Archive | June 2011

This is a serious post

Hari ni aku bekerja ‘dekat’ dengan suami. Dekat dengan erti kata jarak tidak seberapa ini. Aku duduk di starbucks yang sekangkang kera je dari hospital kajang. Hari ni entah kenapa aku rasa rimas untuk duduk kat ofis. Alhamdulillah kerja aku ni takde strict working hours dan tak perlu berada di pejabat setiap masa. Asalkan kerja berjalan. Lagi-lagi student tengah bercuti, takde kelas, lab etc. Lagi-lagi aku pensyarah junior, takde yang mencari. Tujuan utama nak edit draft thesis. Tapi seriously takde mood dan semangat. Kenapa ntah? Bangun pagi tadi sakit leher. Memang dah ganggu mood hari ni sebab bila drive sakit kepala nak toleh kanan, terpaksa pusing badan jugak kalau nak tengok kereta dari sebelah kanan.
2-3 hari ni aku emo sangat pasal status kat FB. Kenapalah wahai manusia kamu mempermainkan keamanan dan keharmonian Malaysia ni? Buat status konon lawak tak kena tempat. Besok kalau dah Malaysia ni huru hara, kuasa asing masuk campur, kita tak aman dan bebas macam dulu, janganlah nak menyesal. Pihak berkuasa perlu untuk menjaga keamanan. Tapi aku tau, untuk mereka, apa-apa yang terjadi besok, walaupun mereka yang membuka ruang dan peluang untuk orang ‘pijak’ kepala depa, semuanya akan dituding jari pada pihak berkuasa. Tak telus la. Konspirasi la. Rasuah la. Macam2. Semuanya salah la. Perhimpunan aman yang mereka agung-agungkan untuk serah memorandum. Perlukah? Amankah kalau ada pihak yang menentang sama join sekali perhimpunan tu? Amankah kalau ada pihak yang tak setuju dan mahu membantah? Jangan besok berlaku pergaduhan dan rusuhan yang tidak diingini. Seriously, anything can happen. Walaupun perhimpunan tu katalah berakhir dengan aman, tapi aku rasa ia akan tetap akan memberi kesan kepada ekonomi negara. Pelabur asing akan lihat Malaysia ni negara yang sudah tidak aman lagi. Mungkin berlaku pergolakan. Belum lagi mendengar keluhan peniaga-peniaga melayu di situ, pekerja-pekerja, pemandu etc. Kenapa tak buat kat kawasan cina? Petaling street ker, atau kawasan india di brickfields ker? Boleh tak fikir? Nak samakan malaysia dengan negara maju lain kononnya. Negara maju buat perhimpunan, depa dah maju. Kita ni dah ke? Rakyat masih mengeluh bab subsidi tak cukup la, gaji tak setimpal la, apa la. Dah tu buat benda-benda yang boleh menjatuhkan ekonomi negara, tak ke kerja sia-sia tu? Sebenarnya letih dengan Melayu yang tak bersatu, pihak lain yang cuba mengganggu gugat keamanan dan kontrak sosial yang ada. Apa nak jadi dengan Malaysia ni. Yang aku tau rakyat sekarang ni kebanyakannya emosi dan taksub dengan pemimpin. Kalau salah pun, dikata betul. Tuding sana, tuding sini. Semua yang elok dia jek lah. Dah tak mau dengar kalaupun ada bukti dan sumber dari lain.
Akhir ni terlalu banyak perkara yang buat aku berfikir. Lagi-lagi pasal persediaan bersalin. Mungkinkah umurku panjang? Otak ni tak boleh nak kontrol dari fikir jauh. Persediaan untuk mengadapNya cukupkah andai aku syahid sewaktu melahirkan? Apa akan jadi nanti? Bersediakah aku untuk menghadapi segala kemungkinan? bila fikir pasal tu, rasa macam waktu dengan keluarga dan suami semakin singkat. Aku seharusnya menghargai saat-saat yang tinggal ini. Wasiat sudah ku tulis dan kuserahkan. Aku harap dia mengerti perasaan ini di kala ini.
Dalam masa yang sama aku tak sabar menanti kelahiran anakku ini. Tak sabar mahu mencium, membelai dan mencurahkan kasih padanya. Mampukah aku menjadi ibu yang baik dan sempurna? Bolehkah aku memikul amanah dan tanggungjawap ini? Betulkah segala tindakan aku nanti? Seribu satu perasaan yang aku sendiri tak mampu nak ungkapkan. Setiap hari sewaktu ‘berbual’ dengannya, sering aku ingatkan dia yang aku amat sayangkannya. Memberi nasihat agar dia menjadi anak yang baik dan berguna. Anak yang mendengar kata dan membahagiakan hati orang tua. Anak yang soleh dan yang menjaga agamanya. Setiap kali saat aku alunkan ayat suci al-quran, aku mahu dia mendengar setiap bait dan menghayatinya, supaya nanti dia sudah terbiasa dan juga mengamalkannya. Mampu mengalunkannya dengan fasih umpama seorang tahfiz kelak. Tahu asal usul dan agamanya. Aku mahu dia jadi insan yang berguna. Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka bukan? Ini rezeki dan amanah Allah dan aku seharusnya menjaganya dengan baik. Anak bukan sekadar pelengkap dan penyeri rumahtangga. Anak itu juga adalah ‘ujian’ Allah kepada kita sebagai pemimpin dan penjaga amanahNya. Ia tidak harus disia-siakan dan dipandang mudah. Biarlah anak seorang atau sedikit tetapi pabila besar menjadi orang yang berguna dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Dengan keadaan dunia yang penuh kepincangan dan pancaroba ni, dugaan membesarkan anak agar jadi insan yang berguna, berakhlak mulia dan beriman itu amat besar. Di waktu akhir zaman ini, terlalu banyak ujian. Semoga Allah permudahkan segalanya. Semoga dilindungi kami sekeluarga dari segala kejahatan dan kelalaian. Semoga kami ditempatkan di dalam golongan yang soleh dan solehah serta diberi hidayahNya. Amin.

Advertisements

Syukur

Alhamdulillah, selamat sudah majlis pernikahan dan perkahwinan kawan baik aku, Ame. Lama sungguh kami bersahabat, sejak dari zaman sekolah menengah. Lepas tu masuk matrikulasi sama, Uni sama, now tempat kerja pun sama. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana akhirnya dia menemui teman hidupnya. Di usia menjelang angka 3 di depan ni, ramai juga rakan seangkatan yang masih belum berkahwin lagi-lagi yang perempuan. Semoga mereka juga bertemu jodoh dengan insan yang sesuai dalam masa terdekat. Jodoh, ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Kita memang hanya mampu merancang dan berusaha. Ini buatkan aku kena bersyukur sangat-sangat sebab sampai jodoh awal dan punya pasangan hidup.
Penatnya la weekend lepas ni. Awal-awal pagi aku dah keluar rumah sebab nak ke rumah Ame di Sungai Buloh sebab majlis nikah pagi pukul 9. Alhamdulillah la tak sesat. Memang tak familiar langsung area sana tu. Last datang rumah dia time mak pak dia nak pi haji kot. Dah lama sangat2. Suamiku on call jadinya perjalanan secara solo je la. Ramai yang tanya, suami mana? Den senyum jek la cakap suami keje. Kagum dengan aku drive sensorang dengan keadaan begitu. Alah, biasa la tu. Selagi boleh drive, sampai perut cecah stereng pun, aku bawak. Bukannya ada driver kan. Tapi risau jgk yer kot tgh drive tetiba sakit nak bersalin ke kan. Memang drive terus pi spital la jawapnya. Aku patutnya dah sediakan beg nak ke hospital dan letak siap2 dalam kereta tapi tak kemas-kemas lagi. Sebabnya masih ada yang belum lengkap jadi malas nak mengemas. Melalut dah, ok sambung citer kawin.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz je Ame jadi isteri Radzi. Berseri-seri aku tengok wajah Ame. Kena plak make-up yang nampak natural, nampak terserlah kepengantinannya. hahaha, boleh gitu? Aku ni jadik photographer tak rasmi la sempena majlis kawin kawan baik aku. Tekan ajelah mana yang patut. Takdenya aku beria setting sebab tak reti. haha. Tgk gambar agak-agak cantik je, boleh je lah. Satu jek lah yang aku rasa macam kelakar sebab dari dulu dok usik dia nak makan nasik minyak, sudahnya aku sendiri tak merasa nasik minyak kawan baik sendiri! Sebabnya, aku dah kekenyangan makan time pagi tu. Breakfast makan mihun dgn kuih-muih. Pastu lepas nikah, aku makan lagi nasi lemak. Bila pi dewan, tengok nasi minyak aku tak lalu sebab kekenyangan lagi. Lagipun sebelum tuh singgah kedai beli aiskrim sebab kehausan dan kepanasan. Bila kat dewan, aku makan cendol jek la. Sibuk dok borak dengan kengkawan dan menahan kepanasan, sampai balik aku tak jamah nasi minyak. Sudahnya, balik dari kenduri aku makan McDonalds sebab baby dah tendang-tendang dalam perut mintak makan! haha. Kalau dewan tu tak panas sangat, maybe aku tunggu lama sikit sebelum balik. tapi sebab pengudaraan kurang baik, aku dah peluh-peluh, bahang semacam, aku balik sejurus lepas pengantin turun dari pelamin nak makan beradab. Balik rumah mmg sangat penat sebab cuaca pulak sangat panas hari tu.
Besoknya aku dating dengan en.suami. Beli barang baby sikit. Menghabiskan coupon discount Mom’s care. Banyak jugak la jimatnya. Makan-makan di Bubba’s Gump Shrimp and co. Tersinggah plak kedai cermin mata. Dapatlah i hadiah besday yang belated. Syukur alhamdulillah. Walaupun lambat, ada la jugak yer. hehe. Hubby belikan I cermin mata baru. Yang lama ni dekat 2 tahun dah. Memang wajib tukar. hehe. Terima kasih abang! 🙂 Lepas tu dia pi urut kaki plak. Aku lepak starbucks je. Katanya orang mengandung tak elok urut kaki yer. Walaupun kaki ni sangat lenguh ya amat.
Lagi satu bila sentuh bab syukur ni, aku memang bersyukur lahir kat Malaysia yang aman damai dan berbilang bangsa, agama dan budaya. Malas cakap pasal politik sebenarnya sebab aku bukan amik pot sangat dan malas baca berita pasal politik. Amik la tahu jugak. Cumanya akhir-akhir ni bila baca berita pasal BERSIH, sedih la sikit bila ada yang sangat menyokong perhimpunan aman tu. Konon la aman. Suruh buat kat stadium tak nak. Aku sangat tak setuju dengan cara mereka walaupun usul mereka tu aku sokong. Bagus. Cuma matlamat tuh tak menghalalkan cara. Bila org buat status-status kat FB pasal Bersih ni, nak jek aku menjawap. Tapi malas aa, sebab aku nak berhujah pun, dengan orang-orang fanatik ni, payah. Aku pun cetek ilmu politik. Cuma aku harap generasi baru ni jangan mudah terpedaya dan buat benda-benda yang sia-sia. Jangan bagi orang ambik kesempatan atas kealpaan dan kenaifan kita. Memang politik tuh kotor, mana-mana pun la. Tapi kita kena sedar, keamanan dan pembangunan yang kita dapat ni sekarang ni, janganlah dicemari, kena bersyukur. Jangan lupa jasa orang dan pemimpin terdahulu. Tok moyang yang susah payah bermandi darah untuk memerdekakan kita. Banyak lagi cara yang ‘beradab’ dan bertamadun kalau nak menyuarakan hasrat dan pendapat. Jangan samakan negara kita dengan yang lain. Malaysia memang takkan sama dengan mana-mana negara. Kita ni memang sangat unik. Sebab tu untuk semua benda kita kena bertindak dengan ‘bijak’ agar tak tercemar dengan sentimen sensitif. Jangan biar orang ambil kesempatan dan bertepuk tangan je tengok kebodohan kita. Jangan biarkan emosi mengatasi akal yang rasional. Jangan idealis sangat. Kadang-kadang apa yang kita fikir elok, tak semestinya boleh dilaksanakan dengan elok. Perancangan memang perlu dan penting tapi perlaksanaan tu. Memang payah dan memang perlu dilakukan dengan telus dan teliti. Kalau dah dok berhimpun kat jalanraya, janganlah kata yang susah pemandu teksi je. Ramai lagi orang terkesan. Cuba fikir apa dunia luar kata dan tengok, cuba fikir pasal pelancong yang datang, fikir pasal ekonomi, fikir pasal orang awam lain yang kerja disekitar, dan banyak lagi la faktor lain. Jalan raya untuk kereta, bukan untuk manusia berhimpun. Yang sibuk pasal ni kononnya mewakili bangsa Malaysia, merangkumi semua bangsa, tapi tengok jek lah besok yang ramai dan memenuhkan jalan dengan benda yang tak berfaedah ni orang Melayu. Bangsa Cina India boleh kira dengan jari je la. Kita ni sampai bila nak bertelagah. Memang betul cakap pepatah, gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

p/s: berusaha jadi pelanduk yang cerdik mata dan akal.

Wasiat

Mm, 2-3 hari ni dok mengarang wasiat untuk suami tercinta. Entah, minggu ni agak ‘mendung’ sedikit. Hati sangat sensitif. Tak tau hormon apa terlebih dalam badan ni. 😛
Aku karang wasiat sebabnya entahlah. Banyak benda nak cakap tapi tak tercakap. Pastu bila semakin hampir waktu nak bersalin ni, rasa macam waktu pun makin dekat. Sebenarnya takut nak melahirkan bila takde pengalaman ni. Dah tu, macam-macam boleh jadi. Mati sewaktu melahirkan dikira syahid tu. Bukan nak bersikap pesimis, fikir negatif2, tapi hanya sekadar beringat. Kematian itu kan pasti. Wajib mengingati mati kan. Tapi aku juga berdoa semoga Allah permudahkan segalanya. Semoga Allah beri peluang untuk aku hidup dan membesarkan amanah yang diberi. Tapi kalau dah ketentuan Dia takat tu je, kita tak boleh nak ubah. Harus minta maaf juga dengan semua orang sebelum terlambatkan. Ini harus dilakukan jugak dalam masa terdekat ni.
Semalam pi check-up dengan Sha. Suamiku harus berkhidmat untuk negara. Alhamdulillah semua ok. Baby pun ok. Mommy pun ok. Naik 1.8kg je. hehe. Doktor cakap baby lahir besok mungkin dalam 3.4kg. Mm, agak besar jgk tu yer. Harapnya bolehlah bersalin normal. Semoga Allah permudahkan. Kena banyak ketuk ketampi ni. Excercise kuatkan otot. hehe.
Stress jugak la minggu ni bila dapat tahu extension tak diluluskan. Tapi dia tukar ke part time studies plak. Cemana tu? Kena tunggu surat aaa jawapnya.
Besok kenduri kawin kawan baik aku. Akhirnya sampai jugak jodoh dia. Semoga berkekalan la hendaknya. Aku juga doakan geng-geng lain satu batch juga dicepatkan jodoh mereka dan rezeki yang lainnya. Amin!
Hari ni masuk-masuk ofis jek pening. Apakah tandanya itu? Memang tak bagi buat keje ke apa tu?

Blur

Satu hapah pun tak berjalan ari ni. Blur tahap gaban! Ini gara-gara ketensionan tahap tertinggi. Harus nyorok bawah meja ke? atau lari masuk hutan bangi kat belakang tu?

A-we!

Weekend lepas aku tido rumah kakak kat Kelang sebab Diyat on call. Mommy dgn daddy balik Kedah. Memang takde sapa selain Kakngah satu family. Lagipun lama tak main dengan Sarah. Aih si kenit itu, banyak cakap dah sekarang. Banyak perkataan dah boleh cakap. Berjalan apatah lagi, semakin ligat tak reti diam. Tapi satu perkataan yang keluar dari mulut dia buat aku happy sangat. Dia panggil aku ‘A-we!’ hehe. Pandai dah panggil Acu Wawe dia ni. Terkejut pun ada sebab time tu dia dok lali nak tido sambil hisap puting, tetiba dia cabut puting dari mulut dia, tengok aku dan terus sebut ‘A-we!’. hehe. Dah kenal orang. Dah pandai panggil tok, wan, babah, miii (ummi), usu (pok su), pak (pak lang), kakak, abang, mama (sebab ikut2 org panggil mama), yang (tiru ummi dia panggil babah. :-)). Perkataan lain dia banyak sebut hujung2 je. Tapi cepat cakapnya. Budak perempuan kot eh. Baru setahun 2 bulan. Banyak dah cakapnya. Kdg2 membebel bahasa dia sendiri. hehe. Kalau makan, tak menolaknya. Semua dia kata ‘Dapp!’ (sedap). Dan pantang tgk makanan atau org makan, semua dia kata ‘Nakk!’. hehe. Tapi sarah suka makan buah. Buah pun pandai sebut. ‘Bu-ah’. ‘Na-na’ (Banana). ‘Mau’ (limau). Kalau kita marah dia, angkat jari telunjuk and say ‘No’, nanti dia pun buat balik kat kita benda sama kalau dia nampak kita nak bersuara untuk kali ke-2! hahaha. tau dia org marah. Dia ni akal banyak, tak nak orang marah banyak2, ada jek dia cari jalan. Ada sekali aku marah dia nak panjat tangga, tengok2 dia dah memanjat nak sampai anak tangga ke-3, bukan main pegang tepi tangga dengan confident, bila aku jerit ‘ Sarah, No!’ then aku terus pegang tangan dia nak ajak turun, dia sengih2 jek pastu cakap ‘dodok!’ (duduk) dan dengan selamba terus duduk kat anak tangga tu. Kengkonon bukan nak naik la, saja nak duduk kat tangga. hahaha. Terus tak jadi marah.
Seronok eh bila tgk progress budak-budak ni. Macam Sorfina dan Sahira pun cepat cakap. Setahun lebih dah cakap macam2. Masuk 2 tahun cakap clear, tak pelat, macam org tua bercakap. Mungkin sebab rajin dilayan. Dah tu ramai pulak orang nak melayan dia bercakap. Besok anak aku cemana ntah. Orang cakap budak lelaki lambat sikit cakapnya. Tak sabar nak tunggu baby keluar. Siap mimpi2 malam tadi. hehe. Tapi dalam mimpi baby besar! haha. Siap dengan rasa kekoknya lagi nak menyusukan anak sendiri. Agaknya tak biasa kot eh. Baby dalam perut makin aktif. Kadang naik mual juga sebab dia banyak sangat geraknya. Kadang sakit jugak bila dia buat aksi-aksi sommersault dalam perut. hehe. Takpela, tunggu baby besar sikit kurang la geraknya tu. Tak sabar nak tunggu khamis, ada appointment dgn gynae. Boleh tengok baby! 🙂
Last week berconference sakan di KLCC. Hari-hari makan jek. Not bad la makanan dia. Aku rasa melantak jek. Asyik lapar. haha. Padahal kalau hari biasa takde la nak tea-time ke apa ke. Entah berapa la berat aku naik bulan ni. haha.

We cannot wait to see you dear! :-)

Almost 80% preparations for the baby already settled. Just few things to buy and I will wait for next month salary because this month nearly broke already. haha.
Yesterday, hubby and I went to IKEA to buy drawer for our lil’ ones because I dah pening tengok barang/baju baby berlonggok dalam plastik beg sana sini. I think my hubby is over excited because he is so rajin yesterday helping me tidy up the room for the baby. Balik from IKEA, bersungguh memasang drawer. I pun beria la sapu (lama tak menyapu oi!haha), sort all the clothes in our cupboard because we need space for baby’s stuffs. Nanti nak masuk crib lagi kan. 3 beg plastik hitam baju tak pakai untuk diberi pada charity/recycle. Haa, amik! Lama sangat tak mengemas. Memang sayang tapi dari terperuk dalam almari, bukan pakai. Plus, it will give us excuses to buy new clothes kan? :p. So the result from yesterday’s chores adalah kesakitan kaki kanan yang melampau! nak bengkok pun payah. Actually dah sakit lama since batuk2 hari tu. Maybe sebab tahan perut dgn kaki bila batuk kuat2, macam ada urat yang tak betul. So semalam bukan main berjalan (went to IKEA and Sunway Pyramid), balik tu mengemas sampai ke maghrib, mmg la carik nahas. Malam ni dah bagitau mommy suruh panggil tukang urut. Ada yang jalan senget jek kang nanti. hahaha.
23 hb Jun ada check-up lagi. 3rd July already booked for antenatal class. Hopefully hubby dapat cuti on both dates.

As a reminder, barang yang perlu disiapkan adalah:
1. Baby’s crib (ambik from Klang)
2. Bedsheet and bantal peluk kecil (sebab dah salah beli sarung bantal hari tu. :p)
3. Mummy’s essentials: sanitary pad, nursing clothes, set bersalin (perlu ke?)
4. Diapers. Mm, I really want to support the environment but I don’t think I will use the clothes diaper sekarang. Tak cukup kudrat nak membasuh. If I am not working, mmg confirm pakai. Maybe nanti baby dah besar sikit. Dah boleh adapt with new life. For now, buy disposable diapers jek la.
5. Electric thermos.
6. Feeding bottle set.
7. Baby’s bag pack for jalan-jalan and baby sitter.
8. Beg untuk pergi hospital for mummy and baby.

Itu jek lah kot yang teringat skrg. Yang lain-lain semua macam dah ada. Bila dah kemas barang-barang baby, tak sabar rasanya tunggu dia keluar. :-). I’m 29 weeks now. Plus minus 10 weeks hopefully dia keluar la. We cannot wait to see you dear! 🙂

30

Last week was my 30th birthday. Yes, 30. I am 30 and proud of it! Welcome to 3 series. 🙂 I am blessed, grateful and thankful to Allah for giving me the chance to still breathe in this world. I know there are still lots to be done for me to be a better servant to HIM. All I want is a healthy and happy life, to be with my loved ones, being surrounded by my beloved family and friends and to be successful in my career. That’s good enough for me if I can have those things. This year has been a great year because I am going to be a mom soon! I can’t wait to see my lil’ ones. This is the greatest gift of all. 🙂
My husband took a leave for my birthday. He spent his day with me, brought me for lunch, watching movie, window shopping. Dating-dating macam zaman berchenta! :p. I had a great time. Thank you abang! We watched fast and furious 5 but I think the sound system is too loud that it makes my baby uncomfortable. He is so active in my womb from the start until the end of the movie! We were so lucky that day (maybe because of my birthday! :p) that we did not have to queue long for the movie tickets. Ceritanya, the queue is so long (cuti sekolah, wednesday pulak tu) sampai berpusing2 ke hujung donia. Biasalah, my husband lemah sket nak beratur-beratur ni so we decided to go for Gold class-Golden Screen Cinema because the line for that booth is empty. Bayar mahal sikit takpela janji tak payah susahkan diri beratur because we are so hungry at that time that we want to go for lunch quickly. Sampai kaunter, the movie I wanted to watch tak tayang pulak kat gold class, so I dengan merengek cakap dengan hubby ‘ala, nak tgk fast and furious jugak!’. The girl at the kaunter cakap ada fast and furious tapi bukan gold class la. Then I said takpe and she dengan baik hati printkan jugak tiket biasa kat kaunter tu. So, kami memang macam VIP sebab sampai2 terus grab ticket kat kaunter dan boleh pergi lunch! Selamatlah tak payah beratur, kalau tak mau sejam jugak la nak dapat tiket. hehe. Rezeki! 🙂
My parents gave me a water heater for a present! hahahaha. because the one at my house broke already (very long time ago) and they said I’m gonna need one soon because my baby needs a warm bath. All this while I mandi air sejuk je, dah terbiasa. Cuma when going back to my parents house mengada mandi air panas. 🙂
Got many wishes also via Facebook and sms. Thanks peeps! You guys made my day. I’m so touched with all the wishes and prayers. Rasa disayangi dan diingati. 🙂 This year tak potong kek, tak beli kek because nobody at home. Ada kakngah 1 family je. Beli kek besar2 nanti tak makan. So we end up bought strawberry choc pavlova yang comel at Delicious. Itu sudah mencukupi dan sedap!
Study related thingy: still in depressed mode because I still need to submit my chapters soon. Good news: 5 out of 7 chapters almost completed and edited. There are still 2 chapters to go. I already asked for 3 months extension from ANU. I really need to get it done! So, the end date now is in September but need to finish everything by mid July before giving birth.
Work related news: At last, one of my student came to see me regarding his project (thesis) next semester. The other two still in quiet mode. They don’t even bother to contact me although I gave them my email and hp number. Lantak. Besok dah kelam kabut baru nak cari. I will be on maternity leave for 3 months. They should know that. Already informed them. This is why I get so annoyed when in the end, they want me to help them with their grades but they do not show a good quality/attitude to me. Don’t mess up with your supervisor la weh! They are the one who are going to fail or pass you. But I know being me (miss supernice and sangat-lembut-hati-punya-orang), in the end I will kesian them and tolong jugak.
Tomorrow will be going for a conference at KLCC till friday. mm, bestnya tak masuk office tapi kerja pun tak jalan. haih! 😦