Open House Raya 2009

Masih lagi penat. Sakit pinggang. Sakit badan. Sakit tumit. Semua2 la. Alhamdulillah jamuan open house berjalan lancar. Hampir 100 tetamu hadir memeriahkan jamuan kami. Terima kasih. Terima kasih juga diatas pujian2. Kami hanya mahukan yg sedap dan terbaik untuk anda semua. cewah. hehe. Tahun ni sekali lagi kami buat combined open house dgn Faiz dan Dy. Menu tahun ni lain sket dr tahun lepas. Kalau tahun lepas ada Mee bandung. Tahun ni buat Asma Rojak, Ayam Percik, Nasi Ayam dan juga Bihun Sup + Bergedil dan kuih ketayap. Proses memasak takde la sampai tak tido. Kul 1.30pg dah tido dah. Subuh dah bgn membancuh tepung cucur udang utk rojak. So mmg dpt tido la. Sebab dah bahagi2 job. Aku masak rojak dan nasi ayam. Dy msk bihun sup+bergedil,Sha dgn yudi uruskan ayam percik. Ayam percik marvellous giler. Terima kasih pd puan sha dgn resepi belasah jek dan encik Yudi yg ‘terkangkang2’ bakar ayam. hahahaha.ops, bukan ayam kangkang yer. hehe. kang kembang plak tekak. Byk jgk. Dekat 200 pieces.  Mlm sblmnya hanya prepare masak kuah rojak dan marinade ayam percik jek. Bsknya baru ada sesi bakar-membakar dan goreng menggoreng. Terima kasih la pada Uncle Lan dan Aunty Anoi yg pinjamkan kerusi meja, dapur belangkas, periuk nasi giant dan tmpt menghidang. Aku msk kat balcony jek. Lenguh kaki bgn diri. Sbb kat dlm rumah pun tgh berlangsung proses memasak nasi dan benda2 lain. Keluar masuk jek keje aku. Tuh yg bila sampai kul 2ptg tetamu dtg aku rasa lenguhnya kaki. Majlis smp ke mlm pulak tu. Tetamu terakhir meninggalkan rumah jam 10.20mlm. Masa tu mmg dah rasa nak pejam jek mata. Dah duduk nak bgn pun susah. Seme sakit.haha. Tapi sgt2 puas hati sbb makanan cukup dan siap boleh tapaukan adik2 jr bwk balik. Ramai yg dok mengendeng nak tapau sejak mkn lagi. Aku suruh tgg smp tetamu seme abis mkn. Baki bole la tapau. Kang sian plak org dtg makanan takde. Aku rasa penat msk hilang sebab seme suka dan enjoy mkn. Plus kena puji2 lagi, semakin kembang la segala urat saraf dan lemak2 dlm bdn aku. hahaha.Tapi apa2 pun, aku mmg happy sbb dpt jamu org makan. Tahun ni last beraya kat sini. Next year insyaAllah aku beraya dgn family kat Malaysia pulak. Mmg mengharap sgt2. Dah 3 thn beraya di perantauan. Cukup2lah tu. Meriah sungguh rasa open house kali ni. tiap2 tahun pun meriah. tapi thn ni lebih sket meriahnya. Dan sekali lagi open house dirumah baru. hehe.:-)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s