Archive | February 2012

Musibah dan muhasabah

Hidup ni banyak dugaan. Allah bagi ujian untuk sedarkan kita betapa kita ni manusia je. Tak perfect, lemah, tak kebal. Allah sebenarnya sayangkan kita dan mahu kita lebih mengingat Dia. Sebab kita ni manusia, selalu lupa, alpa, leka.
Ruginya kalau kita tak ambil iktibar dari musibah yang melanda dan cuba membaiki kelemahan diri. Muhasabahlah.
Tapi, bukan semua orang akan dapat hidayah Allah. Hanya orang yang terpilih. Kita boleh berdoa supaya kita jadi orang yang terpilih itu. Dan kita juga boleh doa untuk orang yang kita sayang supaya dia juga mendapat hidayah.
Semoga Allah akan memberikan hidayahNya pada kita.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Semoga segalanya tidak terlambat untuk kita bertaubat dan membaiki kelemahan dan kekurangan yang ada.
Segala yang berlaku, di langit dan di bumi, hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Walaupun kita kadang kurang bersyukur dan juga tak sedar-sedar diri, dia masih beri nikmat pada kita.
Itu pun kita masih tak malu dengan Dia. Tak reti nak bersyukur. Sering mengeluh.
Dan bagi hati yang masih mendambakan cahaya hidayah darinya, jiwa ni sering merasa tertekan dan sedih bila masih tak dapat mengubah diri kepada lebih baik.
Di mana kekuatan itu?
Masih mencari.

Advertisements

Aiman first solid food!

Lamanya tak menulis. Rindu. Sibuk dengan Aiman, dengan kerja. Sekarang pun tak dok ofis sangat. Dengan student start lab dah. Kelas pun mula next week. Satu hapah belum prepare. Dengan tesis yang dah lama terbengkalai.
Stress! Tak larat nak melemparkan senyuman palsu dan menahan perasaan malu ni bila orang dok tanya bila nak submit tesis. Kalaulah kamu boleh tolong buatkan, saya bayar, boleh? :p
Makanya, minggu depan berazam untuk keluar ke ofis sejurus selepas subuh dan pulang hanya selepas jam 6 petang. Balik rumah bila melayan anak memang tak buat kerja. Dan bila tidurkan Aiman dengan mommy dia tido sekali sebab dah kepenatan. Semoga Allah memudahkan urusan aku. Banyak dah dipermudahkan sebenarnya. Dengan mama dan ayah yang sangat2 membantu. Saya seharusnya tidak mensia-siakan nikmat dan peluang yang ada ini.
Harus ada disiplin dan konsisten yer mommy Aiman!
Aiman dah nak masuk 6 bulan lagi 3 hari. Aiman dah start makan 2 hari yang lepas. Mommy discount la seminggu yer. :p. Bising juga Wan Badar dia. Almaklumlah, bekas matron paeds. tapi daddy dia cool saja wapaun dia bekas M.O Paeds. haha. Sian tgk Aiman excited tgk kita makan. First solid food Aiman adalah makanan ruji kita, bubur nasi. hehe. Setakat ni mommy baru try bagi Aiman makan bubur nasi+carrot (first day), puree apple (2nd day), kentang+carrot+kurma (3rd day) dan hari ni makan avocado+kurma. yum2. Aiman nampaknya suka sgt makan avocado. abis semangkuk! sebiji avocado dan sebiji kurma. Mungkin manis dan lemak kurma buat dia selera nak makan. Puree apple dia tak berapa suka sgt.
Kelakar ok tgk Aiman belajar nak makan. Tak reti nak nganga bukak mulut dan telan. Dia gigit sudu la, dia hisap hujung sudu la. Dia marah bila kita tarik sudu dari mulut dia. Mungkin dia ingat macam minum susu, lancar je tanpa stop kan. Alhamdulillah masuk hari ke 3 dia dah enjoy dan pandai nak buka mulut bila kita sua sudu. Semoga Aiman membesar dan sihat yer. Mommy akan try macam2 resepi yang sihat2. Kalau boleh buat sendiri, buat apa nak beli. Masak sendiri lebih berkhasiat. Tapi akan beli jugak kot dan bagi makan farley biscuit+susu ker, kot travel mana nak masak2 kan. Nak menyimpan lagi. Mula-mula ingat nak beli blender Beaba/avent tu, tgk harga mahal sungguh sampai 700 lebih. Yela, boleh steam, blend, reheat, defrost seme (mommy malas dan nak senang je!haha). Aiman makan blend halus ni cuma 3 bulan je, lepas tu boleh makan yang bertekstur. Macam membazir. Boleh beli benda lain. Takpelah. Mommy kena rajin cuci steamer dan blender je. Pinjam kakak Sarah punya blender dulu. Wan pun ada steamer kecik. hehe.
Mommy dok tgk org buat fruit puree banyak2 dan freeze kan. Wan Badar tak bagi mommy buat macam tu. Everytime kena buat fresh. Makan hari itu untuk hari itu saja. Dia kata nanti kurang khasiat la, tak sedap la. hehe. Wan tak bagi mommy Aiman ni malas2 yer. yela, demi mu nak oi. Mommy buat je la.
Aiman dah pandai mengiring, mengesot (ke belakang je lebih), angkat2 punggung dan tujah ke depan. Gigi dah ada 2 batang. Kuat menggigit Ya Allah. Mommy kadang seriau nak bagi susu. hehe. Mommy cubit je kalau Aiman gigit mommy. Biar sama2 sakit! haha.
Banyaknya nak cerita lagi. Nanti la. Aiman dah bangun tidur. Oh, daddy Aiman tak jadi posting ke hospital Jempol, dapat hospital Seremban. Ok la tu. Boleh berulang walaupun jauh. Mommy pasrah je la. Dah kerja kan.