Archive | November 2011

Pantasnya masa berlalu

Sekejap je dah 3 bulan. Cuti bersalin pun dah habis dan baru hari kedua kembali bertugas. Semalam penuh jadual dengan presentation student. Masuk kerja semangat habis nak siapkan kerja tertangguh. Sebabnya dekat rumah tak boleh nak buat kerja. Baru lah faham kenapa kakak ipar ku struggle bila di ofis. Kdg makan pun skip sebab nak siapkan kerja jugak. Sebabnya kat rumah mmg tak boleh bawak balik kerja bila dah ada anak ni. Nak melayan anak, nak buat kerja rumah. Bila kita buat kerja, hati pun tak senang. Kesian anak yang nak perhatian kita. Anak dah tidur baru boleh buat kerja.
Kelmarin Aiman masuk 3 bulan, bawak dia pi cucuk lagi. Berat dia naik sikit je. Oklah. Masih dalam healthy range. 5.4kg. Sedikit chubby. hehe. Budak domok mommy. :-). Alhamdulillah Aiman tak demam bila pi cucuk kali ni. Setakat ni Aiman sihat-sihat sahaja. Semoga Allah sentiasa sihatkan Aiman dan tidak menduga Mommy dengan dugaan yang berat.
2 minggu sebelum masuk kerja dah start hantar ke rumah baby sitter setengah hari untuk latih dia berjauhan dengan mommy. Runtun jiwa ni. Sayu bila nak tinggalkan dia dengan orang lain. Yelah, hari-hari berkepit dengan Aiman sepanjang 2 bulan lebih. Tapi kena la kuatkan hati. Kalau tak macam mana nak kerja. Ada hari Aiman ok, ada hari Aiman menangis sampai sedu-sedu. Dia masih nak biasakan diri. Dah biasa kat rumah beraircond, duduk rumah babysitter peluh-peluh sampai naik ruam. Panas agaknya. Tak selesa pun mungkin sebab dia nangis. Kena gigit nyamuk (ni mommy sedih jgk tgk bekas2 gigitan di tangan, kepala Aiman. huhu). Banyak benda out of control. Mommy tak boleh terlalu fikirkan. Kalau nak semuanya ok dan baik, kenalah jaga sendiri. Tak boleh nak complaint sangat. Dah ada orang yang sanggup jagakan, syukur. Dia pun jaga elok. Cuma persekitaran sedikit kurang selesa mungkin bagi Aiman. Takpelah, untuk 2 bulan ini je. Mommy tahu Aiman boleh survive. Nanti bulan 1, tok dgn wan jaga, mommy tak la susah hati sangat.

Mommy punya susu alhamdulillah sentiasa ada juga walaupun sikit. Walaupun perah dapat 1-2oz, tapi kumpul sikit-sikit, jadi banyak jugak. Kasi pagi makan pagi je la. Stok hari ini untuk esok. Janji Aiman dapat minum susu mommy. :-). Kadang bangun lagi kul 3-4 pagi pam susu setelah Aiman tidur kekenyangan susu. Pengorbanan seorang ibu itu kadang kala tak rasa susah pun kalau demi anak. Dah biasa tak cukup tidur. Siang memang tak tidur. Malam yang asyik berjaga setiap 2 jam. Nikmat tidur itu semakin kurang bila dah ada anak. Namun bila tengok Aiman happy, sihat dan membesar, semua penat lelah hilang. Dan bagi saya untuk memberi susu ibu ada susah dalam senangnya. Senang bila anak nak minum, memang boleh terus bagi. Cuma nak buat EBM, nak pam, nak simpan stok, semua itu memerlukan kerajinan dan komitmen. Alhamdulillah jadual semester ni tak lah packed sgt wpun kuliah ada setiap hari kecuali jumaat. Saya pun ada bilik sendiri jadi senang nak pam susu. Kesian untuk ibu-ibu yang kerja sibuk dan takde bilik sendiri. Macam kerja kat pasar raya ker, kerja doktor ker. Sebab tu saya tak boleh nak bagi alasan untuk tak beri susu ibu ni. Cuma kena cari masa dan kerajinan mengepam la. Milk booster masih belum jumpa walaupun dah makan macam-macam. Takpelah, usaha lagi. 🙂

Sabtu lepas bawak Aiman balik singapore jumpa Buyut (moyang) dia.Ada kenduri kahwin. Sepupu saya kawin. 1st time Aiman naik kapal terbang. 1st time juga ke luar negara. hehe. Mommy umur 23tahun baru merasa naik kapal terbang. Aiman kecik-kecik dah fly. Dia ok. Tak menangis. Aiman kalau bab berjalan memang sentiasa excited dan happy je. Kaki berjalan macam mommy dia kot. :p

Sebenarnya banyak benda dan kerja nak buat. Otak ni fikir macam-macam. Penat dah. Risaunya bila fikirkan tuntutan kerja. Mampukah saya ni jadi supermak? ibu bekerjaya? Sekarang pun kelam kabut je. Uruskan rumah, uruskan anak. mana nak uruskan suami lagi. Mencabar. Saya rasa sangat mencabar menjadi ibu berkerjaya ni. Mungkin kerana saya ni perfectionist. Kalau tak dapat buat sesuatu tu rasa sedih/down. Lagi-lagi kalau selama ni dah biasa buat.

Apa-apa pun, saya yakin, Tuhan beri kudrat untuk saya jadi ‘supermak’. Dia Maha Mengetahui. Dan saya gembira dengan kehadiran Aiman (walaupun penat dan kelam kabut sekarang ni, hehe), tapi saya sangat menghargai rezeki kurniaan Ilahi ini. Menjadikan saya lebih matang, hidup lebih bermakna dan lebih gembira! Mommy sayang Aiman! Tak sabar nak balik jumpa Aiman!

Advertisements

Aiman dan korban

Tiada perkataan yang sesuai dapat menggambarkan perasaan sewaktu melihat raut wajah anak yang sedang tidur. Sangat kasih terhadapnya. Tenang. Begitu juga sewaktu menyusukan anak. Sangat best melihat wajahnya, mengusap kepalanya, memeluk badannya. Hangat. Ikatan antara ibu dan anak. Sangat indah. Saya amat suka saat-saat begini! :-).

Aiman budak baik. Kalau tukar pampers tgh malam tak pernah menangis. Lepas saya tukar, dia menyusu dan akan tidur balik. Bangun pagi-pagi dia akan mengeliat macam orang besar, betulkan segala urat. Sangat comel! dan akan senyum lebar-lebar bila saya menegurnya. Bila kita ajak sembang, akan senyum dan senyum lagi dan akan membalas dengan bahasa-yang-Aiman-sendiri-paham. :-). Hati ibu mana yang tidak cair dengan senyuman manis anak sendiri. Aih, pengubat jiwa duka lara.

Hari ni hari raya korban. Alhamdulillah Aiman menunaikan ibadah korbannya tahun ini. Walaupun masih kecil, tok dgn wan beria sangat nak masukkan nama Aiman untuk bahagian korban. Maka, tadi pagi kami berdua ke masjid untuk melihat lembu dikorbankan. Daddy Aiman on call hari ni (sian mommy dan Aiman!). Sewaktu nama Aiman di panggil, Aiman sedang enak tidur dalam pouch, berdakapan dengan mommy. Wan yang tolong wakilkan pegang lembu tu, sambil berniat. Mommy pun niat dan doa dalam hati agar ibadah korbanmu ini diterima oleh Allah anakku. Kalau ada rezeki lagi, nanti kita buat lagi.

Semalam hari yang sangat mencabar dan menyentap hati seorang ibu. Cewah. Sibuk sangat memasak di dapur untuk persiapan raya. Mommy hanya sempat jumpa Aiman kejap-kejap untuk menyusu. Itupun bila Aiman dah menangis. Mommy serah Aiman kat daddy je untuk dijaga. 2 kali terpaksa bagi FM kerana Mommy yang tak dapat nak bagi susu kat Aiman. Dan walaupun dah minum susu botol, Aiman cari juga mommy nak nenen. Sampai menangis-nangis. Mommy sebenarnya sangat gembira Aiman nangis sebab nak nenen dengan mommy. Maknanya Aiman sangat menghargai momen kita berdua dan sangat suka susu mommy. :-). Tapi tugasan mommy sangat banyak semalam. Semalam masak rendang, kuah kacang dan mee rebus. Mommy masak sorang-sorang. Untuk Soto, saya dah tak larat, bagi tugas pada kak long sahaja. Hanya mampu bantu buat begedil sahaja. Daddy Aiman pun mengeluh Aiman tak nak diletak, nak berdukung je. Lenguh. Mungkin meragam sebab dia tahu mommy dia ada tapi tak selalu ada dengan dia macam biasa dan tak dapat nak mengempeng bila-bila masa yang dia mahu.

Alhamdulillah, hari ni mommy dapat menyusukan Aiman sepenuhnya dengan susu mommy. Mommy sangat puas hati dan happy. Sangat sedih hati mommy ni bila terpaksa bagi Aiman susu formula. Orang lain takkan faham. Tok pun tak faham. Mommy stress juga bila asyik disuruh beri FM tiap kali Aiman menangis atau merengek. Mungkin salah satu faktor juga kenapa susu mommy ni tak banyak2. Asyik stress je. huhu. Kadang baby nangis bukan sebab lapar sahaja, tapi banyak sebab lain. Semalam lagi la mommy stress bila tok suruh bagi Aiman makan! huhu. Tunggu la 6 bulan, lepas organ Aiman dah develop. Kadang-kadang susah nak bercakap dengan orang yang lebih tua. Nak terangkan banyak-banyak, nanti kata macam pandai sedangkan anak diorang ramai dan itu mereka buat. Anak sihat dan besar je. Tapi sebab mommy baca, knowledge ada, kita tahu baik buruk sesuatu, takkan nak buat juga. I always want to give the best to my child. Hanya yang terbaik dan akan buat yang terbaik. Mommy nak tunaikan tanggungjawap ini sebaiknya. Mommy tak mahu menyesal kemudian hari. Ini pun mommy banyak rasa bersalah bila bagi Aiman minum susu formula bila orang asyik kata mommy tak cukup susu. Aiman lapar. Walaupun hanya sekali dua sehari. Tapi mommy sedih juga. Mommy belum cukup kuat Aiman. InsyaAllah ye nak, mommy cuba bagi susu mommy sepenuhnya.

Mommy tahu susu mommy ni paling terbaik buatmu nak. Susu ini hak kamu. Bermacam cara mommy ikhtiar agar susu ini banyak untuk mu. Tapi mungkin rezeki kamu hanya cukup-cukup ini sahaja buat masa ni. Mommy sempat buat stok sikit-sikit je. Kelakar je dapat pam 1-1.5oz sekali pam. Orang lain berbotol-botol. Aiman banyak direct feeding dan lepas menyusu susu mommy ni lambat nak penuh. Takpelah. Mommy selalu positive yang susu mommy ni cukup untuk Aiman dan akan jadi semakin banyak bila Aiman semakin besar. Sesuai dengan pertumbuhan. Apa yang ada ni, kita minum je la yer nak. Stok tak penuh peti ais macam orang pun takpe. Janji bila Aiman nak menyusu dengan mommy, susu ada je.

nota kaki gemuk: tiba-tiba jadi emosi bila cakap pasal susu ibu. Setiap ibu pastilah mahu yang terbaik untuk anaknya bukan?