Archive | June 2010

out of focus

Hari ni aku tak bole nak fokus langsung. tak tahu kenapa. Dateline makin dekat. Aku makin lembab buat kerja. Stress betul! Puasa plak hari ni. Alhamdulillah dah ganti 4 hari. Tapi tuh la, bila nak baca journal jadi tak semangat. Mengantuk la. Tak bole nak digest. Semoga dapat kekuatan malam ni nak berjuang! Pinjam semangat world cup la. hehe. Orang lain semangat tengok bola, aku tak peduli apa. Hari tu je layan Argentina main. Kadang-kadang nak tengok jugak, tapi time dia tengah-tengah malam, pagi buta. Confirm la besok tak pegi sekolah. Budak-budak ni dah abis exam bole la tido sesuka hati kan. Aku ni tak dapat la bro. Jadual lain.

Macam mana nak buat ni? Payahnya la nak dapat mood dan fokus. Otak rasa blur. Macam blank pun ada.

Ni dah 2 round makan rendang ayam dengan nasi himpit. Confirm la ngantuk. haha. Tapi takleh tahan la bro. sedap sangat rendang dengan nasi himpit aku. cukup rasa. cewah. bagi can puji diri sendiri. bagi budak-budak ni jugak semalam, tapi dengan pulut kuning la. aku tak suka sangat pulut. habiskan stok pulut. bukan main puji. Alhamdulillah. Tuan dia pun makan tak hengat! hahahaha. Sekarang ni banyak stok makanan aku nak habiskan. Saja masak lebih2, pastu bagi la sapa2. Diorang suka aje la. hehe. Benda free sapa tak suka ye tak? Lagi-lagi sedap. huhuhu. Angkat bakul betul! Seriously..aku takut sebenarnya menerima pujian. Selalu budak-budak ni cakap la sedap la, apa la. Aku macam terharu dan puas bila diorang suka makan dan puji aku masak cuma aku tak tau nak react sebab tak nak la nampak angkuh ke sebab pandai masak. Nanti aku cakap la putar belit keadaan konon-konon merendah diri kan. Nanti diorang marah. hahaha. suruh aku terima pujian. Ok la, whatever la. Janji dua-dua gembira dan suka ati kan? 🙂 Aku takde la pandai masak semua benda. Benda yang aku tahu masak itu-itu jek la dan banyak lagi benda tak tahu masak tapi aku perfectionist so masak kena la cukup bahan dan sedap walaupun campak-campak je. Mungkin mewarisi bakat sebelah ayah yang kebanyakan ahli keluarganya pandai giler masak. Mostly berpengalaman katering, meniaga kedai makan la. Dan memang terkenal dan selalu mendapat pujian la di kalangan rakyat Johor gitu. Ada sorang pakcik aku ni kalau bulan puasa, dia bukak gerai paling lambat tapi paling awal balik. Customer memang dah tunggu dia datang. memang hebat. Dulu arwah makcik aku, memang tukang masak orang kahwin yang terkenal. Memang sedap arwah mak teh ni masak. kalau pi rumah dia, macam-macam makanan dia nak jamu. Pernah bukak restoran jugak dulu. Roti canai dia terbaik giler wa cakap lu. Penuh ni kedai makan tak putus orang. Kadang-kadang rindu bila teringat dia dan kebaikan dia yang suka sedekah makanan. Dah la masak sedap. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam golongan orang beriman dan soleh. Ayah pun pandai masak. Aku banyak belajar dari ayah. Dia sangat cerewet bab makan ni. Orang Johor memang cerewet. hahaha. Ye ker? Aku rasa la. Sebab diorang ni byk komplen kalau makanan tak sedap la, kurang rasa la. Sendiri pandai masak kan. Dan kalau family sebelah ayah aku ni, pi la mana-mana rumah diorang memang tak kebulur lagi-lagi kalau ada event. Makanan banyak gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr! Sedap-sedap pulak tu. Mana la seme tak kena darah tinggi kencing manis. Semua kalau lemak cukup lemak dan kalau manis cukup manis punya. hahaha. Oh, raya ni confirm la aku makan macam hapa kan. Dah lama menunggu nak beraya di Malaysia dan Singapore. Bulan puasa ni pun dah terbayang-bayang bazar ramadhan yang ada pelbagai juadah tu. Siapkan duit jek la. huhu. :p. Ke laut dah cerita aku ni. Dari stress keje, bila cakap pasal makanan terus semangat. hahhaha. 🙂

Advertisements

awkwardddddddd!

Akhir-akhir ni asyik-asyik nak terserempak dengan mamat tu. Aku benci betul tengok muka dia. Benci!

Canberra ni kecik? Memang la. Tapi terlalu banyak kebetulan yang aku rasa pelik. Pi Canberra Centre nampak dia. Pi DFO nampak dia. Pi office nampak dia. Eh, ko ni sekarang banyak berjalan ek? Merata-rata pulak tu. Kadang-kadang aku rasa dia macam tahu je aku kat mana. Dan kalau aku rasa macam berdebar-debar semacam kat certain place, aku rasa memang nak ternampak dia la tu. Pelik kan? Aku tak tipu.

Yang buat aku rasa tak selesa, sebab tak tau nak react mcm mana. Memang la confirm dua-dua buat-buat tak nampak walhal nampak terang-terang kot.

Dan lagi yang buat aku tak suka bila jumpa dia siang hari, malam confirm aku mimpi mengarut-ngarut. Memang fobia kot aku ni? Aku tak tau la, serasa ada aura lain macam. Tak suka.

Terlalu banyak kisah sedih dan pahit. Kalau aku ingat-ingat apa dia buat kat kakak aku, memang aku rasa…aiii…malas cakap ah…bukan setakat fobia…trauma pun ada…sangat trauma…tiap kali aku mengimbas kisah silam, kadang-kadang macam nak terkeluar jantung kalau ingat detik-detik cemas…

Ya Allah, kau lindungilah aku dari segala hasad dengki manusia dan gangguan jin dan syaitan. Hanya Engkau tempat aku meminta pertolongan. Amin.

p/s: aku nampak dia jalan dengan perempuan tadi. harap-harap dia dah move on with his life.

Jiwa kacau

Setan memang banyak betul dekat dengan aku sekarang ni agaknya. Asyik nak marah je. Jiwa pun kacau. Memang setan ah!

Setan-setan, tolong pergi jauh-jauh! Jangan nak bisik-bisik hasut aku. Aku pun penat aa macam ni. Benteng aku bukan kuat sangat.

Ko menyetan sebab tak lama lagi nak puasa ye? Padan muka la time tu.

Kusut!

Adik dan rakan

Semalam jumpa seorang pegawai di ANU yang menguruskan kemasukan pelajar, yuran dsb. Melegakan sedikit kepala otak bila dia cakap tak payah bayar yuran lepas submit thesis bagi yang duduk offshore. Cuma kemusykilan aku sekarang bila dia cakap kalau re-submit kena enroll balik as student. Kalau enroll tak payah bayar yuran ke? Dia cakap flat rate fee AUD4k utk 6 bulan. mm, nak kena confirmkan balik ni.

Malam tadi keluar minum-minum kat Gus cafe. Sedapnya caramel cinnamon latte di waktu sejuk begini!! Sempena meraikan budak-budak ni habis last paper semalam. Merdeka la. Boleh bersuka ria. Kalau tak serius je semua study. Tegur pun tak nampak. hehe. Macam-macam ragam kan. Seronok bercerita dengan Sarah yang blur-blur plus giler. Lama giler tak jumpa minah ni, dok diam-diam kat Academy house tu. Zaza super crazy, Inaz yang tengok mood, Shaz yang lambat digest. hahaha. Aku tau mesti aku rindu budak-budak ni nanti bila balik Malaysia. Sibuk dengan kerja dan keluarga. Apa-apa pun, I know the friendship will remains forever. :-). Susah nak kata friendship ni. Sbb aku anggap diorang semua adik-adik yang rapat dengan aku, tapi masa yang sama geng yang fun. hehe. Kakak-adik, bestfriend? Kat Malaysia pun banyak adik lain yang agak rapat juga. hahaha. Kawan dengan budak-budak muda ni, aku pun jadi muda. hehe. I mean, banyak benda yang aku tak up to date semua diorang bagi tau. Nanti selalu kena gelak dengan Zaza kalau aku macam ketinggalan keretapi. :p. Apa-apa lah kan. Jarak umur yang jauh ni memang buat dunia aku lain sikit la dari diorang.

Berkawan dengan diorang banyak ingatkan aku pada zaman undergrad yang takde masalah selain belajar je. Study then main. Takde apa nak risau-risau sangat. Rindu zaman sekolah dulu-dulu. Rindu geng-geng UKM dulu. Sekarang dah tua dah pun masih belajar cuma komitmen lain banyak la. Tuh yang mencabar.

Mm, lagi 12 hari nak presentation. Aku harus siapkan power point dan berlatih sebanyak mungkin!!!

Talk the talk, walk the walk

Just attended a seminar about how to speak with confidence. Too many inputs but I loved how the seminar being conducted. Lots of interactions between the presenter and audiences. Q & A as well. I need to get ready for my talk next month. I need all those good inputs and supports and someone to remind me of things that need to be done or not to be done.

We all can be positive. Be determine. Make a long list of what to do. Being organized all the time. But can we accomplish everything that we have planned on our mind? Or on the paper? On time? I know I am not. I have loads of things that need to be sorted out/done lately. Sometimes, I just talk the talk not walk the walk. I am telling myself I need to get this done, or telling others that I have to finish this and that but I cannot accomplish that on time which sometimes gets me really frustrated with myself. Time management that is important. Plus, to stay focus all the time and always in a good mood and stable state of mind it is a hard thing to do. I wish my mood swing is not one of the reason why I keep delaying with my works and studies. Sometimes you cannot help being moody. Things not going your way and you will be grumpy the whole day. Don’t have the mood to do your work later on. You know… I know I always try not to get caught in my own emotions because for me to be in that stage, that will be dangerous. hehe. Disaster and miserable. But there were times when you just break.

It is so hard to deal with your emotions especially when you are not getting much support on it. I am not blaming others for not being able to cope with my attitudes or my roller coaster emotions thingy. I know I am quite a spoilt brat who always needs attentions and always think too much (have all the negative and irrelevant thoughts on my mind :p) and want things to flow my way. I am the youngest you see. Always be the centre of attention and get everything that I want. But all I need some sort of support/advice or anything that can help me thinks rationally when I am not being one. Though I hate the fact that people are scrutinizing me or judging me or scolding me but hey, I know people care when they do that. They love you that they do not want you do silly things or failed miserably. They want to give you the confidence back. To make sure that it is ok to make mistakes sometimes. To make sure you are on the right track. To make sure that this is not the end of the world.

I know I will be in the deniable stage or try to defend myself when people said all the positive things when in my mind is all about the negatives. Please give me some time to absorb with all the words. I am just a human. When you are not in my shoes, it is easier to talk rather than walk. Get what I mean? Don’t expect me to twist my mind in a split second.

I need some encouraging words that can lift up my spirits when I am down or unstable. Because I know I can do this by myself but moral support is important for me too. I want to talk the talk and walk the walk. I always want to be a better person each and everyday. I want to be successful. I want to be excellent. So I hope that you can be in my journey for me to be able to achieve that. You can say that you can be there anytime that I need you…but can you really do that? Talk the talk and walk the walk will you?

check-lists

adoi, banyak benda nak kena buat sebelum balik. antaranya:

1. check dengan admin pasal thesis submission from overseas

2. uruskan exit interview with dean of graduate studies

3. selesaikan final seminar

4. panel meeting

5. ambik gambar barang kat rumah yang nak jual, bubuh kat classified. jual basikal jgk.

6. packing barang and contact JETTA utk appointment. kemas barang rumah yang menimbun tu!!!!!!!!!!

7. jumpa postgrads lain untuk kali terakhir. hari tu semua dok tanya bila aku balik, seme nak jumpa

8. praktis byk2 untuk NCG

9. Uruskan departure pack dengan unilodge

10. uruskan tiket balik- ni je dah selesai dgn UKM. 🙂

11. uruskan dokumen untuk extend pengajian sampai bulan 12

12. Kemas ofis dan barang-barang lab!!! mm, pening tak tau mana nak mula.

13. masak rendang untuk makcik-yg-byk-songeh!. huhu. dah janji nak masakkan rendang sebelum aku balik Malaysia. Entah bila aku nak masak ni, takde masa dahhh!

14. Ajar budak-budak ni buat marble cheese brownies. ni pun tak tau bila sbb dah nak jual oven.

15. Siapkan draft sebelum balik and suruh Paul tgk.

16. Beli baju untuk dinner (perlu ker? dah la tema hollywood glamour!)

17. masak and lunch dengan kawan-kawan satu department sebelum balik.

itu je la setakat ni. mesti ada lagi punya. serabut ni. ada dlm 3 mgg jek lagi kat sini. banyak nak kena buat. ayoyooooo!

Persiapan

Sakit badan angkat 5 kotak kosong dari DHL ke ofis dan dari ofis balik ke rumah. Kotak DHL tu dah la berat. Tak semena-mena bersenam tangan pulak hari ni. Banyak barang nak kena kemas ni tapi belum ada mood lagi. Nanti-nantilah.

Pagi tadi selepas subuh terus mengadap kerja sebab semalam tidur awal. Sekarang baru pukul 6.30ptg tapi dah mengantuk. Pukul 5 dah gelap lagi la terasa malam jadi sangat panjang dengan cuaca yang sangat sejuk akhir-akhir ni selalunya mencapai takat beku. Hajat hati nak pergi library terbantut dek kerana kesejukan yang mencengkam tulang hitam dan sakit bahu.

Siang tadi selama 2 jam aku duduk depan computer dengan Paul analisis data yang ada. Setiap satu diterangkannya sampai aku faham. Sangat bersyukur dan terharu. Semangat aku nak menulis lagi. Aku membayangkan nanti kalau menulis kat Malaysia, mesti payah nak tanya detail-detail sangat and dapat jawapan yang cepat. Harap-harap semuanya lancar la.

Tadi aku isi lagi borang tambah masa untuk sambung sampai disember supaya yuran aku masih berbayar. Harap-harapnya dapat kelulusan VC.

Tiket kapal terbang pun dah dapat. 18 julai ni aku akan sampai di tanah air tercinta! 🙂

Aku ada dalam seminggu untuk buat power point dan mengolah bab 5 & 6. Seharusnya bab 6 dah boleh siap la memandangkan ini final presentation dan aku seharusnya dah boleh membuat kesimpulan dari keseluruhan projek penyelidikan yang aku buat. Cuma aku belum boleh buat kesimpulan tentang sub topik HPLC tu la. Maknanya, kerja, kerja, kerja ajelah sampai ke sudah!