Archives

Aiman dan korban

Tiada perkataan yang sesuai dapat menggambarkan perasaan sewaktu melihat raut wajah anak yang sedang tidur. Sangat kasih terhadapnya. Tenang. Begitu juga sewaktu menyusukan anak. Sangat best melihat wajahnya, mengusap kepalanya, memeluk badannya. Hangat. Ikatan antara ibu dan anak. Sangat indah. Saya amat suka saat-saat begini! :-).

Aiman budak baik. Kalau tukar pampers tgh malam tak pernah menangis. Lepas saya tukar, dia menyusu dan akan tidur balik. Bangun pagi-pagi dia akan mengeliat macam orang besar, betulkan segala urat. Sangat comel! dan akan senyum lebar-lebar bila saya menegurnya. Bila kita ajak sembang, akan senyum dan senyum lagi dan akan membalas dengan bahasa-yang-Aiman-sendiri-paham. :-). Hati ibu mana yang tidak cair dengan senyuman manis anak sendiri. Aih, pengubat jiwa duka lara.

Hari ni hari raya korban. Alhamdulillah Aiman menunaikan ibadah korbannya tahun ini. Walaupun masih kecil, tok dgn wan beria sangat nak masukkan nama Aiman untuk bahagian korban. Maka, tadi pagi kami berdua ke masjid untuk melihat lembu dikorbankan. Daddy Aiman on call hari ni (sian mommy dan Aiman!). Sewaktu nama Aiman di panggil, Aiman sedang enak tidur dalam pouch, berdakapan dengan mommy. Wan yang tolong wakilkan pegang lembu tu, sambil berniat. Mommy pun niat dan doa dalam hati agar ibadah korbanmu ini diterima oleh Allah anakku. Kalau ada rezeki lagi, nanti kita buat lagi.

Semalam hari yang sangat mencabar dan menyentap hati seorang ibu. Cewah. Sibuk sangat memasak di dapur untuk persiapan raya. Mommy hanya sempat jumpa Aiman kejap-kejap untuk menyusu. Itupun bila Aiman dah menangis. Mommy serah Aiman kat daddy je untuk dijaga. 2 kali terpaksa bagi FM kerana Mommy yang tak dapat nak bagi susu kat Aiman. Dan walaupun dah minum susu botol, Aiman cari juga mommy nak nenen. Sampai menangis-nangis. Mommy sebenarnya sangat gembira Aiman nangis sebab nak nenen dengan mommy. Maknanya Aiman sangat menghargai momen kita berdua dan sangat suka susu mommy. :-). Tapi tugasan mommy sangat banyak semalam. Semalam masak rendang, kuah kacang dan mee rebus. Mommy masak sorang-sorang. Untuk Soto, saya dah tak larat, bagi tugas pada kak long sahaja. Hanya mampu bantu buat begedil sahaja. Daddy Aiman pun mengeluh Aiman tak nak diletak, nak berdukung je. Lenguh. Mungkin meragam sebab dia tahu mommy dia ada tapi tak selalu ada dengan dia macam biasa dan tak dapat nak mengempeng bila-bila masa yang dia mahu.

Alhamdulillah, hari ni mommy dapat menyusukan Aiman sepenuhnya dengan susu mommy. Mommy sangat puas hati dan happy. Sangat sedih hati mommy ni bila terpaksa bagi Aiman susu formula. Orang lain takkan faham. Tok pun tak faham. Mommy stress juga bila asyik disuruh beri FM tiap kali Aiman menangis atau merengek. Mungkin salah satu faktor juga kenapa susu mommy ni tak banyak2. Asyik stress je. huhu. Kadang baby nangis bukan sebab lapar sahaja, tapi banyak sebab lain. Semalam lagi la mommy stress bila tok suruh bagi Aiman makan! huhu. Tunggu la 6 bulan, lepas organ Aiman dah develop. Kadang-kadang susah nak bercakap dengan orang yang lebih tua. Nak terangkan banyak-banyak, nanti kata macam pandai sedangkan anak diorang ramai dan itu mereka buat. Anak sihat dan besar je. Tapi sebab mommy baca, knowledge ada, kita tahu baik buruk sesuatu, takkan nak buat juga. I always want to give the best to my child. Hanya yang terbaik dan akan buat yang terbaik. Mommy nak tunaikan tanggungjawap ini sebaiknya. Mommy tak mahu menyesal kemudian hari. Ini pun mommy banyak rasa bersalah bila bagi Aiman minum susu formula bila orang asyik kata mommy tak cukup susu. Aiman lapar. Walaupun hanya sekali dua sehari. Tapi mommy sedih juga. Mommy belum cukup kuat Aiman. InsyaAllah ye nak, mommy cuba bagi susu mommy sepenuhnya.

Mommy tahu susu mommy ni paling terbaik buatmu nak. Susu ini hak kamu. Bermacam cara mommy ikhtiar agar susu ini banyak untuk mu. Tapi mungkin rezeki kamu hanya cukup-cukup ini sahaja buat masa ni. Mommy sempat buat stok sikit-sikit je. Kelakar je dapat pam 1-1.5oz sekali pam. Orang lain berbotol-botol. Aiman banyak direct feeding dan lepas menyusu susu mommy ni lambat nak penuh. Takpelah. Mommy selalu positive yang susu mommy ni cukup untuk Aiman dan akan jadi semakin banyak bila Aiman semakin besar. Sesuai dengan pertumbuhan. Apa yang ada ni, kita minum je la yer nak. Stok tak penuh peti ais macam orang pun takpe. Janji bila Aiman nak menyusu dengan mommy, susu ada je.

nota kaki gemuk: tiba-tiba jadi emosi bila cakap pasal susu ibu. Setiap ibu pastilah mahu yang terbaik untuk anaknya bukan?

Mommy 2 bulan. :-)

Aiman dah 2 bulan. Hari Isnin ni nak kena pegi cucuk lagi. Cucuk kali ni yang dijangka akan demam. Yang lepas Alhamdulillah Aiman ok dan tak nangis pun time cucuk. Strong boy.:-). Kadang-kadang bila tengok muka Aiman, rasa macam tak percaya dia anak sendiri. Tak percaya dah ada anak. Darah daging sendiri. Yang dulu duduk dalam perut ni. Overwhelming feeling. Entahlah. Rasa yang tak tahu nak gambarkan. Seronok tgk muka anak sendiri. Ralit. Bila dia senyum, aih, lagi la happynya. Apa-apa pun sekarang, Aiman come first. Highest priority. hehe.

Aiman sekarang banyak sembang. Ternganga-ngaga mulut merespon dan bunyi-bunyian yang keluar dari mulut dia hanya dia je yang faham. Tapi kadang macam dia faham je mommy dia cakap. Suka betul kalau baca buku Panda’s Pals dengan Where is squeaky?. Excited bukan main. Senyum pun makin banyak. Lebar-lebar. Mommy cair je dengan anak bujang sorang ni. Hehe. Makin bam-bam jugak. Makin lenguh berdukung. Thanks to slinglings yang memudahkan breastfeeding journey saya. Kurang sikit lenguh. Macam mek indon pun macam la. Tapi lebih bergaya. Hahaha. Mahal tuh, dekat dua ratus. Buat duit betul diorang ni. Kalau pandai jahit, senang je. Modal pun tak seberapa. Orang indon pakai kain batik je. Tapi masalahnya saya tak reti nak pakai kain batik tu. Jatuh kang naya je. Kalau berjalan dia memang lagi banyak duduk dalam sling dari dalam stroller. Setakat menyusu sambil berjalan tuh dah normal bagi saya. Tak yah sibuk nak cari kerusi nak duduk. Sambil menyusu boleh tengok barang jugak. Hehe. Koleksi baju nursing saya pun makin banyak. Ada yang zip tepi, ada yang selak tengah, ada yang selak bawah. Memang sangat-sangat senang untuk menyusukan Aiman, Cumanya sedih sket sebab saiz badan dah XL (untuk baju kurung nursing je eh, tshirt nursing saiz M lagi yer.:p) Huhuhu. 2-3 bulan lepas ni harap turun lagi la bila dah start kerja dan Aiman dah mula lasak. Breastfeed pun boleh turun apa.

Last weekend kenduri Aqiqah Aiman. Alhamdulillah semua lancar. Hujan sangat lebat di petang hari selepas kenduri. Alhamdulillah masa kenduri panas. Penat Pak Long Hisham hias crib Aiman, dia duduk kejap jek sebab pastu merengek nak menyusu. Padahal dah bagi susu. Agaknya sebab dengar suara orang ngaji ramai-ramai kot. Dia tengah tido masa tu, terjaga, terus cebik-cebik2 muka nak nangis. InsyaAllah Raya Haji ni boleh lah Aiman buat ibadah korban pulak. ๐Ÿ™‚

Breasfeeding journey saya masih lagi mencabar. Susu makin banyak tapi saya masih top up juga siang hari sekali dua dengan FM. Masih belum mengepam untuk stok sebab direct feeding pun tak cukup2 dan kerap sangat. Saya perasaan susu saya waktu malam memang banyak. Mungkin sebab Aiman minum 2 jam sekali, so dia sempat nak penuh. Cuma sekarang lepas baby minum, breast memang cepat rasa penuh compared to before. Mungkin hasil supplement Shaklee. Bulan depan, 2 minggu sebelum naik kerja, nak try hantar kat babysitter kejap-kejap. So time tu boleh la start pam untuk stok. Saya nak pam banyak-banyak buat stok pun freezer bukan kosong. Banyak barang. Saya lagi suka susu fresh, lagi banyak khasiat. Kalau boleh bubuh je dalam chiller, utk consumption within 48hours. Tak payah nak thaw2 ni lagi senang. Kalau beku, nak thaw lagi. Dah tu, khasiat pun dah kurang. Sebab malam-malam kalau saya kerja pun memang saya plan direct feeding je. Tak yah botol-botol ni. Kalau jalan-jalan dengan baby pun direct feeding je senang. Susu yang dihasilkan tu Allah jadikan khas untuk anak kita dan sesuai dengan perkembangan baby. So kalau dah simpan lama-lama sampai dekat 3 bulan, pada saya dia punya ingredient tu mesti ada lain sikit. Jadi, saya memilih untuk tidak stok banyak-banyak dan lama-lama. Saya target utk 6 bulan pertama memang nak bagi BF banyak-banyak. Nanti bila dia dah mula makan, memang dia akan kurang menyusu. Kalau Aiman masih nak susu saya, saya bagi je sampai dia 2 tahun dengan syarat susu ni sentiasa adalah. InsyaAllah. Semoga Allah murahkan rezeki Aiman. Dia lagi maha mengetahui. Kita hanya merancang kan?

Minggu depan anniversary kami yang ke 11 (29 October). Lamanya bercinta! Huhu. Ingatnya nak holiday. Tapi musim hujan plak sekarang. Ingat nak ke Sabah. Tapi Aiman kecik lagi dan hujan pulak. Nak travel jauh2 sangat macam penat pulak. Kang pi jauh-jauh dok dalam hotel je. So tukar plan bawak dia balik Kedah, jumpa moyang dia then singgah Penang je. Saya pun tak pernah sampai Penang. Ok la, 2 in 1. Holiday dapat, jumpa family pun dapat. โ˜บ

Bab kerja memang bertangguh je. Apa taknya, Aiman tidur siang kejap-kejap. Saya memang tak jadi kerja. Bila malam, mommy pun ngantuk. Bila dia tidur, saya kena tidur la sebab memang siang saya tak tidur. Malam pulak dia berjaga 2 jam sekali untuk menyusu. Itu yang ingat nak hantar babysitter awal sikit so that saya boleh siapkan kerja saya. Before raya haji ni nak kena hantar draft soalan exam pulak. Hai, entah boleh siap ke tak. Sedaya upaya kena siapkan jugaklah. Gambatte!

Ragam Aiman dan susu

Aiman baru tido. Mommy dia nak tido, ngantuk jgk tapi tetiba rasa nak update blog plak. Sekarang dah la susah nak dapat masa untuk diri sendiri. No, I’m not complaining. Cuma menyatakan fakta. ๐Ÿ™‚
Geramnya la dengan Aiman. Tak puas cium dia. Heeee, sedap sungguh bau. hehe. Aiman dah 4kg++ skrg. Berat la untuk mommy dia ni sebab lenguh tangan berdukung je. Haa, baru 4kg tu. Makin lama makin besar mcm mana la nak membawaknya. Dah 3-4 kali breastfeed Aiman, guna nursing cover di public, sambil berjalan ok! Bukan sambil duduk. Sebabnya dia dah tak keruan sangat, kerusi pun takde. Taulah mall kalau weekend. Ada sekali gi pustaka mukmin kat Jalan TAR tu. Aih, lenguh. Ingat nak cari baby carrier/sling/wrap yang boleh nursing sekali. Senang. Boleh kendong sambil menyusu. Aiman kuat mengempeng. Tak, saya tak malu pun bagi susu badan kat public. Bukan saya tunjuk cik B pun, saya cover. Malah saya bangga dapat susukan anak saya. :-).

Aiman ada satu perangai, tak puas minum. Walaupun kdg dah bagi susu dalam botol, nak cari nenen jgk. Lagi-lagi kalau saya yang dukung, memang terteleng-teleng kepala cari sedangkan baru je menyusu. Sekarang dia makin besar, demand susu makin kuat. Masih jugak bersulam FM 3-4 kali sehari. Tapi tak bagi sukatan sepatutnya. Saya bagi ikut sukatan dia baby. Sebab tak nak dia kenyang susu FM kang tak nak susu saya pulak. Kadang nasib baik, sekali dua je la sehari. Kalau banyak jaga siang, nak ngempeng jek la. Tak puas minum, tuh yg tido kejap2. Tapi malam alhamdulillah dia tido nyenyak jugak. Paling2 2-3jam. Malam dapat fully breastfeed. By the time dia nak minum, mmg susu tgh banyak.

Semalam usaha lagi membeli milk booster. Try produk shaklee. Harap-harap berhasil. Saya akan berusaha untuk bagi Aiman susu saya sebanyak mungkin. Rezeki orang lain-lain. Takpelah orang kata tak exclusive, tapi saya akan berusaha untuk mengeksklusifkannya walau dia masuk 3 bulan sekali pun. Ada orang, lepas bersalin, susu mencurah-curah, ada yang lambat, ada yang mmg sikit. Sekarang nak pump pun payah sebab Aiman hisap sampai kosong je rasanya. Tak sempat nak buat stok dan produce banyak, dia dah minum. Hopefully jumpa la milk booster yang sesuai. Longan kering tu agak membanyakkan susu jugak la tapi cukup2 dia minum. Direct feeding ni bagus untuk bonding, tapi mommy Aiman ni risau besok nak naik keje, cemana la orang nak jaga dia ni. Kang dia mengamuk ke, tak nak menyusu sebab takde nenen. Tapi takde la dia nipple confuse. Sebab dari lahir dah bagi susu botol, pastu pam susu masa awal-awal dulu, kumpul banyak-banyak, bagi guna botol jugak. Cuma dia ada habit yang dia nak tido, mesti nak ada nenen! tak reti nak tido sendiri unless Daddy dia yang tidokan. Itupun puas la berjalan satu rumah tak pun tido atas dada. Lagi sebulan nak naik keje, kena ajar dia tido sendiri tanpa nenen. Dah try bagi pacifier, diluah2 je. Pandai Aiman ni, dia tau puting tipu. Puting yg ada ortodentik effect, Rm15 tuh puting tommy tippee, siap glow in the dark tu. hahaha. Dia refuse. Nak yang asli untuk melalikan dia sampai tertido. Aiman oh Aiman! hehe.

Alamak, Aiman jaga plak. Pause.

Ok, (sambil breastfeeding sambil blogging, huhu). Besok nak balik JB. Yeay! Kakak ipar kebetulan buat kenduri, jadi ambik peluang ke JB jenguk mama ayah. Diorang pun mesti rindu Aiman. Hari-hari kalau call dok tanya pasal Aiman. Yela, dekat sebulan dok jaga saya dan Aiman sewaktu berpantang. Mesti la rindu. ๐Ÿ™‚

Minggu depan kenduri aqiqah Aiman. Mm, belum beli lagi bahan-bahan untuk hias baby crib dia. Susah sekarang ni nak keluar, takkan nak tinggal Aiman. Kalau dulu siap, start kete, jalan je. hehehe. Sekarang dah ada anak, tak bolehlah begitu. Susah yer sebenarnya nak adapt sebab dekat 6 tahun kahwin, takde anak, belum ada tanggungjwp yg satu ni. Tak pikir nak siapkan susu, diapers, baju etc bila keluar. Sekarang kalau keluar berjalan, barang baby penuh kereta. Beg Aiman, stroller la, bantal etc. Mommy nak kena tukar kereta besar sikit la kot eh? Dah daddy berangan nak beli motor besar. :p. Takpelah, pelan2 kayuh. ๐Ÿ™‚

Anugerah Ramadhan: part 2

Ok, sambung cerita bersalin. Selepas selesai di emergency O&G, saya disorong naik ke labour room menggunakan kerusi roda. Time ni dah pecah ketuban dah. Masa bangun untuk duduk kat wheel chair, tgk banyak darah dah atas katil tu. Sesampainya di labour room, di suruh salin baju hospital dan nurse datang untuk check BP, pasang CTG , pasang drip, dan get ready untuk tunggu proses bersalin. Tak lama lepas tu Prof. Hashim pun sampai dengan rileknya, pakai selipar, berseluar jeans dan tshirt kolar je, almaklumlah, hari minggu. โ˜บ. Dia bagi dua options, samada nak saya tunggu paling lama pun dia bagi 2jam untuk normal delivery dan lagi satu untuk cesarean. Kalau tunggu 2 jam tu tak bukak 8-10cm, kena cesar jugak la. Walaupun dah bukak 4cm, saya tak yakin boleh bukak sampai 8-10cm dalam masa 2 jam. Lagi lama tunggu lagi tinggi chances baby suck balik meconium tu. Time tu mama dah dok telefon2, bgtau suruh cesar je since dah ada meconium stain kat air ketuban. Lagipun CTG tak berapa cantik. Fetal distress dah. Saya pun dok sms2 dgn Kakak (my sis in law), inform apa yang berlaku, mintak doa dan maaf semua. Dia pun suggest cesar je sebab tak nak ambik risiko.

Sejujurnya, saya tak tau nak decide tapi saya cuma doa supaya baby selamat dan cepatlah semua ni berakhir sebab contraction semakin lama makin sakit dan rapat-rapat jarak masanya. Saya takut untuk kedua-dua option tu. Huhu. Nak cesar pun takut, nak bersalin normal pun takut. Setelah tanya suami, dia cakap cesar jek la, tak nak ambik risiko. Yela, saya ikutkan je sebab dia doktor, dia lebih berpengalaman. Dia asyik cakap suruh rilek je, takde apa dan dia cakap tak lama dah baby nak keluar. Dia asyik kucup dahi saya dan tangan saya dan menyakinkan saya โ€˜semuanya akan okโ€™. Masa ni saya fikir macam nilah mama rasa sakit nak lahirkan saya. Baru merasa contraction sikit ni, tak tahan. Nak tunggu sampai berjam2 bukak 10cm tu mcm manalah sakitnya tu. Aduhai. Sebab tu Tuhan bagi ganjaran besar untuk wanita yang mengandung dan bersalin yer.

Masa contraction datang, rasa nak macam nak buang air besar sangat dan urge nak meneran tu automatically ada. Tapi suami saya suruh tahan jangan teran. Berpeluh jugak la nak menahan tu. Setiap kali contraction, saya pegang kuat tangan suami. Mesti dia sakit tapi saya tak tahan sangat. Maaf yer bang. Hehe. Suami suruh saya bernafas guna mulut dan rilek. Mana la boleh rilek dah time macam tu. Mulut kumat kamit jugak baca doa. Dalam hati lagi doa mcm2. Semua doa bercampur2. Haha. Kejap2 saya suruh suami tgk CTG baby ok ke tak. Bila beritahu Prof yang kami pilih untuk cesar, tak lama lepas tu 2 orang nurse datang untuk prepare saya pergi labour room. Bagi ubat tahan muntah dan suruh sign surat consent. Sebab saya makan beria waktu sahur, almaklumlah, konon nak bagi energy na meneran, saya kena la makan ubat tahan muntah sebab mereka nak bius saya.

Prof cakap kena tunggu dalam setengah jam untuk pakar bius sampai, lepas tu boleh cesar. Tak lama tu, saya ditolak untuk ke OT. Masa ni berdebar2 sangat. Saya ditolak ke OT sambil berbaring atas katil. Masa sampai OT, saya masuk dulu, suami rilek2 kat luar, basuh tgn etc, pakai baju nak masuk OT. Saya risau suami saya tak masuk-masuk sampai saya tanya kat Prof, mana suami saya. Prof cakap nanti dah ready nak bedah baru dia masuk. Saya dialihkan atas katil kat OT tu oleh nurse2 di situ. Di pasang alat apa ntah kat dada, dan tak lama tu disuruh duduk untuk dicucuk bius kat pinggang. Tak rasa apa pun. Lepas cucuk, saya disuruh berbaring, diorang letak kain depan muka saya, halang saya untuk lihat pembedahan tu, nak intai pun tak boleh. Saya dgr diorang prepare alat. Prof tanya saya rasa tak kena geletek, saya jawap tak rasa apa. Separuh badan saya โ€˜dilumpuhkanโ€™. Dia pun cakap โ€œOk, saya mula sekarang, Bismillah..โ€. Suami kucup dahi saya cakap Prof dah mula, kejap lagi baby keluar la. Saya rasa perut macam dihiris, diseluk, digodeh2 tapi tak sakit. Rasa bergegar2 seperti nak keluarkan sesuatu. Suami saya rilek je sebelah saya, cakap takde apa, kejap je lagi baby keluar. Pakar bius yang kat sebelah saya siap tegur suami saya, โ€œtak nak ambik video ke gmbr ke? Baby dah nak keluar tuโ€. Barulah suami saya terhegeh-hegeh keluarkan iPhone dia. Hehe. Dia rilek sangat sebab biasa sangat tengok kot. Dah keje dia. Padahal saya dah pesan suruh ambik video dan gambar. Diorang dok cakap baby dah keluar tapi saya tak dengar suara baby nangis. Tak lama lepas tu baru dengar, tapi tak kuat tangisannya. Tepat 9.39 am baby saya keluar. Masa Prof jahit, saya dah tak sabar nak tengok wajah baby, suami saya cakap diorang tgh bersihkan baby. Nurse datang bawak baby dan tunjuk anu dia kat saya untuk saya confirmkan jantina. Saya dengan happy sebut baby boy, dan dia suruh saya kucup anak saya. Saya nak je ambik dan dakap, tapi dengan keadaan terbaring, Prof masih menjahit, tak dapat la nak pegang anak saya. Dia jahit cepat giler kot. Saya rasa dia bedah tu around 9.30 mcm tu, tak lama tu baby dah keluar, dah siap jahit dah. Kejap sgt. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata tengok wajah anak sendiri. Entah. Takde perkataan nak gambarkan. Sayu ada, sedih ada, tapi gembira yang sangat la sebab ini yang saya tunggu selama ini. Saya dah ada zuriat sendiri. Tak sangka saya dah jadi ibu. :-). Nurse cakap baby nanti akan dihantar ke bilik saya bila saya naik ke wad. Diorang nak check dan monitor dulu.

Saya di monitor dulu di OT untuk setengah jam sebelum naik ke wad. Kalau semua ok dan stabil baru saya dihantar ke wad. Masa menunggu tu, saya dah tak sabar sangat nak balik wad sbb nak tgk dan bersama baby. Tapi masa tu dah rasa macam mamai-mamai. Mungkin kesan ubat bius tu. Lepas nurse kata BP saya ok semua, saya dialih ke katil lain (orang lain yang alihkan sbb saya tak rasa apa, kaki tak boleh gerak), dan disorong ke wad sutera. Sampai-sampai kat atas baby tak sampai lagi. Saya suruh suami pegi check. Family semua dah ada menunggu. Mama dengan ayah je takde sebab on the way dari Johor. Lepas sejam lebih mcm tu, saya rasa pening dan mamai sangat. Bila nurse datang check, blood pessure saya sangat rendah. Cecah 90-30+ untuk BP saya. Nurse check pad tak lama lepas tu, dia kata banyak sgt darah keluar. Soak sampai 5 pad. Diorang tukar pad dan tak lama lepas tu, doctor datang, diorang buat VE lagi, tekan2 perut biar darah beku keluar. Banyak kot yang keluar. Saya dengar nurse cakap dengan doctor tu, mcm pelik jgk la kenapa banyak sangat darah saya keluar. Saya tak rasa apa bila diorang tekan-tekan perut, tmpt operate tu sebab ubat bius tu ada lagi. Masa buat VE pun tak rasa. Kalau rasa sakit, mau saya tendang jek diorang ye tak? Haha. Prof cakap ubat bius tu 6 jam tahan. Masa ni nak angkat kepala, bukak mata pun pening. Bangun lagilah tak boleh. Kepala macam berpusing. Nurse datang cucuk ubat tahan darah. Saya rasa macam nak tido je tapi sebab orang datang melawat, saya tahan mata. Baby pun dah dihantar ke saya. Saya cakap dengan nurse, saya nak baby duduk dalam bilik dengan saya tak payah letak kat nursery. Nurse suruh minum dan makan. Masa ni tak larat sungguh. Suami la suapkan. Bubur dan sup ayam. Time ni la nak manja2 kan. :-). Habis saya makan walaupun tak sedap mana sebab suami yang suap. Masa ni family mak long semua dtg melawat, abg dgn kakak dan adik2 dia, Amelia dan suami. Serius cakap saya cuma mahu lelap je masa tu tapi orang datang, saya gagahkan bukak mata dan berbual. Suara dah serak2, memang letih tak tau nak cakap. BP saya rendah sangat, darah banyak sangat keluar buat saya lemah. Ditambah dengan kesan ubat bius tu agaknya.

Lepas semua dah balik saya dapat la tidur, lepas bangun tu segar sikit dan saya mintak baby kat suami saya untuk saya breastfeed. Susah nak latch on, saya masih terkial2, nak menahan sakit pembedahan sambil dukung baby lagi, sakit woo. Tapi saya gagahkan jugak nak bagi baby biasa dengan breast dan saya nak bonding dengan baby. Kesian dia hisap-hisap takde apa. Memang takde susu ke kolostrum pun kalau tekan. Saya panggil nurse suruh ajar. Susah yer breastfeeding ni, bukan sesenang yang dibaca atau disangka. Baby diberi susu FM dah masa kat nursery masa saya tidur sebab saya belum ada susu dan baby lapar. Malam pun saya mintak baby tidur kat bilik dengan saya dan suami. Nurse bekalkan FM. Bila baby lapar, saya bagi breast, dia hisap takde apa, dia nangis, saya bagi FM jgk. Sedih jugak sebab tak dapat bagi susu saya tapi saya mmg baca kesan ubat bius buat susu lambat keluar. Saya tak sanggup biar anak saya lapar. Masih ada masa lagi. Malam-malam saya tidur ayam je. Kejap-kejap jenguk baby kat sebelah. Seronok tgk muka dia. Tenang je. Tgh malam dia jaga tapi tak nangis, terkebil-kebil dia. Lama jgk la. Agaknya dia pelik dengan persekitaran baru. Memang waktu tgh malam dia paling aktif pun kalau dalam perut.

Hari kedua saya dah keluar hospital. Cepatkan? Saya cuma nak balik rumah dan bersama-sama dengan baby dan family je. Doktor cakap kalau dah boleh bangun dan kencing, boleh balik dah. Saya bangun pagi, gagahkan jugak berjalan pegi toilet, kencing. Masa Prof datang check pagi tu, dia cakap saya boleh keluar dah kalau saya nak. Nak stay rehat kat wad je pun boleh. Saya cakap nak keluar. Tak nak tunggu dah. Saya pun tak nak susahkan mama ayah berulang alik hospital sebab jauh jgk dari putrajaya ke Cheras tu. Suami balik rumah nak mandi dan uruskan apa yang patut, saya tinggal dengan baby je. Dalam sakit2 tu saya kemas barang, angkat baby duduk kat sofa, berjalan2, macam tak sakit. Meleleh-leleh darah saya bila saya berjalan-jalan dalam bilik tu. Sampai saya kena panggil cleaner suruh lap. Sebab saya dok bangun duduk, tukar diapers baby la (kebetulan dia berak pulak). Sakit sebenarnya tapi buat tak rasa. Tapi hati saya ni kuat kata dah boleh balik, so saya kena kuat. Kawan saya CM, datang melawat, terkejut tgk saya dah lasak2 macam tu. Saya gelak-gelak konon kuat dah la. Tapi akibatnya, sepanjang perjalanan dari Cheras ke Putrajaya tu, saya menangis sebab sakit terhentak dan bergegar walaupun suami bawak slow. Memang sakit giler ok. Terlanggar sikit pun sakit dah. Baby letak dalam baby seat. Saya dok berpegang kuat menahan sakit. Mengalir-ngalir air mata ni. Dalam hati menyesal pulak balik awal-awal. Kalau tau, duduk lagi 2-3malam sampai dah kurang sakit sikit. Huhuhu. Patutlah orang cesar selalunya at least stay 2 malam kat spital. Sebab sakit bila bergerak tu, terhentak-hentak, bergegar-gegar. Ok, lepas ni kalau cesar lagi, saya nak stay hospital 2-3malam. ๐Ÿ™‚

Banyak sebenarnya nak berkongsi pasal cabaran breastfeeding dan pengalaman sebagai ibu baru ni. Hari ke-3 baru keluar kolostrum saya. Itupun setelah saya pam beria-ia.

p/s: ini post basi. dapat menulis kejap2 je time baby tido. Memang tak sempat nak berblogging skrg ni.

Cabaran breastfeeding

Tak sempat lagi nak update citer bersalin part 2. Ni nak cite pasal breastfeeding dulu. Sekarang tak boleh online sekerap dulu. Dah ada tumpuan baru yang lebih penting sekarang. Kalau dulu banyak masa terluang. Sekarang susah nak jumpa melainkan si kecik tu tido. Hehe. Tapi kadang time tu la nak buat benda lain. Sebab bila dia jaga je nak susu atau tukar lampin dan tgk-tgk dia. Susu badan meningkat sikit la. Boleh la dapat sekali expressed 1 ounce. Sikit kan? Tapi cuba sedaya upaya juga la memberi setiap masa so that dia stimulate. Bila dia abis minum je, cepat-cepat kosongkan dengan expressed susu tu. Kdg dapat tapak botol je. Huhuhu. Takpe. Liquid gold tu. Org cakap bersalin c-sect mmg macam tu. Susu lambat/ sikit. Lain macam orang bersalin normal. Proses fisiologi berbeza. Kira c-sect ni bersalin paksa la. Badan belum ready. Mungkin lambat kot susu nak banyak. Takpela. Sementara ni terpaksa la campur dulu. Walaupun sedih tak dapat nak capai matlamat untuk fully breastfeeding dr lahir, tapi saya tetap beria jugak nak bagi susu yang tak seberapa ni. Dugaan sungguh. Kadang tu bila expressed, akan pastikan setiap titik tuh masuk botol kalau transfer. Bila dia minum habiskan semua rasa puas hati sangat. Hopefully minggu depan susu akan banyak lagi. Mak saya bising kalau Aiman asyik mencari je puting macam lapar lagi. Padahal baru menyusu badan. Dia kata susu saya tak cukup, kena bagi dia susu formula untuk top up. Saya pulak asyik sua susu badan sampai rasanya dah takde susu dah. Rasa macam dia syok hisap puting je. Hahaha. Sudahnya nanti saya selalu top up susu formula sikit. Selalu bagi half dari yang sepatutnya. Saya tak nak dia minum susu formula tu. Saya tahu saya boleh. Cuma kena sabar sikit. Saya jealous jugak dengan cerita orang boleh pam susu banyak berbotol-botol. Saya sebotol pun tak sampai. Kadang dapat 20ml. Kadang less than 10ml kalau lepas minum. Kadang 30ml paling banyak. Tapi rasanya dia minum susu badan ni cepat kenyang. Tapi cepat lapar juga. Tapi saya tahu Tuhan punya kuasa. DIA yang jadikan sesuatu itu maka DIA maha mengetahui. Kadang rasanya dia hisap takde la banyak mana pun tapi dia macam cukup je untuk sementara waktu ni. Tunggu dia besar sikit kot baru susu banyak sesuai dengan perkembangan dia. Betul tak?

p/s: nak try product Shaklee. Org kata boleh banyakkan susu.

Anugerah Ramadhan: Cerita bersalin part 1

Lamanya tak update. Ini kerana saya sedang sibuk melayan anak sendiri. Hehe. Alhamdulillah. Akhirnya perkara yang dinanti dan ditunggu telah tiba. Muhammad Haris Aiman telah selamat lahir ke dunia ini pada 21 Ogos 2011 bersamaan dengan 21 Ramadhan, hari ahad, jam 0939 am melalui pembedahan. Nanti saya cerita panjang lebar yer. Segala-galanya berlaku terlalu cepat. Saya sendiri tak percaya baby dalam sudah keluar dan saya kini menjadi seorang ibu! Tiada perkataan yang tepat dapat menggambarkan perasaan saya hingga ke saat ini. Apa yang boleh saya katakan, saya amat bersyukur pada Allah yang telah memberikan anugerah paling indah dalam hidup ini. DIA telah memanjangkan usia saya untuk melihat dan memelihara zuriat saya sendiri. Allah maha kaya. Setiap kejadian yang berlaku saya yakin, ada hikmahnya. Walaupun saya mengharap untuk bersalin normal seperti ibu-ibu yang lain, namun saya rasa segalanya dipermudahkan oleh Allah dan perjalanan semua sangat senang dan mudah walaupun terpaksa bersalin secara pembedahan.

Harus dicatat rentetan peristiwa ini kerana ia merupakan hari paling bersejarah dalam kehidupan saya sebagai seorang wanita. Ia juga menambah sinar kebahagiaan rumahtangga dan ikatan cinta yang kami bina sekian lama. 5 tahun 7 bulan kami menantikan kehadiran si kecil dalam perkahwinan ini. Segala-galanya berbaloi apabila melihat zuriat sendiri di depan mata di OT PPUKM, Cheras.

Saya tak mengalami sakit bersalin yang lama. Malam sebelum tu hanya sengal-sengal pinggang yang saya rasakan takde apa pun. Contraction pun takde. Setakat tegang perut tu saya anggap biasa mcm baby bergerak je. Besok paginya dalam pukul 4.45pagi nak bangun untuk siapkan makanan bersahur, saya ke bilik air seperti biasa. Bila buang air kecil dan bila bersihkan, ada darah fresh di tisu toilet. Saya lap 2-3 kali yang keluar darah merah lagi dan lagi. Bukan spotting sikit-sikit. Dengan excitednya terus kejut suami cakap dah turun tanda. Yelah, dah seminggu tunggu tanda untuk baby keluar. Tapi masih rilek je sebab takde sakit langsung. Saya cakap dengan suami nak pergi lepas solat subuh dan mandi bersih-bersih sebelum ke hospital. Lepas mandi, turun makan sahur, lepas tu, kemas sikit apa yang patut, solat subuh dan sempat baca surah al-waqiah, lepas tu siap-siap pakai tudung tunggu mertua balik dari masjid baru nak ke hospital. Masa menunggu tu dah rasa contraction sikit-sikit. Pinggang sakit. Tapi buat tak rasa. Sebab menjangkakan akan rasa sakit lagi lepas ni. So kena tahan sikit la. Pukul 7 pg mcm tu bergerak ke PPUKM, Cheras. Oleh kerana hari ahad, jalan memang lengang. Suami saya pulak macam nak cepat sampai bawak laju giler. Hahaha. Dalam kereta contraction datang dan pergi. Saya diam je dan banyak-banyak zikir Ya Fattah, baca doa nabi yunus dan selawat untuk kurangkan rasa sakit tapi masih berlagak cool. Haha.

Sampai emergency utk O&G dalam pukul 720 am mcm tu. Terus report kat kaunter, amik urine, nurse pasang CTG, menunggu doctor datang check. 20 min lepas tu nurse datang balik komen CTG tak cantik. Bila dia cakap mcm tu saya cuak sikit. Doa sangat2 moga baby ok. Lepas tu dia panggil doctor. Ada doctor lelaki ni datang buat VE. Sakitttt. Dia kasar sikit. Tapi tahan je la. Dia kata dah bukak 4cm. Wah, cepatnya bukak sampai 4 cm tak sampai berapa jam pun. Patutla rasa makin lama makin sakit contraction. Dari kul 5 pagi tadi kejap je dah bukak 4cm. Yela sebab dengar orang cite nak bukak 3 cm yang pertama tu lama. Kadang-kadang ada yang berjam-jam dan berhari-hari. Lepas dia kata dah bukak 4cm tu doctor kata kat nurse dah boleh bawa ke labour room so diorang nak pecahkan ketuban kat situ. Nampak la dia ambik batang panjang. Dia buat VE lagi sebelum nak pecahkan tu. Time ni mmg sakit sangat-sangat rasa macam nak tendang je sebab dia buat banyak kali dan kuat. Nurse dok pesan jangan angkat punggung. Aduh la, saya menahan sakit mmg sampai nak terangkat punggung. Pastu dia buat muka macam pelik dan cakap kat nurse macam baby dah berak kat dalam. Baby heart beat pun tak berapa cantik. Dia decide nak call Prof Hashim, my gynae untuk tindakan lanjut. Lepas dia cakap dgn prof, dia kata saya akan di hantar ke labour room terus dan Prof akan monitor saya dari sana. Dia cakap Prof on the way. Alhamdulillah. Lepas seksa dengan doctor muda ni. Ok, nanti sambung cerita kat Labour room dan OT pulak yer. Ni nak bagi baby Aiman menyusu kejap. ๐Ÿ™‚

I’m still pregnant! :)

Hehe. nampaknya post sebelum ini bukanlah post terakhir sebelum bersalin. Saya masih lagi sihat dan masih memegang gelaran mak buyung. Tapi dah sangat buyung la. hahaha. Asyik braxton hicks je. False labour. Yela, mana la ada pengalaman. Dok beria kira contraction 2-3 jam, saspen menunggu bilakah serangan sakit pinggang yang orang kata macam nak putus nyawa, tup-tup stop plak contraction. Baby belum mahu keluar la. Masih aktif dalam perut ni. Cuma dah tak selincah guling-guling macam sebelum ni. Gerak, tapi slow and steady gitu. Tendang-tendang manja. Masih bergerak, alhamdulillah. Jangan kasi saspen mommy ok. Tapi orang cakap kalau dah dekat-dekat nak bersalin memang dia kurang gerak. Lagi-lagi kalau kepala dah engaged. Kawan-kawan dan sedara mara banyak sangat yang bertanya dan concern bila baby mahu keluar. Terharu. Doa mereka sangat-sangat saya hargai. Semua mendoakan kesejahteraan saya dan kelancaran proses kelahiran ini. Terasa diri disayangi. ๐Ÿ™‚

Jadinya untuk mempercepatkan proses bersalin secara natural, saya telah melasakkan diri beberapa hari ini. Semalam siap ajak hubby dengan anak dara berdua itu pegi alamanda. Bawak diorang main playground lagi. Aku pun masuk sama sebab nak berjalan banyak. Mana diorang pegi aku ikut je. Sebelum tu petang tu gi bazar ramadhan putrajaya. Hari ni pulak, seperti biasa walaupun tak puasa, pagi2 dah bangun prepare sahur, buat itu ini, kemas-kemas, basuh baju, jemur baju, lipat baju, iron baju. Kalah bibik! hehe. Naik turun tangga banyak-banyak kali. Tak malas-malas walaupun kaki lenguh dan bila sampai atas confirm mengah. Mmm, terasa sangat ruginya tak dapat berpuasa. Dah buang 6 hari dah. Tapi sebab tak nak menjejaskan baby, aku terpaksa la. Bukan makan sangat pun kalau tak puasa. Makan ringan-ringan je pun.

Hari ni aku pi supermarket. Dan ke bazar ramadhan. Dan juga memasak mee rebus untuk santapan keluarga yang besar ini. Sedihnya sebab hubby on call tak dapat la merasa masakan air isterinya yang sangatlah jarang memasak bila mengandung ni. Sedap ok masakan ari ni sampai anak dara yang sorang tu cakap ‘mmmmm, sedapnya!’. Bertambah 3 kali!:-). Tapi ari2 sahur confirm la makan telur goreng air tangan isteri. hahaha. Masa mengandung ni memang jarang masak. Lagi-lagi bulan puasa, memang beli je kat bazar. Kalau ada pun masak simple2 untuk sahur. Itu pun kadang beli lauk, masa sahur panaskan je. Punyalah tak larat. Rindunya zaman di Canberra dulu. Sangat-sangat rajin memasak. Masa melawat hubby kat Makassar dulu pun sangat-sangat rajin memasak. Suka masak untuk ramai-ramai makan ni. Suka jamu orang. Sejak balik Malaysia, dah tu mengandung, bidang memasak bukan lagi menjadi rutin. Besok ada anak cemanalah agaknya. Tapi dah berkira-kira nak beli oven nanti lepas bersalin. Harapnya lepas ni, rajin baliklah masuk dapur. Selalu masuk dapur tolong kemas je. hehe. Sebab selalunya MIL dah masak. Makan je apa yang ada unless dia balik kuantan or dia yang request aku masak.

Harus direbut 10 malam terakhir ramadhan ini. Mana la tahu berjumpa lailatulqadar. ๐Ÿ™‚

nota kaki gemuk: Pagi tadi orang cakap kat Mekah bulan penuh. Malam ni dah 10 malam terakhir. Entah bila lailatulqadar. Bulan penuh waktu dhuha di Malaysia mcm tu. 8 lebih. Aku pun amik la peluang semayang hajat, solat dhuha dan mengaji sambil berdoa dipermudahkan semuanya. Saspen baby tak keluar-keluar ni. Semoga Allah perkenankan doa yang aku minta dari hati. Terasa kerdil dan malu meminta kepadaNya kerana merasakan diri ini tak banyak amalan. Dia yang maha mengetahui segalanya.