Archive | February 2011

Pressure..pressure!

mm…ibu mengandung tak bole stress…tapi kerana kerja banyak..makanya sedikit stress di situ..
dan akibatnya, kulit ni jadi macam rashes ker..eczema ker..aku pun tak tau la…dulu masa belajar…kena gak..pastu ok…doktor ckp aku stress…kesihatan kita ada kaitan yer dengan kulit puan-puan…kalau stress, immune bole lemah…dan senang dapat penyakit kulit…ni sejak-sejak mengandung…datang balik…tapi aku rasa sebab perubahan hormon pun yer jugak…lusa ada appointment dengan dermatologist kat HKL….harapnya dapat membantu…aku pun tak nak la guna ubat steroid tu walaupun mild ker..bagus ker…..biar aku ‘kegatalan’ sket…tapi aku tak nak ada apa-apa effect kat baby….tp setelah di kaji selidik…topical cream steroid ni mmg takde effect melainkan kalau kita ambil steroid tu secara oral…itu memang bahaya pada janin…
semalam tengok teater Terima Kasih Cinta dengan Dik Nun (adik ipar) di Istana Budaya. Ok la…tak seperti yang aku baca kat review…memang boleh tangkap leleh tapi aku tak menjiwai sangat sebab banyak babak yang kadang-kadang terlalu meleret atau lagu back-up terlalu kuat sampai tak dengar dialog atau nyanyian pelakon dia…apa-apapun aku suka dengar Latif ibrahim menyanyi dan juga Vince. Kellllasss gitu! Mantain betul penyanyi veteran sorang ni. Vince walaupun lama tak muncul menyanyi, aku rasa persembahan nyanyian dia sangat berkualiti. Tapi keseluruhan pelakon dia semua nyanyi sedap la…yela, nama pun teater muzikal. kalau ambil pelakon suara sumbang, memang la orang tak nak tengokkan?
Aku bagi 3 bintang jek la dari 5 bintang (2.5 mungkin? haha) Props pun gitu-gitu jer. Aku sakit mata sebenarnya dengan set lampu kalimantang tu. Terang sangat. Bila tengah elok2 dim light, tetiba dia bukak seme lampu, tak ker berpinar bijik mata?
2 minggu ni aku takde kelas. Jadinya boleh fokus pada thesis. Tapi alkisahnya nak kena buat 2 proposal untuk apply grant. Yela, kalau takde duit, macam mana nak buat research. Kalau ada duit, baru boleh ambik student buat research kan. Banyaknya la kerja. Takut tak terkejar je. Pening jugak nak tulis prososal yang panjang berjela siap detail seme. Nak kena mintak quotation macam-macam ni. Kalau dapat dua-dua geran tu…boleh la dapat ratus2 ribu jugak. Tapi itu masih tak cukup untuk aku beli microscope confocal idamanku! huhuhu! Tunggu la i dapat geran juta-juta, time tu bole beli dua-tiga microscope.
p/s: ada ke geran juta-juta untuk kaji serangga? mmmm…

Pembelajaran, belajar dan menjadi pelajar

Rindu pada kawan-kawan sewaktu persekolahan…zaman Uni…masa belajar di Aussie…
Sebenarnya aku rindukan kehidupan sebagai pelajar…walaupun stress belajar…tapi tak banyak yang perlu difikirkan selain belajar dan dapat keputusan yang cemerlang…
Komitmen kerja dan jadi orang dewasa ni sangat banyak…lagi-lagi bila dah berkeluarga…
Kadang-kadang pelik macam mana mak ayah kita…orang lain yang ada kerjaya, anak ramai boleh uruskan rumahtangga mereka and at the same time berjaya dalam career…pastilah banyak sangat pengorbanan yang perlu dilalui…
Teringat zaman-zaman belajar kat UKM dulu…hu ha hu ha….pi kelas…balik kelas..weekend balik umah…time exam tekun study…time cuti..cuti sakan..weekend2 boleh pi enjoy window shopping ker..tgk wayang ker…dengan kawan2…bestnya…banyak jugak masa melagha…yang sebenar2nya boleh jek cemerlang dalam study kalau betul2 nak…tapi banyak main tuh la…jadi lah macam tu..
Bila aku jadi pensyarah…mengajar…harapan aku sangat tinggi nak lihat anak-anak didikku ini berjaya…dan aku harap mereka manfaatkan ilmu yang diberi sepenuhnya…sedih juga bila kita usaha nak memberi yang terbaik…yang belajar tu ambil endah tak endah…agaknya itulah perasaan lecturer aku dulu bila student dia memain..result teruk…ada yang ponteng la…kalau boleh nak tolong budak-budak ni berjaya…tapi kalau diorang sendiri tak nak usaha…semua nak disuap…payahlah…
dengan keadaan yang mencabar zaman sekarang…lagi-lagi aku mengajar budak master…aku rasa mereka sepatutnya lebih kompetetif…lebih aktif dalam kelas…lebih interaktif…bukan sekadar menerima apa yang disogokkan…bila aku cakap nak bagi kuiz…seme tarik muka risau….bila aku tanya soalan, semua tunduk…kalau bole nak sorok muka bawah meja…sampai kena panggil nama la…apa yang mereka perlu keberanian….tak perlu malu untuk belajar…membuat salah….kalau pun beri jawapan salah, aku amat hargai kalau mereka cuba untuk menjawap…ada keberanian…
aku amat berharap mereka membaca lebih daripada apa yang aku ajar dikelas…sebab soalan exam takkan nak bagi direct jek apa yang di ajar dalam kelas kan…
apa yang boleh aku simpulkan…dulu masa aku jadi lab demonstrator kat aussie untuk budak-budak undergrad…aku rasa mereka lebih matang dalam pemikiran…lebih berani bertanya…mencuba….lebih eager nak belajar…memang ada jek yang tak kisah atau yang jenis malas…tapi mostly kalau disuruh mencuba or menjawap…ramai jek yang nak jadi volunteer…angkat tangan…sebab perasaan ingin tahu dan mencuba mereka sangat tebal mungkin….jadi kelas jadi enjoyable…kita yang nak mengajar pun excited nak tunjuk…dan sana antara pengajar dan student sgt mesra dalam erti kata macam kawan-kawan jek…nak buat jokes ker…nak tanya…selesa untuk berinteraksi…mungkin sebab takde gelaran…main panggil2 nama jek walaupun dia tu pangkat professor sekalipun…kalau kat sini…mungkin rasa hormat/takut itu membuatkan ada jurang antara pelajar dan pengajar…walaupun aku cuba untuk memesrakan diri dengan student….tapi aku tahu mereka tak berani tanya lebih2….bagus jugalah kalau masih ada rasa hormat tapi aku harap jangan jadikan ia batu penghalang untuk bertanya…..budaya kita mmg masih menebal dengan sifat malu….itulah masalahnya…
aku rasa kat sana…time sesi Q&A….memang la banyak soalan sampai kadang-kadang tak cukup masa la nak jawap….menunjukkan mereka dah exposed….banyak membaca…sangat curious…interested dengan topik…mungkin pendedahan atau cara hidup buat mereka begitu agaknya…
apa-apa pun…aku harapkan pelajar malaysia juga mampu bersaing dengan pelajar asing…kita juga mampu jika kita mahu…berani dan rajin….aku juga harap aku mampu jadi pengajar yang bagus untuk mereka…aku juga memang perlu banyak belajar untuk menjadi pensyarah yang kompetent…yang bagus….yang berani…yang cemerlang…
hai…rindunyalah nak jadi student….harap2nya janganlah sia-siakan zaman belajar tu….manfaatkan la sebaiknya…sebab bila dah kerja…banyak sangat komitmen dan tanggungjawap menanti…hilang zaman bersuka hati….
aku masih tetap anggap diri ini masih sebagai ‘pelajar’ walaupun secara tidak formal…kerana bagi aku…pembelajaran itu memang tidak akan pernah habis selagi kita masih mencari….I love being a student! huwaaaaaaaaa….nak balik aussie la cenggini! huhuhu!

Selera mengandung

Alhamdulillah loya dan pening semakin kurang. Keletihan melampau pun semakin kurang. Cuma ada masa-masa dia loya dan pening. Bau masakan la especially atau apa2 bau yang agak kuat eg. perfume. Tapi dah banyak berubah dari mula-mula mengandung dulu. Sekarang ni dah nak masuk 12 minggu. :-). Selera pun dah ok sket. Tak la choosy sangat macam masa mula-mula dulu tengok semua benda jadik loya (especially benda yang masak kat rumah. sebab dah bau, selalu tak lalu nak makan dah). Cuma kalau benda yang terlalu berminyak dah berlemak jadi tak lalu sket la nak makan. Dah bole la nak telan kari, tak macam mula-mula dulu loya jek tengok.
Sekarang ni benda yang jadi suka sangat jadi tak suka. Macam air soya. Padahal dulu sangat suka minum soya. Sekarang minum sket dah tak lalu. Dulu tak suka kismis, sekarang suka kismis. Kalau loya jek, makan kismis. Membantu la jgk. Dulu tak suka manis-manis sangat sekarang suka makan gula-gula time loya. Sehari ada la bedal dalam 5-6 biji gula2. Memang sentiasa dalam beg la. Agak concern jugak la bila suka benda-benda manis ni. Takut kalau kena diabetes sewaktu mengandung kan. Sekarang malam memang sangat haus. Siang pun sama. Minum air masak/putih kureng sket. Nak minum air manis jek. Yang berperisa. Selalu minum air ribena/oren la. Sekarang ni boleh dikatakan hari-hari nak minum milo. Dah tak boleh minum coffee/teh kan. Kononnya nak elak caffein. Tapi dalam coklat pun ada caffein. hehehe. Pastu plak time mengandung ni suka sangat makan aiskrim lime+susu tu. Yang luar kaler hijau dalam warna putih. Boleh merajuk la kalau tak dapat. hahaha. Buruk perangai. :p
Sayur brokoli paling meloyakan sekarang ni. Nak-nak kalau bubuh sos tiram dengan mushroom. memang aku tak sentuh. Tengok pun loya. Padahal saya sangat suka sayur dan mushroom. Sekarang apa-apa yang dibubuh sos tiram amat meloyakan tekak saya. Sekarang lagi suka makan sayur kering/ulam/sayur masak lemak jenis kampung2 gitu.
Cuma sekarang tak suka sangat makan ikan hatta ikan masin/kering atau bilis sebab bila sendawa ada bau kurang menyenangkan naik. Dah la memang senang bloated skrg ni. Padahal dulu suka makan ikan. Memang feveret. Tapi yang kepelikkan, apa-apa makanan di luar semuanya buat selera terbukak. Maknanya boleh jek makan tanpa rasa loya. Tapi bila makanan ada kat rumah, memang kurengg sket nak bukak selera. Camno tu? Kecuali makanan yang dimasak oleh ayah/ mama saya. Memang aku bedal 2-3 pinggan sekali makan. Sedapppppppppp sangat! hehe. Tiap kali ayah datang, aku mmg bg menu nak mkn apa. haha. Ni minggu depan abang nak balik Johor, aku nak ikut! dapat makan best2 lagi! yeahooo! 🙂