Ada apa dengan kesihatan dan berat badan?

Kadang-kadang susah nak menyampaikan ilmu ni. Kita sebolehnya nak berkongsi benda yang bermanfaat dan baik, tapi orang tak nak terima. Terpulanglah. Mungkin ada banyak sebab mengapa kita masih tidak mahu berubah walaupun kita sudah ada ilmu atau maklumat tersebut (Luahan sekejap).

Kadang-kadang tahu banyak benda pun tak best jugak. Betul, knowledge is power. Tapi bila tahu benda-benda yang memudaratkan kita tu yang tak best. Lagi-lagi kalau kita dah terbiasa atau selalu buat/makan benda tu. Macam makanan segera lah. Senang, mudah dan sedap. Tapi tidak elok untuk kesihatan. Rata-rata kita hari ni banyak consume makanan segera kan. Paling busuk pun KFC atau Mcdonalds. Ataupun burger ramly tepi jalan. All of these are processed foods. Dengan kesibukan kita hari ni, dan kemudahan yang ada, kita ambik jalan yang mudah jugalah.

Saya masih ingat sewaktu belajar di Australia, yang mana susah nak dapat makanan halal dan makanan yang dijual pun mahal. Maka tiada pilihan selain memasak. Maka makanlah home-made food setiap hari. Dah terpaksa, semua pun boleh. Kat sini sebab banyak pilihan makanan dan senang nak beli je, maka tidaklah rajin memasak walaupun saya suka memasak. Lagi-lagi beranak kecik, yang payah nak renggang (alasan lagi). Dekat Australia sana, fresh produced mmg superb. Buah, sayur, salad semua segar. Fresh milk ni, berlambak-lambak. Sedap pula. Saya yang tak suka susu pun boleh minum. Rasanya lain. Di sana banyak berjalan, sebab ramai orang jalan kaki. Setakat nak jalan kaki 15-20minit pergi ke sesuatu tempat tu takde hal lah. Jalan kaki setgh jam pun takpe. Budaya berjalan kaki dan naik basikal tu mmg normal. Maka sedikit sebanyak membantu badan untuk bersenam juga. Dapat pulak geng ke gym dan bersukan, mmg best. Rasa fit je. Stamina ok. Di sana, waktu lunch hour kdgkala orang gunakan untuk ke gym atau main bola kat padang!

Sekarang saya rasa badan sangat tidak sihat dan aktif. Dengan jadual harian yang sibuk, jaga anak, memandu setiap hari dengan jalan yang banyak kenderaan, saya rasa macam tak terkejar semua benda. Balik rumah dekat maghrib, dah kepenatan, nak melayan anak yang ditinggal sejak pagi, pukul 10 malam mata dah ngantuk mintak tutup. Tidokan anak, dengan maknya tertidur sekali. Makan pun belasah je semua benda. Mana yang sempat je la kan. Tidak bersenam. Itu pun kalau saya pulang kerja awal sedikit, dapatlah bawak anak berjalan-jalan di luar rumah atau ke playground yang berdekatan untuk setengah jam.

Sejujurnya, saya amat tidak selesa dengan pertambahan berat dan bentuk badan yang ada. Menjadikan diri ini kurang berkeyakinan bila berjumpa atau berhadapan dengan orang. Suami pula sekarang makin rajin bersenam. Jogging, angkat berat, berbasikal. Kadang-kadang nak bersenam bukan tak nak, tapi masa yang saya nak ambil untuk bersenam tu, saya rasa saya mengambil masa untuk diluangkan dengan anak. Mungkin pada sesetengah orang tak kisah, tapi saya kisah. Bayangkan kalau saya balik kerja dah pukul 6 lebih, nak keluar lagi bersenam sampai maghrib. Anak yang excited dah tengok kita balik, minta bermanja dan bermain, tup2 kita sibuk keluar balik pulak. Hanya ada masa 3-4jam sehari untuk bermain dengan dia sebelum dia masuk tidur pada waktu malam. Lagi-lagi kalau menyusu badan. Seharian menunggu nak nenen dengan mommy, mommy balik lambat pulak. Suami tak mengapalah kan. Bukan dia nak susukan anak balik kerja. Lagipun anak biasanya cari mak dia berbanding ayahnya. Dan lagi satu saya kesian juga pada mak ayah saya yang jagakan cucu mereka sampai lewat begitu. Sebolehnya saya mahu beri mereka masa berehat sebelum maghrib supaya mereka dapat beribadat dengan tenang pada waktu malam setelah seharian menjaga cucu.

Nak gunakan masa hujung minggu siapa pula nak jaga anak saya? En. suami? mmmmm….Ini tak payahlah saya ulas. Lagipun kadang kala hujung minggu suami on call. Memang saya berseorangan jaga anak.

Sejujurnya, saya tidak pernah minta time-off dengan suami untuk ada masa ME-TIME setelah ada anak ini. Saya rasa mementingkan diri bila saya berbuat demikian sewaktu anak masih kecil ini yg perlukan perhatian dan jagaan saya. Mungkin bila saya ada masa untuk diri sendiri untuk – bersenam, keluar dengan rakan2, window shopping atau buat apa sahaja yg saya suka seorang diri mesti saya akan rasa bersalah kemudiannya sbb saya rasa baik masa tu saya peruntukan untuk luangkan bersama anak dan keluarga saya. Lebih lagi saya wanita bekerjaya. Perasaan bersalah meninggalkan anak yang kecil dan pergi bekerja itu tidak banyak sedikit masih ada. Sebolehnya jika ada masa cuti atau terluang, saya mahu manfaatkan dengan anak dan keluarga. Sebolehnya saya cuba elak untuk ada kerja lebih masa atau kerja luar. Jika perlu bermalam, memang saya akan bawak anak sekali.

Ini adalah saya dan mungkin lain orang lain caranya. Maka, sebab itu saya sukar untuk cari masa untuk saya realisasikan impian saya untuk bersenam. Tambahan anak saya sedang lasak. Tak boleh nak tinggal sekejap. Ada je yang dibuatnya nanti. Saya mahu kurus. tapi saya tak yakin dengan ubat kurus. Lagi-lagi sedang menyusukan anak. Saya amat bimbangkan side effect yang mungkin boleh dapat pada anak. Sebolehnya saya mahu bersenam dan kekal aktif dan sihat. Mungkin perlu habiskan tempoh penyusuan 2 tahun dan tunggu anak besar sikit. Boleh ajak dia bersenam bersama.

Advertisements

2 thoughts on “Ada apa dengan kesihatan dan berat badan?

  1. Salam dear Wawe,

    Agree dengan apa yang wawe tulis. Masa dengan anak and family sangat berharga untuk ditinggalkan. Namun, pada fikiran aku, kita harus fikir juga tentang kesihatan jangka masa panjang kita. Kadang-kadang terfikir juga, kalaulah aku ni diambil cepat oleh Allah (disebabkan sakit) siapalah nak jaga anak aku? Dapatkah suami menjaga mereka sebagaimana yang kita impikan?

    Untuk wanita berkeluarga sekaligus bekerjaya, masa bersenam sendirian mungkin boleh dilupakan. Our routine is not the same as others. Jadi, apa kata seminggu sekali, ataupun once a fortnight kita boleh ajak family just walking kat taman, sambil tolak anak dalam stroller, sambil borak2 dengan suami.

    Kalau kat Melaka ni, kami ada juga pergi ke Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Penat berjalan, kami masuk ke Kampung Buku (dalam kawasan Hutan tu juga) sebab Adam suka buku. Memang mengaku tak selalu, tapi kami make sure juga.

    Tapi Wawe, berjalan macam ni, bukanlah aim nak kurus. Just set some time with family, instead of ke shopping complex. Banyakkan berjalan di office juga boleh kita usahakan. UKM kan besar, MRSM Jasin pun still luas macam dulu..:)

    That is my 2 cents opinion…Take care.

    • Salam Ila,
      :-). Tuh la. Kena bersenam juga sebenarnya utk kesihatan. Diyat pun dan belikan kasut sukan nak ajak berjogging. tapi mmg payah nak jogging betul2. bawak Aiman jalan2 petang2 kat taman pun mmg dalam perancangan. Pada masa yg sama dapat quality time with family jugak kan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s