Archive | December 2011

Luahan hati

Ok. Ini untuk mengurangkan kesedihan. Takde siapa tahu betapa saya sangat sedih bila terpaksa top up anak dgn susu formula. No. Saya takde anti sgt dgn FM cuma saya rasa susu saya paling bagus untuk Aiman. Dan bila susu saya sikit, ramai bagi mcm2 nasihat dan saranan untuk saya. Terima kasih. Saya tahu kamu semua concern. Tapi, saya juga dah berusaha macam-macam untuk bykkan susu. Saya disiplin mengepam 4x sehari waktu pejabat, dan bgn tgh mlm utk pam. Semata-mata untuk bekalan Aiman esok hari. Sekali pam dpt 2oz je. mmg itulah yg sy dpt dr sejak bekerja. masa dlm pantang lagi sikit. saya syukur. Kat rumah mmg direct feed jek sekerap yang Aiman mahu. Yg saya sedih, kdg ada ibu-ibu yg pandang serong atau terus cop ibu yg bg anak FM mcm kurang usaha dan malas. Sbb tu bg anak FM. Tak disiplin la, tak minum air byk la, malas pam la etc. Percayalah, takde ibu nak bg anak yang tak baik. Semua nak bg anak mknan yg terbaik. Macam-macam supplement saya makan. Saya minum air dekat 3L sehari sampai asyik pergi toilet. Angkut botol air 2L pi ofis ari2. Bwk beg pam susu lagi. Bwk beg isi macbook lagi. Bwk handbeg lagi. :-). hehe. mcm nenek siput okeh. rebeh bahu kiri kanan. Macam-macam milk booster saya cuba. Macam-macam supplement saya telan. Banyak saya berhabis duit untuk memberikan anak saya susu ibu. Janganlah kata org bagi susu ibu ni nak jimat dan kedekut nak beli FM yer.
:-).Kalau kuliah, saya anjakkan waktu mengepam awal/lambat. tapi saya pastikan saya pam 4 kali jgk untuk dapat susu byk untuk bekalan Aiman esok hari. Stok susu saya kais pagi, makan pagi. Memang takde frozen EBM.
Saya pun tak dapat support dari family yang sepenuhnya. Ini part ada sedih jugak la. Walaupun suami saya doktor, dia tak menghalang, cuma galakan tu kurang la. Dia tahu saya bangun malam-malam, pam susu, tapi takdelah kata-kata appresiasi. Kalau nak duit beli brg utk susu ibu ni, dia boleh bg je. Nursing wear ke, nursing bra ke, dia belikan jek. Suruh beli milk booster, dia beli je. Tapi masih selamba je suruh bagi FM masa anak kuning dalam hari. Bila mak dia suruh bagi FM, dia takdelah nak back-up beria pun suruh saya bg susu ibu. Susah nak educate keluarga sendiri tau. Cuma bila sekali emaknya suruh bg makan, dia pertahankan jugaklah. Kata yg boleh makan selepas 6 bln. Itu kelebihan dia kerja di wad pediatrik skrg ni. 🙂
Mak saya nurse, ada sijil bidan, pun sama juga. Menggalakkan, tapi masih suruh top up FM bila dia tahu susu saya sikit dan dia kesian cucu dia lapar. Suami ke, mak ke, sama je. Tiada mengesyorkan mcm mana nak bykkan susu, bagi kata-kata semangat ker, solusinya mudah. Bagi je susu formula. Ibu mertua dan ayah mertua juga sama. Suruh bagi FM, senang bila saya bekerja. Komen-komen ‘anak lapar tak kenyang susu’ ‘anak dok mengepam, mengempeng je’ ‘susah org nak jaga bila kerja’ dan lain-lain komen yang kadang kala saya buat-buat tak dengar, masuk telinga kanan, keluar kiri je. Sepanjang saya menyusukan anak saya di rumah, saya hanya mampu tersenyum dan bersabar jika ada komen-komen yang agak ‘negatif’ dan tidak membina. Walaupun saya tahu kadang-kala mereka cakap-cakap gurau, tapi naluri ibu saya tersentuh jugak. Sensitif jg kdg2. Tapi saya diamkan dan hanya mampu senyum je la kerana saya mahu berikan susu ibu pada anak saya walau jumlah sedikit. Biarlah saya nak berkepit je, anak saya. Yang lenguh, tangan saya. Yang tak boleh buat kerja lain, saya juga. hehe. Jadi saya rasa, perjalanan saya untuk breastfeed anak sedikit payah. Kurang sokongan moral. 😦
Usaha, penat lelah saya, saya rasakan berhasil bila ada sekali suami komen tentang fizikal anak saya yang padat dagingnya, tidak lembik. Semua berkat susu ibu mungkin. Dalam hati, saya tak tau nak kata apa, sangat gembira. Saya rasa waktu tidur yang saya discount setiap hari untuk bangun dan pam susu untuk anak saya berbayar dengan Aiman yang sihat dan Alhamdulillah tak pernah sakit demam atau selesema. Aiman bangun menyusu 3-4 kali setiap malam dan mungkin sebab susu saya sikit, dia minum sikit2 dan tidak kenyang lama. Takpelah, janji saya ada susu untuk dia.
Saya tahu kalau saya bagi susu FM bukanlah saya ni ibu yang tak baik. Mak saya bagi je saya minum dari kecik. Jadi je orang. Manja je dengan mak. Cuma sekarang, saya rasa, kita dah di-educate, banyak ilmu yang kita belajar tentang bagusnya susu ibu, ada kemampuan untuk beli alat/pam dan ada cara untuk simpan susu, dan sebagainya, rugilah kalau kita mensia-siakan ilmu yg kita tahu dan peluang yang sekejap cuma ini untuk berikan yang terbaik untuk darah daging sendiri. Anak menyusu pun paling-paling 2 tahun je. Saya yakin saya akan rindukan saat-saat menyusu dengan Aiman bila dia dah tak mau menyusu dengan saya lagi. Sebab saya boleh rasa bonding tu. Setiap kali balik kerja, kepuasan yang dia dapat dari menyusu dengan saya, kami sama-sama dapat merasakannya. Setakat menyusu sambil berdukung dan berjalan di tempat awam, apalah sangat. Biasa bagi saya. Saya tak perlu kerusi untuk duduk dan menyusu, janji Aiman dapat minum susu, kat mana-mana pun boleh. Janji pakai nursing wear dan nursing bra. Memang itulah uniform saya skrg.
Saya bersyukur juga babysitter saya pro kepada penyusuan susu ibu. Bila saya hantar susu sikit, dan bila susu saya habis, dia cakap dia terpaksa bagi FM (saya memang bekalkan buat back-up). Saya faham. Dan bila saya nak pergi kerja atau balik kerja, dia suruh susukan anak saya dulu. Bila saya balik, kadang Aiman kelaparan sebab susu habis dan dia tahan tak nak bagi Aiman formula milk. Dia bagi puting buat Aiman leka. Sebab tu bila saya sampai untuk ambik Aiman, dia suruh susukan time tu jugak. Terima kasih la Cik Nor. Sebab dia kata, susu ibu bagus. Dia pun pandai mengendalikan EBM. Senang kerja saya. Saya syukur sebab bab babysitter, dipermudahkan. Memang kadang saya lama kat rumah babysitter sebab saya menyusukan anak saya di sana. Tapi, ada org tau dan ambik peduli ke? takde kan. Suami saya pun tak tahu sebab saya sorang je yg pergi dan ambik Aman setiap hari. MIL pun tak tau. Mak saya pun tak tau. Takpelah, janji saya tahu dan Aiman kenyang sudah.
Saya akui, kadang-kala saya tewas juga dengan kelemahan diri dan keadaan sekeliling. Bila anak meragam macam tak puas susu saya, saya bancuh je FM sebab Aiman takde masalah langsung minum FM or nipple confuse. Saya tak sampai hati tengok dia lapar. Cuma saya sebagai ibu rasa bersalah, perut anak saya perlu bekerja lebih sedikit untuk digest susu lembu tu. Kesian anak saya. Pastu asyik termuak. Keluar balik hampir separuh kdg2 dari apa yang diminum.
Jadi saya rasa, siapa-siapa yang nak bagi anak susu ibu, memang sangat kuat orangnya. Disiplin. Sabar. Komited. Dan saya rasa ini hak Aiman. Amanah Allah yang perlu saya jaga sebaiknya. Maafkan mommy jika tidak dapat memberikan yang terbaik untukmu nak. Mommy berusaha sedaya mungkin. Percayalah.
Tolonglah berikan sokongan. Memang selama ini, ilmu semua saya cari sendiri berkaitan susu ibu sebab saya yang nak sangat bagi susu ibu ni. Dan saya belum cukup kuat nak educate family sendiri betapa berharganya dan baiknya susu ibu ini bila ada komen-komen yang kurang ‘sihat’ di telinga saya. Semoga Allah tunjukkan jalan.
Inilah luahan saya yang baru menjadi ibu dan menyusukan anak tak sampai 4 bulan lagi. Perjalanan saya masih panjang. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin