Archive | December 2012

Cerita di bulan terakhir 2012

Sekejap dah masuk Disember. Dan banyak pula kerja harus diselesaikan sebelum masuk tahun baru terutamanya SPPU! Stress betul nak isi benda2 ni.

Aiman dah semakin keletah dan aktif. Masih belum bercakap. Mengomel bahasa dia yang mommy tak faham. Hehe. Dah ada 11 batang gigi termasuk geraham bahagian bawah. Semakin manja dengan mommy. Susu mommy pun tak banyak mana dah. Pam la jugak 2 kali kat opis. Still nak stimulate. Sebab malam2 dia nak bergayut je. hehe. Now slowly switching to fresh goat’s milk. Aiman suka Alhamdulillah. Susu kambing is better than cow’s milk. Fresh milk is better than FM. So selalu jugak borong Nubians milk berbotol-botol. Memang agak mahal. Tapi sebab anak minum, beli la jugak. Apa saja demi pemakanan yang baik, mommy tak kisah berhabis duit. Lagipun saya mampu setakat ini. InsyaAllah ada rezeki Aiman. Tapi Aiman sekarang makan agak main-main. Kalau dia makan dengan kita, apa yang ada dalam pinggan kita, sama-sama menyuap dan disuap, memang selera dia makan. Tapi tahap sepahnya, toksah cakap la. Dengan kita-kita ni kena tukar baju. Habis terabur semua makanan bawah meja. Sebab yang disuap dimulut, separuh jatuh. hehe. Mommy pun sambil2 menyuap juga dalam mulut dia. Aiman lagi suka makan mee yang berkuah-kuah dari makan nasi. Dulu beli organic lotus root noodle tu. Dia suka. Kuey teow kering tu yg kita rendam sndr tu pun dia suka. Buat kuah ala-ala mee hailam ke, mee ladna ke, or mee sup. Yang kurang garam. Oh, saya mmg dah beri garam sikit dalam makanan dia. Sebab dia dah suka makan apa yang kita makan. Cuma selalunya kalau kuah-kuah lauk kita, saya memang akan tambah air sedikit sebelum bagi pada dia. Sama macam air minuman, kalau sebok nak minum air sirap kita, semua saya dilute. Dan dia masih happy menerima itu semua. Asal dia tengok kita bagi benda sama/warna sama. Rasa dia tak tahu. Saya perasan kalau bagi benda manis-manis, macam dia nak apa kakak-kakak sepupu dia makan, or kuih2 masa pergi kenduri ke apa, kalau manis2 sangat, dia tak nak makan. Saya kadang bagi juga dia rasa kalau dia dah merengek/ beria-ia minta. Either saya dilute kalau yg basah, or bagi sedikit utk rasa. Selalunya kalau manis ditekak dia, jarang dia minta lagi. Good for him. At least saya tak susah hati sangat. Mungkin sebab dah terbiasa makan tak manis dan tak masin dari kecil.

Cuma ada peristiwa tok dgn wan dia bagi kopi buat saya menangis minggu lepas. Patutlah Aiman tak nak tidur. Selama ini, saya memang tak pernah tengok dia terkebil-kebil walaupun mata dan ngantuk amat nampaknya. Dia ala-ala nak lelap, lepas tu dia bukak semula mata. Dekat sejam mcm tu. Sambil menyusu, selalunya kejap je dia dah lena. Tapi memang malam tu agak berlainan sikit. Rupanya, dia dah diberi minum kopi oleh tok dan wan dia. Memang saya angin dalam hati. Besoknya, benda sama jadi, kali ni, saya sendiri nampak daddy dia tengah bagi Aiman minum kopi! Terus saya bawak lari, saya menangis masa susukan dia. Kenapa buat anak saya macam ni? Saya beri banyak makanan yang baik-baik, saya jaga pemakanan dia elok2, dalam banyak2 benda, kopi jugak nak diberi. Dah la manis, ada caffeine. Kenapa tak boleh nak tunggu budak tu besar baru bagi? Apapun alasan, saya tak boleh terima sebab saya rasa umur aiman yang setahun 4 bulan itu masih tidak sesuai diberi kopi. Nak cop saya mak yang kejam sebab tak bagi anak kopi, coplah. Ayah dia kata, nak bagi cerdas otak. Iyelahhhh. Anak saya tak minum kopi pun aktif semacam. Tapi saya tahu nak salahkan tok dgn wan dia dan daddy dia pun tak boleh. Aiman jenis meminta, kalau tak dapat, dia merengek2 nak sampai dapat. Mereka semua sayang Aiman, so tak sampai hati. Maka bagilah. Hanya saya je yang sampai hati dan kejam selalu tak bagi kalau anak merengek nak sesuatu yang saya rasa dia tak patut makan/minum/main. Tapi saya buat ada sebab saya sendiri kenapa saya tak bagi. Kadang-kadang memang saja saya cakap depan2, ‘this is not yours, not good for you’. Saya rasa mereka perlu hormat saya sebagai ibu dia. Tapi saya juga perlu jaga hati mereka. Cuma bab anak kadang saya payah nak kompromi. Sebab saya sayang anak saya. Saya mahu yang terbaik untuk dia. Aiman tanggungjawap saya. Kalau dia sakit, dia susah, dia merengek, dia nangis, dia apa2 sekalipun, yang mengadap dia nanti, yang susah hati adalah saya. Saya rasa kita sebagai orang dewasa, yang tahu baik buruk, ada information/knowledge, perlu buat keputusan utk anak yang tak tahu mana baik dan mana buruk. Explore yes, penting utk exposure dan survival budak2 ni dari kecil, tapi benda yang macam mana yg kita boleh bagi dia rasa/cuba, itu semua kena fikir baik buruk la. Apa kesan dia. I know sometimes I’m worry too much. Saya ibu yang cerewet. Cuma kadang kala saya terpaksa tone down sikit bila melibatkan keluarga, sbb tak nak kecik ati. Tapi nanti saya makan hati. Saya cuma boleh berdoa Allah sentiasa lindungi anak saya dari benda buruk2 dan jahat. Kalau nak menulis luahan hati, memang ada je kan. Saya ambil itu semua sebagai pengalaman. Memang saya ibu muda, tiada pengalaman, tapi saya tak jemu nak belajar berkenaan parenting, pasal pemakanan anak2, pasal apa2 sahaja yg saya rasakan bagus utk membantu saya menjalankan tugas saya sebagai ibu. Pengalaman org lain2, setiap anak lain2, tak semestinya apa yg org apply pd anak dia, boleh apply pada anak kita. Saya terima juga nasihat dari orang tua. Cuma yg saya rasa tak logik, atau tidak bersesuaian saya tak ikutlah. Saya tak terima bulat2.

Pasal belajar yang tak habis2, penat dah kan. Saya menunggu SV hantar slaid lagi utk cantikkan result. Semoga Allah permudahkan. Semoga saya dapat grad tahun 2013. Lepas tu boleh fikir nak tambah adik utk si Aiman. hehe. :-). Aiman dah termanja lebih-lebih. Hari tu saya dukung anak buah yang baru, amboi, jeles kemain. Tak bagi dukung. Bagi can Aiman manja2 sampai 2 tahun dulu lah yer. 🙂

Advertisements