Hambar dan biasa-biasa je. Itu yang bole digambarkan mengenai raya haji aku tahun ni. Takde yang meriah atau menariknya selain bangun pagi-pagi menunaikan sembahyang sunat aidiladha di masjid Canberra. Aku hanya pergi dengan abang sebab kakak kurang sihat. Lepas solat, balik rumah, aku masak la kuah lodeh. Nasi himpit dah rebus semalam. Sambal tumis ada dlm fridge. Lepas makan aku tido sampai la abang pegi solat jumaat. Duduk rumah saja sepanjang hari.
Weekend pun tak kemana.Duduk je kat rumah. Makan, masak, cuci baju, tolong kakak key-in data dalam excel. Bosan weekend ni. Awalnya ada AGM MyPSA (Malaysian Postgrad Students’ Association). Tapi postponed sbb ramai yang tak dapat hadir. Aku dah tak sabar-sabar nak letak jawatan. Malas nak pegang apa-apa dah. Dulu memula jadi Bendahari. Pastu tukar jadi Setiausaha pulak. 2 tahun dah. Cukup la tu. So, next week la kot meeting tu. Merangkap jamuan raya sekali. Senang aje, potluck dan order nandos. Aku order la jgk kuih2. Nak masak pun malas dah sekarang. Pikir nak kemas barang jek. Nanti time meeting aku nak lelong seme barang2 rumah especially barang dapur dan segala stok bahan kering.
Oh, ada cerita menarik rupanya disebalik kebosanan. Aku bawak kereta manual!haha. takde la menarik mana kan. Tapi sebab aku dah tak bawak kereta manual sejak dapat lesen dulu sewaktu berumur 18 tahun.Dah 10 tahun beb bawak kereta auto je. Ni dah percubaan kali ketiga. Ok la kan. Ada la jgk mati2 enjin dan gayat bila kat area bukit.hehehe. Tapi not bad la jugak. Ini semua gara-gara kereta sewa tuh manual. Pakcik Toby tu tipu je kata nak tukarkan yang auto. Tapi ni dah nak masuk 2 minggu, takde plak call aku. Terpaksa la aku bawak jgk walaupun aku tak reti. Yang lawak tu ada adegan orang tukarkan gear dan turunkan handbrake untuk aku sebab aku dok panik nak jaga clutch dgn minyak jek. hahaha. Malu den! Apa-apa pun, good experience. Lepas ni bole la aku berangan nak beli mini cooper kalau banyak duit!:p