Archives

Pusing sana, pusing sini

Sekarang ni rasanya baby sangat aktif. Pusing-pusing, tendang-tendang, guling-guling. Kadang-kadang naik risau sebab kerap sangat boleh rasa baby bergerak dalam satu-satu masa. Especially waktu tengah malam. Siang pun banyak gerak. Aktif sangat baby dalam perut ni. hehe. Risau pulak. Normal ke? Tapi hubby cakap biar banyak gerak dari kurang gerak. Itu yang perlu dirisaukan sebenarnya. Kadang-kadang saya ni suka risau benda yang bukan-bukan. Hubby pun cakap sekarang masih banyak air, sebab tu dia boleh ‘berenang’ dengan bebas dan aktifnya. Tuh kot agaknya senang rasa kalau dia bergerak. Tapi kuat tau. Kadang-kadang saya tengok jek perut tanpa pegang. Boleh nampak ada bonjol-bonjol dia bergerak atas bawah kiri kanan. Miracle. Kuasa Tuhan kan. SubhanAllah. Sampai hari ni, saya sangat bersyukur sebab diberi peluang untuk merasai pengalaman nak menjadi ibu ni. Kadang-kadang memang jadi emo terlebih. hehe. Hati senang tersentuh bila bab-bab anak ni. Semoga Allah makbulkan doa saya untuk menjadi ibu dan punya anak. Semoga perjalanan ini selamat dan lancar dan boleh bertambah zuriat kami nanti.
Hari ni rasa mandom jek kat ofis. Macam dilanda garuda. Mana ntah semua orang. Jadi tak semangat nak buat kerja dengan internet office yang kejap ok, kejap tak ok.
Reunion/gathering sekolah saya tukar tempat, masa dan harga. Tengok macam takde sambutan je. Sedikit kecewa. Maybe sebab harga kot. Pastu, tempat tuh leceh nak kena ada syarat minimum la, apa la. Tuh yang tukar tu. Tapi mungkin sebab cuti sekolah. Banyak kenduri kawin. Saya pun faham sebab hubby pun ada jemputan kenduri 28hb tu kat Rembau. Of courselah kena temankan. Saya kan isteri mithali. hehe. Malam tu boleh la dinner bersama rakan-rakan sekolah. Sebenarnya suka je nak jumpa kawan-kawan lama ni, cerita perkembangan dan pengalaman masing-masing. Walaupun kat sekolah haram tak pernah cakap, tapi bila semua dah semakin dewasa, semua macam ok jek untuk berbual sesama sendiri kan.
Weekend ni nak balik Johor lagi. Yeay! Saya menggunakan kesempatan cuti hubby untuk mengambil cuti jugak. Maklumlah, bukan senang dia nak cuti. Dia dah nak masuk last department ni. Paedetriks. Sebelum masuk dept baru ada la cuti 5 hari. Boleh la berhoray2 balik kampung. yeay! ­čÖé

Advertisements

kuih oh kuih!

Rindu nak makan kuih2 melayu ni. Petang2 ni sedap makan kuih. Tapi sini takde makcik jual kuih. Kalo nak kena masak sendiri. Tuh yg lemah sket. Setakat buah melaka bole la kan. hehe. Paling aku suka kuih yg berunsurkan pandan mcm serimuka, onde2 buah melaka, kuih bakar, kuih lopes dan seri ayu. Selain tu minat jgk keria, talam keladi, bingka ubi, kuih lapis dan kuih getas. Kalau yg savoury type aku suka kuih cara berlauk, cucur badak, popiah goreng, karipap sardin dan pulut panggang. Meleleh-leleh air liur ni masa menulis. hahahaha. Rindunya kat Malaysia. Semua makanan senang dapat. Aish, sabo-sabo. Lagi sebulan aku balik.

Tadi ingatnya nak buat buah melaka. Sekali dah balik lambat, dah siap masak, mcm malas la pulak. Tgk la kalau rajin nnt. Bukan susah pun. Sini pakai jek dessicated coconut tu. Tapi kena bubuh santan/susu sikit bagi dia tak kering sgt. Tepung pulut, paste pandan dgn gula melaka seme ada. Tapi kemalasan yang melanda ni tak bole nak control.hehe.

Akhir-akhir ni jiwa selalu tak bersemangat. Kenapa ntah. Mcm lemah longlai jek. Seme benda jadi tak best. Seme benda mcm blur2. Malas nak pikir pun ada. Penyakit apa yang datang tak tau la. Aku rasa mcm melewati hari-hari yang sangat mendatar. Tak best la kalau asyik rasa mcm ni je. Apa sebenarnya masalah aku ni? Aku pun tak dapat nak cari lagi puncanya…harap2 aku bertemu la jawapannya secepat mungkin…

I really need a break!

Penat. Letih. Sakit badan. Seme2 la. Semlm angkat brg 4 trip. mm, 4 ker 5 dah lost count. tido pun dah kul 2 lebih. pg ni bgn rasa bdn2 sengal2 smcm. mcm nak demam pun ada. dtg ofis dgn keadaan letih dan tak semangat. cemana nak wat keje? giler ngantuk. tadi pi dgr honours seminar jap. masuk org yg ketiga present aku dah nak pejam2 dah. pening tahan ngantuk. sudahnya aku keluar jek. kang ada plak tergolek tertido kat seminar room.haha.

tak sabar nak tgg weekend. bole rehat and tido lama sket. tapi mlm ni nak gi berkemas lg. tgl nak lap2, mop dgn vacuum jek. bsk landlord nak dtg amik kunci and check umah. penuh ruang tamu dgn brg2 yg diangkut mlm td. mana yg tak guna mmg aku humban jek. takpun simpan dlm store. Aih, bila fikir2kan byk lg keje yg menunggu kat rumah, lemah lutut rasa. takpela, kemas sket2. so that weekend bole berehat. kalau ade open house lg bgs. aku tak yah msk. giler tak larat. time2 ni kalo kat mesia best. beli jek mknan kat memana. anytime. mmm..rindunya kat malaysia!!!!!!!!