Archive | October 2011

Mommy 2 bulan. :-)

Aiman dah 2 bulan. Hari Isnin ni nak kena pegi cucuk lagi. Cucuk kali ni yang dijangka akan demam. Yang lepas Alhamdulillah Aiman ok dan tak nangis pun time cucuk. Strong boy.:-). Kadang-kadang bila tengok muka Aiman, rasa macam tak percaya dia anak sendiri. Tak percaya dah ada anak. Darah daging sendiri. Yang dulu duduk dalam perut ni. Overwhelming feeling. Entahlah. Rasa yang tak tahu nak gambarkan. Seronok tgk muka anak sendiri. Ralit. Bila dia senyum, aih, lagi la happynya. Apa-apa pun sekarang, Aiman come first. Highest priority. hehe.

Aiman sekarang banyak sembang. Ternganga-ngaga mulut merespon dan bunyi-bunyian yang keluar dari mulut dia hanya dia je yang faham. Tapi kadang macam dia faham je mommy dia cakap. Suka betul kalau baca buku Panda’s Pals dengan Where is squeaky?. Excited bukan main. Senyum pun makin banyak. Lebar-lebar. Mommy cair je dengan anak bujang sorang ni. Hehe. Makin bam-bam jugak. Makin lenguh berdukung. Thanks to slinglings yang memudahkan breastfeeding journey saya. Kurang sikit lenguh. Macam mek indon pun macam la. Tapi lebih bergaya. Hahaha. Mahal tuh, dekat dua ratus. Buat duit betul diorang ni. Kalau pandai jahit, senang je. Modal pun tak seberapa. Orang indon pakai kain batik je. Tapi masalahnya saya tak reti nak pakai kain batik tu. Jatuh kang naya je. Kalau berjalan dia memang lagi banyak duduk dalam sling dari dalam stroller. Setakat menyusu sambil berjalan tuh dah normal bagi saya. Tak yah sibuk nak cari kerusi nak duduk. Sambil menyusu boleh tengok barang jugak. Hehe. Koleksi baju nursing saya pun makin banyak. Ada yang zip tepi, ada yang selak tengah, ada yang selak bawah. Memang sangat-sangat senang untuk menyusukan Aiman, Cumanya sedih sket sebab saiz badan dah XL (untuk baju kurung nursing je eh, tshirt nursing saiz M lagi yer.:p) Huhuhu. 2-3 bulan lepas ni harap turun lagi la bila dah start kerja dan Aiman dah mula lasak. Breastfeed pun boleh turun apa.

Last weekend kenduri Aqiqah Aiman. Alhamdulillah semua lancar. Hujan sangat lebat di petang hari selepas kenduri. Alhamdulillah masa kenduri panas. Penat Pak Long Hisham hias crib Aiman, dia duduk kejap jek sebab pastu merengek nak menyusu. Padahal dah bagi susu. Agaknya sebab dengar suara orang ngaji ramai-ramai kot. Dia tengah tido masa tu, terjaga, terus cebik-cebik2 muka nak nangis. InsyaAllah Raya Haji ni boleh lah Aiman buat ibadah korban pulak. 🙂

Breasfeeding journey saya masih lagi mencabar. Susu makin banyak tapi saya masih top up juga siang hari sekali dua dengan FM. Masih belum mengepam untuk stok sebab direct feeding pun tak cukup2 dan kerap sangat. Saya perasaan susu saya waktu malam memang banyak. Mungkin sebab Aiman minum 2 jam sekali, so dia sempat nak penuh. Cuma sekarang lepas baby minum, breast memang cepat rasa penuh compared to before. Mungkin hasil supplement Shaklee. Bulan depan, 2 minggu sebelum naik kerja, nak try hantar kat babysitter kejap-kejap. So time tu boleh la start pam untuk stok. Saya nak pam banyak-banyak buat stok pun freezer bukan kosong. Banyak barang. Saya lagi suka susu fresh, lagi banyak khasiat. Kalau boleh bubuh je dalam chiller, utk consumption within 48hours. Tak payah nak thaw2 ni lagi senang. Kalau beku, nak thaw lagi. Dah tu, khasiat pun dah kurang. Sebab malam-malam kalau saya kerja pun memang saya plan direct feeding je. Tak yah botol-botol ni. Kalau jalan-jalan dengan baby pun direct feeding je senang. Susu yang dihasilkan tu Allah jadikan khas untuk anak kita dan sesuai dengan perkembangan baby. So kalau dah simpan lama-lama sampai dekat 3 bulan, pada saya dia punya ingredient tu mesti ada lain sikit. Jadi, saya memilih untuk tidak stok banyak-banyak dan lama-lama. Saya target utk 6 bulan pertama memang nak bagi BF banyak-banyak. Nanti bila dia dah mula makan, memang dia akan kurang menyusu. Kalau Aiman masih nak susu saya, saya bagi je sampai dia 2 tahun dengan syarat susu ni sentiasa adalah. InsyaAllah. Semoga Allah murahkan rezeki Aiman. Dia lagi maha mengetahui. Kita hanya merancang kan?

Minggu depan anniversary kami yang ke 11 (29 October). Lamanya bercinta! Huhu. Ingatnya nak holiday. Tapi musim hujan plak sekarang. Ingat nak ke Sabah. Tapi Aiman kecik lagi dan hujan pulak. Nak travel jauh2 sangat macam penat pulak. Kang pi jauh-jauh dok dalam hotel je. So tukar plan bawak dia balik Kedah, jumpa moyang dia then singgah Penang je. Saya pun tak pernah sampai Penang. Ok la, 2 in 1. Holiday dapat, jumpa family pun dapat. ☺

Bab kerja memang bertangguh je. Apa taknya, Aiman tidur siang kejap-kejap. Saya memang tak jadi kerja. Bila malam, mommy pun ngantuk. Bila dia tidur, saya kena tidur la sebab memang siang saya tak tidur. Malam pulak dia berjaga 2 jam sekali untuk menyusu. Itu yang ingat nak hantar babysitter awal sikit so that saya boleh siapkan kerja saya. Before raya haji ni nak kena hantar draft soalan exam pulak. Hai, entah boleh siap ke tak. Sedaya upaya kena siapkan jugaklah. Gambatte!

Ragam Aiman dan susu

Aiman baru tido. Mommy dia nak tido, ngantuk jgk tapi tetiba rasa nak update blog plak. Sekarang dah la susah nak dapat masa untuk diri sendiri. No, I’m not complaining. Cuma menyatakan fakta. 🙂
Geramnya la dengan Aiman. Tak puas cium dia. Heeee, sedap sungguh bau. hehe. Aiman dah 4kg++ skrg. Berat la untuk mommy dia ni sebab lenguh tangan berdukung je. Haa, baru 4kg tu. Makin lama makin besar mcm mana la nak membawaknya. Dah 3-4 kali breastfeed Aiman, guna nursing cover di public, sambil berjalan ok! Bukan sambil duduk. Sebabnya dia dah tak keruan sangat, kerusi pun takde. Taulah mall kalau weekend. Ada sekali gi pustaka mukmin kat Jalan TAR tu. Aih, lenguh. Ingat nak cari baby carrier/sling/wrap yang boleh nursing sekali. Senang. Boleh kendong sambil menyusu. Aiman kuat mengempeng. Tak, saya tak malu pun bagi susu badan kat public. Bukan saya tunjuk cik B pun, saya cover. Malah saya bangga dapat susukan anak saya. :-).

Aiman ada satu perangai, tak puas minum. Walaupun kdg dah bagi susu dalam botol, nak cari nenen jgk. Lagi-lagi kalau saya yang dukung, memang terteleng-teleng kepala cari sedangkan baru je menyusu. Sekarang dia makin besar, demand susu makin kuat. Masih jugak bersulam FM 3-4 kali sehari. Tapi tak bagi sukatan sepatutnya. Saya bagi ikut sukatan dia baby. Sebab tak nak dia kenyang susu FM kang tak nak susu saya pulak. Kadang nasib baik, sekali dua je la sehari. Kalau banyak jaga siang, nak ngempeng jek la. Tak puas minum, tuh yg tido kejap2. Tapi malam alhamdulillah dia tido nyenyak jugak. Paling2 2-3jam. Malam dapat fully breastfeed. By the time dia nak minum, mmg susu tgh banyak.

Semalam usaha lagi membeli milk booster. Try produk shaklee. Harap-harap berhasil. Saya akan berusaha untuk bagi Aiman susu saya sebanyak mungkin. Rezeki orang lain-lain. Takpelah orang kata tak exclusive, tapi saya akan berusaha untuk mengeksklusifkannya walau dia masuk 3 bulan sekali pun. Ada orang, lepas bersalin, susu mencurah-curah, ada yang lambat, ada yang mmg sikit. Sekarang nak pump pun payah sebab Aiman hisap sampai kosong je rasanya. Tak sempat nak buat stok dan produce banyak, dia dah minum. Hopefully jumpa la milk booster yang sesuai. Longan kering tu agak membanyakkan susu jugak la tapi cukup2 dia minum. Direct feeding ni bagus untuk bonding, tapi mommy Aiman ni risau besok nak naik keje, cemana la orang nak jaga dia ni. Kang dia mengamuk ke, tak nak menyusu sebab takde nenen. Tapi takde la dia nipple confuse. Sebab dari lahir dah bagi susu botol, pastu pam susu masa awal-awal dulu, kumpul banyak-banyak, bagi guna botol jugak. Cuma dia ada habit yang dia nak tido, mesti nak ada nenen! tak reti nak tido sendiri unless Daddy dia yang tidokan. Itupun puas la berjalan satu rumah tak pun tido atas dada. Lagi sebulan nak naik keje, kena ajar dia tido sendiri tanpa nenen. Dah try bagi pacifier, diluah2 je. Pandai Aiman ni, dia tau puting tipu. Puting yg ada ortodentik effect, Rm15 tuh puting tommy tippee, siap glow in the dark tu. hahaha. Dia refuse. Nak yang asli untuk melalikan dia sampai tertido. Aiman oh Aiman! hehe.

Alamak, Aiman jaga plak. Pause.

Ok, (sambil breastfeeding sambil blogging, huhu). Besok nak balik JB. Yeay! Kakak ipar kebetulan buat kenduri, jadi ambik peluang ke JB jenguk mama ayah. Diorang pun mesti rindu Aiman. Hari-hari kalau call dok tanya pasal Aiman. Yela, dekat sebulan dok jaga saya dan Aiman sewaktu berpantang. Mesti la rindu. 🙂

Minggu depan kenduri aqiqah Aiman. Mm, belum beli lagi bahan-bahan untuk hias baby crib dia. Susah sekarang ni nak keluar, takkan nak tinggal Aiman. Kalau dulu siap, start kete, jalan je. hehehe. Sekarang dah ada anak, tak bolehlah begitu. Susah yer sebenarnya nak adapt sebab dekat 6 tahun kahwin, takde anak, belum ada tanggungjwp yg satu ni. Tak pikir nak siapkan susu, diapers, baju etc bila keluar. Sekarang kalau keluar berjalan, barang baby penuh kereta. Beg Aiman, stroller la, bantal etc. Mommy nak kena tukar kereta besar sikit la kot eh? Dah daddy berangan nak beli motor besar. :p. Takpelah, pelan2 kayuh. 🙂