Archive | July 2011

Pre puasa dan kuih Raya oh! :p

Puasa pun belum dah sibuk makan kuih raya. hehe. Saya kena la makan dari sekarang ye dak. Besok confirm raya tengah pantang. Terliur je la tengok nanti.
Alhamdulillah dapat makan kuih yang diidamkan. Salah satunya kuih frozen kenari. Di bawa dari jauh dari JB oleh cik Nurul. Sempat ayah kirimkan. Rezeki saya. :-). Kelmarin makan kuih apa ntah beli kat Alamanda. Tengok sedap je. Rasa pun sedap. Ada salut coklat+nestum. Biskut dia lemak ada rasa macam ada badam. Minggu lepas dah makan tart nenas sedap jugak kat rumah kakak. Walaupun bukan tart bunga yang aku suka tu, tapi sedap je kuih tart tu. Tinggal nak telan kuih sarang semut jek ni. Tunggu kawan baik buatkan. Dari dulu memang suka kuih sarang semut dia ni. Sodap! 🙂
13hb ni ada majlis berbuka puasa rakan-rakan suami yang belajar di Makassar dulu. Venue di rumah kami. Pot luck. Saya sebagai tuan rumah amat berbesar hati cuma dengan keadaan badan macam ni, tak banyak yang boleh disumbangkan. Mereka memerlukan venue besar dan selesa. Lagi-lagi ramai ada anak kecil. Harapnya belum bersalin lagi la time tu. Kelmarin masa check-up doktor cakap kemungkinan nak bersalin sebeleum 21hb tu tinggi. Mm, harapnya 2nd week puasa dah bersalin la kot. Tak yah la nak tunggu sampai 40 weeks, 27hb tu. Nak dekat raya sangat. Ni pun dah tak larat bawak perut. huhuhu! :p. Tapi dengan tak larat ni jugak berangan nak pegi parenthood expo kat midvalley. Nak meredah orang ramai tu. hehe. Ala, kena la banyak jalan. Lagi la baby cepat dan senang keluar ye dak? :p
Lusa dah puasa. Boleh ke ni? Larat ke? InsyaAllah la. Cuba jek la. Kalau tak larat, bukak la puasa. Sekarang dengan kondisi yang cepat penat, dengan tak tahan lapar dan acid reflux, potensi nak bertahan tu agak tipis. Tapi mana la tahu, Allah bagi kudrat. Kena la usaha sikit ye dak. Selamat berpuasa pada semua! Maafkan salah silap saya. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya yer! 🙂

Sarat dan padat

Usia kandungan dah masuk 35 weeks. Weekend ni masuk 36 weeks. Sudah tak sabar mahu berjumpa si comel di alam nyata. Bermain dan menyentuh fizikalnya. Lagi-lagi bila semakin tak larat membawa perut yang makin memboyot. Duduk juga serba tak kena. Baring pun serba tak selesa. Ini kemanisan dan dugaan untuk menjadi ibu. Segalanya ditempuhi demi anak. Selalu pesan pada si kecil agar menjadi anak yang baik. Dan juga pesan agar keluar cepat sikit sebab mommy tak nak tunggu sampai nak raya baru nak bersalin! hehe.:-). 38 weeks keluar la yer baby? Boleh? 🙂
Ahad lepas merantau jauh ke Melaka (jauh ke? bila dah tak larat mcm ni semua rasa penat. hehe). Discharge pun banyak sepjg di Melaka mungkin sebab penat dan banyak jalan kot. Tapi confirm bukan infection la sbb tak sakit pun. Semalam balik dari Melaka memang flat abis. Macam bateri kong. haha. Ada bengkel penulisan manuskrip. Bagus bengkel ni. Banyak input dan output. Otak pun tepu la kata orang. Fasilitator semua berpangkat Professor. Banyak pengalaman dan ilmu yang nak dikongsi dan dicurahkan. Memetik kata-kata Prof. Bohari, to be a good researcher and to publish a good paper, you must have 3 G: Gila kerja, Gila menulis dan Gila membaca. Something like that. Memang la boleh jadi gila. Haha. Sekarang ni competition sangatlah tinggi dan pressure sangatlah banyak. Semua nak suruh publish dan publish. Setahun at least publish 2 paper for KPI tak termasuk mengajar dan hal lain. Kalau nak naik Prof. Madya, at least kena publish 15 paper, blom kira indeks lagi pemenda seme ntah yang memeningkan kepala aku ni. Kalau ada 5 paper dah boleh naik pensyarah kanan. Gaji Professor pun starting RM16K++ je which is kecik jugak la sebenarnya compared to other professional job. Gaji lecturer kat overseas toksah compare la. Nak sama mcm gaji professor kat sini kot. Prof. Sahriah kata, by 8-10 years, dah boleh jadi Professor dah kalau you publish at least 10 paper setahun, dengan syarat you ada research group (sorang publish 3 paper setahun dah cukup, kalau ada 3-4 org satu group?). Dia nak 20 papers jek pun utk jadi professor but nak jadi 1st author dan paper kita kena cited dgn org lain tu yg payah. Itu yg dikiranya. No point you publish 100 papers tapi mostly local dan orang cited cuma 1-2 paper je dari 100 tu. Confirm la lambat naik jugak! The key is to choose the best journal to publish your paper and also pergi conference yang publish proceedings online. That’s a bonus. Kena pandai memilih dalam hal ini. Research pun kena la menarik so that orang akan rujuk kerja kita.

Mostly org yang dah berjaya ni, tips dia senang je. DISIPLIN! Most of them love to work early in the morning. Menulis paper setiap hari. At least 500 words a day pun dah cukup puas ati bila spend 2-3 jam setiap hari. Janji menulis. Nak juggle dengan teaching and research, plus admin work lagi, blom nak supervise student, menjadikan semakin susah nak menulis kdg2. Susah nak allocate masa. Plus untuk wanita, balik rumah dengan family lagi kan. Prof. Sahriah siap buat joke lagi, “Husband I tau kalau time budak-budak exam sebab kain baju selonggok tak berlipat”. haha. Yela, takde maid. Balik kerja pukul 5 memang tutup buku, tak tengok kerja dah. Fokus pd keluarga pulak. But then she managed to be a good researcher by having a discipline, follow her schedule. Siap ada satu hari khas “my Day” yang dia khaskan untuk dia menulis sahaja. Tidak mahu berjumpa student dan duduk diam2 dalam bilik. Biar orang ketuk pun, tak yah la bukak pintu bilik tu. Sebabnya, once you dah distract dengan benda lain, susah nak get the idea balik dan curahkan diatas screen/paper.

Haih, by hearing their experiences I have a mixed feelings. Semangat berkobar jugak nak menjadikan contoh tauladan. At the same time, I am a bit afraid that I could not achieve the target and expectations they have towards us, young lecturer. Pastu sistem yang ada tak support young researchers like us. Nak suruh publish, tapi facilities and funding macam hampeh. Macam mana nak buat research. Nak advanced research lagi la. Tapi itu tak boleh dijadikan alasan sebenarnya. Kena pandai cari peluang untuk jalankan jugak research tu. Salah satu caranya adalah dengan collaborate dengan researcher luar yang kaya dan punya banyak facilities. Sebab itu networking sangat la penting. Macam mana nak cari networking, kena rajin pi simposium, conference, congress etc.

Minggu lepas dikejutkan dengan kematian ibu kepada one of my best friend, Zana. Al-fatihah. Takziah utk Zana. Mengingatkan yang semua yang ada hanya pinjaman. Di langit dan di bumi semua milik Allah. Semoga aku juga akan tabah dan redha bila tiba masa Allah menguji dengan mengambil apa yang aku sayang. Bercakap pasal Tuhan, si Sorfina pernah tiba-tiba bertanya, “Mak Lang, Tuhan tu apa?” Tersentap nak menjawap. Apa jawapan yang betul yang boleh aku berikan pada si kecil ini untuk dia faham. Dengan bahasa yang mudah aku menjawap, ” Tuhan tu yang menjadikan semua yang ada. Yang kakak nampak ni semua DIA yang jadikan. DIA jadikan kita.”. Dan dia diam, pastu bertanya lagi, “DIA dekat mana?” Aku jawap,” Dia ada kat mana-mana”. Lepas tu dengan selamba dia cakap, “Tuhan tu hantu lah” dengan muka berkerut. Aku dengan pantas jawap ” Tak. Hantu tu pun Tuhan yang jadikan. Hantu pun takut dengan Tuhan. Allah tu Tuhan kita. Tangan kakak, baby dalam perut Mak Lang ni semua dia yang jadikan. DIA tuan kita. Ni, telur yang kakak makan ni pun dia yang jadikan”. Dia macam susah nak digest. Lepas tu tak nak percaya aku cakap telur yang dia tgh makan tu Tuhan jadikan. Last-last aku suruh dia tanya kat Papa dia betul tak apa aku cakap. Lepas dia tanya, Papa dia pun mengiyakan, barulah dia macam puas ati. Susah yer sebenarnya nak mengajar si kecil ni mentauhidkan Allah. Penting untuk akidah budak-budak ni nanti. Besok kalau anak sendiri, macam mana nak jawap. Sebagai ibu bapa kenalah bersedia untuk menjawap persoalan2 si kecil agar dia pun tak silap faham. Aku rasa sedikit down sbb mcm terkelu nak menjawap jawapan yang ampuh. Harapnya dia faham la. Maksudnya kita sebenarnya perlu mendalami ilmu lagi. Untuk mengajar pada yang muda.

Cerita pasal Sorfina, ada la jugak cerita pasal anak buah yang satu lagi si Qaisarah Batrisyia. Ni pun lagu Lady Goo Goo dok terngiang2 dalam kepala sbb lagu favourite dia skrg. Dulu gummy bear, upin ipin la. Macam2. Baru setahun 4 bulan bijaknya mengalahkan budak lain. Kagum jugak sebab dia sangat senang belajar dan tau banyak words sekarang. Boleh kira one to ten dan kira satu sampai sepuluh. Aku yg dengar pun kagum. Banyak benda dia boleh kenal dan sebut. Boleh baca bismillah smp habis siap dengan aksi tangan berdoa. Yang kelakar, macam orang tua mengaplikasikan ‘allahuakbar’. Dia menyebutnya sambil cuba untuk berdiri dari duduk. Sebijik macam orang tua! Menyanyi twinkle2 la, baba blacksheep la. Ada jek keletah dia. Dah la tak reti duduk diam. Perkembangan budak perempuan sangat cepat. Aku tak nak letak expectations untuk anak sendiri sebab takut kecewa nanti. Sebab orang selalu cakap, budak lelaki lambat sikit perkembangannya. Tapi aku akan make sure aku buat yang terdaya, untuk mengajar dia, cuma tak nak dia stress la. Kdg2 jadi parents yg beria sgt, sampai kesian anak kena cepat belajar lebih awal dari perkembangan dia. Biarlah masa yang menentukan. Aku perhatikan, kalau kita rajin melayan budak cakap, dia memang cepat belajar cakap. Kalau biar dia main sendiri, takde yang melayan mmg lambat la. Memang la bagus dia main sendiri, kita yang senang, tapi rugi pada perkembangan anak. Pendek kata, semua ibu bapa mahukan yang terbaik utk anak dia kan. 🙂

Pelupa

Semalam berkobar-kobar nak menulis sesuatu tapi lupa la pulak bila dah log in ni. Aih, orang mengandung ini semakin pelupa. :p.
Ni dok busy menyiapkan manuskrip untuk bengkel kat Everly Resort Melaka. Ahad sampai selasa ni. Bukan bengkel kereta yer tapi bengkel penulisan. ngee. :D. Untuk publication dalam high impact journal. Manuskrip oh manuskrip. Itulah dia kerja makan gaji. Kena la buat seperti ‘yang menurut perintah’.
Nasib baik 3 hari saja. Kalau banyak hari, tak nak jugak pergi. Dah la jauh. Kebetulan kakak pun kena pergi, boleh la tumpang. Kalau suruh aku drive sendiri memang tak pegi la jawapnya dengan sarat macam ni. Patah pinggang woo nak drive lelama. muahahaha. Tapi bagus sebenarnya bengkel ni. Boleh la i published journal dengan jayanya nanti dan cepat-cepat naik gred dan pangkat. :-). Go go chayuk!

insomnia

Akhir-akhir ni susah sangat nak tidur. Kadang-kadang tossing around dekat 2 jam baru dapat lelap. Itupun kejap-kejap jaga. Setiap kali berkalih terjaga membetulkan posisi agar selesa. Pun tak selesa jugak la. Dugaan ibu mengandung betul. Rindunya nak tido nyenyak.:-(. Semalam dekat pukul 2 pagi kot baru tertidur. Dah nak tido dah kul 11.30 tu, baby pulak gerak aktif tak berhenti. Dekat 2 jam jugak la. Every 5 mins kot pusing sana, pusing sini. Kadang tu tak sampai 5 minit pun. hehe. Anak mommy ni aktif buat apa la memalam. Jangan besok keluar tak tido malam yer nak. Dalam perut takpe. Daddy dia plak oncall semalam. Kadang-kadang kalau cakap dengan hubby baby tak nak tido, bila hubby pegang perut dan cakap suruh baby tido, tak lama tuh dia mesti senyap jek. Dengar plak cakap daddy dia. Dengan mommy dia main-main jek. Hish, budak bertuah! Dok imbas balik makan apa semalam sampai baby aktif semacam. Takde pulak makan coklat atau minum caffeinated drink. Takkan sebab makan pisang 2 biji baby dapat extra energy? mmmmm…

Are you ready?

Weekend lepas mama dgn ayah datang dapatlah makan yang sedap-sedap. Sedap je request nasi ambang/ambeng. muahaha. Lengkap dengan lauk pauk enak-enak: ayam masak kicap, pajeri terung, sambal goreng, serunding kelapa, ikan masin, mee goreng. siap ada nenas dgn timun potong. siap mama bawakkan daun pisang. haha. The best in the world la. Besoknya breakfast ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis. pergh! dengan nasi goreng mama + keropok ikan lagi. Keje aku memang makan jek la. Tgh hari makan udang masak lemak cili api letak nenas+ikan sepat masin. Aih, tak ke mmg heaven kalau dok dgn mak ayah. Ada lagi menu Ikan siakap 3 rasa. Jemput udang geragau pun sodap. Kalau dok dgn mama ayah, mmg menggebu jek la aku ni. Makan jek kejenya. Semua sedap di tekak ini. hehe. Makan jangan tak makan ye tak? Besok dah pantang tak dapat makan. hehe. :p
Kira punya kira ada la lagi sebulan nak bersalin. Persiapan semua dah ready cuma persiapan mental macam belum. Takut lah. Hari tu masa kena check masa bleeding doktor ‘seluk’ bawah tu pun dah sakit. Tak dapat ku bayangkan cemana la besok. Tapi bila fikir mama dulu sakit bersalin nak lahirkan aku boleh jek, kurang la sikit. Lagi dulu-dulu mana ada epidural2 ni. Pulak tu fikir kalau nyai boleh beranak sampai belas-belas anak, aku ni baru sorang penakut macam hapa, tak ke malu. haha. Manja sangat gini la jadinya. :p. Aku cuma kena kuat semangat dan ingat Tuhan banyak-banyak. Tak nak la meraung tak tentu hala kan. Kalau dah sakit kang, mana nak ingat apa. Aku harap takde la komplikasi dan mudah la bersalin nanti. Perut dah makin besar aku makin susah nak tidur. Memang tak nyenyak. Kalih jek jaga. Kalau tido satu posisi tu pun kejap-kejap je. Duduk lama-lama pun sakit sekarang. Rasa macam otot bahagian bawah menekan. Normal ke tak aku tak tau la. kadang nak jalan pun sakit, dah tu kdg jalan slow-slow dah mcm mengengkang pun ada. haha. Maybe baby dah makin turun tuh aku rasa gitu. Tapi tanya org lain tak gitu pulak. Maybe sebab rahim aku ada lain sket kot. Tapi alhamdulillah dah takde bleeding. Aku pun dah banyak limitkan aktiviti. Tak lasak sangat. Tak berani nak naik turun tangga banyak-banyak. Gyne aku suruh bed rest tapi idak la pulak bagi MC. Takkan aku nak amik cuti sendiri. Aku nak simpan untuk next year. Besok ada anak confirm akan selalu cuti punya. Nak jugak simpan cuti nak gi convocation besok. Appointment lambat plak lagi, 28hb. Tuh la gatal pi tukar. Kalau tak 21 ni dah check. Tapi husband I oncall plak 21 tu, tuh yg mintak tukar.
Semalam masa tgk Stanza Cinta tu, aku sangat terkesan dengan dialog dia yg kata “Kita tidak harus takut dengan kematian. Mati itu adalah permulaan bagi kehidupan”. Dalam kan maksud dia? Tapi untuk kebanyakan manusia kat bumi ni, hidup sekarang macam takkan mati. Seme benda nak dilarung, seme benda ambik mudah. Iman susah nak dijaga. Itu sebab maksiat berleluasa. Aku pun kena banyak muhasabah diri. Semoga Allah kekalkan dan tingkatkan iman yang ada dan tidak ditarik nikmat iman ini dari aku.

Sedapnya cakap orang bodoh

Ini post emo lagi. sedap je kata orang bodoh sebab tak join perhimpunan bersih eh. cakap kita ni bodoh sebab senang dimanipulasi oleh media. dan dibutakan oleh BN. kang cakap benda sama kat ko marah plak. PKR bagus sgt ke? Lagi tak boleh pakai. PAS? DAP? semua parti politik kat Malaysia ni tak boleh percaya. sama jek. masing-masing ada agenda sendiri. post sebelum ni aku takde cakap aku tak suka usul bersih tu. bagus per aku kata. aku sokong apa 8 perkara tu. cuma cara tu. matlamat tak menghalalkan cara kan? aku tak suka cara ia dilaksanakan. dengan nak berhimpun-himpun tu. buat apa? nak buat dekat jalan raya pulak tu. tgh2 KL lak tu. Tempat kawasan yg majoritinya peniaga Melayu pulak tu. Tempat pelancong datang, tempat org cari makan. bukan tempat sesuai brader. lu pikir la impaknya. kalau dah berhimpun-himpun gitu, walaupun aman. dengan orang ramai, ingat senang ke nak control? kalau yang cuba ambik kesempatan untuk lagi gempak, bom ke apa ke, jadi rusuhan? 13 Mei dulu asalnya aman jugak. Tiba-tiba jadi darurat sebab ada provokasi. tak la kata orang yang join demo bersih tu buat, ni pihak yang suka ambil kesempatan nak menghuru-harakan keadaan. Kita ni negara Islam. Jangan lupa yang bukan Islam tak suka negara Islam ni maju. Haih, apa nak jadi dengan Malaysia. Kita kan ada undang-undang. Ada ketua negara. ada raja. Kalau undang-undang kita tak hormat, macam mana nak maju? Kita rasa kita perlu buat benda betul je tanpa fikir implikasi pada orang lain. Mana boleh. Kita hidup bermasyarakat. Kalau ramai menentang dari menyokong, kalau lagi banyak buruk dari baik, kenapa masih berdegil? Ada lagi banyak cara yang bertamadun dan baik boleh dilakukan. Bukan buat demonstrasi jalanan macam tu. Janganlah cakap orang bodoh sebab emo sangat tengok video kat youtube yang dah disunting tu. You don’t know the real story. Are you really sure they don’t provoke? Semua polis jahat dah skrg yer just because a few yg mmg giler kuasa dan suka pukul org. I don’t blame pihak berkuasa kalau tujuannya nak menjaga keamanan because that is their job. Mmg kejam polis yg guna kuasa sebegitu. Tapi adakah semua org yg join perhimpunan tu perangainya dan mulutnya elok? Hati manusia kita tak tau. Perhimpunan mmg tak dibenarkan. Mmg harus bersurai. Kan sendiri cari penyakit. Knp degil? What are you trying to show? Yg jelas, if you want to give the memorandum to agong, knp tak bg masa ambiga jumpa awal2 tu. And why can’t you negotiate with SPR first cari kata sepakat? Mcm pilihanraya dah dkt sgt tak boleh sabar dah. Bila tak dapat jumpa ikut masa sendiri, merajuk dah. Macam budak-budak la. Sedangkan kalau nak urus program peringkat sekolah pun meeting byk kali, inikan pulak masalah negara dan rakyat. Semua ni buang masa, buang tenaga, bazir duit nak bayar O.T polis2 yg kena standby, nak sedia makan minum org kena tangkap, nak sedia tempat tahanan lg. Baik polis buat kerja lain dari jaga demo tu. Banyak lagi jenayah lain tak diselesaikan. Dengan kita yg bertekak sesama sendiri lagi nak cakap mana betul mana salah. Last-last, lagi pecah belah. Kalau nak kata media arus perdana citer yang tak betul, tak semestinya video-video kat youtube tu betul. Benda yang ditulis kat blog-blog tu betul. Nowadays, technology can fool us. Orang pun boleh dibayar tulis cerita. Kita sendiri kena cari maklumat tu dan berfikir mana betul mana salah. Kalau dah boikot sumber-sumber tertentu, ambik sumber yang kita suka je, macam mana nak fikir mana betul mana salah. Just my 2 cents. Sudahlah. Penat la cakap pasal ni. Ko ni buat aku emo jek malam-malam ni.
Hari ni dah tak banyak bleeding. Ada la spotting sket. Kena rehat badan dan jugak minda. Letih juga yer fikir masalah negara ni. hehe. :p

nota kaki gemuk: orang mengandung memang senang emo. astaghfirullah! tak cukup istighfar ni. 😀

Bleeding @ 33 weeks

Tadi petang masa gi toilet ada darah dan lendir kat panty liner dan panty. Nak kata spotting, bukan spotting yg sikit2. Sebab basah dan juga ada macam selaput2 darah mcm tu. Panik jugak masa tu sebab takde rasa sakit or apa. Baru 33 weeks takkan nak bersalin dah. Otak dah fikir macam-macam. Sepantas kilat, terus jumpa kakak dan bagitau ada darah. Dia pun terus stop lab experiment dan bawak aku gi HUKM. Call hubby time tu memang takleh tahan nak nangis. Suruh dia gi HUKM terus. Rasa takut jugak. Bimbang kalau ada apa-apa kat baby. Tapi hari ni baby gerak jek macam biasa. Aktif. Cuma aku jek rasa penat sikit hari ni, lepas lunch tu memang baring melepek kat ofis kakak kejap sementara nak solat. Pagi tadi takde la aktif mana pun. Panjat tangga gi library je. Takkan sebab tu? Atau sebab semalam makan durian banyak jadi badan panas then keluar darah ke? Banyak telahan dan otak ni dok fikir mana silapnya.
Kakak suruh rilek, jangan stress dan jangan nangis. Takut baby pun stress. Ok la, layan borak, aku jadi calm jugak. Cuba untuk tidak memikirkan yang buruk-buruk. Dalam hati banyak-banyak istighfar. Sampai kat Cheras jalan jam la pulak. Haih, memang tak sabar nak sampai spital sebenarnya.
Sampai-sampai HUKM terus pegi bahagian kecemasan O&G. Hubby pun dah sampai. Terus buat urine test dan doktor pun check. Mula-mula scan baby. Tgk jantung, uri, kepala, etc. Semua ok. Lepas tu dia check bawah tu. Tang ni ada ngilu sket la. Sebab dia masukkan benda untuk bukak bahagian bawah tu. Sakit jugak. Ntah apa dia godek2, dia cakap memang ada bleeding sket kat pangkal rahim tapi tak active. Dia explain pasal rahim luar, rahim dalam etc. Dia cakap aku punya rahim luar ni bleeding sebab selalunya dia patut masuk ke dalam tapi aku macam ada kat luar sket. Tuh yang bleeding. Fragile sket la kalau jenis gini tak macam org lain. Aku angguk-angguk je mendengar. Bila dia cakap takde apa yang serious, lega sikit. Pastu aku suruh doktor explain kat hubby. Baik doktor yang rawat aku tu. Doktor perempuan. Nurse pun baik-baik. Doktor tanya aku nak warded ke? Aku cakap tak nak. hehe. Dia kata suruh rehat banyak-banyak je. Dapat la MC 3 hari. Dia pun call gyne aku, Prof. Hashim nak inform condition aku. Pastu aku gi bilik sebelahnya untuk check heart beat baby. Dia rekod. Lama jugak la, ada dalam setgh jam kot. Baby aktif je, dengar bunyi jantung dia laju. Dup, dup, dup, dup. Banyak kali jugak dia somersault dan pusing-pusing, bunyi jadi lagi laju. hahaha. Comel jek dengar. Doktor pesan kalau ada bleeding lagi dan banyak, cepat-cepat datang hospital balik.
Alhamdulillah nothing serious. Balik rumah kelaparan aku ajak hubby singgah makan sate. :-). Hopefully sihat dan normal sampai saat nak melahirkan. Kena start packing beg la lepas ni bubuh dalam kereta siap-siap. Yang penting baby ok! 🙂