Archive | August 2010

Yummy butter prawn!

Semalam berbuka bersama rakan baik lama dan anak kecilnya. Puan Camellia a.k.a C.M. Makan di restoran Mohd. Chan Abdullah Bangi. Not bad la. Sedap sekali butter prawn dia!! Wahhh! Saya sangat teruja! hehe. I had Penang Char Kuey Teow yg sedap juga. C.M makan ayam Kam Heong. Cuma kempunan nak makan dim sum. Sebab dah habis masa kami sampai lepas maghrib tu. Yela, orang semua dah berbuka. Baby kailan ikan masin dia memang terbaek! Kena dengan citarasa aku penggemar sayur ni. Crunchy dan cukup semua rasa. Lain sikit dengan baby kailan yang makan kat restoran Thai. Ni macam Brussel sprouts versi besar je. hehe. Whatever la kan janji sedap. Cuma wantan goreng maybe boleh improve lagi. Sedikit masin. Boleh datang lagi. Cuma tak berapa suka dengan persekitarannya macam kedai kopi cina je. Open sangat dan kurang privacy. Decorations pun simple2 je. Mungkin kena duduk di tingkat atas yang berhawa dingin kot. hehe.

Tak sabar nak balik Johor sabtu ni berbuka bersama Mama dan Ayah. 3 tahun tak bersahur, berpuasa dan berbuka bersama. Rinduuuuuuu! Terima kasih suamiku kerana memberi izin untuk pulang lama sedikit yer. 🙂

Advertisements

Torn

I’m torn apart. Stress. Depressed. Guilty. Unhappy. I guess nobody understands my priority and needs right now.

I don’t know whether I can finish this race…I need support people!

I just need my mom right now. 😦

I need to find my private space.

p/s: Husband is sick today. May he gets better soon.

What to do?

I think I have to go somewhere else to do my writing.

Paul had been asking about my progress and I need to submit some drafts soon.

Stress la wei! Too many commitments. Keje macam siput lagi-lagi bulan puasa. With the kids and house chores and everything. I hope my husband will give me some time and space for me to finish what I have started. Nak balik kampung la! Part of me feeling guilty a bit. Macam lari dari tanggungjawap. Siapa nak masak, nak urus kain baju, nak kemas, nak melayan si kecik, nak manjakan dan melayan suami? :p. Padahal selama ni orang lain yang buatkan dan pandai-pandai sendiri je si suami uruskan diri. Tapi bila dah balik ni, I know I have to do all that. Being me who love being a ‘perfect’ housewife kalau boleh semua nak buat sendiri. Kalau mak kita dulu boleh, kenapa kita tak? Cuma pengurusan rumah besar dan orang yang ramai je la sekarang ni. Lain la kalau duduk berdua sahaja. Entah la bila. How I wish to have my own house. Maybe later. Now, kurang stabil sket.

I have to push myself more. Maybe have to do extra writing at home but with the lil’ ones boleh ke? Sekarang ni kalau kita nak naik bilik atas, pantang nampak, nak mengekor je. Kalau nampak kereta ada, kita kat atas, dari bawah dah menjerit sekuat hati ” Mak Lang! Mak lang kat mana?!!” sampai la kita turun. hehe. Seriously, I have to isolate myself for couple of weeks! Sorry my dear husband and my dear Sorfina. I don’t have much choices. Cuma sekali ini sahaja. Please?

Tolak rezeki?

Nak kata betul pun tak. Tak betul pun tak tau la. Kot orang semua pandai berlakon. Sebab salesman tu excited tak ingat, siap suruh aku belanja dia KFC sebab aku bertuah sangat katanya. Dapat hadiah free RM6k. Aku dapat hadiah free induction cooker and air purifier yang berharga RM6k++. Percaya tak? Mahalnya benda alah dua ni. Dapat voucher RM100. Untuk bawak balik dua barang yang mahal ini aku kena guna voucher tu hari yang sama dengan beli barang dari syarikat mereka. Memang la penipu kan. haha. Sebab barang-barang yang dijual semua RM2.8k++ ke atas. Satu set periuk stainless steel pun sampai RM3k, mmg mahal la. Vacuum cleaner RM3k. Kalau vacuum tu boleh sedut sendiri tanpa kita kena buat, dan dan tu jugak aku ambik. Tapi aku terkejut jugak la masa bukak kad tu. Yang si penjual pun terkejut sebab tak pernah tengok. Sampai panggil kawan dia. Pastu depan aku siap check kad-kad lain nak tengok ada tak yang sama sebab tak reti nak explain kat aku apa yang aku dapat. Last-last call manager dia through phone. Sampai aku kena explain dekat manager dia apa yang ada pada kad aku sebab salesman tu english dua-dua hancur. haha. Package disebut pakaj. Induction disebut dixon. Manager tak dapat menangkap butir bicara mereka. Pastu dia sesama dia cakap bodo sesama sendiri. hahahaha. Rupanya dia kata antara satu malaysia, aku kira bertuah dapat kad tu sebab kilang keluarkan 15 je. Aku orang ke-8 yang dapat. Siap suruh ready untuk ambik gambar nak masuk dalam Metro katanya. Cakap punya cakap, aku cakap kalau bagi free je aku nak la. Kad-kad lain aku tengok semua gambar satu jek macam vacuum ker, set periuk ker or just tulis RM50/RM100 voucher tapi aku ada 2 gambar dengan voucher RM100 lagi. Bertepatan dengan yang tertulis dalam kad tu “limited package”.Tapi sampai kena beli barang buat installment, tak nak la aku. Bila fikir-fikir balik, ni cara mereka berniaga. Betul la untung jugak dapat hadiah RM6++ tapi kena bayar RM3k. Untung RM3k. Dapat 2 barang free. Tapi fikir logik, kenapa semua benda tu bapak mahal? haha. Diorang claim satu company dengan Electrolux. Harap-harapnya ia bukan satu penipuan. Tempting jugak nak membeli. Aku kan suka barang dapur dan memasak! ngeeee. :p

Pesan suami

Bila sesekali suami bersuara menasihati hati yang lara dan memberi word of wisdom…

Hati jadi terusik dan terharu…. dalam kesibukannya masih mahu mendengar luahan dan bebelan aku…

Dalam kepenatannya mahu menadah telinga mendengar rintihan hati aku ini….

InsyaAllah abang, sayang akan tetap sabar. Tuhan itu Maha Kaya. Kita tunggu dan lihat yer.

Like you said, we have our own pride.

Semoga ramadhan ini menambahkan kesabaran dan keimanan kita.

Attitude, service and lifestyle

Kat Bangi ni dah sangat maju. Banyak sangat kedai dan banyak sangat tempat makan. Sampai jenuh nak pilih la. Kopitiam and cafe lagi la berlambak. Budaya rakyat malaysia sekarang suka lepak kedai kopi. Aku tak terkecuali la. hehe. lepak starbucks aje nak menyiapkan tesis. Tapi jemu dah gi starbucks Alamanda tu. Semalam pi starbucks midvalley plak. Tapi sudahnya tgk orang lalu lalang yg banyak. hahaha. Laki on-call, aku buat hal sendiri la weekend. Orang lain berjalan bersama keluarga, aku sorang2 je. Sempat la round window shopping kejap 2-3 jam. Takde apa nak beli, tengok2 jek la. Kagumnya dengan orang yang sangat ramai. Sebesar-besar mall tu, sesak juga dengan orang. Orang Malaysia ni giler shopping. haha. Kalau gi Jusco tu, berlaga2 ni nak jalan. Sekarang dah la tengah sale. Lagi la ramai macam semut hurung gula. Restaurant and cafes pun quite full. Macam-macam makanan ada sampai aku rambang mata nak pilih. No fast food please. :-). Semalam minum-minum makan kuih kat restoran nyonya pun aku rasa mahal jugak. Kuih sepotong conet 90 sen or seringgit. Kalau kat pasar malam pun besar lagi saiz dia dan paling-paling 30 sen je. Bayar mahal untuk tempat makan jek la. Ambience. Nasib baik sedap. haha.

Cakap pasal tempat makan, I had lunch with my best friend just now at Beriyani Othman in Bangi. What a coincidence huh? The name of the restaurant reminds me of my ‘master chef’, my dad. :-). They sell laksa johor, soto, briyani etc. Seems like a johorian restaurant to me. I had beriyani kambing ( mutton beriyani or maybe it is lamb, not sure la). Not bad at all. It just that the service is so damn slow! We have waited for 45 mins just for the food to arrive and after we finished our meal, air pun tak sampai-sampai. ayoooooooo! lembab giler! Memang nak kena black-list la this restaurant. Air dah la air teh jek. Ice tea plak tu. Ambik masa sejam nak sampai. So, lepas ni jangan harap nak datang lagi. Customer takde la ramai pun. Haih, kalau macam ni meniaga, pelanggan banyak lari ooo. I found that Malaysian punya customer service kureng sket la. Senyum payah. Treat customer pun tidak sepenuh jiwa raga. Maybe dah terbiasa dilayan dengan baik masa kat aussie kan. Cakap pasal senyum pun dah cukup. Kat sini jenuh aku senyum dengan orang lalu lalang kat corridor ofis ni. Payahnya nak balas balik. Kadang2 dari jauh kalau nampak nak bertembung kita, tunduk aje manjang. Dah terbiasa jugak kat aussie we greet people dengan simple words like ‘ how are you today?’ or ‘good day mate’ or just say hello or hi. Pastu senyum bila jumpa sapa2 even stranger. Budaya tu susah nak lihat kat sini. Mungkin aku harus memulakannya. Bagi salam ke kan kalau jumpa .Tapi kang kalau aku jek buat, over plak nampak. haha. Giler apa senyum sorang2. Tapi senyum tu satu sedekah kan?:-) Lagi satu kalau terlanggar ker, or nak lalu ke, apa2 ker, susah nak say sorry. Aku rasa kat aussie seme benda yang kita rasa simple pun kdg2 say sorry sebab tak nak orang lain susah or terasa hati. Dan ucapan terima kasih tu senang2 jek nak dengar walaupun kdg benda simple je mcm bagi laluan ker, tolong alihkan barang kita masa nak membayar ker, benda2 simple yg kita buat memudahkan orang mereka sangat hargai. Culture shock di negara sendiri. hahaha. Pasni kena biasakan balik or maybe I just carry on with all the good value that I have learned in aussie. Bab driving tak payah nak komen la. Lagi drive kat KL ni. Takdenya nak bagi jalan kat orang. Seme bawak kereta macam jalan bapak sendiri. hahaha. Pedestrian la kesian. Kalau kat zebra crossing takde kereta nak berenti. Kadang aku kesian tengok budak-budak ni nak melintas. Kat dalam UKM sendiri punya byk zebra crossing. Kereta semua jalan jek padahal kat tepi jalan bersusun budak nak melintas. Selfish betul driver2 ni. Tapi bila bagi lintas janganlah melintas macam siput sambil borak2 pulak. Dah orang bagi jalan, pandai-pandai la kan. Kalau kat aussie, dari jauh kereta dah slow or nak berhenti bila nampak orang nak melintas. Tak payah nak tengok kiri kanan la senang cerita sebab tahu kereta confirm berhenti. Lalu jek la macam biasa. Macam bos bila lintas jalan sebab semua kenderaan akan tunggu dan berhenti. hehe.

Lagi 2 hari nak puasa. Bazar ramadhan confirm jual macam2. tapi aku sejak balik lagi suka masak sendiri, makan kat rumah. Beli kat luar semua tak sedap kat tekak aku. haha. memilih sangat nak makan sekarang. Kadang-kadang bila makan tak cukup rasa, dalam hati berkata jugak. Lagi sedap aku buat sendiri. haha. Mengada plak. Dah senang boleh beli tak nak pulak. Dulu kat Canberra kena masak selalu, komplen jugak. haha.

Yang buat aku stress sekarang internet connection yang macam tuttttt. Streamyx kat umah ke, internet UKM ker, starbucks ke, sama je. Adoiii. Dulu click, click, click terus je keluar. Tak payah nak tunggu. Sekarang, nak tgk youtube berjanggut! even nak check mail pun, lambat. Rindunya internet kat aussie!!! pantas macam kilat! huhuhu!



Tuhan, jangan biar diri ini membenci mereka…

Ini sudah kes benci darah daging sendiri ni. Bukan love-hate relationship lagi. Hate hate hate! Dunia ni apa nak jadi. Bila yang muda dah tak hormat yang tua. Yang salah tidak diberikan hukuman setimpal. Yang baik dikatakan buruk. Yang buruk dikatakan baik. Aku jadi serba salah dengan keadaan macam ni. Tak tahu mahu bertindak bagaimana mahu membetulkan keadaan. Sebab aku masih ada rasa hormat pada yang tua, pada saudara sendiri. Masih sayang pada sepupu dan makcik-pakcik yang dulunya rapat dan sering gelak ketawa bila berjumpa. Tapi bila keadaan menjadi keruh oleh kerana ego tercalar dan tidak mahu mengaku silap sendiri, inilah jadinya. Menjadi api benci yang makin lama makin besar. Sudah aku memujuk hati agar memaafkan tapi ada je cerita kurang enak sampai yang membuatkan kadang-kadang macam nak meletup! Sabar itu separuh dari iman. Aku nak jadi orang beriman, berfikiran waras, dan aku tahu ini dugaan dariNya untuk menguji sejauh mana kami mampu bertahan dengan kata-kata caci dan sindiran orang. Yang aku hangin sebab diorang buat kat mak bapak aku. Anak mana yang tak marah kalau ibu bapa difitnah. Orang memburuk-burukkan ibu bapa kita, kita pun rasa terhina. Memang la geram. Tapi aku juga takut kalau cerita yang disampaikan orang itu ditokok tambah yang membuatkan hati ini membara. Mulut ke mulut. Macam-macam boleh jadi. Bila orang buat muka, mencemik pada ibu bapa kita, depan-depan pulak tu mana kita boleh bersabar sebab kita tahu kebenarannya. Terluka dan terhiris hati mereka, terhiris juga hati kita. Memang kalau ikut hati, aku nak jek bersemuka dan cakap depan-depan apa yang dia tak puas hati. Tapi sebab memikirkan yang mak ayah aku tu masih lagi tinggal sebumbung, saudara lagi, aku tabahkan hati ni.

Allah taala tu Maha Kaya. Alhamdulillah kami ada bukti yang kukuh untuk mensabitkan kesalahan mencuri anaknya. Kalau aku hantar video tu kat polis, memang boleh masuk lokap! Apa nak jadi la. Duit bapak saudara sendiri pun nak ambik. Bukan sikit2. Bukan sekali dua. Di mana akhlak kamu? Tidak tahu pula bersemuka memohon maaf. Sekadar memulang semula untuk tidak memanjangkan cerita, itupun bukan dari si pencuri, apa pengajaran yang anak kamu ambil? Tidakkah kamu mahu anak itu belajar dari silapnya? Tahu kesalahan sendiri. Ibu bapa sendiri mahu menutup dan menjaga aib anak, sebab itulah anak-anak sekarang dah tak jadi orang lagi. Siapa lagi nak disalahkan kalau anak besok jadi penjenayah? Di mana silapnya perlu dicari. Jangan menutup aib sendiri dengan menjaja cerita yang dibuat-buat pasal orang lain. Fitnah namanya itu. Kalau kamu seorang yang bertanggungjawap, orang yang waras, pasti kamu sendiri sebagai ibu mahu kebenaran ditegakkan, mahu melihat bukti, mahu membetulkan anak kamu. Jangan bersikap acuh tak acuh atas kesalahan ini. Mencuri itu haram. Sudah terang lagi bersuluh. Yang salah tetap salah. Ini bersemuka pun tidak mahu. Takut dengan kebenaran yang mungkin akan menjatuhkan ego sendiri.

Jangan nak kata kami buat propaganda. Jangan kata kami nak jaja cerita. Siapa yang jaja cerita siapa? Orang lain sudah cukup bijak untuk menilai. Setiap apa yang kamu jaja pada saudara mara lain, sampai juga ke telinga kami. Tak payah kami nak sibuk-sibuk korek cerita. Aku doakan semoga Allah taala buka hati-hati kamu semua untuk kebenaran. Jangan terlalu ego. Semoga kamu-kamu semua muhasabah diri. Semoga ikatan persaudaraan ini kembali pulih kerana kita mampu menerima kesalahan kita. Kita mahu berubah. Kita menghormati sesama saudara. Tapi hati yang sudah tercalar, mana mungkin akan kembali seperti biasa.