Archive | September 2011

Anugerah Ramadhan: part 2

Ok, sambung cerita bersalin. Selepas selesai di emergency O&G, saya disorong naik ke labour room menggunakan kerusi roda. Time ni dah pecah ketuban dah. Masa bangun untuk duduk kat wheel chair, tgk banyak darah dah atas katil tu. Sesampainya di labour room, di suruh salin baju hospital dan nurse datang untuk check BP, pasang CTG , pasang drip, dan get ready untuk tunggu proses bersalin. Tak lama lepas tu Prof. Hashim pun sampai dengan rileknya, pakai selipar, berseluar jeans dan tshirt kolar je, almaklumlah, hari minggu. ☺. Dia bagi dua options, samada nak saya tunggu paling lama pun dia bagi 2jam untuk normal delivery dan lagi satu untuk cesarean. Kalau tunggu 2 jam tu tak bukak 8-10cm, kena cesar jugak la. Walaupun dah bukak 4cm, saya tak yakin boleh bukak sampai 8-10cm dalam masa 2 jam. Lagi lama tunggu lagi tinggi chances baby suck balik meconium tu. Time tu mama dah dok telefon2, bgtau suruh cesar je since dah ada meconium stain kat air ketuban. Lagipun CTG tak berapa cantik. Fetal distress dah. Saya pun dok sms2 dgn Kakak (my sis in law), inform apa yang berlaku, mintak doa dan maaf semua. Dia pun suggest cesar je sebab tak nak ambik risiko.

Sejujurnya, saya tak tau nak decide tapi saya cuma doa supaya baby selamat dan cepatlah semua ni berakhir sebab contraction semakin lama makin sakit dan rapat-rapat jarak masanya. Saya takut untuk kedua-dua option tu. Huhu. Nak cesar pun takut, nak bersalin normal pun takut. Setelah tanya suami, dia cakap cesar jek la, tak nak ambik risiko. Yela, saya ikutkan je sebab dia doktor, dia lebih berpengalaman. Dia asyik cakap suruh rilek je, takde apa dan dia cakap tak lama dah baby nak keluar. Dia asyik kucup dahi saya dan tangan saya dan menyakinkan saya ‘semuanya akan ok’. Masa ni saya fikir macam nilah mama rasa sakit nak lahirkan saya. Baru merasa contraction sikit ni, tak tahan. Nak tunggu sampai berjam2 bukak 10cm tu mcm manalah sakitnya tu. Aduhai. Sebab tu Tuhan bagi ganjaran besar untuk wanita yang mengandung dan bersalin yer.

Masa contraction datang, rasa nak macam nak buang air besar sangat dan urge nak meneran tu automatically ada. Tapi suami saya suruh tahan jangan teran. Berpeluh jugak la nak menahan tu. Setiap kali contraction, saya pegang kuat tangan suami. Mesti dia sakit tapi saya tak tahan sangat. Maaf yer bang. Hehe. Suami suruh saya bernafas guna mulut dan rilek. Mana la boleh rilek dah time macam tu. Mulut kumat kamit jugak baca doa. Dalam hati lagi doa mcm2. Semua doa bercampur2. Haha. Kejap2 saya suruh suami tgk CTG baby ok ke tak. Bila beritahu Prof yang kami pilih untuk cesar, tak lama lepas tu 2 orang nurse datang untuk prepare saya pergi labour room. Bagi ubat tahan muntah dan suruh sign surat consent. Sebab saya makan beria waktu sahur, almaklumlah, konon nak bagi energy na meneran, saya kena la makan ubat tahan muntah sebab mereka nak bius saya.

Prof cakap kena tunggu dalam setengah jam untuk pakar bius sampai, lepas tu boleh cesar. Tak lama tu, saya ditolak untuk ke OT. Masa ni berdebar2 sangat. Saya ditolak ke OT sambil berbaring atas katil. Masa sampai OT, saya masuk dulu, suami rilek2 kat luar, basuh tgn etc, pakai baju nak masuk OT. Saya risau suami saya tak masuk-masuk sampai saya tanya kat Prof, mana suami saya. Prof cakap nanti dah ready nak bedah baru dia masuk. Saya dialihkan atas katil kat OT tu oleh nurse2 di situ. Di pasang alat apa ntah kat dada, dan tak lama tu disuruh duduk untuk dicucuk bius kat pinggang. Tak rasa apa pun. Lepas cucuk, saya disuruh berbaring, diorang letak kain depan muka saya, halang saya untuk lihat pembedahan tu, nak intai pun tak boleh. Saya dgr diorang prepare alat. Prof tanya saya rasa tak kena geletek, saya jawap tak rasa apa. Separuh badan saya ‘dilumpuhkan’. Dia pun cakap “Ok, saya mula sekarang, Bismillah..”. Suami kucup dahi saya cakap Prof dah mula, kejap lagi baby keluar la. Saya rasa perut macam dihiris, diseluk, digodeh2 tapi tak sakit. Rasa bergegar2 seperti nak keluarkan sesuatu. Suami saya rilek je sebelah saya, cakap takde apa, kejap je lagi baby keluar. Pakar bius yang kat sebelah saya siap tegur suami saya, “tak nak ambik video ke gmbr ke? Baby dah nak keluar tu”. Barulah suami saya terhegeh-hegeh keluarkan iPhone dia. Hehe. Dia rilek sangat sebab biasa sangat tengok kot. Dah keje dia. Padahal saya dah pesan suruh ambik video dan gambar. Diorang dok cakap baby dah keluar tapi saya tak dengar suara baby nangis. Tak lama lepas tu baru dengar, tapi tak kuat tangisannya. Tepat 9.39 am baby saya keluar. Masa Prof jahit, saya dah tak sabar nak tengok wajah baby, suami saya cakap diorang tgh bersihkan baby. Nurse datang bawak baby dan tunjuk anu dia kat saya untuk saya confirmkan jantina. Saya dengan happy sebut baby boy, dan dia suruh saya kucup anak saya. Saya nak je ambik dan dakap, tapi dengan keadaan terbaring, Prof masih menjahit, tak dapat la nak pegang anak saya. Dia jahit cepat giler kot. Saya rasa dia bedah tu around 9.30 mcm tu, tak lama tu baby dah keluar, dah siap jahit dah. Kejap sgt. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata tengok wajah anak sendiri. Entah. Takde perkataan nak gambarkan. Sayu ada, sedih ada, tapi gembira yang sangat la sebab ini yang saya tunggu selama ini. Saya dah ada zuriat sendiri. Tak sangka saya dah jadi ibu. :-). Nurse cakap baby nanti akan dihantar ke bilik saya bila saya naik ke wad. Diorang nak check dan monitor dulu.

Saya di monitor dulu di OT untuk setengah jam sebelum naik ke wad. Kalau semua ok dan stabil baru saya dihantar ke wad. Masa menunggu tu, saya dah tak sabar sangat nak balik wad sbb nak tgk dan bersama baby. Tapi masa tu dah rasa macam mamai-mamai. Mungkin kesan ubat bius tu. Lepas nurse kata BP saya ok semua, saya dialih ke katil lain (orang lain yang alihkan sbb saya tak rasa apa, kaki tak boleh gerak), dan disorong ke wad sutera. Sampai-sampai kat atas baby tak sampai lagi. Saya suruh suami pegi check. Family semua dah ada menunggu. Mama dengan ayah je takde sebab on the way dari Johor. Lepas sejam lebih mcm tu, saya rasa pening dan mamai sangat. Bila nurse datang check, blood pessure saya sangat rendah. Cecah 90-30+ untuk BP saya. Nurse check pad tak lama lepas tu, dia kata banyak sgt darah keluar. Soak sampai 5 pad. Diorang tukar pad dan tak lama lepas tu, doctor datang, diorang buat VE lagi, tekan2 perut biar darah beku keluar. Banyak kot yang keluar. Saya dengar nurse cakap dengan doctor tu, mcm pelik jgk la kenapa banyak sangat darah saya keluar. Saya tak rasa apa bila diorang tekan-tekan perut, tmpt operate tu sebab ubat bius tu ada lagi. Masa buat VE pun tak rasa. Kalau rasa sakit, mau saya tendang jek diorang ye tak? Haha. Prof cakap ubat bius tu 6 jam tahan. Masa ni nak angkat kepala, bukak mata pun pening. Bangun lagilah tak boleh. Kepala macam berpusing. Nurse datang cucuk ubat tahan darah. Saya rasa macam nak tido je tapi sebab orang datang melawat, saya tahan mata. Baby pun dah dihantar ke saya. Saya cakap dengan nurse, saya nak baby duduk dalam bilik dengan saya tak payah letak kat nursery. Nurse suruh minum dan makan. Masa ni tak larat sungguh. Suami la suapkan. Bubur dan sup ayam. Time ni la nak manja2 kan. :-). Habis saya makan walaupun tak sedap mana sebab suami yang suap. Masa ni family mak long semua dtg melawat, abg dgn kakak dan adik2 dia, Amelia dan suami. Serius cakap saya cuma mahu lelap je masa tu tapi orang datang, saya gagahkan bukak mata dan berbual. Suara dah serak2, memang letih tak tau nak cakap. BP saya rendah sangat, darah banyak sangat keluar buat saya lemah. Ditambah dengan kesan ubat bius tu agaknya.

Lepas semua dah balik saya dapat la tidur, lepas bangun tu segar sikit dan saya mintak baby kat suami saya untuk saya breastfeed. Susah nak latch on, saya masih terkial2, nak menahan sakit pembedahan sambil dukung baby lagi, sakit woo. Tapi saya gagahkan jugak nak bagi baby biasa dengan breast dan saya nak bonding dengan baby. Kesian dia hisap-hisap takde apa. Memang takde susu ke kolostrum pun kalau tekan. Saya panggil nurse suruh ajar. Susah yer breastfeeding ni, bukan sesenang yang dibaca atau disangka. Baby diberi susu FM dah masa kat nursery masa saya tidur sebab saya belum ada susu dan baby lapar. Malam pun saya mintak baby tidur kat bilik dengan saya dan suami. Nurse bekalkan FM. Bila baby lapar, saya bagi breast, dia hisap takde apa, dia nangis, saya bagi FM jgk. Sedih jugak sebab tak dapat bagi susu saya tapi saya mmg baca kesan ubat bius buat susu lambat keluar. Saya tak sanggup biar anak saya lapar. Masih ada masa lagi. Malam-malam saya tidur ayam je. Kejap-kejap jenguk baby kat sebelah. Seronok tgk muka dia. Tenang je. Tgh malam dia jaga tapi tak nangis, terkebil-kebil dia. Lama jgk la. Agaknya dia pelik dengan persekitaran baru. Memang waktu tgh malam dia paling aktif pun kalau dalam perut.

Hari kedua saya dah keluar hospital. Cepatkan? Saya cuma nak balik rumah dan bersama-sama dengan baby dan family je. Doktor cakap kalau dah boleh bangun dan kencing, boleh balik dah. Saya bangun pagi, gagahkan jugak berjalan pegi toilet, kencing. Masa Prof datang check pagi tu, dia cakap saya boleh keluar dah kalau saya nak. Nak stay rehat kat wad je pun boleh. Saya cakap nak keluar. Tak nak tunggu dah. Saya pun tak nak susahkan mama ayah berulang alik hospital sebab jauh jgk dari putrajaya ke Cheras tu. Suami balik rumah nak mandi dan uruskan apa yang patut, saya tinggal dengan baby je. Dalam sakit2 tu saya kemas barang, angkat baby duduk kat sofa, berjalan2, macam tak sakit. Meleleh-leleh darah saya bila saya berjalan-jalan dalam bilik tu. Sampai saya kena panggil cleaner suruh lap. Sebab saya dok bangun duduk, tukar diapers baby la (kebetulan dia berak pulak). Sakit sebenarnya tapi buat tak rasa. Tapi hati saya ni kuat kata dah boleh balik, so saya kena kuat. Kawan saya CM, datang melawat, terkejut tgk saya dah lasak2 macam tu. Saya gelak-gelak konon kuat dah la. Tapi akibatnya, sepanjang perjalanan dari Cheras ke Putrajaya tu, saya menangis sebab sakit terhentak dan bergegar walaupun suami bawak slow. Memang sakit giler ok. Terlanggar sikit pun sakit dah. Baby letak dalam baby seat. Saya dok berpegang kuat menahan sakit. Mengalir-ngalir air mata ni. Dalam hati menyesal pulak balik awal-awal. Kalau tau, duduk lagi 2-3malam sampai dah kurang sakit sikit. Huhuhu. Patutlah orang cesar selalunya at least stay 2 malam kat spital. Sebab sakit bila bergerak tu, terhentak-hentak, bergegar-gegar. Ok, lepas ni kalau cesar lagi, saya nak stay hospital 2-3malam. 🙂

Banyak sebenarnya nak berkongsi pasal cabaran breastfeeding dan pengalaman sebagai ibu baru ni. Hari ke-3 baru keluar kolostrum saya. Itupun setelah saya pam beria-ia.

p/s: ini post basi. dapat menulis kejap2 je time baby tido. Memang tak sempat nak berblogging skrg ni.

Advertisements

Cabaran breastfeeding

Tak sempat lagi nak update citer bersalin part 2. Ni nak cite pasal breastfeeding dulu. Sekarang tak boleh online sekerap dulu. Dah ada tumpuan baru yang lebih penting sekarang. Kalau dulu banyak masa terluang. Sekarang susah nak jumpa melainkan si kecik tu tido. Hehe. Tapi kadang time tu la nak buat benda lain. Sebab bila dia jaga je nak susu atau tukar lampin dan tgk-tgk dia. Susu badan meningkat sikit la. Boleh la dapat sekali expressed 1 ounce. Sikit kan? Tapi cuba sedaya upaya juga la memberi setiap masa so that dia stimulate. Bila dia abis minum je, cepat-cepat kosongkan dengan expressed susu tu. Kdg dapat tapak botol je. Huhuhu. Takpe. Liquid gold tu. Org cakap bersalin c-sect mmg macam tu. Susu lambat/ sikit. Lain macam orang bersalin normal. Proses fisiologi berbeza. Kira c-sect ni bersalin paksa la. Badan belum ready. Mungkin lambat kot susu nak banyak. Takpela. Sementara ni terpaksa la campur dulu. Walaupun sedih tak dapat nak capai matlamat untuk fully breastfeeding dr lahir, tapi saya tetap beria jugak nak bagi susu yang tak seberapa ni. Dugaan sungguh. Kadang tu bila expressed, akan pastikan setiap titik tuh masuk botol kalau transfer. Bila dia minum habiskan semua rasa puas hati sangat. Hopefully minggu depan susu akan banyak lagi. Mak saya bising kalau Aiman asyik mencari je puting macam lapar lagi. Padahal baru menyusu badan. Dia kata susu saya tak cukup, kena bagi dia susu formula untuk top up. Saya pulak asyik sua susu badan sampai rasanya dah takde susu dah. Rasa macam dia syok hisap puting je. Hahaha. Sudahnya nanti saya selalu top up susu formula sikit. Selalu bagi half dari yang sepatutnya. Saya tak nak dia minum susu formula tu. Saya tahu saya boleh. Cuma kena sabar sikit. Saya jealous jugak dengan cerita orang boleh pam susu banyak berbotol-botol. Saya sebotol pun tak sampai. Kadang dapat 20ml. Kadang less than 10ml kalau lepas minum. Kadang 30ml paling banyak. Tapi rasanya dia minum susu badan ni cepat kenyang. Tapi cepat lapar juga. Tapi saya tahu Tuhan punya kuasa. DIA yang jadikan sesuatu itu maka DIA maha mengetahui. Kadang rasanya dia hisap takde la banyak mana pun tapi dia macam cukup je untuk sementara waktu ni. Tunggu dia besar sikit kot baru susu banyak sesuai dengan perkembangan dia. Betul tak?

p/s: nak try product Shaklee. Org kata boleh banyakkan susu.