Archive | July 2010

I’m home! :-)

Lamanya tak update. Alhamdulillah. Saya telah selamat sampai di tanahair tercinta! Lama tak balik. Dekat 6 bulan lebih. Kali ni tak payah nak rushing, can have my own sweet time. Sebab tak payah balik Aussie semula! yeah!

Tapi, disebalik kegembiraan, rasa sayu juga meninggalkan tempat bermain dan belajar selama 3 tahun setengah. Kehidupan sebagai pelajar yang pasti akan dirindui. Tapi gembira juga sebab akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga tercinta, tak payah berjauhan dengan suami, mama dan ayah.

Sebelum balik ke Malaysia, banyak benda dah berlaku. Sekejap sangat masa berlalu. Tau2 dah sampai Malaysia. Dengan NCG, farewell parties, road trip, lunch dengan SV, karaoke, dan segala macam lagi. Barang yang di hantar pulang juga cukup byk. Dengan kes di airport Sydney. Nyaris2 kena bayar AUD1k++, dengan pertolongan Kak Sha (ni baru kenal kat airport ni), cuma byr AUD200. Alhamdulillah.

Belum lapor diri lagi ni. Harapnya tak payah la sampai submit thesis. Haru jugak nak buat semua benda dan submit thesis ni. Tapi sekarang kat UKM, tumpang ofis kakak. Menulis tetap diteruskan. Harus submit by September. Bila balik ke pangkuan keluarga, banyak komitmen la kan. Lagi-lagi duduk bersama keluarga mertua. Yang ini, aku harus pandai2 sendiri membahagi masa. Kalau dulu single sebagai pelajar, nak tido, mkn, pi ofis tak kira masa pun takpe. Sekarang, banyak benda mau di ambil kira. Masih belajar adjust dengan keadaan. Semoga suamiku memahami dan memberi sedikit ruang sampai aku submit thesis ni. Mungkin akan jadi mcm orang gila sikit sbb dateline makin hampir dan kerja yang banyak. Stress juga bakal terjadi. Kelmarin semangat beli meja study dan kerusi. Misi lain, mencari lampu study pulak. Harus isolate diri dalam bilik, kalau aku buat kerja kat bawah, mmg tak buat kerja sbb ada 2 makhluk kenit kat rumah tu nak main dengan Mak Lang. hahaha.

Besok baru nak balik Johor jumpa mama dan ayah. Aku sangat rindukan mereka dan aku pasti, mereka juga sangat rindukan aku. 🙂

counting days…

Lagi 4 hari nak meninggalkan Canberra dan lagi 6 hari nak meninggalkan Australia. Gembira sebab nak balik tapi sayu jugak hati. Banyak sangat kenangan pahit, manis, payau, kelat kat sini. Barang dah hampir separuh di packing. Banyak sungguh! itupun ada yang dah jual dan bagi2 pada kawan2. Penatnya.

Hari-hari terakhir kat sini sangat sibuk jumpa orang sana sini. Appointment berlambak. Dengan event MASCA NCG berlangsung serentak. Sesungguhnya aku cuba sedaya upaya tak nak hampakan orang. Malam besok budak2 ni nak buat farewell party utk aku, Zaza dan Inaz. Besok jumpa Kak Su, Amalia dan Dy untuk sembang kali terakhir. Besok juga nak tengok dan bagi sokongan untuk budak2 ni main games. Nak ke Pack and Send untuk uruskan barangan kakak. Nak packing lagi sikit. Lusa dah nak shipping barang.

Alhamdulillah presentation hari tu berjalan lancar. Sangat lega. Ramai kawan-kawan satu batch datang menyokong. Semua ucap tahniah. Aku orang pertama dalam cohort yang present exit seminar utk PhD. So, yang lain-lain terasa pressure jugak. Kira break the ice la ni. Diorang yang cakap. Mitzy siap cakap aku tak nampak nervous padahal jantung mcm nak terkeluar. Sebelum presentation macam-macam aku baca. Selawat toksah cakap. Jadi sangat nervous. Tapi bila kat depan, dah start cakap, semua jadi lancar je. Ada 5 soalan dari penonton. Aku dapat jawap 3 je. Lagi dua Paul tolong jawapkan. hehe. Ada few things nak kena amend and ambik kira untuk discussion dalam thesis tu nanti. Tadi dah kemas-kemas barang kat ofis. Semua dah masuk kotak. ada la 2 kotak. Buku dan file2 tu berat. Hari tu dah listkan semua specimens and slides. Buat inventori sket. Now nak kena fokuskan barang2 kat rumah ni. Serious pening. kotak sana sini.

Lusa futsal punya game. seram jugak. Hari ni practice for the last time. Ok lah. Stamina pun dah naik sket. Takde lah semput kan. Harap-harap dapat bermain dengan cemerlang nanti dan bawak balik medal. Cewah. hehe. 8 team utk perempuan. Seram jugak bila dengar cerita team dari WA sangat ganas bila main. Ok, usaha dan tawakkal. InsyaAllah boleh.

2 more days

Lama tak update. Now kat library tengah memerah otak buat teks. Presentation slides almost 90% siap. Ada few things yang tak sure lagi nak letak ke tak. Ok, should be finish before evening.

Last Saturday sempat ber-roadtrip dengan budak-budak separuh gile. hahaha. So much fun! Great company. We went to the Southern coast of NSW. Last road trip as a student. It was awesome! 🙂

Today my sis in law dtg from Sydney. Dengan aku tunggang langgang nak presentation, hopefully dia tak kecik ati kalau aku terlalu khusyuk bekerja.

Ok, too many things need to be done. Packing pun belum lagi, baru isi satu kotak hari tu. 5% done. haha. Malas nak fikir sekarang, lepaskan ni dulu, weekend ni baru kemas all out. Tinggal 9 hari je kat Canberra ni. OMG! kejapnya masa berlalu.

Lagi 2 hari nak presentation, rasa macam nak meletup otak. To you who reads this, please pray for me eh? Hopefully I can deliver my talk smoothly. 🙂

Senak perut

Wahida

Bila aku tengok email yang ada info kat atas ni, senak perut aku. Tak boleh nak jangka berapa ramai yang datang walaupun bilik seminar tu boleh muat 100 orang. Fuh! serammmm! Slaid baru halfway siap. InsyaAllah malam ni siap dan besok boleh tunjuk Paul.

Penat praktis futsal dua tiga hari ni. 2 jam sekali main. Stamina kaput! Tapi slowly la kan. Ada improvement la. Bagus jugak, at least stress-stress bole tendang bola. Bersukan ni boleh mengurangkan tekanan selain  bersosial. Harap-harap boleh menang medal la tahun ni. hehe. semangat betul.