Lately, I have this annoying attitude towards everybody. Perangai tak kuasa nak layan. Ker aku jek rasa annoying padahal org lain tak pun. Sebab aku baik. Aku tak suka sebenarnya buat orang mcm tu. Tapi akhir-akhir ni, banyak lagi aku nak fikir dari fikir pasal orang lain. Especially bab nak jaga hati sendiri. Selalu aku biarkan jek terluka. Yes, I am too lazy to communicate to others a.k.a whatever. Don’t bother about how they feel or think about me. Feel a bit selfish but I am tired of being the one who always nak jaga hati orang tapi orang tak jaga dan tak mahu nak ambik pusing pasal kemahuan kita. Sangat sedih dan kecewa ok. I try not to get too involved with anyone. Buat hal sendiri, apa-apa jeklah sendiri. Puaskan hati sendiri, gembirakan hati sendiri. Apa-apa pun, semua sendiri. Aku boleh jek hidup sendiri sekarang walaupun aku tahu itu semua dusta je. Tapi aku kena la berlagak kuat dan berdikari kan. Sebab aku nak survive. Lagi-lagi tahu kalau takde sapa yang boleh nak berkorban diri untuk aku. Jadi kena la korbankan kemahuan sendiri. Itu semua kemahuan, bukan keperluan. Walaupun sampai satu tahap aku rasa itu sebagai keperluan sebab aku dah sampai tahap buntu nak hidup sorang-sorang kat sini. Terlalu demotivated. Tapi aku bullshitkan je semua rasa tu dan teruskan hidup macam takde apa. Kalau ko tanya aku mmg la aku akan jawap ok je. Takde siapa boleh selami perasaan aku skrg ni. Aku dah tutup elok-elok.
If you ignore me, then I just ignore you. If that is not your intention, I am sorry, I just give back the shit that you give me. So we are equal. I don’t want to be mean but sometimes we have to have this wall to protect us from being hurt again and again. Dengan hati lembut macam aku ni, memang senang nak terasa. Senang juga tak sampai hati dan selalu sangat pujuk hati sendiri. I just need the quality and sincerity. It is simple. You just have to prove to me that you are worth to get those from me too. Jangan pijak perasaan aku.
Whatever la kan. I still have to adapt with this kind of thing. Life nowadays is not easy. Especially when everybody just think of themselves. They have their own priority. Being me who always put other people happiness as my priority, it’s kinda hard to get used to it. Aku hanya mainkan rentak yang orang lain mainkan. That is not me actually but sometimes you just have to be someone else so that you can survive in this mean world. Or maybe aku ni hidup dalam fantasi yang semua orang baik-baik macam aku, yang selalu ambil berat pasal orang. Or atau aku nak orang ikut macam cara aku buat kat orang lain so cara orang yang pelik or kurang sesuai dengan jiwa aku tu aku rasa salah. Tapi aku buat semua berdasarkan hukum alam. Buat baik bukankah akan dapat balasan yang baik? Sekarang aku rasa tak macam tuh la kot. Buat baik pun belum tentu di balas baik. Hanya perlu sabar dan sabar. InsyaAllah Allah akan balas juga perbuatan baik kita. Itu ayat memujuk diri sendiri agar tidak jadi down setiap kali orang buat benda yang kita tak sangka/tak suka.
Pada aku senang je, kalau betul-betul kita nak, kita buat sendiri. Tak payah orang suruh. Tak payah cakap. Dan kalau itu dah memang diri kita, ko cakap la mcm mana pun, takkan dibuatnya. Tak ikhlas dah la namanya tu sebab buat kerana orang lain suruh or cakap. Aku tak suka la macam tu. Semua kena datang dari diri sendiri.
Penat otak hari ni. Alhamdulillah dapat juga siapkan few pages of my 5th chapter kat library today. Besok akan pergi lagi. Weekend aku jadi macam hari biasa je. Aku memang kena sibuk-sibukkan diri siapkan semua benda ni. Jadi you should be thankful I won’t be bother you or should be sad that I will not be able to attend you anymore. I know I’m going to lose big here. But then, I just try to apply what I have been learning. I am giving you all the space that you want and please let me have my own space too. Now let me be the one who decide when I am free and maybe I can consider you in my schedule. Sorry if anyone of you who are reading this terasa, but I’m not just talking to you only. I am applying this to others too. Tapi sapa jek la yang baca blog aku ni pun. Ini semua sekadar luahan perasaan syok sendiri saja. Well, at least I have this bugsqueen to let go off my feelings.

Percubaan buat hyderabad briyani berjaya! Lamb biryani is in da house. I love lamb! Beriani gam gitu. Sebenarnya biryani dam or dum sebutannya. Sebab cara masakannya itu yang dipanggil dam. Masak secara perlahan, dengan lapisan nasi dan daging dan rempah2 dan sekeliling periuk di’sealed’ dengan tepung agar wap dia tak keluar and bg pressure untuk semua rasa dalam tuh bergabung dan semua masak. Tak tau la kenapa bole jadi nama biryani gam. Maybe sebab orang melayu tgk nasi dan lauk macam digamkan gitu. hehe. teori sendiri. Besok boleh menjamu zaza and inaz sebab jadi banyak. Hanya memasak jek yang buat aku happy sekarang ni. Giving people food and cooking. Semalam try buat cream cheese chocolate brownies. Oh, sedapnya tak ingat! tapi rasa bersalah giler because it is too fattening and very high in calorie. Butter, dark choc, cream cheese. Inaz dengan Zaza tak berhenti makan. Siap tak nak tinggalkan untuk housemate diorang, Shaz sebab sedap sangat. hehe. Satu pujian and I am so happy they love it. Separuh lagi mungkin bole beri pada budak-budak lain sebab aku taknak gemuk sorang-sorang. haha. Well oh well! Too bad you can’t taste it. :p Layan gambar jek la. hehe.
2,3 hari ni terasa rindu sangat pada keluarga. Bila tgk mereka berkumpul, aku jadi cemburu takde sekali walaupun hakikatnya ada la sebab on skype. Bole nampak je la, tp jasad tidak bersama. Bila tgk Qaisarah, aku rasa menggelitik sangat nak balik and dukung and cium-cium pipi gebu dia. Tengok mama dukung dia, aku rasa happy sebab aku tau mama sangat happy dapat jumpa and main-main dengan cucu dia. Orang tua, kasih sayang anak dan cucu paling menggembirakan hati mereka. Buat mereka alive. Bila tengok gambar Sorfina dan Sahira aku rasa rindu nak main-main dengan diorang dan lihat keletah-keletah diorang. Melayan Sorfina yang banyak ragam dan soalan. Aku rindu untuk berada disamping orang-orang tersayang. Aku cuma perlu sabar untuk 2 bulan lagi. Ya Allah, kuatkanlah semangat aku dan permudahkanlah segala urusanku! Amin!
