Syukurlah!

Semlm update blog yg lagi satu. Biasala kalau nak berjiwang2 bagai.hehe.Gemini ni kan bole ada dua personaliti. Split personality gitu.hehe.Scary tak?:p

mm, hidup ni perlu byk bersyukur. Setuju? tapi sebagai manusia kita selalu lupa nikmat Allah berikan dan selalu mengeluh.Dan aku paling takut kalau Allah bg kufur nikmat kat aku. Mintak dijauhkan. Tapi bila kita selalu rasa tak cukup and selalu tak puas hati, bukankah tanda2 kufur nikmat tu?Semacam tak redha. Sebagai manusia, aku tahu aku tak sempurna mana. Iman pun senipis kulit bawang mungkin. Tak tahu mana letaknya di sisi Allah. Cuma aku harap aku dapat jadi muslim yg lebih baik setiap hari. Menjauhi larangan dan menjalankan suruhanNya.Sentiasa mensyukuri setiap apa yang diberi. Redha dengan segala dugaan dan musibah. Tabah menghadapi ujian dariNya. Selalu org kata, Allah bagi dugaan pada hamba yang disayangiNya. Tapi kalau kita sendiri sedar yang kita bukan mukmin yang sempurna, adakah kita hamba yang disayangiNya?

Dan untuk itu, aku sering muhasabah diri. Paling takut bila mengingatkan mati. Sebagai orang Islam, wajib ingat mati. Aku sangat takut kalau Allah cabut nyawa aku dan waktu itu tak sempat bertaubat dan tiada keimanan. Nauzubillah! Mintak dijauhkan. Aku sentiasa berdoa yang aku akan mati dalam nikmat iman dan Islam. Tetapi persediaan ke arah mati itu masih jauhhh dari sempurna.

Mungkin seiring usia, manusia akan lebih bertanggungjawap dengan setiap perbuatan dan tingkahlakunya. Manusia akan menilai setiap apa terjadi atau berlaku dan ambil iktibar dan pengajaran. Manusia juga sentiasa mahu berubah kearah kebaikan. Dan seiring usia ku, tahun  baru, pertambahan ulangtahun perkahwinan kami, aku juga mahu berubah kepada yang lebih baik. Sudah tidak betah mahu pakai yang ketat2. Walaupun aku suka sarung longsleeve tshirt dan jeans setiap hari. Sekarang aku sentiasa mahu pakai blouse yang labuh2 dan longgar. Sedikit2. Masih byk baju diwardrobe aku yang sgt ‘remaja’. Tidak sesuai dengan title ‘isteri orang’ ini. Mungkin kerana badan agak gebu skrg. Rasa tidak selesa menonjol sana sini. Tapi mungkin Allah berikan semua ini utk aku berfikir dan menilai.

Pengalaman menjadi isteri doktor housemen yang baru bertukar department benar-benar menguji kesabaran aku. O&G memang sangat2 sibuk. Tetapi yang aku tidak faham kenapa sampai hati pihak pengurusan membuat jadual sebegitu rupa seolah2 doktor-doktor muda ini bukan manusia tetapi robot. 2 minggu kerja tanpa cuti (HO memang takde cuti langsung ok, nak cuti kena apply. no public holiday, no weekend holiday, cuti hanya 2 hari sebulan. itu yang dibenarkan.tolak dr cuti tahunan). 14 hari harus bgn seawal jam 6 pagi dan pulang selepas jam 10malam. dengan keadaan wad yg sibuk dan kadang2 tiada waktu makan untuk suami ku dan kdg2 mengganggu urusan solatnya!Bayangkan sampai dirumah hampir jam 11mlm. masa itulah yang digunakan untuk berehat, bermesra bersama keluarga yg sudah hampir mahu tidur dan harus ‘charge’ energy untuk bertugas keesokan hari. Kejam kan? Suamiku sampai kena gastrik akibat sering skip makan. Kalau doktor dah sakit, sapa yang nak rawat pesakit. Sila jaga kebajikan pekerja. Dan setelah di’tagging’ 2 mgg sebegitu, oncall pulak tak berhenti2 selang sehari. 3kali seminggu oncall. Giler! hanya separuh minggu bermalam dirumah. itupun bermalam dihospital bukan tidur sgt. Aku marah dan kecewa sebab aku bukan punya byk masa untuk diluangkan. Aku perlu pulang ke Australia. Tapiiiiiiiii…itulah yang aku cakap tadi. Kita selalu tak bersyukur kan? Selalu mengeluh. Aku bersyukur kerana Allah bg pekerjaan untuk suamiku. Ada rezeki kami di situ. Dan aku juga tahu semua kerja susah. Tapi manusia lain yang menyusahkan manusia lain. Itu yang aku marah. Aku juga bersyukur sekurang2nya aku dapat menatap wajah kesayanganku setiap hari wpun komunikasi kami sgt2 terhad. Itu semua aku tak dapat bila berjauhan.Dan aku bersyukur kerana dapat melayan makan pakai suami sepanjang aku berada di sisinya dan tidak buat perangai! Kalau dulu, pasti rajukku panjang kerana tidak dilayan. Sekarang bukan aku tak dahagakan kasih sayang dan belaiannya, tapi aku simpan segala rasa sebab aku tahu tuntutan kerjanya yg memaksa dia bersikap begitu. Inilah bibit-bibit kepahitan yang terpaksa kutelan bersuamikan doktor. Masa berharga banyak hilang. Tapi aku bersyukur kerana aku tetap punya suami yang sangat sayangkan aku. Punya keluarga dan keluarga mertua dan rakan-rakan yang memenuhi segala masa yang terluang sepanjang cuti. Punya anak buah yang byk ragam dan comel. Semua itu melenyapkan rasa ketidakpuashatian aku terhadap kekurangan curahan masa sang suami. Dan aku semakin boleh adapt dengan cara kerjanya. Bukan senang jadi isteri doktor tau! Lagi2 dengan isteri yang manja macam aku.

Jadi moral of the story, kena sentiasa bersyukur dengan segala apa yang diberi dan selalu muhasabah diri. Adalah hikmahnya tuh!:-)

Advertisements

4 thoughts on “Syukurlah!

  1. kakak ni manje manje pun tapi superwomannnn. semoge hari hari terakhir kat ostolia ni berlalu dengan pantasssssss yehhh 🙂

  2. hehe.superwoman eh? thanks nodee. tak sabar nak abis nih. awak pun blaja rajin2! best giler jek baca cite pi bangkok tu. teruja plak nak pegi. hehe.

    • best gileee kak wawe g bangkok tu. kalau g nanti kite kasik phone number kawan kite kat sane die suke gile bawak org g ronda bangkok. da la die leh cakap melayu hehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s