Things I’ve learned in 7 years of marriage

Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang memanjangkan jodoh kami hingga ke hari ini. Kelmarin, 14 januari 2013, genap 7 tahun dah bergelar isteri pada suami tercinta. Makanya tambah tolak waktu bercinta sudah lebih 13 tahun kenal dia (bercinta sebelum kahwin je 6 tahun! :p). Sudah kenal sangatkah pada sang suami? Masih lagi dalam proses kenal sebenar-benarnya tapi banyak perangai dah tahu dan dah bole tolerate (atau terpaksa tolerate! hahaha). Tapi tidur sebantal sekatil, duduk serumah sebenar-benarnya baru 2 tahun je. Itupun belum sebenar-benarnya lagi sebab masih duduk dengan parents dan inlaws. Iyelah, baki lagi 5 tahun itu kami in long distance relationship. Tahun pertama perkahwinan, dia di Indonesia, saya di Malaysia. Tahun kedua hingga ke 5 tu saya di Australia. Alhamdulillah juga perkahwinan ini dianugerahkan permata hati yang comel. Pengikat kasih. Tahun ni rekod sebab saya memang terlupa langsung anniversary kami. Suami yang selama ini tak ingat, dia yang wish saya. hehe. Sudah tua nampaknya saya ini yer. :p. Sesekali bila si suami yang kurang romantis buat sebegini, rasa best la jugak yer (oh, masa bercinta extra romantik pulak. hahaha). Rasa terharu dan dihargai pula. Pulak wish kat tgh2 orang ramai pulak kan. 🙂

Saya belajar banyak perkara dari perhubungan dan perkahwinan ini. Antaranya:
1. Menerima pasangan kita seadanya. Memang ada perangai yang berbeza sebelum dan selepas berkahwin. Berubah demi kebaikan perlu tapi teguran juga perlu berhemah. Kita pun banyak kekurangan juga. Perlu sedar diri.
2. Isteri kena pandai ambil hati dan perlu jaga hati suami (walaupun suami tak pandai ambil hati isteri). Kadang-kadang tak perlu nak bebel sangat nanti kita lagi sakit hati. Bila si isteri buat benda yang boleh buat hati suami cair dan lembut, layan baik-baik, time tu kita cakap apa je, dia boleh dengar dengan baik. Guna psikologi sikit. :p
3. Sentiasa berkata benar walaupun pahit. Sekurang-kurangnya pasangan kita tahu apa yang kita rasa.
4. Kalau jenis cerewet, perlu berikan sebab kenapa kita cerewet sebab lelaki ni rimas kalau perempuan cerewet sangat tapi dia tak tahu kenapa.
5. Don’t put high expectations atau put assumptions. Ini sangat2 bahaya jika tersilap atau kecewa. Nanti makan diri. Sebaiknya kalau ada je rasa tak best, terus terang atau tanya sendiri.
6. Perlu banyak sabar, ikhlas dan redha menjalani kehidupan sebagai isteri kalau nak dpt keredhaan suami. Jangan suka merungut. Lagi-lagi kalau isteri bekerjaya. Sememangnya perlu jadi supermommy! Kalau agak-agak tak ikhlas nak buat, jangan buat. Ataupun sedapkan hati dengan kata ‘insyaAllah besar ganjarannya buat ni untuk suami dan keluarga. Saya nak jadi isteri terbaik’.
7. Perlu banyak komunikasi agar tidak jadi misscommunication. Ini pun saya perlu perbaiki juga.
8. Layan keluarga dan ibu bapa suami macam kita layan keluarga dan ibu bapa sendiri. Perlu jaga hubungan baik supaya aman dan sentosa. Suami pun akan happy dan akan buat benda sama dengan keluarga kita. Saya tinggal dengan keluarga mertua sejak lepas kahwin dan sehingga hari ini, setiap hujung minggu memang duduk dengan mertua. Awal perkahwinan, suami tiada di sisi, dan saya tinggal dengan mereka setahun lamanya. Alhamdulillah setakat ini ok dan mesra. Pada saya tidak timbul isu kalau kita pandai bawa diri dan hormat orang. Kena sentiasa mempunyai fikiran dan hati terbuka pada sesuatu yang kita tak biasa.
9. Setiap hari sebelum tidur, mohon maaflah dengan suami jika ada kesilapan yang sengaja/tak disengajakan. Ini saya cuba amalkan. InsyaAllah kita akan rasa tenang.
10. Tak semua impian kita dalam perkahwinan kita akan dapat. Tapi kita jangan jemu doa dan berusaha (berangan tak kena bayar pun kan? :p). InsyaAllah suatu hari nanti Allah akan beri apa yang kita nak samada yg sama atau lebih baik lagi. Allah kan Maha Penyayang, Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s