Archive | June 2012

June updates!

Lately banyak benda bermain kat kepala otak. Kadang-kadang terasa membuak-buak nak tulis blog tapi masa takde. Bila balik rumah sibuk dengan anak. I always feel guilty when I spent so little time with my son. Kalau balik lambat, dapat main dengan dia dlm 2-3 jam je. Lepas tu dia tido dah. Memang la tido dengan mommy tapi siang yg dia banyak berjaga tu dia dgn org lain.

I love the beauty of breasfeeding. Memang bonding kuat. Malam-malam memang nak mengempeng je. Mungkin sebab itu anak rapat walaupun kita hanya meluangkan sedikit masa dengan mereka. Bukan tak suka Aiman rapat dengan atok dan nenek dia. Tapi risau juga takut dia terlalu clingy dengan mereka dan nanti Aiman tak nak dengan mommy. Tapi Alhamdulillah, Aiman masih menunjukkan ciri mommy no.1. hehe. Kalau balik kerja, kita buka pintu dan dia nampak je muka kita, bersinar-sinar muka tersenyum dan kadang melompat-lompat kegembiraan. Perasaan melihat kegembiraan anak masa tu memang tak tergambarkan. Tak sama reaksi dia kalau tgk daddy dia balik. Janganlah balik tak dukung dia dulu. Menjerit or menangis nanti. Manja mommy! 🙂

A bit stress dgn Paul sebab tak pulang balik draf dah sebulan lebih. Haih. Sempat ke nak hantar before raya ni? Mungkin dia memulang paku buah keras. Yela, dulu pun kalau Paul suruh hantar draf suka tangguh2. huhuhuhu. sendiri mahu ingat la kan.

Aiman dah 10 bulan. dah sedap dan laju je naik walker so dia macam tak nak bertatih. Tapi bila kita suruh dia tolak kerusi nak pulak dia berjalan. Sekarang dah bagi dia makan sendiri. Tapi messy giler la. Habis satu kepala makanan. Tak boleh dibuat untuk makanan yang berkuah sgt. Jenuh nak mengemas. Nak ajar dia makan sendiri. Kalau bagi makanan, dia selalu ambik guna 2 jari dia yg cinonet tu dan akan masukkan dlm mulut sendiri. Tapi satu tabiat dia kalau makan finger food sendiri, suka la nak masuk seme tu dalam mulut sampai penuh. Kita yg takut tercekik. Dan he is so clever. Mana-mana yang dia rasa tak boleh kunyah or telan dia takkan telan. Which is kita tak risau pasal choking. Pernah dia kulum butang la, duit syiling la.hahaha. budak kecik ni suka mengutip. sebab tu tak boleh lepa. Dan serat2 buah yg dia tak boleh kunyah dia luahkan balik.

Mommy dah pening nak bagi Aiman makan apa. Nak buat homemade finger food tak menyempat2. Sometimes bila baca too much info, nnt pening sendiri. Semua pun tak boleh. Too much sugar. Too much salt. Sampai skrg makanan aiman tidak bergaram and I always elakkan yg bergula. Natural sweet takpe. Tapi kdg bila anak tgk kita makan, kita bg rasa juga sesuap dua sebab tak sampai hati. Dan kadang-kadang ‘tertegur’ mak ayah sendiri yg suka nak bg cucu makan sbb kesian. Macam kita lagi pandai dari mereka. Bukanlah macam tu sebenarnya. Cuma saya mahu menjaga kesihatan anak sendiri. Tak salah bukan. Sebenarnya saya ini sgt cerewet tapi bila mengenangkan diri sendiri pun takde masa nak buat, kdg2 kena give and take jugak la. But definitely will not jeopardize his health. Moderate. ye ker? :p. I prefer to prevent than cure. So kena berpenat2 sedikit I guess. Bukan senang jadi ibu ni. Besar tanggungjawap dan amanah untuk berikan terbaik untuk anak.

Kelmarin ada tgk tv rancangan Pesan Atok. Ya Allah, sejuknya hati tgk budak 3 tahun menghafaz surah Al-Mulk. A friend of mine bagi link blok mummy dia. Dia dan kakak dia mengaji dari baby. MasyaAllah. Hebat anak-anak ini. Mommy nak Aiman juga terang hati macam tu. Semoga Aiman dapat mengenal al-quran sejak kecil lagi dan sentiasa menghidup suburkannya dalam hati. Tapi apa yang penting, mommy sendiri kena jadi contoh dan mengamalkannya. Baru anak boleh ikut. InsyaAllah, mommy cuba yang terbaik. Selalu berdoa semoga anak ini menjadi saham di akhirat. Maksud nama Muhammad Haris Aiman adalah ‘penjaga yang bertuah/kanan’. Mommy harap Aiman menjadi orang yang berguna dan bertanggungjawap. Yang menjaga agamanya, yang menjaga kedua ibu bapanya, orang2 yg disayanginya dan menjaga dirinya juga.

Minggu ni dan minggu lepas sibuk marking exam paper. Frust sangat bila ada yang dapat markah 0. Apalah budak-budak ni belajar. Dan perlu tgk balik juga cara pengajaran dan penyampaian. Mungkin sendiri pun ajar diorang tak faham. Tapi dah cakap kalau tak reti nak jawap in English, tulis dalam bahasa melayu pun takpe. Saya juga mengajar mencampur adukkan bahasa supaya mereka lebih faham jika menggunakan bahasa melayu walaupun nota kuliah dalam English. Sebab yang penting saya mahu ilmu itu sampai kepada mereka. Tidak mahulah syok sendiri.

Weekend ni ada 2 undangan. Satu majlis akikah Amelia. Satu lagi majlis pertunangan Zaza. Can’t wait to see both of them.

Oh, nak bercerita pasal pergi Sentosa, Singapore. Konon nak bawak Aiman pergi tgk fish di underwaterworld. Sudahnya dia tido je dlm carrier. Mommy and daddy yg tgk. Dah la cuaca panas dan the worst part is I sudah terjatuh depan orang ramai sampai kaki bengkak! haaa..glamer mak kejap. hehe. Ter miss 1 anak tangga masa nak tgk dolphin show. Semua audience jerit “awww” masa saya sedang menahan diri dan Aiman dari terus tersungkur. Sudahnya tahan guna kedua belah lutut so lutuu bengkak dengan kaki yg dah terpeleot. Tapi bangun cepat2 masa jatuh and buat macam takde apa padahal sakit gilerrrrrrrrrrrr. X-ray takde retak or patah. Just soft tissue injury. Dpt la MC 2 hari. itupun perlu dtg ofis sbb budak2 ada viva (oral exam). Hehe. Macam2 hal.

Hari ni berganti puasa hari ke 7. Lagi 3 mgg je nak puasa. Ada lagi 14 hari nak ganti. Tak tau la sempat ke tak. Macam gaya kena bayar fidyah sikit jugak tahun ni. :p

Tak lama dah nak puasa dan raya kan. Tahun ni sure best sebab ada Aiman nak jalan-jalan raya! hehhehe. Tapi tahun ni raya kat kampung belah suami. huhuhuhu. Mode: pasrah.:-)

Advertisements