Archive | April 2011

Boleh ke?

Boleh ker ni nak siapkan before june ni? Semalam seharian aku duduk Starbucks, tak masuk office semata-mata nak menelaah chapters yg telah lama terabai. Aku tau ada keje tertangguh, tapi tak semangat nak ‘menjenguk’ thesis sendiri. Walaupun aku janji dengan Paul nak check edited chapters tu last week, tapi tak terbuat. Entah lah. Semalam alhamdulillah 3 chapters aku semak. Banyak juga pembetulan yer. Tima kasih la Paul sebab tokok tambah mana yang patut. Namun begitu, ada few parts yang aku kena ‘drill’ lagi untuk tambah isi. Ada satu chapter tu aku rasa Paul amik balik gambar tissue tu sebab gambarnya lagi cantik. huahuahua! Confirm dia tak berkenan gambar yang aku bubuh la tu. :p.

2 hari lepas, geng satu batch dah lulus pun thesisnya dan dah boleh grad. Bila la giliran aku. Itu menambahkan semangat nak abiskan cepat jgk. Dan juga menambahkan tensen aku ni. Padahal aku balik lagi awal dari dia blom submit2 lagi. kuang3x! Bila mengadap tesis lama2 memang jadi stress. Otak ni penat. Pinggang sakit. Lately ni aku tak boleh nak duduk lama-lama sangat, sakit pinggang. perut pun makin besar. Tapi aku tau, tak boleh lari ke mana dah. Walaupun aku ni ‘procrastinator’ tegar bila masuk bab tesis, in the end, aku tau kena jugak siapkan walau apa pun terjadi. Bila terpikir mak ayah, memang terasa bersalah. Sedih jugak. Takpelah mama, ayah, adik cuba yer. InsyaAllah sebelum bersalin, semua ini akan berakhir.

Akhir-akhir ni pun selera makan berkurang. Kerja ofis + kerja luar ofis + Kerja tesis yang tak siap + mood swing pregnant + hal-hal emosi menjadikan aku makan sikit. Dah beberapa malam tak dinner. Cuma semalam masak mee ladna, aku makan selera jgk sebab tgh hari cuma makan white baits+coleslaw je (appetizer jek pun!). Selalunya, malam cuma minum susu je. Itu pun memaksakan diri minum sebab kesiankan baby. Dan jugak takde la lapar sangat tgh malam nnt. Aku makan balik keje, itu pun makan la apa yang ada. Pisang goreng ke, apa ker. Kalau lunch pun bukan makan berat. Bukan tak lapar, tapi kurang selera. So aku depends pada vitamin yang doktor bagi la untuk bagi baby zat. Sian baby, sorry yer nak, mommy takde mood la lately. Daddy pun sibuk on call jek. :-(. Cepat-cepat la daddy abiskan H.O tu. Mommy tak sabar dah tunggu bulan 9. Pastu takde la banyak on call sgt. Asyik kena tinggal jek time-time gini, mencabar emosi sungguh. Dah la orang mengandung senang terasa. Nak manja2, nak dapat layanan extra special kan. Tapi ini pun aku rasa aku dah boleh control sehabis baik dah ni. Kerana mahu menjadi isteri mithali dan tak nak la baby besok terikut-ikut perangai2 ‘buruk’ mommy time mengandung. Mintak selisih la. Mommy sangat2 independent bila kawin dengan Daddy. Jodoh nak buat macam mana. Long distance tuh 10 tahun nak oi. Sabar tak sabar je tu. Korban tak korban la. Atok pun sangat kagum dengan mommy tau, dia pernah cakap mommy ni sangat tabah skrg dan matang, dia tak risau sgt psl mommy. Walaupun mommy ni biasala ratu air mata, tapi mommy tempuh jugak wpun perit. Sebabnya sebelum ni mommy ni sangat dependent pada keluarga, maklumlah anak bongsu, adik beradik pun 2 org jek. Naik bas sorang-sorang pun time sekolah menengah. Itu pun boleh kira dgn jari. Nak pi memana, ayah mama teman. Masuk hostel pun, tiap2 minggu mama ayah jenguk. Mommy punya manja memang sampai la ni tak hilang kalau dgn mama ayah. Cumanya mommy dah kurang dependent. Nasib baik ada kak ipar satu tmpt keje yang rajin melayan. Best friend pulak tu. Ada la tempat bermanja dan berkongsi cerita. Besok anak mommy ni jadi anak yang baik, pandai berdikari ye nak. Senang kalau tercampak kat mana-mana. Dah la lelaki, lagi kena pandai nak hidup yer nak. Mommy loves you so much! 🙂 Sekarang aktif sungguh dalam perut mommy yer. Semalam malam2 tendang bukan main. hehe. Jadik hyper sebab mommy banyak minum coffee eh semalam? Tapi mommy mintak ‘decaffeinated’ coffee. Tak tau la kalau dia tipu kan.

Sebab dah kekurangan selera, weekend ni aku nak menjenguk nyai dgn yai kat Singapore. Dan juga mama ayah. Dapat la makan sedap2 sikit. hehe. Teringin nak makan serunding nyai dan juga paru semor. Dah terasa2 kat tekak. Ayah confirm la masak sedap2 tiap kali aku balik. Memang selera makan kalau ayah masak. The best cook in the world la I tell you. :-). Untung dapat ayah pandai masak. Besok baby ikut macam atok yer nak. Boleh tolong mommy kat dapur, pastu besok bila dah kawin, boleh tolong isteri pulak. 🙂

Aku balik sorang jek naik flight sbb suamiku bekerja hujung minggu ni. Boleh ke? hehe. Boleh jek la. InsyaAllah selamat. Dah 5 bulan ni. Second trimester dah. Dan jugak tujuan aku nak celebrate besday ayah selasa tu. Ulang tahun yang ke 62. Semoga ayah sentiasa sihat, dilindungi, dipelihara, diberkati dan segala yang baik2 la. Sian ayah besday dia tak celebrate macam besday mama. Atok cool sket. Yela, tapi hati dia kita tak tau kan. Dah tua-tua ni, makin sensitif kan. Ari tu besday mama celebrate kat OU, makan2. Aku dah berapa tahun tak celebrate besday ayah sbb kat OZ. Alah, selalu pun bukan apa sgt, makan2 keluarga je. Abang pulak ada keje weekend ni kat Terengganu. Takpela, aku la tolong wakil. Dah seme orang sibuk. I will squeeze my schedule for my beloved dad. Tanpa dia, siapalah aku kan. Tengah dok pikir nak bagi digital quran ke…or digital photoframe. Sebabnya ayah tu suka sangat tgk gambar dan video Qaisarah. Hari-hari ok. Yela, cucu sorang. hehe. Takde la asyik nak bukak laptop jek kan kalau nak tgk gambar or video. Tapi digital quran pun bagus jgk sbb dia ngaji hari2, boleh la bawak ke mana2 sebab ringan. Dah la boleh dengar bacaan sekali dan betulkan. Mm, tgh tunggu kata putus seme org ni. Tak sabar nak balik sabtu ni. :-). Minggu depannya pulak nak balik Kedah. Hubby ada reunion kat sekolah lama dia kat sana. Sambil2 tu boleh melawat Tok dgn Wan. Confirm la raya tak balik. Itu lagi dua hati yang nak dijaga. Sian anak cucu jauh. Tak boleh selalu jenguk. Dan aku selalu sebak bila nak balik sebab nanti Tok (nenek suamiku) mesti menangis. Aku tau, orang-orang tua ni dia bukan nak apa dah skrg ni. Nak kasih sayang anak cucu, perhatian. Nak sama-sama sembang-sembang, spend time together2 mengisi hari-hari tua mereka. Besok pun kita jadi tua jgk. Time tu kita pun sama macam mereka. Jadi kena beringat la dari sekarang agar jangan sia-siakan orang tua.

p/s: :-). Kadang-kadang rasa geli hati pulak bila cakap sorang-sorang tau baby. Tapi mommy tau baby dengar tu dalam perut mommy. 🙂

Perkembangan hidup (dan perut!) huhuhu!

ok..let see…today is 4th of April..I woke up early in the morning to get ready to work…because I need to send my research grant before 8.30am this morning!!! weekend pun mengadap benda tuh jek…naik muak dah. Kerana nak duit geran ratus-ratus ribu, saya gagahkan juga keluar awal (selalunya lambat sokmo!), stuck in in traffic jam because of an accident. 5 kereta. bumper to bumper..kereta yg tengah agak teruk jugak la depan belakang….hujan lebat pagi tadi, mungkin jalan licin. Tak jauh dari situ pun ada accident lagi. But between 2 cars only. Dalam hati sentiasa berdoa semoga perjalanan selamat. Saya suka memandu laju yer. Tapi pemanduan laju saya hanyalah 100km/j jek sebab bawak MyVi jek pun. hehe. Lain la bawak BMW ker, Mercedes ker. Saya pernah tekan minyak sampai 140km/j tuh pun rasa macam bawak 70-80km/j je. Serius tak tipu. Mungkin kestabilan dan kemantapan kereta tu buat kita rasa confident dan selamat nak bawak laju. Itu pun kalau ada kereta lagi laju, saya dah ketepi. Sebab highway straight dari Puchong ke Bangi, boleh la bawak laju. Lagipun rasa rimas lama-lama dalam kereta. Setiap kali memulakan perjalanan saya memang akan baca ‘bismillahillazi….3x’. Pastu ayat kursi. Saya memang sangat yakin dengan ayat kursi dari kecik lagi. Utk melindungi kita dari segala benda yang tak elok. Agaknya kerana keyakinan saya, Allah sentiasa lindungi saya dari keburukan. Alhamdulillah. Bukan nak cakap besar, tapi setakat ni tak pernah saya drive, saya accident. Orang lain bawak kereta saya yang accident. Kereta saya pernah accident 3 kali dah. Sekali tuh memang teruk sampai masuk workshop sebulan la. Dan alhamdulillah saya selamat walaupun kereta teruk (saya penumpang). Cumanya saya trauma la. InsyaAllah, saya percaya kalau kita berdoa dengan yakin Allah akan lindungi kita. Namun jika jadi musibah, mungkin ada hikmah yang perlu kita cari disebalik semua tu.
Last week ada meeting jabatan. Saya pun diberi tugas untuk mengajar 2 subjek pelajar prasiswazah sesi depan yang bermula September. Saya pun dah diberi 3 nama pelajar untuk diselia bagi tesis tahun akhir mereka. Tugas mengajar budak master belum la pulak keluar. Semakin banyak bebanan tugas yer. Lagi-lagi saya yang dah nak menjadi ibu ni, rasa takut tak terbawak pun yer. Itu baru projek undergrad, belum lagi projek postgrad yang saya hantar utk grant, perlu berjalan juga. Dan juga application utk 2-3 grant lagi yg akan menyusul yang memerlukan saya menyelia 2-3 org pelajar postgrad lagi. Hopefully saya dapat mengimbangkan masa bersama keluarga dan kerja. Tugas saya bukan sahaja memerlukan kerja makmal, mengajar, malahan kerja lapangan di luar juga. Mungkin out-station 2-3 hari bersama student. Harus aku angkut anak aku. Tapi kalau masuk hutan, takkan nak angkut jugak? huhu. Saya rasa ini adalah cabaran bagi saya, untuk berkerjaya dan berkeluarga. Kalaulah suami saya mampu menyara saya dan kata ‘sayang duduk lah rumah, jaga anak, abang boleh tanggung semua!’, lama dah saya berhenti kerja. Jadi surirumah. Saya suka jek. Tapi zaman sekarang ni, kalau single income, makan gaji, susah la. Lain la buat bisnes dan dah maju. Terjamin masa depan. Tapi sebenarnya saya rasa bertanggungjawap ke atas kedua ibu bapa yang telah membesarkan saya, beri saya ilmu dan kehidupan yang selesa dari kecil, menjaga saya sampai kini walaupun telah bersuami, sentiasa menyokong saya. Itu yang buat saya mahu ada duit sendiri, kerjaya sendiri, untuk membalas segala jasa mereka, membuatkan mereka sentiasa bangga dengan saya dan pencapaian saya. Kasih sayang mereka memang saya tak mampu balas dengan wang ringgit. Doa saya selalu semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati mereka. Doa mereka jugalah yang buat saya sampai ke tahap ini. Saya cuma berharap saya dapat menjadi seperti mereka dalam mendidik anak-anak. Mereka sentiasa menjadi idola saya.
Semakin hari juga perasaan keibuan saya semakin menebal. Semakin hari semakin banyak saya bercakap dengan baby dalam perut saya ni. Alhamdulillah, hari tu scan nampak macam ‘boy’. Seperti sama dalam mimpi saya tempohari sewaktu diawal kehamilan. InsyaAllah juga saya akan berikan nama yang saya mimpikan itu. Saya dah check nama tu, maksud dia amat baik. Perut saya dah makin membesar. Dah nak masuk bulan ke-5 dah. Makin hari pun makin banyak pergerakan saya boleh rasa. Saya sangat sayangkan baby saya. Kalau saya terpaksa berkorban nyawa untuk dia hidup pun saya sanggup. Saya rasa anugerah Allah yang satu ini amat bernilai untuk saya. Saya sentiasa berdoa agar anak saya menjadi anak yang soleh dan solehah, yang membahagiakan hati ibu bapa, dikurniakan akhlak dan sifat yang sempurna. Semoga Allah mendengar doa saya. Semoga saya dikurniakan anak yang mampu menjaga agamanya, menjadi lebih baik dari saya, yang mampu mendoakan saya kelak. Khamis ni ada appointment dengan gynae saya di UKMSC. Harap-harapnya semua ok. last week saya dapat kencing kotor, pergi check dan scan tuh yg dapat tahu jantina bayi. Orang mengandung memang senang dapat kencing kotor sebab rahim menekan salur pundi kencing. Salur pundi kencing perempuan mmg pendek, bila jadi gitu, lagilah pendek.
Ahad ni akan ada majlis sambutan hari jadi untuk anak buah saya yg comel tu, Qaisarah batrisyia! Dah setahun dah. Mama dan ayah akan datang sini, cuti 4 hari dan masak-masak untuk cucu kesayangan mereka itu. Tak sabar rasanya! Saya dah tempah cupcakes dan birthday cake utk si comel itu. :-). Tapi sebelum tu Rabu & jumaat ni ada kursus confocal microscopy yg perlu dihadapi! chaiyok!