Lamanya tak update. Ini kerana saya sedang sibuk melayan anak sendiri. Hehe. Alhamdulillah. Akhirnya perkara yang dinanti dan ditunggu telah tiba. Muhammad Haris Aiman telah selamat lahir ke dunia ini pada 21 Ogos 2011 bersamaan dengan 21 Ramadhan, hari ahad, jam 0939 am melalui pembedahan. Nanti saya cerita panjang lebar yer. Segala-galanya berlaku terlalu cepat. Saya sendiri tak percaya baby dalam sudah keluar dan saya kini menjadi seorang ibu! Tiada perkataan yang tepat dapat menggambarkan perasaan saya hingga ke saat ini. Apa yang boleh saya katakan, saya amat bersyukur pada Allah yang telah memberikan anugerah paling indah dalam hidup ini. DIA telah memanjangkan usia saya untuk melihat dan memelihara zuriat saya sendiri. Allah maha kaya. Setiap kejadian yang berlaku saya yakin, ada hikmahnya. Walaupun saya mengharap untuk bersalin normal seperti ibu-ibu yang lain, namun saya rasa segalanya dipermudahkan oleh Allah dan perjalanan semua sangat senang dan mudah walaupun terpaksa bersalin secara pembedahan.
Harus dicatat rentetan peristiwa ini kerana ia merupakan hari paling bersejarah dalam kehidupan saya sebagai seorang wanita. Ia juga menambah sinar kebahagiaan rumahtangga dan ikatan cinta yang kami bina sekian lama. 5 tahun 7 bulan kami menantikan kehadiran si kecil dalam perkahwinan ini. Segala-galanya berbaloi apabila melihat zuriat sendiri di depan mata di OT PPUKM, Cheras.
Saya tak mengalami sakit bersalin yang lama. Malam sebelum tu hanya sengal-sengal pinggang yang saya rasakan takde apa pun. Contraction pun takde. Setakat tegang perut tu saya anggap biasa mcm baby bergerak je. Besok paginya dalam pukul 4.45pagi nak bangun untuk siapkan makanan bersahur, saya ke bilik air seperti biasa. Bila buang air kecil dan bila bersihkan, ada darah fresh di tisu toilet. Saya lap 2-3 kali yang keluar darah merah lagi dan lagi. Bukan spotting sikit-sikit. Dengan excitednya terus kejut suami cakap dah turun tanda. Yelah, dah seminggu tunggu tanda untuk baby keluar. Tapi masih rilek je sebab takde sakit langsung. Saya cakap dengan suami nak pergi lepas solat subuh dan mandi bersih-bersih sebelum ke hospital. Lepas mandi, turun makan sahur, lepas tu, kemas sikit apa yang patut, solat subuh dan sempat baca surah al-waqiah, lepas tu siap-siap pakai tudung tunggu mertua balik dari masjid baru nak ke hospital. Masa menunggu tu dah rasa contraction sikit-sikit. Pinggang sakit. Tapi buat tak rasa. Sebab menjangkakan akan rasa sakit lagi lepas ni. So kena tahan sikit la. Pukul 7 pg mcm tu bergerak ke PPUKM, Cheras. Oleh kerana hari ahad, jalan memang lengang. Suami saya pulak macam nak cepat sampai bawak laju giler. Hahaha. Dalam kereta contraction datang dan pergi. Saya diam je dan banyak-banyak zikir Ya Fattah, baca doa nabi yunus dan selawat untuk kurangkan rasa sakit tapi masih berlagak cool. Haha.
Sampai emergency utk O&G dalam pukul 720 am mcm tu. Terus report kat kaunter, amik urine, nurse pasang CTG, menunggu doctor datang check. 20 min lepas tu nurse datang balik komen CTG tak cantik. Bila dia cakap mcm tu saya cuak sikit. Doa sangat2 moga baby ok. Lepas tu dia panggil doctor. Ada doctor lelaki ni datang buat VE. Sakitttt. Dia kasar sikit. Tapi tahan je la. Dia kata dah bukak 4cm. Wah, cepatnya bukak sampai 4 cm tak sampai berapa jam pun. Patutla rasa makin lama makin sakit contraction. Dari kul 5 pagi tadi kejap je dah bukak 4cm. Yela sebab dengar orang cite nak bukak 3 cm yang pertama tu lama. Kadang-kadang ada yang berjam-jam dan berhari-hari. Lepas dia kata dah bukak 4cm tu doctor kata kat nurse dah boleh bawa ke labour room so diorang nak pecahkan ketuban kat situ. Nampak la dia ambik batang panjang. Dia buat VE lagi sebelum nak pecahkan tu. Time ni mmg sakit sangat-sangat rasa macam nak tendang je sebab dia buat banyak kali dan kuat. Nurse dok pesan jangan angkat punggung. Aduh la, saya menahan sakit mmg sampai nak terangkat punggung. Pastu dia buat muka macam pelik dan cakap kat nurse macam baby dah berak kat dalam. Baby heart beat pun tak berapa cantik. Dia decide nak call Prof Hashim, my gynae untuk tindakan lanjut. Lepas dia cakap dgn prof, dia kata saya akan di hantar ke labour room terus dan Prof akan monitor saya dari sana. Dia cakap Prof on the way. Alhamdulillah. Lepas seksa dengan doctor muda ni. Ok, nanti sambung cerita kat Labour room dan OT pulak yer. Ni nak bagi baby Aiman menyusu kejap. 🙂