Archive | October 2010

Post birthday dan anniversary story

Semalam aku dinner dengan cik abang di Victoria Station. Semalam birthday dia. Walaupun patutnya dinner malam sebelum tu tapi sebab dia ada presentation semalam, postponed la. Konon-konon berdating la. hehe. Mula-mula nak makan Dave’s Deli. Mengembalikan kenangan masa bercintan cintun dulu. Suka sangat makan situ. Lasangne dia sedap. Roasted chicken pun sedap. Yang sedap gravy dia. Tapi kat Midvalley dah takde dah restoran dia. Yang ada kat One Utama, Subang Parade, TTDI. Dia malas nak ke sana so we decided to go to KL. Jalan-jalan tgk KL malam2 and makan2. First time makan kat Victoria Station, Ampang. Ok la. Variety menu dia. Harga quite pricey jugak. Tapi steak macam2 ada. Lamb punya dish sahaja ada 6 jenis kot. Blom yang lain2. Lobster pun ada. Kami makan Escargot for appetizer. Sejenis siput. Sedap. Dia bakar dengan garlic sauce. Then main course, cik abang makan Prime Ribs Steak. Aku plak order Lamb Shank. Sedap cuma gravy dia kedekut sket. Kenyang la makan sampai tak abis.

Semalam birthday sendiri dia tak cuti pun. Apatah lagi anniversary. Kebetulan last day kat Forensik Hospital Serdang dan ada presentation. Jadinya, dia sebagai presenter kena bagi jamuan makan2 kat rakan2 sekerja. Kira farewell jgk la. Boleh gitu? Dah la kena present, kena plak bagi makan. hehe. Jadinya, dengan berbesar hati aku masakkan nasi ayam semalam untuk dia dan rakan2. Banyak jugak aku hantar kat dia. Untuk 20 orang makan. Aku masak tinggalkan kat rumah pun untuk 10 orang makan. Dapat la bawak sikit ke UKM bg Sha dengan Diba. Cooking with love ya’ll. hehe. Balik umah dari ofis singgah belikan kek birthday plak. Sampai-sampai rumah, dia cakap semua orang puji aku masak nasi ayam sedap. Siap Prof dia tapau bawak balik. Wah! Kembang kuncup i menahan kegembiraan. Ngee. :D. Dia pun makan banyak dia cakap. Itu yang penting. :-). Semangat nak masak-masak lagi next time. Aku dah lama tak masak banyak2 sejak balik dari Aussie ni. Balik Malaysia jadi malas, seme boleh beli. Masak untuk makan family ada la. Jamu orang ramai2 sangat ni takde lagi.

Hari ni pi tengok wayang plak. Berdating tengok cerita RED. Best woo. I like! Macho giler Bruce Willis dan rakan2nya. Dah tua2 pun hebat. hehe. Pastu jalan2 kat Sunway Pyramid, tawaf2 sket, cuci mata, lepak starbucks, pastu balik. Sebelum tuh lunch dengan KakNgah 1 family and Taariq sbb diorang pun kebetulan ke sana. Makan Manhattan Fish Market. Entah sapa la yang bayar tadi sebab kami terus gerak tengok wayang kul 1.45pm td. Terima kasih pada yang membayar. hehe. :-).

Anniversary 10 tahun. Ok la. Takde la special gempak apa. Walaupun aku nak sangat buat special2. Aku jek yang excited sebenarnya. Pompuan. Lagipun i jenis romantik2 sket. :p. Tunggu la ada duit banyak2 nanti boleh buat kenduri kesyukuran. Apa2 pun bersyukur kerana dipanjangkan jodoh dan sehingga hari ini masih bertahan. Alhamdulillah!

Advertisements

Me and Love

This morning, while driving to office, when I passed by Hospital Serdang, I smiled. I know he is there somewhere in that place (This week he has to do some forensic learning at Hospital Serdang). This coming thursday (28th October 2010) is our anniversary. We are officially in love for 10 years. Wow! How time flies huh. 10 years…it is still not enough to know someone that well. I will not be hypocrite. You can count the years but you cannot use it to measure how well you know someone. I admit I still not knowing him that well. Well, we seldom met for the past 9 years++. That is why. I can count how many times we met in a year. Maybe 2 or 3 times a year with less than a month each time. Sad isn’t it?

We are bind in a complex relationship. Different from others. Long distance lovers for 9 years and here we are, ending the ‘long-struggle-sad’ episode of our love life by living side by side to each other now. I am grateful to have him every day and night (well, not every night to be frank). Living a normal life like other couples. It has been 3 months now and I am still adjusting with this new life as a wife, partner and companion (who lives in one roof everyday!). When I wake up in the morning, I can smell him. I can watch him sleeping. I can touch him. It feels so unreal at first. To live in pleasure like this. Where you are not counting the day to leave your love ones. Because all this while, I’ve been wanting this for so long. To be united. Together. It is so damn long process and experience that we have to deal with our own emotions. Long enough to make me so vulnerable in love. Long enough to make me hurt. Long enough to make me crazy. Long enough to hurt both of us.

I should be grateful to be with him now and try not whining (much) when he is busy or tired with work because that is his job as a doctor (u should think millions time when you want to marry a doctor, hahaha). At least now we are together. But as a human, sometimes, I do feel the loneliness. Sometimes, I do feel empty. Sometimes, I do feel neglected. But I always pray that God keep us together until Jannah. I know he loves me so much. I cannot judge him by his action though at times it hurts so deep. I know our love is so strong that we are meant to be together no matter what happen. We had sacrificed almost everything to keep this love strong and alive. I hope that we are still fighting for this love till death do us part.

To my beloved husband, Happy Anniversary dear. I know you are not reading this but I still want to say this here. I know you have nothing special for me this coming anniversary as you are busy with work, but you are indeed a very special gift to me. I love u so much that you will never ever want to let me go if you can count how much my love is (definitely more than you.:p). May Allah bless us both and show us the right path to Jannah. I love u sooooooooooooooooooooooooooooo much! 🙂

Chapter 3

Adoi, kepeningan sebentar. Banyaknya image nak di edit. Mm, paling menyampah betul la pilih gambar dari beribu gambar. Dah tu nak edit plak. Berpinar biji mata ni. Tapi aku musykil mana pegi gambar banyak2 yang aku ambik masa 1st year dulu. Mungkinkah dalam external hard disk lapuk itu? Oh, tidak! Harap-harap masih boleh dibaca. Semua cd yang ada aku dah tengok satu2. Tension juga bila ada file tak bole buka dalam MAC ni. Software apotome tu hanya boleh dibuka dengan PC je. Jadi banyak juga gambar tak bole nak edit.
Hari Ahad yang mendung ni tak mematahkan semangat aku nak buat kerja. Kebetulan suami on call, jadinya baik aku datang buat kerja dari duduk rumah. Banyaknya kereta kat UKM. Aku rasa macam hari kerja pulak. Tapi sekarang tengah final exam, rasanya students pun sibuk study jugak. Tak la mengular di waktu hujung minggu.
Setakat ni boleh bertahan lagi buat kerja. Cumanya, jadi tekanan bila gambar tak dapat dibuka! Hai, dugaan betul. Dah satu kerja nak guna laptop lain nak buat kerja. Ni kena songlap laptop suami plak kang. hehe.
Chapter 3, diharapkan anda dapat disiapkan minggu depan juga. Gambatte!!!!!!!!!

Baby Sarah :-)

Qaisarah..Qaisarah..aih..macam dilamun cinta. Kalau tak jumpa rindu, dah jumpa tak puas pulak nak bermanja dan bermain. Semalam aku tidur di Kelang berjumpa si kecik yang comel dan keletah si Qaisarah Batrisyia. Suami on-call. Ada la pro dgn cons suami takde di rumah ni. I can have my own sweet time tanpa perlu sedih2 suami takde rumah setiap malam macam suami orang. Jadinya, boleh jumpa anak buah sentiasa, tidur rumah abang ker. Dulu agak sedih jugak, bila dalam seminggu, 4 atau 5 malam sahaja di rumah. Selainnya tidur di hospital. Tapi besok dah jadi M.O. tak la sebanyak ini on call nya. Aku manfaatkan ketiadaannya untuk mengeratkan kasih bersama Qaisarah. :-). Nnt kalau dia dah pindah Putrajaya, lagi la kerap aku jenguk. Sesekali jek la pi Kelang, bermalam di sana. Agak jauh jugak la. Tapi aku suka jek ke sana, family Kakak sangat baik dan dah biasa dengan aku. Rasa seperti keluarga sendiri.

Qaisarah sangat bijak dan comel. Suka ketawa dan senyum. Senang nak senyum bila di agah. Sangat-sangat lah peramah budak ni. Kulit putih2 gebu. Aih, geram sampai nak gigit2 pipi mungilnya tu! Dia pulak jenis suka orang cium2, tadahkan je pipi. hehe. Tak banyak karenah, senang nak jaga. Semalam sakit2 perut aku ketawa dengan gelagat dia. Umi dia pakaikan topi yang sedikit besar, asyik jatuh tutup mata dia sampai ke hidung. Tapi dia diam jek, macam blur tak tau nak buat apa. Pandangan gelap seketika. hahaha. Takde la pulak menjerit ker, bising ker, dia senyap jek, macam kaget tak tau nak buat apa. Tak pulak dia tarik topi tu, dia biarkan jek sambil diam. hahaha. budak la budak. Bendul la Qaisarah ni. Baik jek. hahaha. Semalam petang pi melawat baby jiran yang baru, bukan main excited nak pegang2 baby. Dia ni aku tengok suka berkawan. Kalau jumpa budak2 lain, atau baby ker, excited dia bukan main.

Mulut dia dah bising sekarang bercerita menggunakan bahasa dia. Entah apa dibebelkan kadang2, bukan kita paham. Makin lama makin besar. Bila tiap kali jumpa, ada jek keletah baru dan rasanya dia dah semakin memanjang. Dah pandai main sembur2 air liur, pandai kira sampai 10 (haha! ni ada cerita lain pulak), suka baca buku, pandai minum dari cawan dan mcm2 lagi la. Yang pasti, si Sarah ni tak sabar sungguh bila bab makan. Makanan dah depan mata, kalau lambat masuk mulut dia, nnt melalak! hahaha. Sarah..Sarah…mcm2 hal la kamu ni. Budak bijak sebijak namanya. Buat Acu ni makin geram dan sayang kat kamu. Cepat2 besar yer nak, Acu nak bawak jalan2, lari2 kat taman. hehe. Kita jog sama2 ok? 🙂 Sayang Qaisarah! 🙂

Macam seram jek..errkk

Mm, kdg2 aku rasa dia macam ada sesuatu…boleh baca apa dalam fikiran aku.
Seperti tahu apa yang berlaku di antara kami….
Boleh mendengar bisikan hati atau kata-kata yang aku ucapkan dalam kepala otak aku ni…
Scarynya! Mm, dia ada memakai ke? Sshhhhhhhh…….
Terpaksa berhati-hati mungkin? Sudah pasti!
Sebabnya dah banyak kali dia menegur benda yang menjadi kesedihan atau ketidakpuasan hati aku…
Serius takut ah!

Missing soul

Something is not right somewhere. I am not sure what it is.
Something just went missing. or maybe need to be mend.
I feel so empty sometimes, though I have been surrounded by family members.
Two little kiddies that always bring smile to my face (but sometimes makes me grumpy too! :p. haha.).
My cute little Qaisarah whom I always miss. Always try to squeeze my free time to visit her whenever I can.
I have a sister who always there for me through thick and thin. Listen to every single thing that uttered from my mouth. My bestfriend.
Mama and ayah who always be my backbone. Endless love which I can never have enough.
But something is just not right. May Allah guide me and show me the way.

Selingan menulis thesis. :p

Kusut fikiran. Thesis oh thesis! Kenapa kau asyik menghantui? Ingin aku terbangkan kau jauh ke Australia tu. Supaya aman dan tenang hidup aku. Setiap hari mengadap ko jek. Aih, bila nak habis? Semakin hari semakin banyak nak dibetulkan, ditambah, disemak, dikurang, diformat, di macam2 lagi. 2-3 hari ni pergi gelap, balik gelap jek. Balik umah flat abis. Macam hp kehabisan bateri. Nak kong. Penat otak, penat mata, penat segalanya.

Bila stress, bukak FB. Walaupun frekuensi menjengah FB makin lama makin kurang, tapi itu pun tempat melupakan stress. Seronok tengok gambar anak-anak rakan yang comel-comel belaka. Semoga Allah segera perkenankan doa aku. Amin! Ada doa dan kata-kata semangat dari rakan jauh yang buat aku terasa seperti terkena tamparan wanita. Cewah. Terima kasih atas ingatan dan doa. Semoga Allah memberikan yang terbaik juga buat kamu.

Bila stress, tengok video Qaisarah gelak ketawa. Rindunya kat si kecik yang comel. 😦

Bila stress, aku makan. Tapi sekarang macam dah kurang selera dan keterujaan nak makan. Tapi selalunya kalau dah masuk ofis, takkan keluar2. Sebelum datang dah beli makanan siap2 kerana aku mahu fokus pada kerja. Malas nak buang masa pi lunch. Kerja banyak yang menanti. Thesis oh thesis!

Bila dalam keadaan kusut ni, emosi senang terusik. Kadang-kadang buat benda-benda yang kurang mendatangkan pahala. Contohnya, tidak ringan tulang sebab dah penat. Jadi moody, tak mau cakap banyak. Bila cakap lebih2, ada benda tak kena, senang meletup. hehe. Maaplah yer. Emosi dan hormon tak stabil. Tapi sebenarnya wanita tak sukar dimengerti kalau kita faham bagaimana nak mengambil hatinya, memberikan sokongan moral, kata-kata perangsang, belaian manja. Cewah.:p. Beberapa hari lepas ada tengok ceramah pasal nak tackle hati isteri. Lawak giler ustaz tu. Golongan suami harus dengar tu ambil iktibar. :p

Nota kaki gemuk: Aku cuma terkilan bila kurang/tiada usaha dari sebelah pihak. Kurang/tiada kesungguhan seperti yang aku harapkan dan aku tawarkan. Mana boleh tawakal je. Usaha penting. Doa pun penting. Semua itu berkait antara satu sama lain. Benda-benda macam ni yang buat aku sakit hati, makan hati, kecik hati. Semua yang berkaitan. :-(. Dan aku cuma mengharap agar diri ini difahami. Setiap kata-kata dan tindakan yang aku buat, harapnya tidak disalah erti. Tujuan dan niat aku hanya satu, dan DIA yang Maha Mengetahui.