Archive | May 2011

Gathering

Kelmarin sangat penat. Seharian keluar dari pagi sampai ke malam. Mula-mula lepas subuh tu pi Putrajaya sebab mama dgn ayah nak balik Johor lepas breakfast. Lepas tu, pergi Rembau untuk wedding kawan hubby. Balik dari Rembau tu singgah rumah Jaie, then terus pi makan-makan dengan kawan-kawan sekolah. Balik rumah macam nak pengsan. Mula-mula nak balik rumah dulu tapi sebab hubby dok syok main xbox kinect dgn kawan-kawan dia, aku pun rilek jek la. Bagi can la dia nak bersuka-suki. Bukan selalu dapat kumpul dengan geng-geng lama. Walaupun badan dah berlengas sebab seharian keluar. Dah la kat tempat kenduri panas yang amat, peluh toksah cakap la. Meleleh-leleh haa. Memang kurang selesa bila pi dinner malam tu. Tapi sebab aku yang organized, so kena la pi jgk kan walaupun penat. Kehadiran agak mengecewakan sebab yang confirm datang pun tak datang. Bukan apa, aku dah booked tempat dan dah deal dengan org tu. Sebabnya restoran tu selalunya fully booked. Takpela, dah selesai dah pun. Ok jek la. Aku happy je dapat jumpa kawan-kawan lama walaupun time sekolah tak pernah cakap banyak. Masing-masing ada life sendiri kan. Cuma yang lawaknya ada sorang ni time sekolah skema, sampai la ni pun skema. Siap pakai baju batik lengan panjang tu. hehe. Sangat la formal. :p. Ok la steamboat dia, dengan tempat pun ok, tepi tasik. Selesa. Harga pun ok. Layanan pun friendly.
Balik pada cerita pi kenduri kat Rembau tu, best jugak la kembali berkumpul dengan rakan-rakan lama. Aku memang kenal kawan-kawan hubby sebab dulu masa dia belajar kat sinun aku selalu datang melawat. Bila datang tu memang jadi tukang masak dema la. Seronok. Aku masak apa jek diorang belasah. Time tu semua bujang lagi. Sekarang semua dah dukung anak. Walaupun aku dengan hubby antara yang terawal kawin, tapi orang lain yang kawin lambat semua anak berderet dah. Nak buat macam mana, belum rezeki kami. Lagipun sebab kami in long distance relationship, susah nak start family.
Mm, cerita lain takde la best sangat pun selain yang aku masih lagi batuk-batuk kesan demam tempohari. Tak larat jugak dengar mommy bebel suruh makan ubat itu ini. hehe. tapi aku diamkan je. Memang sakit ni lambat nak pergi. Orang cakap sakit ni datang cepat, pergi lambat. Lagi-lagi orang mengandung memang sistem imune sangat rendah. Tapi ni pun dah beransur pulih. Kurang banyak dah. Mama pun dah beransur sihat. Kesian mama jangkit sakit dari aku dengan hubby. Alhamdulillah ayah ada untuk jaga mama. Alhamdulillah aku punya ayah yang pandai uruskan rumah tangga. Boleh masak, boleh kemas, seme boleh la. Untung mama. Alhamdulillah juga ayah sihat walafiat. Cuma aku terkilan tak dapat nak jaga mama macam mana jaga aku time aku sakit sebab jauh. Dah tu aku sakit jugak pada masa yang sama, dengan suami pun baru nak beransur baik dan kena kembali bekerja. Tanggungjawap aku di sini. Aku memang tunggu je mama pindah dekat-dekat so that bole jumpa selalu. Walaupun hari-hari aku mesti call tanya keadaan mereka, tapi aku tetap rasa tak puas selagi tak depan mata. Sebabnya diorang ni suka sembunyi benda-benda yang boleh buat aku risau. Kalau sakit pun kdg2 tak nak bagitau. Nanti bila dah sihat baru cerita yang ari tu tak boleh bangun la, apa la. Walaupun aku tak suka mereka berahsia, tapi aku tahu niat mereka baik. Tak nak aku susah hati sebab aku ni jenis perisau yang amat. Semoga Allah sentiasa lindungi mereka walau di mana mereka berada.
Cerita lain, si Qaisarah yang kiut miut tu dah mula cakap banyak. Pandai jalan jugak. Adoi la. Penat nak tengok dia yang tak nak duduk diam. Berjalan keliling rumah. Mulut pulak asyik mengikut orang cakap. Bijak betul la si kenit sorang tu. Cepat je dia belajar. Geram kadang rasa macam nak gigit-gigit. Suka jugak menyakat dia sampai dia jerit-jerit sebab dia suka jerit kalau tak dapat apa yang dia nak. Bunyi je macam nak nangis tapi takde air mata pun. Auta betul!

Allah menduga dan aku mensyukurinya

Minggu lepas balik Johor. Kebetulan hubby dapat cuti 5 hari sebab dah abis satu department. Sebelum masuk department baru kena abiskan cuti di department lama. Alhamdulillah ni dah last department. Lepas ni boleh la jadi M.O. Tak jadi H.O dah. Kejap je masa berlalu. Nak jadikan cerita, sesampainya di Kluang, malam tu dia demam sangat panas. Kul 3 pagi aku terjaga sebab rasa badan dia panas sangat, tapi kaki pulak sejuk giler. Terus ketuk bilik mama tanya ada panadol ke tak. Takde la fikir apa sangat. Maybe demam sebab penat sangat dan tak cukup rehat. Mungkin jugak sebab aircond sejuk sangat dia tak tahan sebab aku time mengandung ni badan memang panas memanjang. So, kalau hubby gulung dalam comforter, kadang aku selamba tido tak pakai comforter. Tu pun rasa panas ok.
Besok paginya masih panas, ditambah dengan batuk-batuk. Dia memang melepek jek la tido sepanjang hari. Aku pun anggap demam biasa jek, 2-3 hari selalu kebah dan hilang. Dah malam pun masih panas lagi. Risau sedikit. Masuk hari ketiga, asyik panas lagi, aku dok risau dah so aku cakap kena pi hospital la check darah sebab tak kebah-kebah. Makan panadol dengan ubat prescribed sendiri jek mana bole. Takut la denggi ke penyakit lain ke kan. Sebab dia keje kat emergency department, macam-macam orang sakit datang situ dulu. Bila pi hospital check darah semua ok, doktor cakap maybe viral fever. Sian hubby. Aku usahakan mana yang mampu untuk dia selesa dalam sakit-sakitnya tu. Puas bubuh kain dgn air sejuk kat kepala, daun jambu la, air asam la. Petua org bagi semua aku buat. Last-last sampai aku dengan mama buat sponge bath kat badan kaki seme sebab nak bagi temperature turun. Panas sangat sampai dia sakit kepala teramat. Besoknya kurang sikit, tapi batuk teruk jugaklah. Dah tu, aku pulak rasa tak sedap tekak dan badan. Sudahnya, aku pun demam sekali. Memang seksa demam, batuk, selesema bila tengah mengandung. Kesian baby. Aku sakit menahan batuk, menahan nak terkencing everytime batuk (harap dimaafkanlah sebab orang mengandung mmg mcm ni), nak tahan perut, nak tahan dada. Aku pulak bila dah sakit, tekak bengkak, nak telan sakit, memang la tak makan sangat. Mulalah angin naik la, heartburn la, mcm2. Kesian baby lagi. Kadang aku paksa jugak diri makan sebab kesiankan anak padahal tekak ni tak boleh masuk.
Lama kami kat Kluang, mama dengan ayah jaga. Dari sabtu malam sampai khamis la. Sampai mama terpaksa extend cuti dia nak jaga kami berdua yang sakit. Dah tu mama pula jangkit batuk dan demam. :-(. Aku sangat bersyukur sebab bila sakit ada yang menjaga kami. Allah maha kuasa. Dia bagi dugaan, tapi dia bagi nikmat yang lain jugak. Kalau aku kat Puchong laki bini entah macam mana la. Rumah dah la takde orang, mummy daddy pi umrah, kakngah satu family pi melaka. Memang aku melalak jek la kot hari-hari. Aku dah memang manja, bila sakit lagi la manja. Lagi-lagi tengah mengandung ni. Sensitip. Bila dengan mama ayah, makan pakai semua terjaga. Banyak sangat mama dengan ayah buat untuk kami. Pengorbanan masa dan tenaga mereka terlalu besar dan tak terbalas oleh aku. Masa baru balik Puchong, aku tak sihat sgt lagi. Batuk teruk jugak, masih demam. Bila balik, nak urus kain baju, nak pikir pasal nak makan apa/masak apa, nak mengemas, aku jadi stress sendiri. Last-last aku telefon ayah aku menangis cakap nak duduk dengan ayah mama. hahaha. Memang la macam budak kecik. Sebab aku terasa sangat betapa senangnya aku bila sakit duduk rumah mama ayah, semua diorang layankan. Bila duduk sendiri, kena buat sendiri, jadi sedih. Makan lagi la tak lalu. Dah la sememangnya takde selera. Memang confirmlah aku tak larat masak. Beli pun makan 2-3 suap jek pastu tolak tepi. Nak gi membeli lagi satu hal. Pikir nak makan apa dengan selera tekak pun satu hal. Dengan hubby yang baru nak baik, dia pun perlu rehat, aku lagi perlu rehat. Dugaan sangat. Ikutkan hati nak jek aku drive balik Kluang tu duduk dengan mama ayah sampai sihat. Tapi bila fikirkan kesian pulak laki aku sapa nak uruskan kain baju makan pakai dia bila dia keje, jadi waras sikit aku. Yela, aku fikir aku sakit jek, nak dilayan. Tak fikir tanggungjawap lainnya.
Walaupun ditimpa kesusahan dan kesakitan, aku bersyukur jugak sebab suami aku dah mula berhenti merokok. Seminggu demam, seminggu la tak hisap rokoknya itu. Petanda yang baik untuk dia terus meninggalkan tabiat yang tak elok tu. Lagi pulak batuk, memang la tak hisap kan. Aku harap berterusan la. Sebab tak tau jugak besok stress keje, balik dari keje, driving tu dia singgah pi beli ker. Bukan senang nak berhenti melainkan ada keazaman yang jitu je. Aku pun dah puas cakap dah. Baby pun dah 6 bulan, daddy tak berhenti lagi. Tuh la, dugaan ni aku syukuri jugak sebab aku rasa ada hikmah yang kita tak tau. Mana tahu ni titik mula dia untuk memulakan gaya hidup sihat. Semoga Allah kuatkan hatinya.

Mata melihat…telinga mendengar

Semalam entah kenapa aku rasa serabut sangat kepala. Rasa sunyi sangat. Nak balik rumah pun takde mood. Tiba-tiba teringatkan mak long yang di Cheras. Umpama ibu kepada aku. Balik keje aku drive ke Cheras. Aku suka bercerita dengan mak long. Dia pendengar yang baik. Penasihat yang baik dan juga pengkritik yang pedas juga. hehe. Cool mak long ni. Kadang-kadang bercerita dengan dia macam kawan-kawan je. Dulu masa study kat UKM aku selalu jugak lepak kat kantin mak long kalau bosan. Dapat makan free jugak. hehe. Mak long ni pandai masak. Dulu dia isteri pegawai atasan tentera laut (arwah pak long). Jadi selalu travel, duduk oversea, banyak berjalan. Lepas Pak Long pencen, diorang bukak tempat makan. Sikapnya agak terbuka tapi bab-bab agama ni pun dia agak strict jugak. Kalau datang rumah dia, mmg tak sah la kalau tak duduk berjam2. Selalunya dia ajak tido je. hehe.
Balik dari rumah mak long, aku singgah Hospital Kajang. Sebab dah malam, tak larat nak drive jauh-jauh. Penat. Hubby pun abis keje pukul 10mlm, alang-alang aku tunggu je la dia kat hospital tu balik sekali sebab dah pukul 9mlm masa tu. Kereta aku tinggal jek kat hospital. Pepaginya ikut la dia pi keje kan sebab kebetulan dia on-call hari ni masuk la pukul 8 pagi. First time aku pergi Emergency Dept (ED) Kajang tu. Orang punya la ramai menunggu. Sampai ke luar-luar pintu. Aku call hubby cakap aku ada kat situ, dia tanya buat apa? Aku cakap aku nak balik dengan dia. So, dia pun bagi aku masuk dan suruh tunggu kat green zone. Aku duduk jek la kat kerusi panjang tepi tu tengok gelagat orang. Yang sakit, yang budak-budaknya nangis, doktor ke hulu ke hilir, nurse pun sama keluar masuk. Memang sibuk sangat. Buat aku bersyukur yang kerja aku tak teruk macam tu. Semua aku tengok muka keletihan tapi sangat komited dengan kerja. Lepas sorang patient, layan lagi, layan lagi. Macam-macam karenah pesakit ni. Yang tak sabar tunggu, dok ketuk jek pintu nak masuk cepat. Padahal nombor giliran panjang lagi. Sebab tu orang komplen hospital kerajaan tunggu lama. Sebab memang ramai pesakit. Apa taknya, bayar seringgit je. Dapat ubat, dapat rawatan. Patutnya jangan komplen kan. Doktor dengan nurse seme tu pun penat. Gaji pun tak setimpal dengan beban kerja. Suami aku cakap, selalunya stafnurse sorang je yg jaga satu zone. Memang tak cukup staf. Kesian. Yang paling terkesan kat hati aku bila tengok baby demam kena amik darah. Alahai, kesian sangat. Aku yang nak nangis tengok. Lagi-lagi bila baby tuh melalak dengan kuat. Macam sayu gitu. Memang hanya orang-orang terpilih jek la boleh kerja sebagai doktor dan nurse. Sebab nak layan orang. Pastu dengan macam-macam penyakit, macam-macam perangai. Kena banyak sabar. Sempat juga la suamiku curi masa scan baby kami. :-).
Walaupun tak sampai sejam aku duduk situ, sebenarnya banyak benda yang buat aku terkesan di hati. Teringat mama yang selalu balik kepenatan. Memang kerja kat hospital penat. Alhamdulillah mama dah naik pangkat jadi Matron dan tak perlu nak lalui kerja-kerja macam tu lagi. Tapi kerja-kerja admin pun buat mama tak menang tangan. Mana nak round satu hospital, nak jaga kebajikan staff, layan komplen, mcm2. Memang dok ngadap laptop jek banyak. Weekend pun kdg on call, buat keje-keje menaip dia tu. Penat otak jugak. Semoga mama tabah menghabiskan sisa-sisa pekerjaannya sampai Disember ni. Lepas tu pencen bole rehat sikit yer Ma. :-). Oh ya, Selamat hari jururawat Mama! Dan selamat hari ibu! Jasamu memang tak ternilai. Susah payah mama kerja siang malam juga tak menentu nak besarkan aku sampai aku jadi orang sekarang.
Selain mama, aku sebenarnya tak tahu nak gambarkan perasaan aku terhadap pekerjaan suamiku itu. Yela, kadang-kadang aku merungut jugak bila dia selalu on call, tak layan aku, tak bawak aku jalan-jalan hujung minggu macam suami orang lain. Seminggu 2-3 malam tak tido kat rumah sebab on-call. Asyik kerja je. Aku kerja dia balik, aku balik keje, dia keluar pulak pi keje. Bila balik, penat dah. Banyak rehat dan tido kat rumah je kalau ada masa terluang sedikit. Nak cuti payah. Aku selalu buat sendiri semua benda. Kadang-kadang bila tengah sedih, rasa macam takde laki. Tapi hakikatnya, pekerjaan dia sememangnya menuntut segalanya. Emosi dan fizikal. Kesian dia perlu melayan emosi aku yang kadang-kala mungkin berlebih-lebih. Aku manusia. Kadang-kadang memang cuba memahami, tapi nak juga difahami.
Di hati aku juga sebenarnya terselit perasaan bangga semalam bila sesekali aku lihat kelibat dia melayan pesakitnya. Bangga kerana punya suami sebagai doktor. Yang berbakti pada masyarakatnya. Tak kenal erti penat, jemu. Sentiasa sabar. Walaupun kepenatan, tetapi bila masuk time kerja, bersiap juga nak pergi. Aku tahu aku tak mampu jadi seperti dia. Dan juga seperti pekerja hospital yang lainnya. Aku tak punya kekuatan itu. Dah la aku ni penggeli. Dengan orang sakit-sakit, darah-darah. Haih. Kadang-kadang aku selalu tanya juga pada dia, abang tak geli/takut ke tengok darah-darah banyak-banyak tu? Dia kata tak, dah biasa. Lagipun kerja dia.
Kadang-kadang bila dia tertidur keletihan, aku selalu merenung wajahnya. Betapa dia kepenatan. Letak kepala terus tido. Tak sempat nak bersembang-sembang sangat kdg2. Confirm penat sangatkan. Lagi-lagi kalau on call sebelah malam. Kadang-kadang cuma dapat tidur satu jam. Itu kehidupan aku sebagai isteri doktor yang menuntut banyak pengorbanan dan pemahaman lebih-lebih dari segi emosi. Kehidupan kami tak seperti pasangan normal yang lain. Boleh pergi kerja sama-sama. Yang kerja waktu pejabat, waktu malam dan hujung minggu berada bersama di rumah. Sesekali je outstation. Sebenarnya kalau nak dibanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain, kita akan selalu merasa tak cukup, tak puas dan tak best. Tapi kalau kita cuba menerima dengan ikhlas, bersyukur, insyaAllah kita dapat merasai kenikmatannya. Aku perlu bersyukur kerana masih punya suami. Walaupun tak selalu di sisi, namun aku masih ada tempat meluahkan rasa dan kecintaan ini walaupun masa kami bersama tak sekerap orang lain.
Aku menyesal sebenarnya sebelum-sebelum ini aku banyak mengeluh tentang pekerjaan dia. Kadang-kala berselisih faham kerana aku ‘kurang’ memahami. Aku tahu sampai bila-bila pun aku takkan faham sepenuhnya kerana aku tidak berada di tempat dia. Namun pengalaman semalam cukup untuk aku bawa sebagai pegangan untuk aku agar menjadi isteri yang lebih baik. Lagi-lagi aku mengandung anak sulung kami. Semoga aku dan dia dapat membimbing anak ini bersama-sama. Walaupun aku tahu, perhatian mungkin akan lebih daripada aku kerana aku yang akan selalu bersama anak ini. Tapi aku tahu, dia ayah yang penyayang. Kerana sepanjang aku mengandung ini, perhatiannya agak lebih sedikit. Sebelum pergi kerja dia akan mencium dan mengusap perutku. Aku tahu dia pun tak sabar menunggu kelahiran anak ini. Penyeri rumah tangga kami. Semoga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat.

‘Abang, sayang minta maaf jika selama ini sayang mengguris perasaanmu dengan tingkah laku atau perbuatan yang tidak disengajakan. Semoga sayang menjadi isterimu hingga ke syurga.’

Pusing sana, pusing sini

Sekarang ni rasanya baby sangat aktif. Pusing-pusing, tendang-tendang, guling-guling. Kadang-kadang naik risau sebab kerap sangat boleh rasa baby bergerak dalam satu-satu masa. Especially waktu tengah malam. Siang pun banyak gerak. Aktif sangat baby dalam perut ni. hehe. Risau pulak. Normal ke? Tapi hubby cakap biar banyak gerak dari kurang gerak. Itu yang perlu dirisaukan sebenarnya. Kadang-kadang saya ni suka risau benda yang bukan-bukan. Hubby pun cakap sekarang masih banyak air, sebab tu dia boleh ‘berenang’ dengan bebas dan aktifnya. Tuh kot agaknya senang rasa kalau dia bergerak. Tapi kuat tau. Kadang-kadang saya tengok jek perut tanpa pegang. Boleh nampak ada bonjol-bonjol dia bergerak atas bawah kiri kanan. Miracle. Kuasa Tuhan kan. SubhanAllah. Sampai hari ni, saya sangat bersyukur sebab diberi peluang untuk merasai pengalaman nak menjadi ibu ni. Kadang-kadang memang jadi emo terlebih. hehe. Hati senang tersentuh bila bab-bab anak ni. Semoga Allah makbulkan doa saya untuk menjadi ibu dan punya anak. Semoga perjalanan ini selamat dan lancar dan boleh bertambah zuriat kami nanti.
Hari ni rasa mandom jek kat ofis. Macam dilanda garuda. Mana ntah semua orang. Jadi tak semangat nak buat kerja dengan internet office yang kejap ok, kejap tak ok.
Reunion/gathering sekolah saya tukar tempat, masa dan harga. Tengok macam takde sambutan je. Sedikit kecewa. Maybe sebab harga kot. Pastu, tempat tuh leceh nak kena ada syarat minimum la, apa la. Tuh yang tukar tu. Tapi mungkin sebab cuti sekolah. Banyak kenduri kawin. Saya pun faham sebab hubby pun ada jemputan kenduri 28hb tu kat Rembau. Of courselah kena temankan. Saya kan isteri mithali. hehe. Malam tu boleh la dinner bersama rakan-rakan sekolah. Sebenarnya suka je nak jumpa kawan-kawan lama ni, cerita perkembangan dan pengalaman masing-masing. Walaupun kat sekolah haram tak pernah cakap, tapi bila semua dah semakin dewasa, semua macam ok jek untuk berbual sesama sendiri kan.
Weekend ni nak balik Johor lagi. Yeay! Saya menggunakan kesempatan cuti hubby untuk mengambil cuti jugak. Maklumlah, bukan senang dia nak cuti. Dia dah nak masuk last department ni. Paedetriks. Sebelum masuk dept baru ada la cuti 5 hari. Boleh la berhoray2 balik kampung. yeay! 🙂

Shopping!!

I’m 24 weeks pregnant now. :-). Last weekend ada moms and baby expo at midvalley exhibition hall. Jadinya saya merebut peluang yang ada untuk beli barang baby sikit sebab banyak offer and good deal. 2 hari pergi. Sabtu tu pergi dengan en.suami. Tapi sekejap jek sebab pergi dah lewat petang setelah balik dari kenduri rumah sepupu kat Puncak Alam. Sampai pun dah dekat pukul 6ptg, pastu jumpa A-ar kejap. Kebetulan dia ada kat midvalley tu. Kawan rapat masa kat U dulu. Degree dengan masters sama2.
Hasil membeli-belah telah melenyapkan RM3k sekelip mata. haha. First baby memang banyak nak guna duit ek. Tapi nak membeli sekaligus memang tak larat. Ada benda dalam list dah boleh tick la. Bestnya shopping barang baby. Kalau ikutkan hati, semua nak beli yang bagus2. Tapi kena tengok kemampuan jugak. Banyak jimat jugak sebenarnya sebab memang ada discount banyak. Antaranya macam:
1. Breast pump. Saya beli Medela Swing. Sebab semalam offer, dia bagi Medela Citystyle breast pump tote bag, medela cooler bag (4 bottles+ice packs), 2 extra storage bottles, organic leggings. RM818. Normal price untuk Medela Swing sahaja RM799. Blom masuk yang lain2. Saya tengok retail price untuk bag and seme2 tu lebih dari 1K. Jimat dalam RM300++ mcm tu. Sebab nak electric pump, harga dia agak pricey sikit plus model bagus. Tapi tak semahal Medela freestyle yg nak dekat RM2k tu. Swing ni review semua cakap bagus. Tak bising, kecik jek pam dia.
2. Stroller. Yang kami berkenan sebenarnya adalah Peg Perego stroller. Lepas offer harga dia RM2k. Stroller+new born baby carrier. Tapi mahal sangat and a bit bulky wpun nampak smart. Plus, baby carrier tu my brother nak bagi pinjam Sarah punya, so kami fikir baik cari stroller jek yang elok sikit dan nanti bila baby dah tak muat baru invest untuk beli toddler car seat. So, kami beli Combi stroller. New model. From RM2k, dapat RM 1.6k. Sangat ringan, 6kg jek compared to other brand mcm Graco (8kg+), Peg Perego (8kg+). Combi stroller boleh lipat kecik mcm payung jugak. Sangat senang nak bukak dan lipat. Keempat2 tayar boleh pusing, senang nak move around dan keempat2 tayar ada lock dia sendiri. Seat dia tak keras, kusyen sedap2. Yang buat mahal span untuk kepala tu, sesuai untuk dari new born sampai 3 years old dan boleh ubah2 tempat dia. Boleh tampung sampai 30kg. Tak bulky sangat. Kami sangat suka. Kaler dark purple+black. :-). Ini paling mahal barang baby kami beli setakat ni.
3. Latex mattress and pillow. Saya beli yang mahal dan elok sikit sebab tilam ni tahan lama (5 years warranty). Plus, dia anti dust mite segala benda alah, ada lubang2 udara so that baby takkan suffocate kalau meniarap ke apa, bole lipat, senang nak bawakkan. Retail price untuk mattress yg size paling kecik kami beli tu RM279. Tapi semalam offer dapat RM190. Beli bantal jugak for RM32 dari RM40.
4. Lain-lain yang takde dalam list. Beli Baby large play mat. RM65 jek ok dari RM129. Sapa tak nak kan. hehe. Colourful. Siap ada teether, mirror, kartun2 seme tu. Saya dok sorong kat expo tu, seme yang lalu banyak tanya beli kat mana sebab menarik sangat. haha. Jadi tukang promote. Beli jugak buku kain dgn bath book untuk Qaisarah. Toys ada 40-50% off. :-). Saya pun beli tablet susu kambing. Al-maklumlah tak minum susu. Tablet ni ada rasa blueberry, jadi bolehlah makan. Macam gula-gula susu jek rasa dia.
5. Baju. Ok, ni agak kena control sikit sebab semuanya comel2 belaka dan semuanya harga agak berpatutan. En. suami pulak yang asyik nak membeli kan. Tapi saya suruh dia beli saiz 3-6 months sebab baju new born ni kakak nak bagi. Sebab Sarah baju new born byk yg kaler natural. Lagipun dia pakai kejap then dah besar. Jadi kami byk membeli saiz yg besar2 sikit. Ada la beli dalam 7-8 pasang kot semalam. Rompers, tshirts. Pants jek mcm susah nak pilih. Baju comel2 byk la.
6. Lain-lain yang boleh tick dari list: Baby powder puff (bulu arnab! sangat soft! ada 20% off). Nail clipper yg comel (20% off). Minyak telon, 2 botol besar for RM15. Siap ada sesi gambar free, free talk on how to massage the baby, lucky draw. Saya rasa ilmu yang sangat berguna dari expo adalah cara-cara massage baby. Dia tunjuk one to one. Dan tunjuk cara yang betul, kelebihannya. Bagus la. Tak sabar nak massage baby. Bagus tau untuk kurangkan stress dan bagi baby relax dan tidur lebih lama. Juga boleh membantu coordination dia nnt. Organic cotton blanket and hat (15% off). Mahal jugak, tapi sebab lembut sangat and dia organic cotton, bagus utk baby. Takde chemical. Walaupun dua barang tu jek hampir RM100. Yang ni daddy dia yang beria suka ok. Layankan jek la. haha. Beli jugak la baby wipes. Murah jek, 6 packets for RM10. Ni offer giler. Brand baru. Sebab tu dia offer. Beli jugak vicks for baby dan ubat nyamuk jenis vaporizer yg dari serai wangi tu. hehe. Ntah apa2 kan, seme org ckp bagus dan murah, seme nak beli. haha. 🙂
Dapat jugak la free gift mcm pampers. Nak beli pampers masih dok survey brand apa bagus kan. Ada banyak lagi nak beli ni tapi sebab kesuntukan masa dan wang (muahaha!) jadinya tunggu la megasale bulan 6 nanti. Ada yang tak payah beli boleh jimat la sbb org nak bagi kan. Macam baby cot, new born carrier, bath tub, baju2 new born. Bestnya shopping! Tak sabar nak pegi lagi! 🙂

Cerita rojak

Banyak sangat cerita yang nak ditulis tapi selalu takde masa. Bila dah peram jadilah lupa. Baru-baru ni pergi Kedah 3 hari 2malam sebab suami ada reunion sekolah JENAN (SMSAH) kat Jitra nun. Jauh perjalanan dan perjalanan balik memakan masa 11 jam dek kerana banyak kereta dan jam waktu public holiday ni. Sakit pinggang dan badan toksah la cakap. Kedah panas terik dan hujan waktu malam jek. Tapi petang sabtu tu hujan jugak masa depa nak main bola. Sudahnya, bapak-bapak orang tu semua main bola dalam ujan. Macam dah bajak sawah dah. haha. Lepas gian nak main bola dalam hujan macam waktu sekolah dulu. Yang datang tak la ramai. Ada la dalam 30 orang lebih je termasuk family. Tapi ramai datang tak bawak anak isteri. Semua ‘single’. I ni isteri mithali maka ikutkan je la aktiviti suami saya. :-).
Antara acaranya melawat cikgu-cikgu yang sakit. Ada yang kena kanser, kaki kena potong sebab diabetes, strok dan ada jugak yang sihat lagi. Bagus jugak la diorang ni dok lawat cikgu-cikgu depa. Selain tu banyak acara makan2 je. Ada la jumpa student bagi ceramah kerjaya. Gotong royong.
Kesempatan ni jugak diambil untuk jenguk Tok dan Wan suami kat Yan nun. Sebab raya confirm tak balik kalau bersalin di bulan puasa. Pastu lawat Pak Su di Changlun. Letih sangat. Tapi puas jugak la berjalan.
Seminggu sebelum tu balik Singapore dengan JB lawat Nyai, Yai, mama, ayah. Sebenarnya tujuan nak makan masakan Nyai dgn ayah. hehe. Tetiba nak makan serunding Nyai. Balik naik flight je sorang2 walaupun mula2 ramai dok risau. Tapi alhamdulillah selamat pergi dan pulang. Badan pun tak penat. Nyai masak macam2 ala2 nak raya gitu. Siap dengan lontong, lodeh, sambal goreng, paru semur, serunding. Lengkap la. Pastu ayah pulak masak sedap2. Ada asma rojak, asam pedas la, ayam masak merah. Kalau pregnant duduk dengan depa mau kembang setaman. Hari2 menu sedap2 belaka. hahaha. Balik tu jugak sebab nak celebrate besday ayah yang ke 62. Dah lama tak celebrate birthday ayah sebab dok aussie. Sebab semua org sibuk, aku jek la wakilkan anak-anak dan menantu yang lain. Tujuannya tak nak ayah rasa kecik hati sebab besday mama mmg time krismas, seme mmg cuti dan bole celebrate. Walaupun ayah mcm tak kisah, tapi sebagai anak aku rasa perlu berlaku adil. I just want to make him happy and rasa dihargai jugak. Walaupun anak2 lain tak pernah lupa nak wish kan. Sebab hanya aku je yg ada, maka acara biasanya makan2 jek la. Next time bole la bawak ayah makan2 atas cruise kat putrajaya nun. Dari ari tu dok kata nak naik cruise. Aku memang anak manja ayah, sangat sayangkan ayah dan sangat dimanjakan ayah. Mana mungkin aku sampai hati nak biarkan ayah sorang2 di waktu hari jadi dia. Biar aku amik cuti lama pun takpe la janji ayah happy. Kebetulan mama terpaksa bekerja. Jadinya aku yang temankan ayah dan kami dapat jugak lunch bertiga dengan mama sebelum aku fly balik KL. Sebelum tuh pun dapat dinner best dah. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah berkati usianya, di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga ayah sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya supaya aku dapat berbakti dengan ayah sepuasnya sebelum Allah mengambil semula hakNya dari aku. Aku sedar semua hanya pinjaman namun sebagai manusia kita tak mampu mengikis rasa ingin memiliki selama-lamanya benda yang kita sayang.
Cerita lain, aku dah habis marking exam student-student aku. Memang sangat mengecewakan. Padahal aku rasa dah bagi semua dalam kelas. Yang boleh jawap hanya 2 orang je. Yang lain ada markah atas pagar, yang gagal pun ada. Walaupun student master tu hanya 12 org, tapi itu buat aku lg sedih sbb aku menumpukan pada mereka sahaja dan banyak nota dah diberi. Tinggal nak study pun malas. Ada tu tanya lain jawap lain tuh lagi aku pelik. Takkan tak faham langsung soalan. Memang la exam dan kelas in english tapi itu mmg requirement nak buat master ni kan. Takkan diorang sampai tahap tak faham bahasa inggeris kot. Cemana apply amik master ni? Yang jawap merapu pun ada. Yang mcm copy nota power point aku pun ada. Hafal sungguh ni. Faham ke tidak ntah. Kesimpulannya aku tak boleh nak salahkan diorang 100%. Mungkin ada kelemahan aku sebagai pengajar. Walaupun aku rasa dah beri yang termampu. Mungkin pendekatan perlu diubah. Yela, aku pun baru jek mengajar.
Lain-lain, baby dah makin kuat menendang. Sekarang sakit pinggang pun kerap. Tak boleh nak duduk lama2. Aku blom beli brg2 baby lagi. Masih belum ada mood. Ni dah masuk 23 minggu. Ada lagi 17-19 minggu sebelum bersalin. Aih, makin besar perut mesti lagi sakit pinggang kan. Sabarkan jek la. Pengalaman nak jadi ibu bukan senang kan. Demi anak, sanggup je seme benda. Tak bayangkan mama yang pregnant teruk sampai 9 bulan pun muntah2 dah loya. Aku ni alhamdulillah masuk 4 bulan dah sihat tak loya2. Pengorbanan ibu memang la tak ternilai harganya. Sebab tu syurga bawah telapak kaki dia. Blom kira bab sakit bersalin. Ish, seram bila fikir2. Aku ada beli mag pasal pregnancy and new parents, bila baca bab bersalin, memang ngilu. Mampu ke aku hadapinya? Macam sakit sgt je…isk. Takut!