Archive | November 2010

A reminder to myself

I am here to do my thesis. Not to waste my time. Yet the sounds of the water fountain is so soothing to my ears. Cannot help myself from watching the water fountain again and again and again. ngee. :D. Venue: Starbucks, The Gardens Mid Valley Megamall. I don’t know why I am here. Maybe I was bored going to the same starbucks again and again (kajang and alamanda). Plus, lately the office internet is so slow tahap cipan! Potong stim nak menulis. Everytime I need to do some searching for the reference, rasa macam nak maki-maki (ops!). Tersangkut-sangkut buat kerja.

I have 12 days to submit my thesis. May Allah guide me the way. Still stuck on my 3rd chapter. Chapter 1 and 6 still have some amendments to do. Argh! (Kalau tak siap 1 Chapter ko jangan balik rumah!!!! ko duduk situ sampai kedai tutup! :p) The more I look at these, the more I stress. So, I better get this one done and close the ‘chapter’ of this torturing part of my studies.

I have to do some shopping after all of the hard work. Cannot tahan anymore. I need new clothes, shoe and handbag. Haven’t shop for a while due to financial constraint. But I don’t care, I need some theraphy (Luckily next month we’re going to get RM500 bonus. yippee!). I will be start working soon so I need new things to give me the motivation to go to work! hehe.

Ok, let’s work my brain till it drains! Chow for now! 🙂

p/s: the workshop is going to be held on thursday, not wednesday. haiyah!

Oh my!

Oh my! I wasted 3 days in a row of doing nothing for my thesis. huhu. My mistake. 😦
When I am emotionally unstable, it is hard for me to focus on my work.
Now, I have to speed things up! Haiyoh!

p/s: got training course to attend on wednesday (one whole day! cannot write also!) wah, nearly December! so scared loh! gagagagaga!

Post melalut ke laut

Mengantuk giler hari ni tak tau kenapa. Tension giler ok. Aku nak abiskan chapter ni merangkak-rangkak padahal aku rasa sekejap jek boleh siap sebab dah 80% siap tinggal nak tokok tambah je. Nak buat satu ayat pun makan masa sebab dok menung tengok skrin lagi lama dari otak abis proses memikir. Giler lembab. Mesti sebab makan fast food. LOL. Salahkan McDonald.

Introduction and final chapter almost 80% done. Chapter yang buat aku tersangkut Chapter 3. Adoi lah. Menyampah betul nak edit gambar. Cari gambar. itu pun dah 60% siap. Kalau rajin tahap gaban, boleh la submit next week. Masalahnya sekarang lembab tahap cipan. Asyik mengantuk je petang tak tau kenapa. Asal lepas lunch je sangap semacam. Nak kata tak cukup tido, macam terlebih sudah. haha. Ari2 lepas subuh confirm tido sejam sebelum pi ofis. Jadinya takde la aku ni tak cukup tido walaupun malam tido lewat, tapi pepagi ganti balik kan. Si Paul tak bagi pulak draft Chapter 2 yang aku submit hari tu. Chapter 4 apatah lagi. Agaknya banyak sgt corrections. huhuhu. Nasiblah. Aku dah muak dan jemu nak ngadap lagi, sebab tu aku hantar sebelum raya haji ari tu. Dah puas memikir takde benda nak ditambah. Dari aku tensen-tensen baik aku submit. So bole fokus pada yang lain. Due date lagi 3 minggu nak abis cuti belajar ni. mm, insyaAllah bole. Berusahalah!!!

Semalam jumpa Sal, member tutor lama. Now dah abis belaja. Semangat jugak aku nak abis macam dia. Bulan depan nak ke Ireland untuk graduation. Uih, bestnya. Aku ni lambat la lagi kot. Harus la kumpul duit nak pi graduation. Rugi tak pegi setelah belajar macam nak mati ni. Tapi masalah fulus nih la. Tapi aku niat sangat nak bawak mama ayah jalan-jalan sana sebab diorang tak penah pegi lagi kan. Semoga Allah makbulkan niat aku. Tapi harus berusaha la jugak sampai jaya dan berusaha kumpul duitnya. haha.

Semalam Dik Nun balik. Sorfina punya ‘merap’ mak aii, tak tahan. Aku pun tak dilayannya. Berkepit aje dengan mak su dia. Aku dekat Mak Su dia pun tak boleh. hahaha. Hai budak la budak. Macam2 ragam. hehe. Best Nun balik, ada kaki nak merayap. kekeke. Kadang-kadang weekend kalau husband on call, aku merayap sensorang kat mall. Ni ada la geng. Pastu, boleh la ajak dia bersenam sekali memandangkan tahap stress aku makin tinggi, asyik makan jek. Bersukan boleh release tension. Badan pun dah naik, seluar dah ketat, dagu dah dua, paha dah berlaga bila jalan. Aduh mak! Takot! tak mau la gemuk, tapi dah tergemuk ni. Harus melakukan sesuatu untuk hidup lebih sihat. Itu sebab orang cakap jangan ikut nafsu. Nafsu makan nih la, susah nak dielakkan. apa-apa pun, harus mulakan dengan niat dulu. Mahu sihat. Bukan mahu kurus. Kurus tuh bonus la. Kena amalkan gaya hidup sihat. Jadi, mulai besok, harus naik tangga sampai tingkat 3 untuk ke ofis dan bukan naik lif yer. huhuhu. Nak buat berjalan kaki ke ofis macam kat aussie dulu tak dapat la bro. 25km tuh dari rumah ke ofis. Naik keta pun dekat setgh jam. Mahu sampai ofis aku terus tido, bukan buat keje. hahaha.

Semalam petang sebab tensen sangat sebab tak leh buat keje sebab ngantuk, balik dari ofis aku pi kajang cari laki aku. Dah la dia on call semalam, confirm la tak tido umah jadi confirm la tak bole nak bermanja dan bercerita sbb semua kena simpan sampai besoknya. Tak suka. Berkulat dah segala cerita dan rasa. So, aku singgah sana ajak dia minum2 dalam stgh jam. Nasib baik time tu tgh takde keje. Dapat la borak2 sket, makan2. Sian la tgh ari sibuk sempat makan roti jek. Jadinya, ada hikmahla aku datang tu, dapat dia makan elok-elok sket walaupun dah jam 5.30 ptg! hehe. Selain aku dapat melepaskan sedikit kegusaran hati. Tengok muka pun dah lega sikit hati aku ni. Aura cinta la kononnya. hahaha. Ceh. Entahlah, walaupun kadang-kadang aku bukan meluahkan semua yang terbuku, tapi sekadar tahu dia ada bersama, dah cukup mengubat kerisauan hati. Selalunya, cerita aku pun bertapis sebab aku tak nak dia lagi stress dengan cerita aku. Dah la keje dia dah cukup stress. Unless dia tanya la kan. Kalau sendiri sudah tanya, sendiri mahu ingat la. haha. Maknanya, dia ada space untuk fikir masalah aku. Punya la baik bini dia ni kan. Cuma kadang2, tak tahan nak menyimpan, tuh yang melotup! Well, I am just a human being. Aku tak nak mengada yang keterlaluan walaupun aku tahu aku macam tu and always need attention. But being a doctor’s wife, itu sangat tak membantu. Sementara dia jadi HO ni, aku kena banyak sabar dan banyak bagi support walaupun aku sendiri sebenarnya sangat memerlukan banyak support nak habiskan study ni. Cemburu jugak dengan cerita kawan-kawan husband tolong sama2 editkan thesis. Ada bersama membantu bagi idea. Den tak dapeklah macam tu. hehe. Suami den sibuk bonar. Aku tahu Allah maha mengetahui dan maha adil, InsyaAllah Dia akan memberi yang terbaik untuk kami. Sabar, redha dan ikhlas itu diharapkan sentiasa bersama aku.

Hujan lebat sangat mencurah-curah kat luar tu. Macam hati aku jugak yang menangis memikirkan bebanan emosi dan perasaan yang aku tanggung ni. Ini dugaan aku. Orang lain, lain la pulak.

Rasa macam nak pegi starbucks pulak buat keje. Ofis ni buat aku tensen jugak dengan internet yang macam haram. Kejap ada, kejap takde. Kejap lembab, kejap laju. Seme benda nak buat aku stress dan marah. Banyakkan istighfar. Astraghfirullah hal-azim.

Dah la, banyak sangat aku membebel. Keje ke laut jugak la nampaknya hari ni. huh!

Korban

Hari raya haji a.k.a Korban baru sahaja berlalu minggu sudah. Penuh aktiviti kekeluargaan. Seronok sangat dapat berkumpul ramai-ramai. Penat juga tak usah cakap. Setelah ber’silat’ bagai johan memasak untuk hari raya, sudahnya, kepenatan yang teramat melanda. Tapi sangat gembira dan lega kerana semua juadah habis. Yang tinggal hanya rendang seconet. Hilang segala kepenatan memasak. Tahun ni masak juadah raya yang biasa-biasa saja macam orang lain: Rendang daging, kuah kacang, ayam masak merah, sambal tumis, lontong/lodeh, nasi minyak dan sedikit bencuk utk makan dengan nasi minyak. Pagi-pagi raya kak ngah pula masak mee goreng mamak. Mama dan ayah datang berhari raya di sini tahun ni. Menjenguk cucu sekali. Petang raya tu ziarah mak long di Cheras. Jadual penuh sepanjang hari. Malam tu balik memang tido pengsan! Sampai weekend mama dan ayah kat sini. Sangat best. Dari minggu lepas berkumpul ramai2 jek. Sejak raya hari tu. Kakak ipar pulak balik kelmarin, makan besar lagi di Johnnys Alamanda. Seronok kumpul ramai-ramai ni. 🙂

Cakap pasal korban, banyak benda sebenarnya yang boleh diulas. Korban rasa, korban lembu, korban cinta, korban masa, korban hati, korban segalanya la. Di usia perkenalan dengan encik suami yang dah menjangkau 10 tahun bulan lepas, memang banyak benda yang terkorban dan dikorbankan. Terutama korban rasa dan masa. Perit, namun sentiasa positif bahawa akan berhasil segala pengorbanan itu akhirnya. Sabarlah! Cinta memang memerlukan pengorbanan. Tapi jangan sampai terkorban body pulak! Zaman sekarang ni, macam2 kes. Seorang teman berkongsi, teman yang baru dikenali 3 minggu sudah ajak ke bilik tidur! Uih, nak luruh jantung dengar. Berani sungguh. Di mana salah silap ibu bapa yang mendidik kita sampai anak-anak sekarang berani sebegitu? Semoga temanku dikuatkan imannya. Kalau berkorban demi cinta sebegitu sekali, aku rasakan itu tindakan yang tidak bijak.

Tapi sebenarnya sejauh mana kita berkorban untuk Pencipta kita? Yang memiliki segalanya. Yang berhak sepenuhnya terhadap kita. Segala korban yang kita buat selama ni, kebanyakannya untuk diri sendiri dan manusia lain. Kalau harus berkorban tidur setiap malam untuk tahajud kepadaNya bagaimana? Memang tak terbuat oleh kita yang punya iman senipis kulit bawang ni. Berkorban masa untuk wirid, tahmid kepadaNya. Di situ kayu ukur yang harus kita lihat sebenarnya untuk mengajar diri erti pengorbanan sebenar. Tuhan yang telah memberikan banyak nikmat kepada kita hambaNya tapi sering saja kita lalai dan leka. Mahu berkorban tenaga dan masa sedikit untuk beribadat pun payah. Terlalu banyak urusan keduniaan yang ingin dikejar. Yang nampak pada zahirnya, itulah dia, kita buat ibadat korban haiwan ternakan yang disaksikan banyak mata. Tapi hakikatnya, banyak lagi ibadah ‘korban’ yang boleh kita buat. Kenapa aku saja letak korban tu dalam kurungan sebab aku rasakan sebagai manusia moden hari ini, kita terlalu mementingkan duniawi untuk survival kita jadi hal-hal untuk ibadah sering terkorban seiring masa. Rugi bukan? Pakcik aku pernah berpesan, jangan jadi orang yang rugi sewaktu di akhirat. Sentiasalah berwirid dan beristighfar. Juga selawat ke atas nabi besar junjungan kita. Kerana itu semua adalah bonus extra untuk kita tidak merasa rugi di akhirat kelak. Wallahualam.

p/s: Aku sentiasa mahu jadi lebih baik dari hari ini.

Reminiscence of old memories

I spent the whole day at Midvalley today. From 12pm to 8.30pm and paid RM9 for the parking fees. huhu! I took a day off from my thesis (ok, feel a bit guilty but hey, I did some journal readings while waiting for my friends ok! :p). As usual, when hubby is on call, I will adjust my own schedule. Do whatever I want. At first I thought I want to go and surprise my dear Qaisarah in Port Dickson, but then feel so lazy to drive that far. My brother got some course/meeting in PD and they spend the night there. I miss Qaisarah! :-(. Nevermind, can meet her next week when my parents come for Hari Raya Haji. Tapi kadang-kadang rindu macam tak tertahan bila teringatkan si kecik yang comel itu! Macam orang bercinta! haha.
While driving to Midvalley, suddenly feels so boring to go there alone so I decided to ring one of my best friend (Macam tak biasa jalan sorang2 pulakkan):p. Entah, feels like I need some company. Alhamdulillah she is free and she can meet me there with another best friend! yeay! But they arrived a lil’ bit late. Around 4pm. I already had my lunch, went groceries shopping, window shopping, went to the exhibition hall and read 1 journal baru diorang sampai. hahaha. Takpela. janji dapat jumpa. Terima kasih Zana dan A-ar sebab menemani ku hari ini. Sangat gumbira hari ini. Oh, how I miss them and kembali mengingatkan kepada zaman muda remaja sewaktu kami ‘mabuk’ ke midvalley. Sikit2 outing pergi midvalley. Me, Nurul, Aida, Niza and Zana. 5 sekawan naik kancil merah yang kecik. hehe. Sebelum tu naik komuter, menapak dari stesen Seputeh nak ke Midvalley. Zaman bercinta dulu pun suka ke midvalley jugak. Sekarang Midvalley Megamall dah maju. Dah makin besar. Banyak kedai baru. Barang makin mahal. huhuhu. :p. I had lunch at Delicious restaurant. Then dinner at Chillis. Perut macam nak meletup makan. Dah la memang dah put on weight, makan macam tak ingat dunia. hahaha. Sesekali jumpa kawan. Takpe :p. Oh, Delicious restaurant tu memang sedap food dia. I had Seafood Linguini which is the most expensive pasta in the menu. hahaha. Kalau tak sedap, memang la. RM28.90. Portion quite large, memang tak habis. Tapi yang tak tahan menu dessert dia. Semua macam sedap2 belaka. Banyak pulak tu. Next time must try. Tadi dah kekenyangan. End up paid nearly RM50 for pasta and drinks (plus 10% service charge and 5% Gov. tax yer). Standard macam makan jat aussie je (kalau convert la. :p). Ok la tu. Still affordable. Sesekali takpe.
Takde shopping apa sangat. Hanya membeli produk untuk penjagaan muka sahaja which costs me a lot! huhu. Demi muka yang licin dan gebu, penjagaan haruslah dari muda. cewah! hehe. I become so lazy to take care of my skin after get married. Don’t know why. Pakai bedak baby je. Moisturiser kadang pakai ikut mood. Boleh gitu? Mentang-mentang kulit takde masalah sangat. tapi sekarang bila dah naik pigmentation, gelabah la sikit. Demi suamiku, harus menjaga kecantikan kulit. Tak gitu? 🙂 Jadi takpe jika berbelanja lebih untuk kecantikan. Yang penting, mampu! Kalau tak mampu, kena redha ajelah. hehe. 🙂

Cerita cuti Deepavali

Mama dan ayah datang Putrajaya. Mahu menjenguk cucu kesayangan dan anak-anaknya di sini. Qaisarah dah makin keletah dan comel. Tuh yang atok asyik rindu je nak tengok cucu. hehe. Kebetulan ada cuti Deepavali dapatlah cuti panjang. Tapi datang 3 hari je. Tak cukup untuk melepas rindu. Kebetulan malam kelmarin suami ada jemputan kahwin di Dewan Merak Kayangan. Tak dapat bermalam bersama mama dan ayah. Hanya sempat 1 malam bersama mereka. Apa-apa pun aku bersyukur kerana dapat bertemu mereka kembali. 🙂 Tak sabar menunggu mama pencen. Nak pujuk mereka cepat-cepat pindah ke sini. Jadi boleh selalu berjumpa dan aku dapat menjaga dan melayan mereka dengan lebih lagi. Semoga Allah kabulkan doa aku untuk membalas jasa-jasa mereka selagi hayat masih ada.

Cerita lain tiada yang menarik selain aku dah semakin menggebu. hahaha. Baju pun banyak dah ketat dan muat-muat. Perlukah membeli baju baru? Jawapannya akan difikirkan kemudian. :p. Tapi mungkin juga tidak perlu kalau aku rajin excercise dan menjaga makan. Stress punya pasal, makan ikut sedap mulut dan tekak je. huhuhu!

nota kaki gemuk: Tuhan je yang tahu perasaan aku yang sangat susah hati dengan thesis ni. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk berjuang!

Laa Tahzan (don’t be sad!)

Too many things that happened for the past few years made me sad. More to disappointment actually. Sometimes feels like I am loosing hope but no, I will not give up right now.

Seperti baru tersedar dari ‘zaman jahiliyah’. 13-14 tahun dahulu, aku pernah merasai kemanisan iman yang sebenar bila aku dididik dalam keadaan yang terpelihara. Dibaja dan disogokkan dengan begitu banyak ilmu yang dapat memelihara dan menyuburkan keimananku terhadap agama yang satu ini. Saat itu aku begitu naif tentang kehidupan. Sangat fokus terhadap tanggungjawap yang ada. Tidak banyak gangguan dan tarikan duniawi. Tapi sebagai manusia biasa, aku memang tidak dapat lari dari berdosa. Terlalu banyak yang ingin dicuba dalam kehidupan ini. Terlalu banyak pilihan yang kadangkala kita tersalah pilih.

Lately I always cried when I recited my du’a. Merayu semahunya kepada Penciptaku. Aku tahu aku selemah-lemah manusia dan mempunyai selemah-lemah iman. I know only Allah understands and knows the pain and sadness that I feel right now. Ku kirakan itu satu petanda baik. Sudah lama aku tidak menangis semahunya kerana kekesalan atau memohon pertolonganNya. Saat itu ku kira Allah sudah menarik nikmat imanku sedikit demi sedikit kerana kejahilan dan kebatilanku selama ini. Sesuatu yang amat aku takutkan sebenarnya dan malu mungkin untuk mengakui. Mungkin Allah masih sayang pada diri ini. Mungkin ajalku esok, lusa. Entah siapa tahu. Walaupun aku sentiasa berdoa agar dipanjangkan usia untuk aku menebus kembali kesalahan lalu dan mampu menimbunkan sebanyak-banyak pahala agar aku tidak tergolong dalam neraka seperti yang dijanjikan Allah pada hambanya yang berdosa. Semoga aku sentiasa diberi hidayah-Nya dan ditempatkan dalam golongan yang beriman.

Aku ingin berubah pada yang lebih baik. Aku ingin menjadi hambaNya yang bertaqwa. Semoga aku jumpakan jalannya. Aku terlalu inginkan hati yang tenang, jiwa yang lapang. Aku sangat berharap ada yang membantuku ke jalanNya. Aku ingin sekali dijemput ke rumah-Nya. Semoga Allah merestui niatku untuk ke sana.

I will make a decision for my future soon. I hope I will make the right one.
For now, let me just finish my thesis writing.
Laa Tahzan!