Luahan hati

Ok. Ini untuk mengurangkan kesedihan. Takde siapa tahu betapa saya sangat sedih bila terpaksa top up anak dgn susu formula. No. Saya takde anti sgt dgn FM cuma saya rasa susu saya paling bagus untuk Aiman. Dan bila susu saya sikit, ramai bagi mcm2 nasihat dan saranan untuk saya. Terima kasih. Saya tahu kamu semua concern. Tapi, saya juga dah berusaha macam-macam untuk bykkan susu. Saya disiplin mengepam 4x sehari waktu pejabat, dan bgn tgh mlm utk pam. Semata-mata untuk bekalan Aiman esok hari. Sekali pam dpt 2oz je. mmg itulah yg sy dpt dr sejak bekerja. masa dlm pantang lagi sikit. saya syukur. Kat rumah mmg direct feed jek sekerap yang Aiman mahu. Yg saya sedih, kdg ada ibu-ibu yg pandang serong atau terus cop ibu yg bg anak FM mcm kurang usaha dan malas. Sbb tu bg anak FM. Tak disiplin la, tak minum air byk la, malas pam la etc. Percayalah, takde ibu nak bg anak yang tak baik. Semua nak bg anak mknan yg terbaik. Macam-macam supplement saya makan. Saya minum air dekat 3L sehari sampai asyik pergi toilet. Angkut botol air 2L pi ofis ari2. Bwk beg pam susu lagi. Bwk beg isi macbook lagi. Bwk handbeg lagi. :-). hehe. mcm nenek siput okeh. rebeh bahu kiri kanan. Macam-macam milk booster saya cuba. Macam-macam supplement saya telan. Banyak saya berhabis duit untuk memberikan anak saya susu ibu. Janganlah kata org bagi susu ibu ni nak jimat dan kedekut nak beli FM yer.
:-).Kalau kuliah, saya anjakkan waktu mengepam awal/lambat. tapi saya pastikan saya pam 4 kali jgk untuk dapat susu byk untuk bekalan Aiman esok hari. Stok susu saya kais pagi, makan pagi. Memang takde frozen EBM.
Saya pun tak dapat support dari family yang sepenuhnya. Ini part ada sedih jugak la. Walaupun suami saya doktor, dia tak menghalang, cuma galakan tu kurang la. Dia tahu saya bangun malam-malam, pam susu, tapi takdelah kata-kata appresiasi. Kalau nak duit beli brg utk susu ibu ni, dia boleh bg je. Nursing wear ke, nursing bra ke, dia belikan jek. Suruh beli milk booster, dia beli je. Tapi masih selamba je suruh bagi FM masa anak kuning dalam hari. Bila mak dia suruh bagi FM, dia takdelah nak back-up beria pun suruh saya bg susu ibu. Susah nak educate keluarga sendiri tau. Cuma bila sekali emaknya suruh bg makan, dia pertahankan jugaklah. Kata yg boleh makan selepas 6 bln. Itu kelebihan dia kerja di wad pediatrik skrg ni. ๐Ÿ™‚
Mak saya nurse, ada sijil bidan, pun sama juga. Menggalakkan, tapi masih suruh top up FM bila dia tahu susu saya sikit dan dia kesian cucu dia lapar. Suami ke, mak ke, sama je. Tiada mengesyorkan mcm mana nak bykkan susu, bagi kata-kata semangat ker, solusinya mudah. Bagi je susu formula. Ibu mertua dan ayah mertua juga sama. Suruh bagi FM, senang bila saya bekerja. Komen-komen ‘anak lapar tak kenyang susu’ ‘anak dok mengepam, mengempeng je’ ‘susah org nak jaga bila kerja’ dan lain-lain komen yang kadang kala saya buat-buat tak dengar, masuk telinga kanan, keluar kiri je. Sepanjang saya menyusukan anak saya di rumah, saya hanya mampu tersenyum dan bersabar jika ada komen-komen yang agak ‘negatif’ dan tidak membina. Walaupun saya tahu kadang-kala mereka cakap-cakap gurau, tapi naluri ibu saya tersentuh jugak. Sensitif jg kdg2. Tapi saya diamkan dan hanya mampu senyum je la kerana saya mahu berikan susu ibu pada anak saya walau jumlah sedikit. Biarlah saya nak berkepit je, anak saya. Yang lenguh, tangan saya. Yang tak boleh buat kerja lain, saya juga. hehe. Jadi saya rasa, perjalanan saya untuk breastfeed anak sedikit payah. Kurang sokongan moral. ๐Ÿ˜ฆ
Usaha, penat lelah saya, saya rasakan berhasil bila ada sekali suami komen tentang fizikal anak saya yang padat dagingnya, tidak lembik. Semua berkat susu ibu mungkin. Dalam hati, saya tak tau nak kata apa, sangat gembira. Saya rasa waktu tidur yang saya discount setiap hari untuk bangun dan pam susu untuk anak saya berbayar dengan Aiman yang sihat dan Alhamdulillah tak pernah sakit demam atau selesema. Aiman bangun menyusu 3-4 kali setiap malam dan mungkin sebab susu saya sikit, dia minum sikit2 dan tidak kenyang lama. Takpelah, janji saya ada susu untuk dia.
Saya tahu kalau saya bagi susu FM bukanlah saya ni ibu yang tak baik. Mak saya bagi je saya minum dari kecik. Jadi je orang. Manja je dengan mak. Cuma sekarang, saya rasa, kita dah di-educate, banyak ilmu yang kita belajar tentang bagusnya susu ibu, ada kemampuan untuk beli alat/pam dan ada cara untuk simpan susu, dan sebagainya, rugilah kalau kita mensia-siakan ilmu yg kita tahu dan peluang yang sekejap cuma ini untuk berikan yang terbaik untuk darah daging sendiri. Anak menyusu pun paling-paling 2 tahun je. Saya yakin saya akan rindukan saat-saat menyusu dengan Aiman bila dia dah tak mau menyusu dengan saya lagi. Sebab saya boleh rasa bonding tu. Setiap kali balik kerja, kepuasan yang dia dapat dari menyusu dengan saya, kami sama-sama dapat merasakannya. Setakat menyusu sambil berdukung dan berjalan di tempat awam, apalah sangat. Biasa bagi saya. Saya tak perlu kerusi untuk duduk dan menyusu, janji Aiman dapat minum susu, kat mana-mana pun boleh. Janji pakai nursing wear dan nursing bra. Memang itulah uniform saya skrg.
Saya bersyukur juga babysitter saya pro kepada penyusuan susu ibu. Bila saya hantar susu sikit, dan bila susu saya habis, dia cakap dia terpaksa bagi FM (saya memang bekalkan buat back-up). Saya faham. Dan bila saya nak pergi kerja atau balik kerja, dia suruh susukan anak saya dulu. Bila saya balik, kadang Aiman kelaparan sebab susu habis dan dia tahan tak nak bagi Aiman formula milk. Dia bagi puting buat Aiman leka. Sebab tu bila saya sampai untuk ambik Aiman, dia suruh susukan time tu jugak. Terima kasih la Cik Nor. Sebab dia kata, susu ibu bagus. Dia pun pandai mengendalikan EBM. Senang kerja saya. Saya syukur sebab bab babysitter, dipermudahkan. Memang kadang saya lama kat rumah babysitter sebab saya menyusukan anak saya di sana. Tapi, ada org tau dan ambik peduli ke? takde kan. Suami saya pun tak tahu sebab saya sorang je yg pergi dan ambik Aman setiap hari. MIL pun tak tau. Mak saya pun tak tau. Takpelah, janji saya tahu dan Aiman kenyang sudah.
Saya akui, kadang-kala saya tewas juga dengan kelemahan diri dan keadaan sekeliling. Bila anak meragam macam tak puas susu saya, saya bancuh je FM sebab Aiman takde masalah langsung minum FM or nipple confuse. Saya tak sampai hati tengok dia lapar. Cuma saya sebagai ibu rasa bersalah, perut anak saya perlu bekerja lebih sedikit untuk digest susu lembu tu. Kesian anak saya. Pastu asyik termuak. Keluar balik hampir separuh kdg2 dari apa yang diminum.
Jadi saya rasa, siapa-siapa yang nak bagi anak susu ibu, memang sangat kuat orangnya. Disiplin. Sabar. Komited. Dan saya rasa ini hak Aiman. Amanah Allah yang perlu saya jaga sebaiknya. Maafkan mommy jika tidak dapat memberikan yang terbaik untukmu nak. Mommy berusaha sedaya mungkin. Percayalah.
Tolonglah berikan sokongan. Memang selama ini, ilmu semua saya cari sendiri berkaitan susu ibu sebab saya yang nak sangat bagi susu ibu ni. Dan saya belum cukup kuat nak educate family sendiri betapa berharganya dan baiknya susu ibu ini bila ada komen-komen yang kurang ‘sihat’ di telinga saya. Semoga Allah tunjukkan jalan.
Inilah luahan saya yang baru menjadi ibu dan menyusukan anak tak sampai 4 bulan lagi. Perjalanan saya masih panjang. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin

Advertisements

8 thoughts on “Luahan hati

  1. Salam We,

    sedih pulak baca entry ni…tak mampu nak tolong apa2. tapi percayalah pengorbanan anda pasti mendapat balasan yang terbaik.
    Kita pun pernah alami benda yang sama cam Wawe hadapi. Semua org disekeliling [yang paling dekat dengan kita] semuanya mengesyorkan bagi FM masa Adam kecik dulu. Dan kita pun tewas dan selang selikan dengan BM. So, bila baca ttg kawan2 yang ada masalah yang same, sangatlah geram dan sedih cause i was in the same shoes as you.
    Harap wawe sabar dan continue berikan yang terbaik, mungkin pergi berurut pada org yang sepatutnya. Ada kawan kita punyalah susah nak keluarkan susu dekat 3-4 bulan tersiksa, bengkak susu tapi keluar sikit…bukan blocked duct, tapi lepas dia berurut alhamdulillah susu dia banyak sbb bidan tu kata urat susu or what so ever ada tersimpul. Mungkin Wawe boleh cuba cara ni pulak.
    Kita hanya mampu berikhtiar dan doa banyak2 supaya allah mudahkan segalanya ye…
    Oh ya, ada terbaca wawe ada try shaklee. Kalau nak minta nasihat dan sokongan yang bagus boleh try hubungi blogger ni, Kak N http://www.anakkuwiraku.com/
    dia sangat concern dengan pengguna shaklee. Dulu masa Ila consume shaklee dia siap call and beri panduan dan galakkan.
    Remember We, we are supermommy, and we can always give the best to our child insyaAllah…
    Take care

  2. Thanks Ila for the support. Really appreciate it. Memang ambik Shaklee. Susu takdelah byk, cuma perasan sedikit pekat. InsyaAllah akan kuatkan semangat dan hati untuk breastfeed Aiman. Kdg2 mmg rasa nak give-up je Ila bila tgk Aiman ok je minum FM, bila org lain byk komen dan bila penat sgt. Tapi jadi ibu, kenalah byk berkorban kan. Tak kisah la tak cukup tido ke, penat ke, janji anak sihat dan kuat. Nanti wawe try la berurut lagi sekali. Mungkin jgklah kot ada urat tersimpul ke hapa ke kan. Kdg kan rasa penat lelah tak dihargai. tapi Allah lebih mengetahui. Kena byk2 sabar dan muhasabah diri. Buat semua ni dengan ikhlas tanpa perlukan balasan. Kena ikhlaskan diri demi anak.

  3. assalamualaikum. petua mak saya, minum air rebusan daun betik. pahitnya memang pahit yg amat tapi berkesan untuk menambah air susu.. do give it a try next time ^_^

    • waalaikumsalam. wah. tak pernah try lagi minum air daun betik. makan daun betik adalah. itu pun dah jadi lauk. ๐Ÿ™‚

  4. salam, actually now im in the same shoes like u,excatly same..tak tahu nak buat apa..macam2 supplement saya makan, still merudum..can u imagine, saya siap amik juice lobak putih lagi, tak letak apa2,just blend sahaja n minum cm tuh, demi anak saya nama intan.sy sanggup buat apa sahaja untuk dia…one thing, luckly , my MIL very supportive..dia yang buat semua benda untuk tambah kan susu saya, kesian jugak tgk usaha dia, coz dia yang jaga intan tuh..anyway, to topup FM, bulan kehendak kita kan, kita dh berusaha , semua serah pada Allah..saya siap g urut lah, but still sama..

    • Salam. Saya redha kalau itu sahaja rezeki anak saya. InsyaAllah mungkin anak kedua saya berjaya fully BF speenuhnya. :-). My MIL pun kdg2 tlg buatkan milkbooster dan tapi FM kena bagi juga sbb diorang kata susu saya sikit dan nnt bila kerja susah. Baby nak mengempeng je. Diorang takut baby tak boleh ditinggalkan dgn babysitter nnt.:-). My mom pun supportive jugak sbnrnya. kdg2 dia masakkan or buatkan je milkbooster kalau sy ckp org ckp itu ini boleh bykkan susu. cuma bila susu sikit and baby nangis, dia suruh top up FM. tu awal2 masa dlm pantang stress jgk. tahan awak yer makan yg raw lobak putih tu. Saya yg dah masak goreng tu pun kdg payah nak telan. Kalau masak tumis air ok sket la. hehe

  5. Same here… Ur experience sangat sama dgn what I’m experiencing now. Memang sedih sangat when people that really close to us tak support BF. My hubby loves to feed his little girl with FM. Rasa sayu bila tengok anak kena feed FM. Naluri ibu kot. Alasan my hubby n mil, susu I x bagi baby kenyang… Hmmm susah nak educate diaorg ni.

  6. my mil pon suruh ajar anak fm..hari ni, anak sy 75hari tak penah lg sy beli fm sbb susu sentiasa ada..alhamdulillah,rezki Allah, tapi dia suruh jgk campur bm & fm takut2 susu xcukup bila sy masuk keje nanti.. mil cakap frozen ebm boleh buat baby muntah2 sbb susu lama, padahal sy dah terangkan pada dia berapa lama ketahanan ebm..niat hati nak sgt2 exclusively bf at least 6 months.cakap lebih2 karang terasa hati pulak..dilemanya sy..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s