Archive | June 2010

Rindu dan perasaan yang berkecamuk

Rindunya dengan suasana Malaysia. Rindu dengan Mama, Ayah. Rindu dengan Diyat. Rindu pada Kakak, Abang, Sorfina, Sahira. Pendek kata rindu dengan semua orang. Tak sabarnya nak balik. Tak sabar nak jumpa Qaisarah. Pernah cakap dengan dia masa dia dalam perut ummi dia jek dulu. hehe. Jemu dah makan masakan sendiri. Tak tau dah nak masak apa. Malas pun ada. Takde masa. Jemu dah makan ayam. Nak makan ikan selar kuning goreng kegemaran aku. Nak makan ikan keli. Nak makan ikan dan ikan!!! Asyik-asyik makan ayam je. Dah la daging pun susah nak beli. Hari-hari pujuk hati yang sekejap lagi nak balik. Tinggal sikit je nak siapkan. Tapi hakikatnya kerja ni macam tak pernah nak habis. Takut pun ada kalau kerja yang ada ni tak cukup untuk melayakkan aku dapat PhD. Harap cukup la. Positif2. Tadi dapat e-mail dari Paul yang dia nak proceed jugak dengan HPLC analysis. So maknanya labwork tak habis lagi la. Aisey. Tak suka la. Belum boleh wrap semuanya.

Kadang-kadang aku rasa manusia ni kalau dia buat sesuatu tak ikhlas or ada unsur-unsur paksaan, dia takkan istiqamah dalam perbuatan atau kerjanya. Melainkan kalau dia benar-benar ikhlas dan suka, dia akan buat secara natural je.

Aku kecewa dengan sikap macam ni. Dan aku harap aku tak buat pada orang lain.

Hari ni most of the time aku kat library. Dari petang sampai la library tutup pukul 11mlm tadi. Balik kejap tadi untuk solat maghrib, makan then solat isyak. Sekarang kul 5 dah maghrib. Ingat nak puasa hari ni tapi tak terbangun pulak sahur. Mungkin besok aku akan ganti puasa lagi.

Bila aku print dan tengok hasil Bab 5 aku tadi, aku bangga sebab aku dapat siapkan dalam masa yang singkat. Tuh la. Dah kata mind games. Cuma bila jadi perfectionist mcm aku ni, everytime baca balik mesti ada jek aku nak ubah, tokok, tambah dan sebab tuh la tak pernah nak siapnya part discussion aku. hahaha. Jadi, besok ni aku nak tokok tambah sikit mana yang patut, dan terus hantar chapter 5 ni. Lagi aku baca, lagi banyak ubah, lagi lambat hantar. Minggu depan Paul ada exam undergrad, so aku kena hantar this week jugak bagi mengelakkan dia lambat semak kerja aku. Dan aku juga telah tanam azam nak submit chapter 4 the next day. Dah bertangguh lama dah. Harapnya by monday aku dah boleh siapkan Chapter 6 which is my conclusion chapter. Oh, semangat2!

Mind game

I wrote Β my 5th chapter in my own room today! horay!! Wow! Just can’t believe it. Still. hehe. I would say it is 80% done. :-). Because for the past few weeks I have been struggling to find a place to focus on my writing. Mimpi apa ntah bangun2 jek bole terus buat kerja. Maybe I have gained the spirits back. Alhamdulillah. Allah heard my prayers and many prayers from others who loves me. Thank you so much. Untuk yang diketahui atau sesiapa yang tidak diketahui:-)

So, here is the thing. As I am progressing towards finishing my work, I keep thinking and saying to myself that I can finish this today. Hoho! Seriously, if I really focus and put my heart and my mind into it, I am sure I can submit this chapter by tomorrow morning. It is all in your mind babe. Mind game. Psycho yourself. When you keep saying it is hard, you cannot do this, that is all bullshit. You just keep playing around with excuses. So that you cannot be blame when something bad happen or you cannot finish your work on time. Well, the process is hard and painful but as I said before, I can do this. (it is just that I need couple of hours to dig into those journals articles! Ouch!:p)

Hari ni puasa ganti, so lepas buka puasa tadi melepek semacam. Hoho! Mencari alasan untuk berehat sambil menonton online series. Dah tak boleh nak fokus sebab keletihan puasa yek? Mengada-ngada! Get your ass off and get your work done! Remember, it is all in your mind! dah 3 jam dah melagha ni. Desperate housewives pun dah abis 3 episode dah. hehe

nota kaki: terkejut tgk tarikh hari ni dah 15 June. kejapnya masa berlalu. dan makin cepat jugak la dateline aku. huhuhu!

Fever

No. It is not me who got fever. It is just that now it is world cup fever everywhere and exam fever. hehe. Poor students they have this final exams during world cup. I am not a footie fan. Don’t care about it at all. haha. Kalau ada kes khas jek tengok bola. e.g. semua orang nak tengok bola, then I watch la. Takkan menang nak tgk channel lain dah. So, redha je la. hahaha. But I think I will watch the final game. Baru la best kan. Takat saringan ni, tak yah la tgk. Dah la tak follow langsung and to be honest tak tau nak sokong sapa. hahaha.

Since it is exam fever, bilik sebelah aku ni dah kurang buat party malam2. Selalunya 3 malam buat party berturut2 start malam khamis malam jumaat. Kadang-kadang tak kira hari pun memekak. Aman dunia. haha. Aku takde la report ke nak bising kat admin ke. Lantak ko. But sometimes annoying jugak bila music kuat+memekak dengan jerit2 main game tgh2 malam2. Dengan kawan2 depa yg suka gendang pintu dan memekak depan koridor umah aku. Nasib baik dah aku tinggal sini 1 sem je.

Semalam jumpa Zek kat Nandos. Dia belanja makan sempena birthday aku and bagi hadiah $100 gift card (Canberra Centre). hehe. Best giler. dah la tgh sale. Aku tengah dok fikir nak beli apa. Maybe nak beli handbag untuk gi keje. Lama dah tak beli handbag untuk diri sendiri. Last beli masa kawin dulu la. Takde handbag mahal dah. Yang beli time aku belajar ni semua sling bag and semuanya keremajaan sikit. hehe. Roxy, Billabong, Fossil. Semua beg murah je time sale. Aku nak proper handbag untuk pi kerja. Tak nak besar sangat and tak nak kecik sangat. Terberkenan kat handbag Coach ni tapi harga dia sangat tak munasabah untuk aku. huhu. belum mampu nak beli lagi. Tapi mostly handbag kat sini yg proper2 pun dalam 300-400 dollar. Yang aku agak berkenan MIMCO dgn Oroton tu harga dia $300-$400. Sama jek mcm harga Coach tu. huhu. Itu pun saiz sedang2 jek. Kalau besar sket maunya 600-700 dollar. Mungkin kena la top-up 200-300 dollar kot dr gift voucher tu dan aku tau mesti aku akan pakai beg ni lama sebabnya aku ni takde la giler handbag macam sesetgh org. Kalau ada satu tu, mmg pakai tuh jek la. Bila dah lunyai, baru cari yang baru. hehe. Aku suka handbag fossil sebenarnya. Design semua cantik2. Mixed of canvas and pure leather. Tapi mahal sangat and design dia tak sesuai nak bawak gi keje sebab berbunga2 kanvas tu. Untuk casual bole la. Tapi untuk casual semahal itu, tunggu la gaji aku 5 angka dulu. haha. Tapi aku kagum dengan kawan aku sorang ni. Beli handbag harga RM6k! Giler! Nama designer pun aku tak penah dengar. Shopping kat Pavillion. Aku Pavillion pun belum sampai tapi yang aku tau situ area designer2 boutique je. Haha. Aku tau dia mampu sebab dia bisnesswoman. Selalu dengar dia shopping and beli macam2 designer handbags. Jelesnya. Macam ni aku pun nak meniaga la. Tapi aku tau meniaga makan je. Boleh kaya ke? hahaha. Setelah berusaha keras, aku rasa tak salah dia nak spend duit dia macam tu. Lantak la kan, dia yang penat2 cari duit. Kita ni telan air liur jek la. haha.

Sekarang ni pun bukan setakat demam bola dengan demam exam je. Tapi demam shopping!!! Now kat sini tengah EOFYS=end of financial year sale! Semua half price and semua ada discount. Kalau tak kuat iman memang la semua aku beli sampai kredit kad takleh nak bernafas. haha. Tapi nasib baik aku kuat iman.:p. Tapi tuh la. Everytime keluar, aku suka sangat beli baju untuk anak-anak buah aku. Dah la semuanya perempuan. Suka I!!. Planning nak ke DFO entah bila nak pegi. Tunggu aku abis keje la kot. Baru boleh reward diri sendiri. Sekarang keje pun tak siap, berangan nak berjalan. huh! Itu semestinya la kena bawak extra money. :p. Hai demam…demam! πŸ™‚

keep up the good spirit!

Semalam banyak kali tukar tempat. Tak boleh nak fokus and concentrate. Maybe sebab malam sebelumnya tak bole nak tidur sangat. Tak tau kenapa. Mungkin terlalu excited or anxious nak abiskan semua ni. Dateline pun dah dekat. Ni aku yang buat sendiri. Hehe. Pandai-pandai uruskan tarikh presentation and date utk submit thesis. Dari pagi, start pergi library. Cari buku then baca kejap. Pastu balik ofis, copy semua file yang patut, uruskan hal thesis dengan admin, pastu aku gerak pi cafe untuk sambung keje. Duduk dalam 2jam pastu macam tak bole concentrate jugak. Last-last pegi library. Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah pada diri sendiri sebab tak balik rumah. Aku rasa guilty akhir-akhir ni kalau tak produktif dalam sehari. So semalam bila sampai Chiefly library baru boleh menaip sikit dengan mendengar alunan ayat-ayat suci al-quran. Tenang sikit ati. Kebetulan bawak head phone. Aku rasa macam nak marah semalam dan agak stress dengan diri sendiri. Tapi nasib baik dapat bertenang dan terus fokus.

Hari ni duduk bilik jek. Mengantuk sepanjang masa. Lepas ni baru nak sambung kerja. Aku rasa macam ada benda tak kena kat rumah ni. Kalau duduk rumah jadi malas nak buat kerja walaupun semangat berkobar-kobar. Macam ada yang menghalang. Mungkin suasana rumah tu. Entahlah. Macam tadi, baru start baca journal, mata macam ditarik-tarik. Hai, entah apa nak jadi. salahkan cuaca kah? Winter memang begini. Mandom jek sentiasa kot. Kesimpulannya, semestinya rumah aku ni tak sesuai untuk writing thesis. hehe. walaupun meja study panjang gaban. :p

8 Julai ni penentu segalanya. Pembentangan thesis aku pada ahli-ahli department untuk terakhir kali. Apa nak cakap selama sejam ni? hehe. Paul dah pesan jangan buat powerpoint slides banyak2. maximum 25 jek. Ok, saya cuba. Selalu terlebih buat slides aku ni. Dan aku rasa 8 July ni jadi dateline aku untuk selesaikan semua kerja. Thesis kena complete 90% at least. Sebab lepas tu nak buat correction pulak. Aku dah hantar notification to submit thesis pada admin untuk diorang siapkan semua dokumen and appoint examiner. InsyaAllah 16 July. Kalau pun aku tak sempat nak submit by 16 tu, aku bagi masa sampai akhir July untuk siapkan semua. Aku harus pulang. Duit pun makin berkurang dan aku sangat homesick skrg. Jadi semua ni jadikan aku lebih bersemangat untuk balik. Suami aku pun akhir-akhir ni banyak bagi kata-kata semangat untuk aku balik dan lebih banyak bertanya keadaan aku jadikan aku lagi la semangat nak balik! Thank you dear.:-). Aku tambah semangat bila fikirkan yang tahun ni aku akan dapat berhari raya di Malaysia bersama keluarga! Oh, tak sabarnya! Dan semoga aku dapat pulang sebelum puasa menjelang. Rindu sangat nak berpuasa di Malaysia. Ok, minggu depan sambung ganti puasa lagi sementara maghrib masih awal lagi. hehe.

So apalagi. Semangatlah buat keje cik adik oi! kata balik malaysia cepat! Cepat buat kerja sekarang! πŸ™‚

It’s my birthday!

Alhamdulillah. Di usia 29 tahun ini, syukur pada Allah aku masih bernafas hingga ke hari ini dalam keadaan sihat sejahtera. Dikurniakan akal yang waras dan segala rezeki yang lainnya. Mempunyai ramai orang yang sayangkan aku. I am blessed with everything. Di usia begini, bukan hadiah material yang aku harapkan. Cukuplah sekadar doa ingatan. Itu lebih berharga dan bermakna. Kalau ada hadiah, itu bonus je dan aku tetap terima dan bersyukur. πŸ™‚

I want to grow old and be a wise woman. A good citizen. A loyal friend. Menjadi hamba Allah yang lebih sempurna. Menjadi hamba Allah yang lebih taat. Menjadi isteri dan anak yang lebih baik. Dan semoga suatu hari nanti dapat menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anaknya. Aku mahu jadi insan contoh dan cemerlang. Tahun ni aku harapkan semoga aku dapat selesaikan PhD aku dengan jayanya dan pulang ke pangkuan keluarga untuk mulakan hidup yang selama ini aku nanti-nantikan. Semoga Allah melimpahi aku dengan rahmatNya dan memberkati segala nikmatNya. Semoga segala yang aku hajati tercapai. Amin.

Walaupun tahun ini aku menyambutnya sendiri tanpa suami dan keluarga disekeliling, aku tetap bersyukur kerana punya adik-adik yang sayangkan diriku ini. Semalam mereka buat surprise party untuk aku yang dah tua bangka ni! haha. Party-party ni bukan untuk usia seperti aku dah. Aku lebih selesa menyambutnya ala kadar bersama keluarga, makan bersama, mengisi hari istimewa dengan aktiviti kekeluargaan. Aku ternangis pulak semalam. Aku dah tau diorang memang nak buat something untuk aku, tapi aku tak sangka akan seramai itu. Aku menangis sebab terharu. Dalam kesibukan diorang nak menghadapi exam semester, sanggup luangkan masa tengah-tengah malam nak raikan aku. Takpela, weekend ni aku masak nasi lemak sedap-sedap bagi diorang makan setelah penat belajar. πŸ™‚

Aku rasa jiwa aku lain hari ni. Tenang dalam gembira. Hari ni aku nak study dan siapkan menaip chapter 4&5 kat city. Tukar angin sikit. Aku nak duduk kat mana-mana cafe dan buat kerja aku. Dulu selalu jugak buat mcm ni bila aku banyak sangat kerja dan boring duduk ofis.

Suamiku berhempas pulas dihospital di waktu ini. Oncall sejak semalam. Terima kasih abang sebab call sekejap dan sms walaupun sibuk.:-). Tahun depan, dapat la kita raikan bersama. Mungkin bersama orang baru. πŸ™‚

Tak dapat nak mengucapkan terima kasih pada semua yang wish aku kat facebook. Dari sejak semalam. Penuh wall dengan msg harijadi dan inbox pun penuh jugak. Terima kasih pada doa semua untuk aku di sini. Aku rasa sangat disayangi dan dihargai! πŸ™‚

p/s: semalam masak nasi biryani ayam hyderabad sempena birthday sendiri. hehe. dapat la jamu 5-6 org rakan. πŸ™‚

Perseverance

For the past few days, my life was at its lowest. Luckily, I am still managed to pull through all this. I almost made the stupidest decision of my life and might regret it later. I could not think straight, my mind and soul were chaotic with all the bits and pieces of everything. I was in deep depression stage.

I was shattered. I was confused. I was dazzled by my own action and thinking. or maybe I just could not take it anymore that such a little action could have a big impact on me that could made me become hysterical.Β  I almost bought an airplane ticket to go home. My mind was everywhere. In less than two months to finish my long endless journey of my Ph.D., I just want to go home.

I know I can always rely on her to listen to me. To calm me. To make me rationale again. Thank you kakak for every single moment that you bear with me with my emotional and irrational act and talk. I could not have done this without you. What a truly sister you are and I am so glad that we have this bond.

I took her advice once again. Problems solved after a long and deep conversation. Opened up is the best thing to do though the truth might hurt both of you. How the usage of each words in a simple sentence could gleam and touch your soul. I hope he really meant every single words he said. You just do not know how much you mean to them unless you heard in on your own. I was stunned, touched and flattered. It all comes in a package when you least expected it.

Now, I just pumped to finish my endless journey here to be with him and my beloved families. He had lifted my spirits. He had given me hope and made me fall in love with him again and again. Thank you dear. πŸ™‚

Today is a new day, new week and new chapter of our life together. I wish to be more determine, more focus and more hardworking. I wish to finish this quickly and go home! Perseverance is the word from now on. May all my wishes come true. That will be my wish for my birthday this year (that is tomorrow!! :-)).

Run baby run

Aku pernah gurau-gurau dengan budak-budak ni cakap nak lari. I don’t think they take me seriously pun. Gelak-gelak jek. Aku cakap ada ke yang nak cari aku kalau aku takde. Diorang cakap cari la, tapi mungkin lambat la. hehe. But sometimes when you are having too much, you just wanna run and hide. Seriously, ada orang ke yang akan cari aku kalau aku lari? Tak nak lari dari masalah, tapi semua ni mengejar aku sekarang. Memang rasa nak lari!

p/s: Netball prac cancelled last minute pulak hari ni. Baru rasa nak lari-lari keluarkan peluh. Ciss!

I am strong!

mm, kdg2 aku rasa mcm terlalu stress yang semua benda tak bole buat. Kdg2 ok pulak. Kdg2 kalau sedih tak bole buat keje satu hari and in the end rasa guilty sebab terlalu tenggelam dengan perasaan. Bila tak bole nak buat keje, serta merta jadi tak semangat nak pegi sekolah, menjeruk rasa, jadi sensitif. Sebab tu tolong jangan buat aku sedih. Buruk rupanya. Yang penting aku tak kacau orang. In the end aku ok sendiri. Tak payah orang nak pujukkan sebab orang memang tak tau atau malas nak layan. Dan nanti aku pujuk diri sendiri jek. Mungkin itu yang buatkan aku semakin kuat dan jadi hati batu walaupun hati ni sensitif. Tapi sebenarnya jadi lebih sedih kalau takde orang pujuk. Tapi, whatever la kan. Macam tak biasa.

Pernah satu tahap aku nak jumpa kaunselor kat uni ni. Sebab masa tu berminggu aku demotivated. kerja tak jalan. Pi ofis kejap, pastu tak pegi. buat keje ala kadar padahal masa memang tak cukup. Tapi org tak tau pun. Pandai kan aku berlakon yang semua ok? Aku rasa nak berhenti belajar pun ada. Yang sampai malam tak bole tido la. Tapi aku rasa, aku masih boleh selesaikan masalah sendiri dan boleh kawal lagi diri sendiri. Aku kena kenal dulu diri ni, aku yang faham diri aku dan aku tahu aku boleh kawal diri aku. Aku kena kuat, aku kena tabah dan aku boleh harungi semua kesedihan dan kekusutan ni. Zahir memang tak terlihat sebab secara zahirnya aku ni seorang yang peramah, murah senyuman dan happy2 jek. Aku rasa kalau aku dah kronik sangat kot baru jumpa kaunselor sebab aku tak nak burukkan rekod sendiri. Nanti for sure akan sampai ke supervisor aku kata aku ada problem. Dah la before this memang banyak masalah peribadi. Aku rasa aku masih boleh bertahan. InsyaAllah. Aku orang Islam, aku ada Allah Taala yang aku tahu tidak pernah tidak ada untuk hamba-Nya. Cuma hambaNya je yang tidak mahu selalu mengadap Tuhannya bila bermasalah.

Kadang-kadang kita tak tahu dugaan Allah. Nauzubillah, aku tak mintak. Tapi jangan nanti bila kita diuji sedemikian, baru kita akan lebih menghargai apa yang kita ada. Sebab tu orang cakap, hargailah sesuatu itu selagi ia ada. Hargai nikmat yang ada selagi ia belum ditarik. hargai kasih sayang dan cinta itu selagi ia mekar dan berbunga.

Petang tadi aku praktis futsal. Huhu. Semput tak ingat tapi better than before. Teknik tendang bola masih belum betul sangat and susah nak passing bola and at the same time nak tengok orang. Bola tu bulat, senang nak bergolek. nampak senang je main futsal ni, tapi susah.

Ok, now nak mandi dan aku harus bangkit dari kesedihan ni. Kena study! sia-siakan waktu kerana terjeruk dengan perasaan sendiri. eee, benci! rasa bodoh! kenapa perlu bersedih sedemikian?  Yer, memang hidup tak selalu indah seperti langit yang tidak selalu cerah. Hari ni dah la suram, mendung, seperti faham perasaan aku. 😦

Review

Prince of Persia sangat best!!!!!!!!! Silalah tengok kalau belum. Sepanjang tengok movie ni tak bosan langsung. Ada je aksi dan scene menarik. Sampai kecut perut tgk pun ada. Main baling-baling2 dagger tu. Princess Tamina pun cantik sangat. Princess of Alamut. Dalam movie ni kota ni cantik la grafiknya. Hero ok la. Selamba jek hero dia. Suka giler bila keluar panggung sebab budak-budak ni semua skeptikal nak tgk pada awalnya. Kalau tak best nak blame aku la, sbb aku yang beria persuade semua suruh tgk. hehe. Aku nak tgk sebab member-member yg dah tgk semua kata best. Mula-mula nak tgk Robin Hood, tapi diorang kata baik tgk Prince of Persia.

Semalam pi library dengan Zaza. Lately ni lagi suka pi library walaupun kesejukan sampai ke tulang hitam sebab memang confirm buat kerja. Kalau kat bilik, ada jek halangan dan gangguan. Siang pi ofis, mlm pi library. Sangat produktif. Semua gara-gara dateline dah dekat la ni. hehe.

Semalam susah nak tidur. Biasalah kalau jiwa sedih, mata susah nak tidur. Kadang-kadang tak tau la mana letak common sense dan rationalnya untuk setiap tindakan yang diambil sekarang. Tapi kalau jadi orang terakhir yang tau confirm la sedih. Sedangkan aku patutnya jadi orang paling utama dan penting sekali untuk tahu setiap apa yang berlaku dan terjadi pada dia. Mungkin aku jek yang rasa macam tu. Sedangkan yang penting dia bagitau walaupun dah lewat malam. Entahlah. Situasi kami ni susah nak dimengertikan macam orang lain. or aku je yang rasa sebab kitaorg tak normal macam org lain, jadi tindakannya haruslah begitu juga? tidakkah?

Benci tenggelam dalam rasa walaupun aku cuba untuk tidak terlalu memikirkannya. Mungkin aku perlu muhasabah diri sendiri. Jangan hanya cari kesalahan orang. Tapi jika macam tidak pernah belajar dari kesilapan, itu sebenarnya yang buat diri ni lagi sedih. Seperti tidak pernah faham diri aku…or kalau aku nak fikir positif…adakah aku faham dia sebenar-benarnya? Dah kejadiannya begitu. Tapi aku rasa ni semua common sense. kalau tak cakap pun orang faham sendiri. atau aku ni sebenarnya terlalu byk fikir dan hormon tak stabil sbb nak dtg bulan! :p

Privileged

Alhamdulillah, puasa masuk hari kedua dah. Puasa ganti. Berbuka awal. Pukul 5 ptg. hehe. Sebab tu tunggu sampai nak winter baru nak ganti puasa sebab nak berbuka awal. Anyway, pukul 7 kang dah janji dengan Zaza and friends untuk tgk Prince of Persia! Daripada review from few friends, macam tak sabar nak tgk. Semua kata best giler. Ok, nanti aku tgk dan akan bagi comment.

Progres berjalan juga walaupun semalam aku susah nak tido. Asyik terjaga je. Lepas subuh pun nak tido balik susah. Selalunya senang aje. Now dah start type chapter 6! wohooo! tapiiii…chapter 5 aku buat separuh jalan je. haha. Stucked. So aku buat mana yang aku rasa boleh la dulu. Semangat! Semangat!. Banyak sangat kata-kata semangat dari rakan-rakan dan orang-orang tersayang buatkan aku terharu dan jadi lebih bersemangat nak teruskan perjuangan ni walaupun hampir rebah. Terima kasih. πŸ™‚

Pagi tadi terima sms dari Niza bertanyakan perasaan aku. :-). Risau yer cik Nurul dan Niza aku kecik ati. Takdelah. Aku dah agak mesti Nurul agak risau memandangkan aku pernah merajuk sebelum ni. Tapi itu kes lain. I felt totally left out. Tak payah lah korang risau, aku tak harapkan sangat orang baca blog aku ni. Saja suka-suka tulis. Rekod peribadi sendiri. Blog ni pun bukan aku bagitau pada semua. Hanya orang-orang tertentu je. I give the privileged to only few peoples to peek into my private life. Kalau korang baca, korang tau la apa berlaku pada aku kat sini, kalau korang tak baca pun, aku akan still update korang sesekali psl aku. Cuma aku faham kesibukan masing-masing nak bermail tentang diri masing-masing agak terhad, jadinya aku memudahkan korang dengan bagi link blog aku. Walaupun aku tak e-mail korang, korang masih boleh nak tahu pasal aku. Itu je.

Tadi aku dah email examination office dan bagitau diorang yang aku nak submit thesis by mid july. Patutnya dah e-mail awal sebab I need at least 2 months to notify them so that they can prepare all the paperworks. Mm, kalau hari-hari rajin dan buat keje secara konsisten, insyaAllah boleh siap by mid July. Masalahnya tak all the time ada idea dan tak all the time rajin.:p. Tapi tuh la, depends pada supervisor aku jugak nak edit semua sebab budak-budak nak final exam akhir June and dia confirm busy marking. Jadinya aku nak cuba siapkan awal so that tak clash dgn marking period. Lagipun nanti nak pegi road trip la, nak bersukan la, kena la siapkan jugak keje! huwaaaaaaaaaa!

Baiklah, masa untuk nonton wayang! hehe.