Archive | October 2009

Open House Raya 2009

Masih lagi penat. Sakit pinggang. Sakit badan. Sakit tumit. Semua2 la. Alhamdulillah jamuan open house berjalan lancar. Hampir 100 tetamu hadir memeriahkan jamuan kami. Terima kasih. Terima kasih juga diatas pujian2. Kami hanya mahukan yg sedap dan terbaik untuk anda semua. cewah. hehe. Tahun ni sekali lagi kami buat combined open house dgn Faiz dan Dy. Menu tahun ni lain sket dr tahun lepas. Kalau tahun lepas ada Mee bandung. Tahun ni buat Asma Rojak, Ayam Percik, Nasi Ayam dan juga Bihun Sup + Bergedil dan kuih ketayap. Proses memasak takde la sampai tak tido. Kul 1.30pg dah tido dah. Subuh dah bgn membancuh tepung cucur udang utk rojak. So mmg dpt tido la. Sebab dah bahagi2 job. Aku masak rojak dan nasi ayam. Dy msk bihun sup+bergedil,Sha dgn yudi uruskan ayam percik. Ayam percik marvellous giler. Terima kasih pd puan sha dgn resepi belasah jek dan encik Yudi yg ‘terkangkang2’ bakar ayam. hahahaha.ops, bukan ayam kangkang yer. hehe. kang kembang plak tekak. Byk jgk. Dekat 200 pieces.  Mlm sblmnya hanya prepare masak kuah rojak dan marinade ayam percik jek. Bsknya baru ada sesi bakar-membakar dan goreng menggoreng. Terima kasih la pada Uncle Lan dan Aunty Anoi yg pinjamkan kerusi meja, dapur belangkas, periuk nasi giant dan tmpt menghidang. Aku msk kat balcony jek. Lenguh kaki bgn diri. Sbb kat dlm rumah pun tgh berlangsung proses memasak nasi dan benda2 lain. Keluar masuk jek keje aku. Tuh yg bila sampai kul 2ptg tetamu dtg aku rasa lenguhnya kaki. Majlis smp ke mlm pulak tu. Tetamu terakhir meninggalkan rumah jam 10.20mlm. Masa tu mmg dah rasa nak pejam jek mata. Dah duduk nak bgn pun susah. Seme sakit.haha. Tapi sgt2 puas hati sbb makanan cukup dan siap boleh tapaukan adik2 jr bwk balik. Ramai yg dok mengendeng nak tapau sejak mkn lagi. Aku suruh tgg smp tetamu seme abis mkn. Baki bole la tapau. Kang sian plak org dtg makanan takde. Aku rasa penat msk hilang sebab seme suka dan enjoy mkn. Plus kena puji2 lagi, semakin kembang la segala urat saraf dan lemak2 dlm bdn aku. hahaha.Tapi apa2 pun, aku mmg happy sbb dpt jamu org makan. Tahun ni last beraya kat sini. Next year insyaAllah aku beraya dgn family kat Malaysia pulak. Mmg mengharap sgt2. Dah 3 thn beraya di perantauan. Cukup2lah tu. Meriah sungguh rasa open house kali ni. tiap2 tahun pun meriah. tapi thn ni lebih sket meriahnya. Dan sekali lagi open house dirumah baru. hehe.:-)

long weekend in Sydney

Lama tak blog. Sibuk sbb kawan2 dtg dr Malaysia. Bwk jalan2. Weather pulak pelik. Kejap ujan kejap panas. tapi byk yg hujan. Kesian Zana dgn Nurul kerana percutian penuh dgn hujan!hehe. itu blm termasuk kami buat drama hujan.haha. Rindu dah kat diorang. Bila jumpa balik, rasa mcm zaman2 kat U dulu. Gelak2 mcm takde masalah, buat2 lawak bangang, usik2. Tapi seme pun dah makin dewasa. Perjalanan ke Sydney hari sabtu hari tu agak smooth. Cuaca boleh dikatakan elok la masa kat highway. Hujan renyai2 sket jek. Tapi angin sgt sejuk dan kuat semasa kami berhenti di McDonalds Goulbourn. Mm, Nurul drive sepanjang perjalanan ke Sydney. Aku drive masa dlm city jek. Hujan lebat giler. Merasa la kami drive Mitsubishi Lancer yg agak baru (Model 2008 tuh) cuma aku tak suka seat dia agak keras dan bunyi enjin agak kasar. Maybe sbb aku sll bwk civic dia bunyi senyap jek kan. Interior dlm civic pun lebih kemas, cantik dan elegant gitu.hehe. Lancer ni mmg nmpk sgt ke’sport’an dan kelakiannya nya. Sabtu tu ingat nak ke Bondi beach, hujan sgt lebat tak jadi la nak ke Beach. Hanya sempat pi Darling harbour dan membayar tiket parking yg berharga AUD22 kat Star City (giler mahal! tapi penah kena lagi mahal iaitu AUd25 kat Sydney Opera House). Sblm tu pi Paddy’s Market. Nurul kehilangan wallet kerana telah diseluk oleh penyeluk beg. Tapi mmg ramai giler manusia dan jalan bersesak2. Maybe sbb cuti pjg. So few hours spent buat report seme termasuk report polis. Mlm tu dah kepenatan pastu tgg org kat Msian Hall yg membuat onar sbb takleh nak check-in sbb dia pi open house raya. Bole tak? So lepas kul 10 mlm kami baru bole check-in. Dekat sejam lebih jgk kami lepak dlm kereta gara2 menunggu. Nak masuk kat situ tgh buat open house raya la pulak. Segan. Aku ingat nak bwk diorang jln2 pi Chinatown. tapi sbb ujan tak dpt la jln. Ahad tu pepagi dah kuar dgn harapan cuaca elok tapi harapan tgl harapan jek la. Cuma hujan tak selebat semlm. Pi Darling Harbour sekali lg utk bergambar. Pastu gi The Rocks utk mkn Pancake on the Rocks. Aku dah janji nak belanja diorang. Then jln2 kejap kat The Rocks Arts market. Amik Ferry ke Taronga Zoo. Penat btl. Zoo yg sgt besar dan berbukit2. Pastu balik Circular quay balik utk amik Ferry ke Manly Beach. Semata2 nak makan Fish and Chips and tgk Beach.haha.Ujan renyai2 jek. Fish and Chips dia mmg sedap. padanlah dapat awards dr Sydney Morning Herald. I like!:-) Sempat belasah ice-cream favourite aku Boynsenberry Ripple (Royal Copenhagen Ice-cream) dlm sejuk2 tuh. Dan aku pun baham 1 slice pizza setelah makan ice-cream. Giler byk mkn. balik dah kepenatan sgt2. Naik bas balik Msian Hall sbb dah pulangkan keta sewa. Nyaris2 silap turun. Kalau tak naya jek menapak mlm2.haha.

Bsknya tak ke mana sgt. sbb bas aku balik Canberra kul 1. So sempat mkn2 dan jalan2 kat Haymarket jek la. Pastu diorang jln2 sendiri. Sedih plak masa nak berpisah. Ntah. rasa mcm kejap sgt. Hopefully nnt kat Malaysia bole buat cuti2 Malaysia pulak.