Archive | January 2012

Post pertama di Tahun Baru 2012

Lamanya tak menulis. Banyak nak cerita tapi tiada kesempatan.
Banyak dah berlaku.Antaranya:
1. My hubby patah jari gara-gara futsal. :-). Dia masih MC di minggu yang ke-2. Boleh lagi dapat MC kalau tak sambung tulang yg patah tu.
2. My hubby kena transfer ke Hospital Jempol. :-(. Akan bermulalah kembali long distance relationship. Bukan sahaja antara kami tapi melibatkan si kecil. Sedihnya! Sian Aiman.:-(
3. Saya dapat projek grant RM30k. Alhamdulillah. Walaupun sedikit, tapi sangat membantu untuk permulaan. dan saya ada research assistant cum master student bernama Haslinda.:-). Skrg nak apply lagi grant baru dan nak buat proposal meletup2 dan collaborate dgn SIL. Semangat!
4. Aiman dah pandai pusing. Satu lagi milestone untuk anak mommy. Makin pandai dan keletah. Serta kuat menjerit!
5. My mom dah pencen dan my parents dah tinggal dekat dengan kami dua beradik. Yeay! super duper syukur dan like! 🙂
6. Berkaitan dgn no.5, maka now my mom dah jaga Aiman. Sangat syukur juga.:-)
7. Daddy Aiman dah belikan kami kereta baru. Zoom..zoom! 🙂
8. Saya masih lagi gemuk dan menyusukan Aiman dengan susu ibu. haha. :-). Sekarang lagi banyak minum. Hasil masih begitu. Dah campur FM 3 kali sehari. Increase dah. :-(. Sebolehnya saya tak nak stress sangat pasal ini sebab nanti lagi merudum. So bersyukur dengan rezeki yang ada. Dah order buku penyusuan susu ibu. Tak sabar nak baca. Saya dah try makan pil dr hospital pun tak jalan juga. Tapi masih belum habis ikhtiar lagi. Belum jumpa my milkbooster.
9. Suami belikan saya hp dan handbag baru (setelah 6-7 tahun berkahwin yer). Maka dapat lah yang mahal sikit. sikit aje. hehe. Terima kasih abang. Bye bye samsung perkahwinanku. Masih sayang lagi hp lama. Tapi cik abang nak saya guna smartphone. Dan ia sangat membantu dalam kerjaya saya serta pengurusan masa dan jadual. Dan juga boleh ambil gambar dan video Aiman dengan baik dan banyak! 🙂
10. Saya masih lagi menggantung penulisan tesis. Hopefully bila mama dah jaga Aiman ni, bolehlah menulis dah submit before April. Tak sabarnya nak habis! huhuhuhu.