Archive | March 2011

tunggul

Saya tak suka bila saya panggil orang, orang tu buat tak tau atau tak pandang muka saya bila cakap. Kecik ati tau! 😦
Hodoh sangat ker saya ni sampai tak nak pandang? Lagi best tgk benda lain yer?
Jangan la buat saya macam tunggul yang takde perasaan. 😦

Breastfeeding talk and Motherhood expo

Semalam alkisahnya aku pi breastfeeding talk di Midvalley exhibition hall sempena Motherhood Expo. Jalan jam sebab hujan, pastu nak cari parking pun makan masa, jadinya aku terlambat dalam 20 minit. Masuk2, dia dah nak abis talk part 1. Tapi masih ada tips-tips yang aku perolehi yang aku rasa amat berguna.
1. To make sure the milk flow smoothly and easily, ambik tuala kecil, rendam dalam ice water (air sejuk dari fridge), pastu tekapkan pada breast. Dulu orang guna teknik air suam. Sekarang mengikut kajian, kain sejuk tu lagi memudahkan pengeluaran susu.
2. Emosi dan psikologi ibu sangat penting untuk penghasilan susu. Ibu tak boleh sedih2, tertekan, marah2. Nanti susu pun tak keluar. Kaum bapa pun perlu la memastikan tak menyakiti hati ibu yer. 🙂
3. Penyimpanan EBM (Expressed Breast Milk). Tak boleh campur. Kena label. Lepas 2 hari simpan dalam fridge, tak boleh guna dah. Kalau simpan dalam freezer tahan 3-6 bulan. Tak boleh boiled the milk. Rendam je dalam air panas. Simpan susu dalam bekas kecik2 sebab bila baby tak habis minum tak boleh simpan. Always wash your hands sebelum expressed milk! Jangan basuh nipple dgn sabun, cukup dgn air. Every 2 hours kena pump milk tu, clearkan susu so that production dia tak terhenti. Kalau baby tido pun kena kejutkan bagi minum susu. Jangan biar tidur je.
Paling penting, masa lepas bersalin, pengenalan baby dengan bau badan ibu dan breast ibu. So, kena mintak jasa baik doktor dan nurse untuk letak baby dekat breast ibu tak lama selepas bersalin. Time doktor tu dok jahit2, mintak la baby tu. Bila dia dah kenal bau, senang nak breastfeed nnt.
Ok, banyak lagi nak kena belajar pasal susu ibu ni dan cara-caranya. Tak semudah yang didengar dan disangka. Some people struggle nak bagi sebab baby tak nak, tak kenyang etc. Jadi bersyukurlah pada sesiapa yang mudah jek anak dia menyusu dan susu dia alhamdulillah sentiasa ada. Lain orang, lain rezeki dia kan. Harap-harapnya cita-cita aku nak fully breastfeed sampai 6 bulan tercapai. Kalau dapat lebih dari tu, aku bersyukur. Target 6 bulan la dulu eh. Khasiat susu ibu ni tiada tandingan. Ia juga mengeratkan ikatan kasih sayang antara keduanya. Selain itu, dapat berjimat juga. 🙂
Cakap pasal jimat, semalam masa kat expo, byk sangat orang jual eco-diaper. ala2 napkin cuma sekarang fashionable sket. Cuma nak kena rajin basuh la. Tak guna plastik diaper pakai buang tu. tapi agak mahal untuk 1 set tu. nearly RM300 jugak. Cuma kalau dikira-kira long term tu, memang jimat ribu riban. Cumanya, adakah anda rajin untuk membasuhnya? haha. Kalau ada maid, senang la sket kan. Tapi sebagai pemegang sarjana dalam bidang conservation biology (cewah), saya sangat suka konsep2 begini cumanya diri sendiri la nak kena support ker tak hal-hal berkaitan dengan alam sekitar ni. Sendiri yang kena buat kan. Bagus sebenarnya. Hari tu pun dah sign-up untuk donate monthly kat WWF (World Wide Fund for Nature) Malaysia. Saya rasa amat perlu untuk memulakannnya. Lagi-lagi bila kita sendiri dalam bidang itu, dah tau sedikit sebanyak kesan dan akibatnya. Belum lagi nak menyedarkan yang lain. Semuanya harus bermula dengan kita sendiri yang punya ilmu ni. Sikit-sikit la eh. Aku memang tengah consider nak guna eco-diaper tu. Tapi mungkin memerlukan keazaman yang jitu untuk membasuh poo-poo dan najis2 lainnya setiap hari. hehehe. Yela, walaupun masuk washing machine je, mesti la nak kena sental2 jugak sket kan. Sekarang pun nak sental kolar baju laki sebelum masuk mesin agak bercinta jugak la kan. hahaha. Mana tau, besok-besok laki I terambikkan I maid ker, kan senang tu. ahaks. 🙂
Semalam survey-survey jugak barang baby, fuyoo mak! Mana den nak cekau duit ni. Yang den berkenan semuanya agak pricey gitu. Mau makan bubur jek nnt. hahaha. Tapi orang kata, ukur baju di badan sendiri kan. Tengok budget lah. Tunggu sale bulan 6 la besok baru beli sikit2. Sekarang awal lagi.
Semalam pun dah beli set education utk baby. Buku la, dvd la. Ala, long term investment. Beli buku takpe, tak rugi pun. Mak dia pun boleh belajar sama. Lagipun bole claim untuk income tax nanti. 🙂

Ikut rasa binasa…

Orang mengandung ni sensitif terlebih (ayat cliche). Mungkin kerana hormon turun naik dan ada terlebih sana sini. Kadang-kadang memang susah nak control. Bukan sengaja. Tapi bila ingat-ingat balik detik-detik yang senang sangat nak menangis/merajuk itu, rasa lawak pun ada. Sebab tu kena banyak beringat, jangan ikutkan hati sangat atau rasa, binasa nnt kata orang-orang tua. Banyak-banyakkan bersabar dan beristighfar. Tapi ada satu citer lawak kat tengah-tengah highway PLUS. Al-kisahnya berhenti di R&R nak pi toilet dan juga refresh mana yang patut. Singgah la kat R&R Ayer Keroh yang ada Baskin Robbin itu (best singgah situ, dpt makan aiskrim. hehe). Suami i ni bukan nak tunggu i keluar toilet, ntah mana-mana dia pergi nak beli rokok dia tu (suami i ni asyik kata nak berenti, tapi masih dlm proses yer kawan2), pastu bila i keluar toilet, cari kelibat dia takde. Ok, tunggu jap, sebab memikirkan mungkin dia masih dalam toilet. Tapi tak logik la. Sebab selalunya yang lama dalam toilet ni i, bukan dia yer. Hp plak bateri nak kong, memang dah off. Masa tu memang tak keruan sebab dah 2 kali dok pusing area tu tak nampak dia. Takkan la dia nak tinggalkan bini kesayangan dia ni kan. Oh, kat situ ada 2 bangunan. Satu yang lama, satu yg baru. Kitaorg kat bangunan baru memula. Tidak lama selepas kecuakan melanda, nampak la kelibat dia dari bangunan sebelah, melambai2. I pun apalagi, bila dia sampai jek mula la nak marah kan, tanya kenapa tinggalkan i. Pastu, lepas cakap tuh, bila dia senyum dan pegang bahu i, terus menangis. Yer, kat tengah2 orang ramai tu. Dia boleh sengih2 jek cakap macam budak kecik hilang mak. hahahaha. I menangis dari bangunan kedai tu sampai la kat depan kedai baskin robbin. hahaha. Tak pedulik dah orang tgk. Memang mcm budak kecik ok! Sebab sedih sangat kena tinggal. Dah la tak cakap pegi mana. Hp plak bateri kong. Tapi memang tak boleh control kesedihan tu. Cuma skrg bila fikir2 balik rasa lawak la plak kan. Mesti laki i pun tak kuasa sebenarnya. Tau agaknya pembawakan budak. eh, salahkan budak pulak yer. hehe. Sudahnya, dia belanja i aiskrim baskin robbin 3 scoops you! hahahaha. Nak pujuk punya pasal. Menangis pasal anak buah pun pernah jugak. Sebab tak tahan tengok diorang buat perangai dengan Pak Lang dia. Ntah apa-apa la kan. Dia jek nak attention, i pun nak jgk. haha.
mm, ari ni last class untuk semester ni. Tinggal lab practical jek next week. Pastu, takde kelas la sampai bulan 9. Yeahooo! ok, boleh la fokus utk benda2 lain seperti tesis dan research grant.
mm, bercakap pasal title di atas, saya juga terdengar komen our first lady (konon) dalam tv awani kelmarin. Memang komennya mendapat komen i jugak tang2 tu. Sebab cara dia cakap tu macam orang tak reti komen je pasal isu tu. Cakap sembrono jek. Pastu tadi tengok ada orang komen kat youtube suruh dia mintak maaf dengan Jepun. Sebab tu la tak boleh cakap sukati je. Dah la kat tv kan. Satu mesia tgk. Now ni satu dunia kecoh. Orang tua-tua cakap, ikut rasa binasa, ikut hati mati. Jadi jangan cakap sesukati hati ok? Kalau tak tau nak komen, baik duduk diam2 jek.

Doktor tak doktor!

Semalam ada 2 orang pelajar datang jumpa aku nak tanya pasal tajuk tesis yang aku tawarkan untuk semester sesi akan datang. Hari ni pun ada lagi 3 orang tanya pasal tajuk tesis. Tujuan utama mereka adalah untuk tanya ‘Doktor, tajuk ni ada banyak pergi field work tak? Ni banyak duduk kat lab jek kan?’. ‘Tajuk doktor bagi ni macam mana yer kerjanya?’ mm, memilih budak-budak ni yer. Bidang sains especially serangga ni memang la kena banyak buat kerja luar kalau tak cemana nak dapat sample kan. Lain la buat virus ke, mikrob ker. Itu bukan topik aku nak cerita ni. Aku sebenarnya tensen kalau orang panggil aku doktor. Sebab aku blom dapat title tu pun. Rasa beban sangat. Berat tu tanggungjawap yang dipikul beserta pangkat yang diberi. Ingat senang-senang boleh dipanggil doktor ke? Aku dah cakap, panggil saya Puan W*****. Tapi budak2 ni dah terbiasa seme pengajar dipanggilnya doktor, prof kat sini. Kadang-kadang tak boleh menyalahkan diorang jugak, budaya kat sini terlalu mengagungkan pangkat. Kalau tak panggil guna gelaran, ada yang marah pulak. To be frank, aku tak kisah pun. Mungkin sebab telah ‘dibudayakan’ di aussie dulu panggil guna nama jek kan, gelaran itu seperti membataskan perhubungan dan pergaulan. Dulu bos aku sebelum aku jadik tutor (masa jadi R.A) orang panggil nama dia jek. Takde pangkat2 ni. Dia pun study UK dulu, mungkin dah dibudayakan begitu. Sempoi jek dgn semua org. Mcm tuh la senang nak keje. Aku kalau gi lab jumpa student ntah mana2, kdg2 aku biar jek diorang panggil aku akak. (terasa muda gitu, diorang ingat aku student postgrad, haha). takdenya aku nak marah kalau tak panggil aku Puan or sebab tak tau aku ni lecturer tau, bukan student mcm ko.
Lagipun aku dah la tensen2 menulis tesis, selalu risau aku ni sempat ke abiskan ke tak, rasa macam tak tertanggung bebannya ni. Kalau mengajar, kadang2 diorang nak tanya soalan, pantas jek tanya’ er, doktor bla bla bla’..takkan setiap kali aku nak betulkan ‘saya belum doktor lagi’. Macam tu jugak kalau salesman datang jual barang2 lab or microscopy, manjang panggil doktor sebab nak bodek aku beli barang. hahaha. Yela, panggil la aku doktor, itu suatu doa tu. InsyaAllah, suatu hari nanti aku jadi doktor yer. Doktor serangga yer, bukan manusia! ahaks. 🙂
aih, entahlah. Tension aku orang panggil aku doktor ni. Malu tau sebenarnya. sebabnya belum ada title lagi. kot orang lain yang dengar, mesti dia kata aku ni ngada2 or giler nak orang panggil aku gitu kan. Padahal aku tak suruh pun. Sebabnya kat sini, ada jek lecturer yang pentingkan pangkat dan gelaran. Sebabnya, dia tak iktiraf pun aku sedang wat PhD. Pada dia, selagi ko blom habis, jangan ngengada nak bubuh dalam CV ko belajar kat mana. Eh, sukati aku la. memang aku belajar situ apa. Ko ada belajar situ? kat australia? Jeles pulakk. menyampah aku dengan orang2 jaki macam ni. Sebab CV dia takde universiti obersea, tuh dia jeles tuh kot. eee, jahat plak aku kan. Tapi bukan aku tulis dalam CV tu aku dah ada PhD, aku tulis dalam kurungan (on going). Sebab aku nak bagitau bidang apa aku specilized kan. Confirm la bidang tu kan yang aku belajar dekat 4 thn tu. Bila start mengajar ni memang terasa competitionnya. Lagi2 kalau buat research, sentiasa nak buat yang terbaik dari orang lain, publish paper bagus2, senang nak naik pangkat kan. Siap ko, nanti aku apply grant hebat2, buat research banyak2, ambik student banyak2, publish journal banyak2, ko pun tertinggal kat belakang. Aku lagi awal jadik Professor daripada engkau.
p/s: tak suka orang busuk ati.

@14 weeks

Semalam pi HUKM Specialist untuk first check-up di sana. Sebab plan nak bersalin situ, jadi aku pun buat appointment awal-awal so that dia ada rekod dari awal. My O&G specialist adalah Prof. Mohd. Hashim. Masa dia check time aku due, dia cakap ‘ eh, ni time raya ni’. Sebab 28hb kan. 31 Ogos dah raya. haha. Aku cakap, Prof tak boleh raya, sebab saya nak bersalin time tu. haha. Selamba jek tak bagi orang raya. Tapi Prof cakap selalunya akan awal 2 minggu dari due date tu. Cool jek doktornya. Kelakar sket2. Dia explain detail jugak masa scan baby tu. Seronok sangat dapat tengok baby gerak2, jantung dia dup-dap-dup-dap, badan dia pusing2. Prof tunjuk perut dia, bahagian2 badan dia yang tengah develop. Scan size seme menunjukkan perkembangan 15 minggu. Satu perasaan excited yang tak dapat digambarkan sebenarnya. Melihat nyawa lain di dalam badan sendiri. Prof kata sekarang memang tak rasa dia gerak2. Macam lalat jek. Nanti minggu 18 dan ke atas, baru bole rasa baby gerak2. Eeee, tak sabarnya! Aku selalu jugak cakap2 dengan baby. hehe. Aku tau dia dengar. :-). Mommy loves you so much and can’t wait to see you again. :-). Perut aku pun dah membonjol. Al-maklumlah, sebelum ni memang sedikit buncitsss. haha. jadinya, bila ada baby, makin senang nampak kebuncitan itu. Cuma bila pregnant ni, ada la ampun sket. takde buncit air. hahaha. Denga jayanya berat naik 2 kilo dari last visit. Sekarang sudah 68kg yo! heeeee, gile berat. Kalau sebulan naik 2kg, mau aku cecah 80 kilo bila nak beranak nanti. Tak dapat ku bayangkan! hahahhaha. Sebab sekarang selera ok, makan takde muntah2, snacking2 jek. Itu agaknya berat naik.
En. suami pun ada ambik video masa doktor scan. Aku dok ulang-ulang tengok tak jemu. macam kagum ada, macam excited ada, macam2 la rasanya. Tak sabarnya nak tunggu next visit. Sebab doktor kata 18 minggu ke atas dah bole tengok jantina baby. :-). Next visit will be on the 7th of April, time tu dah 19 minggu. Aku takde beli apa-apa barang baby lagi pun sekarang ni. Awal lagi kan. Better tunggu sale bulan 6. Time tu ok kot nak beli apa2. Jimat pun jimat. hehe. Banyak juga yer nak guna duit awal2 ni nak beli barang2 baby. Pening jugak. Tapi disebabkan tahun ni tak raya, duit preparation raya, boleh la guna nak beli brg baby. Aku pun tak beli baju raya thn ni. Confirm tak raya dah kan. haha.
Kerja opis yang banyak buat aku rasa nak kerja kat luar hari ni. Takmo dok opis. Tension ah. tengok kiri keje, kanan keje,tgk depan reminder pasal keje, atas meja sepah buku dengan kertas kerja. Ayoooooooooo! rasa nak pi holiday!