Hidup ni banyak dugaan. Allah bagi ujian untuk sedarkan kita betapa kita ni manusia je. Tak perfect, lemah, tak kebal. Allah sebenarnya sayangkan kita dan mahu kita lebih mengingat Dia. Sebab kita ni manusia, selalu lupa, alpa, leka.
Ruginya kalau kita tak ambil iktibar dari musibah yang melanda dan cuba membaiki kelemahan diri. Muhasabahlah.
Tapi, bukan semua orang akan dapat hidayah Allah. Hanya orang yang terpilih. Kita boleh berdoa supaya kita jadi orang yang terpilih itu. Dan kita juga boleh doa untuk orang yang kita sayang supaya dia juga mendapat hidayah.
Semoga Allah akan memberikan hidayahNya pada kita.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Semoga segalanya tidak terlambat untuk kita bertaubat dan membaiki kelemahan dan kekurangan yang ada.
Segala yang berlaku, di langit dan di bumi, hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Walaupun kita kadang kurang bersyukur dan juga tak sedar-sedar diri, dia masih beri nikmat pada kita.
Itu pun kita masih tak malu dengan Dia. Tak reti nak bersyukur. Sering mengeluh.
Dan bagi hati yang masih mendambakan cahaya hidayah darinya, jiwa ni sering merasa tertekan dan sedih bila masih tak dapat mengubah diri kepada lebih baik.
Di mana kekuatan itu?
Masih mencari.
Musibah dan muhasabah
Advertisements