Pertama: Syukur sebab dah dapat bilik office. yeay! tadi berjalan ke pejabat Dekan dengan harapan menggunung. Alhamdulillah tidak sia-sia. Akhirnya dapat bilik yang dekat dengan lab. Dah seminggu lebih menanti jawapan tak kunjung tiba. Tu yang aku gi Pejabat Dekan terus hari ni. Cuma aku takut ada konflik je nanti. Yela, itu bilik pegawai sains yang dah bertukar dinaikkan pangkat. Ada pegawai sains yang lain nak ambik alih bilik tu, tup2 aku yang dapat. Masa aku lapor diri hari tu, aku dah tanya pasal bilik tu tapi orang kat ofis cakap bilik tu orang lain dah ambik. Hampa juga. Tapi rezeki aku agaknya. Puas baca Rabbi Yassir Wa Laa Tu Assir sepanjang2 dari lab ke pejabat Dekan. Allah memudahkan segalanya untuk aku. Alhamdulillah! So, lepas ni tak payah merempat bilik Sha. Walaupun aku tahu kakak tak kisah. Tapi takkan selamanya aku nak floating macam ni. Nak juga ada space sendiri nak letak barang2 sendiri. Lepas ni boleh apply computer pulak. Masih berkira2 mahu apply laptop atau desktop. Kalau laptop senang nak dibawa ke mana2. Desk top ni stay kat office. tapi sebenarnya lebih prefer iMAC. hahaha. Mimpi jek la UKM nak bagi. Confirm la dapat PC. :p
Keduanya: Ini sesuatu yang aku nanti2kan cuma belum ada kepastian walaupun dah dua kali ujian mengesahkannya positive! Cuma aku terlalu takut nak beritahu pada orang kecuali keluarga sendiri. InsyaAllah kalau betul2 sihat dan stabil dan sudah melepasi 1st trimester, akan ku canangkan juga berita gembira ini. :-). Kawan2 baik aku mesti excited. Semua dok kata, jgn lupa bgtahu kalau ada. Bukan tak nak, cuma masa belum sesuai. Sabar yer kawan2. Perubahan ketara, terasa cepat letih dan cepat lapar. Pening2 macam nak pitam selalu sangat. Tak boleh berdiri dan berjalan terlalu lama. Tak tahu la kenapa. Harap2nya aku sihat dan semuanya sihat seperti yang diharapkan. Breast juga sangat sakit seperti membengkak! Alhamdulillah tiada alahan. Sangat berdebar2 menanti period bulan ni. Hari tu sebelum period ada spotting sikit. Menurut pembacaan, itu mungkin implantation bleeding. Setakat ni dah miss 5 hari. Terlalu awal untuk mengesahkan segala2nya. Suami, mama semua mengesyorkan aku buat ujian lagi minggu depan. Harap2nya terus positif. Setakat ni aku dah mula amalkan pemakanan sihat. Minum susu, makan acid folic, banyakkan minum air, menjaga pemakanan dengan tak ambil air berkafein atau bergas dan juga banyakkan sayuran dan buah2an. Suami juga alhamdulillah dah tak merokok selama 4 hari ni. Perubahan yang baik! Itu janji dia yang mahu berhenti jika kami punya anak (walaupun sebelum ni janji nak berhenti selepas kawin!). Aku harapkan semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Sedih juga sebelum bila Cik N cakap aku kurang subur sewaktu dia datang mengurut. Tapi dalam hati je la sedih. Tak tunjuk depan orang. Sampai aku cakap pada suami, bulan depan kalau takde apa2, nak bersama2 buat check-up. Yela, time dia urut aku lagi 5 hari nak tunggu period. Mungkinkah sebab tu tak subur? Yang buat aku terkilan sebab dia tak seharusnya beritahu orang lain. Tapi..yela. Mungkin niat dia baik. Cuma aku yang sedikit sensitif bab2 ni. Sudahnya, mak mertua aku sibuk suruh makan taugeh bagi menyuburkan rahim aku. Nasib baik aku jenis suka taugeh. Mentah ke, masak ke, aku suka. Aku cuma rasakan benda2 ni sangat sensitif yang sepatutnya harus disimpan antara aku dan dia. Yela, cuba kalau korang in my shoes, dia bagitahu orang lain depan muka kita “semua ok, tapi tuh la, rahim dia kurang subur sikit”. Menyatakan kelemahan kita pada orang lain. Tak semua orang boleh terima, kan? Apa2 pun, alhamdulillah sekarang ni nampak macam semua ok. Kena teruskan usaha dan berdoa lagi. 🙂
Esok mama dan ayah akan datang ke Putrajaya. Sabtu ni birthday mama. Harus ada makan2 besar. :-). Rindunya, tak sabar nak jumpa!
Kerja yang menanti di ofis buat aku gerun jugak. Aih, banyaknya nak membaca untuk prepare bahan untuk mengajar. Pening aku dibuatnya. Banyak buku nak kena khatam dalam 2-3minggu ni sebelum aku mula mengajar. Nasib baik kelas awal bukan aku yang ajar. Kalau tak, parah juga. Dah la kelas master, expectation mesti agak tinggi. Semoga Allah permudahkan segala urusanku dan semoga segala ilmu yang aku curahkan bermanfaat untuk mereka. Allahumma Rabbi Yassir Wa Laa Tu Assir!