Archive | September 2010

Cerita raya 2010

Lamanya tak update. Malas. Takde mood. Serabut. Semua ada. Cerita raya memang banyak. Nak kata meriah sangat, takde la. Cuma bersyukur sebab Allah makbulkan doa aku nak berhari raya bersama-sama insan tersayang tahun ni. Setelah 3 tahun berhari raya berseorangan tanpa suami, mama dan ayah di sisi, tahun ni sangat puas dapat raya dengan mama, ayah dan suami. Terima kasih suamiku sebab ambik cuti tanpa gaji 2minggu yer. :-). Kalau tak memang tak dapat berhari raya la aku tahun ni sebab suamiku susah cuti. Almaklumlah, berkhidmat untuk masyarakat. 😀

Persiapan takde la sgt. Ala kadar. Itu pun mama belikan baju kurung sepasang. Aku buat sepasang dgn diyat. Jangankan tidak. Nasib baik ada tailor nak amik lagi. Yela, aku balik Malaysia pun nak dekat puasa dah. Kuih raya buat 1 macam. My famous choc chip. hehe. Customer lama banyak tanya tak jual ker. Malas nak buat. Buat bagi makcik sket, nyai, tok, mama, mommy. tuh jek la. Next year tgk la mcm mana.

Raya kali ni penat jugak sebab jalan jauh. Beribu kilometer la. Dari utara kedah, changlun nun haa..sampai la ke Singapura nun. Badan sakit-sakit jugak la. Dah la naik Hilux. Bumpy2, spring keras. Almaklumlah, macam ‘lori’ kecik. Tapi alhamdulillah la ada kenderaan jugak. Orang lain naik bas jek. Kereta aku eksiden. Jadinya masuk workshop la sebulan ni. Trauma jugak tu. Tapi aku harap ianya jadi peringatan untuk aku dan suamiku terutamanya. Itu cerita biar la ku simpan saja.

Payah juga la kampung sorang utara sorang selatan ni. Tak balik dua-dua macam tak adil. Sudahnya, kejarkan mana yang patut la. Tahun ni giliran aku. Next year, kena raya kedah la. huhuhu! Aku suka suasana kampung yang masih terpelihara kat sana. Cuma mungkin kemeriahan berhari raya bersama ahli keluarga sendiri (walaupun di bandar) lain sikit. Yela, family mama jek 10 beradik. Ayah 10 beradik. Selalunya kalau konvoi raya sampai ke malam baru habis round rumah adik beradik. Raya sangat meriah, makanan sangat banyak. Kat kedah simple2 jek. Makan ketupat  pulut. Walaupun sedap aku takleh pulun banyak sebab sebu perut nnt. Lain la ketupat nasi daun kelapa tu. Bukan nasi himpit yer. Tak ori!  Tapi sejak ayah dah tua-tua ni, dia malas sket nak join konvoi2 jalan raya ni. Penat agaknya. Jadinya tahun ni dapat beraya 4 rumah makcik kat singapore jek. itupun sebab aku balik lambat ke sana. Menunggu abang eddy sekeluarga balik sekali. Tahun ni semangat sket nak beraya sebab ada si kecik Qaisarah. :-). Obsesi baru. Comel sangat dan sangat keletah! Kat JB pun sempat pergi 3 rumah je sebab nak balik Kluang terus kan. Risaukan si kecik yang tak selesa dan penat berjalan. Cuma tahun ni ada konflik keluarga sebelah ayah, jadi tak best la raya. Banyak sangat terasa hati. Dan aku harap, Allah tunjukkan kebenaran. Sebab boleh rasa aura lain bila jumpa sepupu-sepupu dan sedara kat johor tu. Tak tau la diorang dah disogokkan dengan cerita apa. Yang pasti, kemesraan tidak lagi seperti dahulu. Doa orang teraniaya ni makbulkan? Kami orang yang teraniaya. Orang yang difitnah dan mungkin juga dibenci. Aku cuma harap agar mereka sedar tindakan mereka tu bodoh. Tidak matang. Mementingkan diri sendiri. Ego. Sebab apa aku kata bodoh, sebab dah sah-sah salah, tak nak mengaku salah. Dia putar belit benda jadi benda tu tak salah. Dah tu, dia plak ‘attack’ kita sebab marah cakap dia salah. Ada akal cuba fikir. Jangan bertindak macam orang cetek ilmu dan akal. Sekarang ni, mereka yang memutuskan silaturrahim, tidak mahu bertegur sapa. Tidak mahu bersua muka langsung kalau boleh. Selagi boleh elak, dielaknya. Bukan kami yang buat. Jangan kerana terlalu sayang, semua benda jadi kabur. Orang kata sayangkan anak tangan-tangankan. Kalau aku ada anak macam tu, dah lama kena ‘basuh’ dah. Ini tak, makin ditatang-tatang macam takde salah. Spoil la anak tu. Besok kalau jadi penjenayah, janganlah menyesal.

ok, cerita sakit hati ni memang takkan habis, sambung cerita raya, masa balik kedah tu singgah Pekan Rabu. Wah, sakan aku borong kuih, pekasam, ikan masin. Kat sana banyak kuih tradisional. I like!! Masa balik rumah pak su di Napoh, sakan aku makan lauk kampung. Mak su masak kari rebung dan ikan puyu goreng dan ikan puyu masak sambal. Tu dia, 3 pinggan nasi aku balun! hahaha. Rebung fresh yer, bukan yang macam kat sini tu. Ni amik terus dari pokok, terus masak. Masih-masih juga memahirkan diri dengan bahasa kedah. Boleh dah aku tiru cakap sket-sket wpun aku rasa macam lawak jek. haha. Kalau depa cakap laju sangat, kadang aku takleh nak tangkap butir bicara. Lagi-lagi kalau ada ‘term’ kedah yang aku tak faham. Diorang cakap macam aku faham jek, nanti aku senyum atau angguk jek la. hahaha. Lama tak jumpa tok dengan wan. Masa aku nak balik tok nangis. Sayu plak ati aku. Tapi orang tua macam tu kot, sensitif. Tok dengan Wan rajin ajak borak. Kalaulah kampung dekat, selalu la aku balik. Masalahnya jauh. Nyai dengan Yai kat Singapore pun jarang aku jenguk. Itu kira senang nak pi sebab dah dekat dgn jb. Bila cuti je keutamaan kalau nak balik, jumpa mama ayah. Tu jek sekarang. Sebab tu aku harap mama dengan ayah pindah dekat2 KL so that selalu bole jumpa. Aku tak sabar nak balas jasa mereka dan membahagiakan mereka selagi mampu. Selama aku hidup ni, takde apa yang aku nak diorang tak tunaikan. Tiada apa yang buat aku tak gembira. Semampunya mereka cuba buat aku gembira, senang dan bahagia. Sampai la aku dah tua bangka dah ada suami semua, masih lagi mereka berjasa pada aku. Susah senang, suka duka dikongsi.

Tahun ni tak banyak jemputan open house lagi, sebab aku belum officially lapor diri bekerja. Next year mungkin la. Dulu masa kerja UKM, before fly, time raya byk jugak open house. Open house office dan jabatan pun  byk jgk. Sediakan perut jek la. Siang tadi Zana, Nurul dan A-ar datang rumah beraya. Aku cuma sempat masak mee bandung je. Terharu dan happy diorang dtg. Bestnya borak-borak2. Best friends dari undergrad seme ni. Geng kancil merah. haha. Niza dgn Aida jek takde. Bestnya kalau dapat kumpul macam dulu2.  Besok Ame dengan CM nak dtg pulak, nak masak nasi beryani kononnya. Tapi aku malas nak masak beryani mcm ayah. Masak nasi beryani simple jek la. Versi hyderabad. Mengelat! :p Bila duduk rumah sendiri nanti mesti lagi meriah raya kot. Ramai kawan dan saudara datang rumah. Aku boleh buat open house. Sekarang susah la sket. Diorang kalau aku ajak dtg, ada yang kata tunggu aku duduk rumah sendiri baru nak dtg.  Nak tgk rumah aku ke, nak jumpa aku? :p

Aku sangat terharu dengan kesungguhan mama dengan ayah nak menyambut raya dengan aku kali ni. Mungkin nak mengubati 3 tahun yang berlalu tanpa aku. Walaupun di malam raya hanya ada kami berempat, aku dapat rasakan mereka sangat happy. Ayah dan mama masak berdua saja dari pagi. Aku sedikit terkilan tak dapat menolong sebab perjalanan dari Kedah yang jauh. Nak kejarkan sampai malam raya tu jugak. Semua dah siap. Nasi beryani lauk kurma kambing dan ayam masak merah untuk Diyat, menantu lelaki kesayangan (dia la memandai sebut nak makan!). Ketupat nasi, sambal goreng, serunding, kuah kacang, rendang ayam kampung untuk aku. Kesian mama dengan ayah berhempas pulas masak. Banyak pulak tu. Nak sedekah dan tukar-tukar lauk dengan jiran2. Amalan ni masih lagi ada di Kluang. Sudahnya di pagi raya, lauk pauk jiran bagi pun berlambak2. Yang ada kat rumah kami berempat jek! hehe. Abang sampai raya kedua ptg, tinggal saki baki nasi beryani semalam. Rezeki kamu la tu. 🙂 Sudahnya, raya pertama lepas sembahyang raya, kedua-duanya kepenatan. Kaki dah tak boleh pijak sebab sakit lama sangat berdiri sewaktu memasak.

Aku tak dapat bayangkan perasaan mereka 3 tahun tanpa aku. Selalunya ayah akan bawa mama menyambut 1 syawal di Singapore. Mungkin tak mahu mama melayan perasaan sedihnya. Kita yang muda mana bisa nak faham hati orang tua. Tahun lepas lagi la aku dgn abg kat Australia. Memang mereka raya berdua sahaja tanpa kehadiran anak-anak. Sayu hati bila memikirkan. Sebab itu sebolehnya aku ingin menyambut syawal dengan mereka. Keluarga kecil beginilah. Bila sorang je takde memang terasa.

Semoga raya tahun depan kami diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Pasti lebih meriah. Semoga Allah kabulkan doa kami. Amin! Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin! 🙂

Advertisements