Archive | April 2010

Rasaku jiwaku

Terseksa jiwa ni bila sesuatu tu tak selesai dengan sewajarnya. Ada benda yang tergantung, masalah yang tak selesai. Bukan senang melupakan sesuatu yang membuatkan perasaan terusik. Betul, kena sabar dan lupakan je lah persengketaan yang ada. Mulakan yang baru, ambil yang jernih, buang yang keruh. Tapi bila persengketaan itu tidak diselesaikan sebaiknya, pasti hati terasa berbuku juga. Dan pastinya jika ianya berlaku sekali lagi, lebih dalam lukanya. Mungkin bagi sesetengah orang, hal remeh sebegini, yang membuatkan emosi terganggu, jangan diambil pusing. Biar fikiran menguasai diri. Fikir secara rasional. Tapi punca persengketaan jika tidak dibincangkan dengan sebaiknya, jalan penyelesaian tidak diambil akan membuatkan masalah yang ada tidak selesai. Jadi, mengalah sajalah jawapnya ke? Mengharapkan si dia faham dan cuba untuk adaptasi dengan keadaan. Mana boleh macam tu. Semua benda kena bincang la. Jangan terlalu ambil mudah soal hati, sebab bila dah terluka, setiap kali benda sama berulang, parutnya lebih dalam walaupun telah diubat sebaiknya. Pastu bila keesokan harinya menyapa bagai tiada apayang berlaku semalam.  Buat macam biasa. Perghhh..padahal aku dah satu malam tak tido, menangis macam nak rak takde yang pujuk, balik2 kena pujuk diri sendiri jugak. Bila dah kawin ni, memang betul lah suami dah tak pandai pujuk rayu macam sebelum kawin. Benda belum dapat, pandai la nak ambik hati kan. Memang kecewa dan hampa. Ini yang harus aku telan sebab aku tak nak jadi isteri derhaka dan berdosa setiap kali aku cuba mempertahankan apa yang aku rasa. Bila dah sampai agak meninggi suara kerana marah, dalam emosi, kita tak sedar yang kita mungkin menyinggung rasa suami. Kalau nak jadi isteri mithali, kena banyak2 bersabar, sebab tanpa redha suami, berdosa. Buat suami tersinggung pun berdosa. Kena layan suami sebaiknya. Tapi kalau suami buat isteri tersinggung, tak mengapakah? Dosanya mungkin tak sebesar dosa isteri pada suami.

Tapi apa-apa pun, macam aku cakap pada seorang teman semalam. Chill sudah! Jangan emo-emo ni. Penat la. Hati lagi sakit bila takde sapa nak layan emo ko tu. Ko jek nak terasa dan menjeruk rasa sendiri. Aku suka ayat ni – Chill sudah! hehe. Rasa cool sikit.

Hari ini aku ada time course experiment. 30 crickets akan dibekukan sekelip mata dalam liquid nitrogen secara berperingkat. Niceeeeee! Nasty liquid nitrogen ni, but I like. Sesuatu yang mencabar. Sebab tak pernah guna kan. 🙂

Nota kaki: Bila dah berkahwin, there is no turning back. Terpaksa telan semua yang pahit, kelat, masin, payau dan manis.  Try to make out the best of it dan berusaha agar yang tak boleh jadi boleh, yang tak suka jadi suka, yang susah jadi senang. Apa yang aku tahu, dia sayang aku. Aku toksah nak cakap la sayang banyak mana pada suami. Perempuan cintanya hanya satu. Lelaki ada banyak ruang di hati dia untuk mencintai yang lain, sebab tu boleh kahwin 4. Tapi cukupkah sekadar sayang tanpa ditunjukkan dengan perbuatan? Pendek kata, Chill sudah! :p

Advertisements

Celik

It’s 3.30 am already and I couldn’t sleep…

Mata masih terkebil2…otak masih berfikir…

Damn! I hate to be in this situation…

Bila ada sesuatu terbuku di hati…atau sesuatu yang tidak selesai antara aku dan dia…mesti macam ni…

dan aku tahu…esok pasti akan lebih derita!

Kusut

Aku sangat manja. Sangat sensitif. Dan bila mana ada benda-benda yang melibatkan orang tersayang, airmata ini mudah mengalir. Kadang-kadang rasa diri begitu lemah. Namun sejak aku di bumi asing ini, aku rasa aku dah banyak berubah. Semakin tabah, semakin pandai mengawal rasa dan emosi. Sangat sabar. Namun kadang-kadang tewas juga dengan permainan perasaan. Mungkin bila dah kurang bersabar dan asyik-asyik benda sama jek berulang-ulang sampai jadi bosan. Kadang-kadang aku sendiri tak faham kenapa perlu menangis dan terlalu mudah menangis? Tapi tangisan itu sebenarnya banyak membantu melepaskan beban di dada. Malam ini aku menangis semahunya. Kecewa yang ada aku lepaskan. Biar tiada siapa yang tahu. Aku tiada tempat mengadu selain Allah dan hanya blog ini dan satu lagi. Hampa sebenarnya kalau kita meletakkan harapan pada orang, tapi orang itu tidak ambil pusing pun pasal kita. Sedangkan kita sangat-sangat mengharap yang dia memahami lagi-lagi kalau kita rasakan hanya dia sahaja yang faham diri kita. Itu semua membuatkan yang dekat jadi jauh. Yang rapat jadi renggang. Sebab semua itu sedikit sebanyak melibatkan kepercayaan yang orang itu tidak akan mengecewakan kita. Sepatutnya dia membuat kita gembira. mm, fikiran kusut. Kacau. Aku benci dengan keadaan mcm ni. Out of control. Bangun pagi dengan kepala pening dan mata yang bengkak tidak membantu untuk menghadapi hari dengan aman dan tenang. Aku rasa macam nak lari!

Kisah saya dan petroleum jelly

Oh, tensionnya hari ni! Hari ini adalah hari yang panjang. Hari yang produktif juga sebab sepanjang hari berada di lab buat experiment yer. Bukan berfacebook. haha. :p. Tengkuk dah sakit dan lenguh sebab dok tertunduk-tunduk nak menggayakan petroleum jelly tu ke atas cengkerik yang comel tu. Bukan seekor tapi 6 ekor!. Alkisahnya hari ni buat experiment serotonin incubation. So, untuk incubate something, kena la ada tempat untuk menakungnya. So that dia bolehlah terendam. Buat secara in situ, so, lepas dissect cricket, dedahkan salivary glands dia biar floating, aku pun mula la buat well around the glands so nnt boleh bubuh serotonin kat area tu biar dia incubate for 10 mins untuk tengok apa effect dia. Oh, messynya la petroleum jelly ni. Vaseline la tu. Punyalah aku coating keliling glands tuh biar tak leaking tapi sebab benda ni sangat lembut dan susah nak bentuk, messy giler jadinya. Menghampakan bila dah buat-buat experiment tapi takde result. :-(. Dengan penatnya, sakit tengkuk, tak sempat lunch, mcm2 la. Tapi apa-apa pun aku takkan give up dan akan repeat balik experiment ni next week. Semangat2! Experiment ni amik masa 72jam. Sebab starvation period. Tak bole la nak repeat besok jugak. Kena la set betul-betul ikut group. Balik dah nak maghrib, cepat2 buat asar dan terus masak sup ayam sebab dah lapar giler. Paha ayam besar gedabak 3 ketul aku bubuh jek tanpa potong kecik2 sebab dah tak tahan nak makan. hahaha. Lantak la, nak makan sendiri bukan hidang orang. Ala, masak sup aje. Alhamdullillah, nikmatnya makan sup panas-panas time sejuk-sejuk ni dan time betul-betul sangat lapar. Perut kenyang, badan penat, otak penat, mata penat dok ngadap microscope jek, confirm malam ni aku tido pengsan. 😀

Pesta Malaysia

Yesterday was so tiring! After subuh sampai ke malam non-stop! Makan pun tak sempat. Dari pagi hanya sempat jamah 1 biji kuih tapi lepas habis berjualan, memang makan sungguh la. haha. Alhamdulillah, all my food was sold out! I sell Asma Rojak, Pulut Kuning & Beef Rendang and Kuih Pulut Serunding. Pulut serunding ramai orang suka. Siap ada kakak tu cakap dah 8 tahun tak makan. haha. Dapat buat 36 biji je. I planned to sell about 80 containers of rojak, but only managed to cook about 50 containers. Malas nak goreng cucur udang walaupun ada lg tepungnya sebab tak sempat. Ok la. Itu pun Bihah, Shakira and Inaz tolong packing and potong-potong everything. Dapat jugak la siap on time. Rendang kejap jek  licin sebab buat memang sikit. dapat 11 containers je. hehe. Malam sebelum tuh sempat buat rendang 1 kuali jek. Setelah siangnya berhempas pulas buat wall climbing. Oh, bercakap pasal wall climbing, sangat best dan adventurous la. Mula-mula gayat, lepas tu ok. Cuma sakit2 bahu sebab nak tahan badan dari jatuh bila memanjat tu and jaga tali untuk member yang naik.

Sampai-sampai kat embassy around 5pm, bukak gerai, susun-susun semua atas meja, terus customer datang. Dah la jaga sorang-sorang, tak cukup tangan melayan. Nasib baik semua dah pack elok, tinggal tuang kuah/ bungkus kuah je. Ada beberapa customer yang datang balik ke gerai untuk beli bawak balik. Semua cakap sedap. I’m glad they like it. :-). Rumah memang berantakan sebab tak sempat nak kemas before pergi. Ni lepas balik lab aku balik kemas rumah (ahad pun kena dtg lab sebab ada eksperimen walaupun badan sangat tak larat ni!). Aku orang pertama tutup gerai sebab semua habis. Meniaga dalam sejam setengah je. hehe. Dengan kudrat seorang ni, itu jek mampu aku jual. Sangat syukur dapat jugak tambah duit poket sikit-sikit walaupun kepenatannya tak boleh nak cakap. Tapi sebab aku suka masak and makan, so enjoy jek la. Kesian juga sebab ramai yang nak beli lagi tapi kedai dah takde benda nak jual! Adik-adik ANU especially, yang dok tunggu2 rojak aku. haha. Lama dah berhenti menjual kat diorang sebab tak sempat masak plus malas. Nanti next time kalau Kak Wa jual, Kak Wa bgtau ok! Kebanyakan customer banyak PR and orang-orang berkeluarga. Foreigners pun ramai yang beli sebab nak try. Ramai yang bungkus bawa balik so memang cepat laku. hehe.

Semalam Zaza perform guna ukulele which is so awesome! hehe. Talented Zaza! Kitaorang sorak beria untuk dia and menyanyi bersama-sama tapi frust jugak sebab dia dapat no 3. Patut dia tak bole sama group dengan karaoke sebab dia bukan nyanyi karaoke tapi perform sendiri dengan bakat yg ada, bukan setakat suara je. Main instrument tu. Apa2 pun, dia tetap no 1 di hati kami. cewah!

Ok, got to go! nak sambung lab. hehe

Early breakfast today!

I woke up at 6.10am this morning when Zaza called. Pening. Semalam tak boleh nak tido. Already promised them to join the breakfast at Silo Cafe in Kingston today. Cepat2 subuh, sbb 6.30 dah abis, mandi, then turun. The bus depart at 7.07am. hehe. Semata-mata nak breakfast sanggup naik bas 20 min. Well, Inaz said the food is nice so why not. Ada plak waiter racist yang tak nak bg masuk. Boleh dia kata kena tunggu 1 hour baru bole dapat duduk? Memang nampak sgt nak halau. But we insist to wait. Turn out that we only wait for less than 5 mins! Tengok muka pun dah tau dia memang malas nak layan kitaorg. Hello, ingat kitaorg takde duit ke? :p Sebab kitaorg tgk kat dalam takde la queue pjg sgt pun mcm hari tu and ada few spots yg empty. Bila call semalam nak buat reservation, dia kata tak bole but the table yg kitaorg duduk ada je reserved label. I had florentine and oolong tea. 2 poached eggs, spinach and cheese on 2 slices of toasted bread. Yummy! The portion is small actually compared to the other cafe near Silo. For $15 per meal, it’s a bit pricey but they have various selections of brulee, pastry and etc. Semua meliurkan! I wanted to have orange brulee but then I was too full. Next time maybe.

Ok, now I have to set the experiment for next week. Hopefully all the crickets are in their weakest mode. I put them in the cold room just now. hehe. Susah pulak la kan nak pegang kalau asyik melompat2 aje kan.

This afternoon, wall climbing y’all! I wonder if I can climb the wall..berat ni. hehe.:p Mungkinkah akan gayat juga? I’ll update later kay. Got to go! Cengkerik ku seperti memanggil2. hehe. 🙂

welcome to this world!!

Last Saturday, my sister in law safely delivered her first child by caesarean. I know she really wants to deliver it normal but due to complication, they have to opt for that one. Whatever it is, the baby and the mother is safe now. That’s important.  Alhamdullillah. Qaisarah Batrisyia. Such a beautiful name. :-). I am so happy for them for becoming new parents. I know they have been waiting for this moment and very excited to welcome the new members to this world. I know my parents were excited too as this is their first grandchildren. I have mixed feelings actually. I am happy for them. I am happy to get a new niece. I’m overwhelmed actually. I know she will get lots of love and supports around her. But I also want to experience the same thing. Being a mother. How I wish I have my own baby. 😦

I know I am a bit jealous. Jealous in a good way. To get the news that my sister in law (my husband’s sis) also pregnant with their first child, I feel a bit stress. I hope Allah will grant my wish to be a mother one day.

I cannot wait to see my new niece. I know I will pampered her as she is the only niece in my family. hehe. Mak Su nak borong semua baju cantik2 untuk Qaisara. I already bought a cute dress for her before she was born so that she can wear it during Hari Raya. hahaha. I wish all the happiness in this world for both of them. For what they have been through, I wish that this will bring a great joy and starts a new excellent and wonderful journey to their life. Semoga Qaisara menjadi anak yang bijak, cerdik, solehah dan yang membahagiakan hati orang tua. I already have so much love for you Qaisara though I have not met you yet. 🙂