita menarik tentang kehidupan aku dan pengalaman yg akan ditulis disini (termasuk segala luahan rasa dan bebelan harian!). Perlunya blog bg aku sbb aku rasa benda ni bole release tension. ok, nnt cite pjg2. Hari ni penat sket sbb byk jln. Dah la berbaju kurung plak hari ni. hehe. entah mimpi apa. aku pakai baju kurung la pulak. Bosan dah hari2 sarung jeans. Patutnya dah hantar draft result kat supervisor, tapi tak buat2. Dok melagha depan pc. Sibuk cr rumah sewa. Kena pindah rumah. Pening2. Dengan nak cari duit bond lg. Melampau betul kat sini. Duit bond nak sampai 4 weeks rent. Pastu nak 2 weeks rent in advanced. Kalau semgg AUd420. cuba kira berapa aku kena sediakan!  Kalau la duit tu bole petik jek dr pokok depan umah aku, kan best. Takpela tu, akan difikirkan kemudian. I know I will survive. Nak dekat 3 thn dah aku kat sini. Tak sabo sbnrnya nak balik Mesia! (dah sah2 laki dgn mak bapak kat mesia, mmg la nak balik.hehe). Cukup2 la dgn pengalaman ni. Byk yg memerah rasa dalaman sampai kdg2 aku rasa numb. Tak tau nak rasa apa. Penat dah dok nangis je (aku ni mmg ratu air mata, pantang sikit. Tapi skrg dah kurang byk! jd kebal kot.hehe).  ok, definitely mmg akan menulis lagi. tgg jek la celoteh aku yg tak penah abis ni. daaa!:-)