Archives

Cerita di bulan terakhir 2012

Sekejap dah masuk Disember. Dan banyak pula kerja harus diselesaikan sebelum masuk tahun baru terutamanya SPPU! Stress betul nak isi benda2 ni.

Aiman dah semakin keletah dan aktif. Masih belum bercakap. Mengomel bahasa dia yang mommy tak faham. Hehe. Dah ada 11 batang gigi termasuk geraham bahagian bawah. Semakin manja dengan mommy. Susu mommy pun tak banyak mana dah. Pam la jugak 2 kali kat opis. Still nak stimulate. Sebab malam2 dia nak bergayut je. hehe. Now slowly switching to fresh goat’s milk. Aiman suka Alhamdulillah. Susu kambing is better than cow’s milk. Fresh milk is better than FM. So selalu jugak borong Nubians milk berbotol-botol. Memang agak mahal. Tapi sebab anak minum, beli la jugak. Apa saja demi pemakanan yang baik, mommy tak kisah berhabis duit. Lagipun saya mampu setakat ini. InsyaAllah ada rezeki Aiman. Tapi Aiman sekarang makan agak main-main. Kalau dia makan dengan kita, apa yang ada dalam pinggan kita, sama-sama menyuap dan disuap, memang selera dia makan. Tapi tahap sepahnya, toksah cakap la. Dengan kita-kita ni kena tukar baju. Habis terabur semua makanan bawah meja. Sebab yang disuap dimulut, separuh jatuh. hehe. Mommy pun sambil2 menyuap juga dalam mulut dia. Aiman lagi suka makan mee yang berkuah-kuah dari makan nasi. Dulu beli organic lotus root noodle tu. Dia suka. Kuey teow kering tu yg kita rendam sndr tu pun dia suka. Buat kuah ala-ala mee hailam ke, mee ladna ke, or mee sup. Yang kurang garam. Oh, saya mmg dah beri garam sikit dalam makanan dia. Sebab dia dah suka makan apa yang kita makan. Cuma selalunya kalau kuah-kuah lauk kita, saya memang akan tambah air sedikit sebelum bagi pada dia. Sama macam air minuman, kalau sebok nak minum air sirap kita, semua saya dilute. Dan dia masih happy menerima itu semua. Asal dia tengok kita bagi benda sama/warna sama. Rasa dia tak tahu. Saya perasan kalau bagi benda manis-manis, macam dia nak apa kakak-kakak sepupu dia makan, or kuih2 masa pergi kenduri ke apa, kalau manis2 sangat, dia tak nak makan. Saya kadang bagi juga dia rasa kalau dia dah merengek/ beria-ia minta. Either saya dilute kalau yg basah, or bagi sedikit utk rasa. Selalunya kalau manis ditekak dia, jarang dia minta lagi. Good for him. At least saya tak susah hati sangat. Mungkin sebab dah terbiasa makan tak manis dan tak masin dari kecil.

Cuma ada peristiwa tok dgn wan dia bagi kopi buat saya menangis minggu lepas. Patutlah Aiman tak nak tidur. Selama ini, saya memang tak pernah tengok dia terkebil-kebil walaupun mata dan ngantuk amat nampaknya. Dia ala-ala nak lelap, lepas tu dia bukak semula mata. Dekat sejam mcm tu. Sambil menyusu, selalunya kejap je dia dah lena. Tapi memang malam tu agak berlainan sikit. Rupanya, dia dah diberi minum kopi oleh tok dan wan dia. Memang saya angin dalam hati. Besoknya, benda sama jadi, kali ni, saya sendiri nampak daddy dia tengah bagi Aiman minum kopi! Terus saya bawak lari, saya menangis masa susukan dia. Kenapa buat anak saya macam ni? Saya beri banyak makanan yang baik-baik, saya jaga pemakanan dia elok2, dalam banyak2 benda, kopi jugak nak diberi. Dah la manis, ada caffeine. Kenapa tak boleh nak tunggu budak tu besar baru bagi? Apapun alasan, saya tak boleh terima sebab saya rasa umur aiman yang setahun 4 bulan itu masih tidak sesuai diberi kopi. Nak cop saya mak yang kejam sebab tak bagi anak kopi, coplah. Ayah dia kata, nak bagi cerdas otak. Iyelahhhh. Anak saya tak minum kopi pun aktif semacam. Tapi saya tahu nak salahkan tok dgn wan dia dan daddy dia pun tak boleh. Aiman jenis meminta, kalau tak dapat, dia merengek2 nak sampai dapat. Mereka semua sayang Aiman, so tak sampai hati. Maka bagilah. Hanya saya je yang sampai hati dan kejam selalu tak bagi kalau anak merengek nak sesuatu yang saya rasa dia tak patut makan/minum/main. Tapi saya buat ada sebab saya sendiri kenapa saya tak bagi. Kadang-kadang memang saja saya cakap depan2, ‘this is not yours, not good for you’. Saya rasa mereka perlu hormat saya sebagai ibu dia. Tapi saya juga perlu jaga hati mereka. Cuma bab anak kadang saya payah nak kompromi. Sebab saya sayang anak saya. Saya mahu yang terbaik untuk dia. Aiman tanggungjawap saya. Kalau dia sakit, dia susah, dia merengek, dia nangis, dia apa2 sekalipun, yang mengadap dia nanti, yang susah hati adalah saya. Saya rasa kita sebagai orang dewasa, yang tahu baik buruk, ada information/knowledge, perlu buat keputusan utk anak yang tak tahu mana baik dan mana buruk. Explore yes, penting utk exposure dan survival budak2 ni dari kecil, tapi benda yang macam mana yg kita boleh bagi dia rasa/cuba, itu semua kena fikir baik buruk la. Apa kesan dia. I know sometimes I’m worry too much. Saya ibu yang cerewet. Cuma kadang kala saya terpaksa tone down sikit bila melibatkan keluarga, sbb tak nak kecik ati. Tapi nanti saya makan hati. Saya cuma boleh berdoa Allah sentiasa lindungi anak saya dari benda buruk2 dan jahat. Kalau nak menulis luahan hati, memang ada je kan. Saya ambil itu semua sebagai pengalaman. Memang saya ibu muda, tiada pengalaman, tapi saya tak jemu nak belajar berkenaan parenting, pasal pemakanan anak2, pasal apa2 sahaja yg saya rasakan bagus utk membantu saya menjalankan tugas saya sebagai ibu. Pengalaman org lain2, setiap anak lain2, tak semestinya apa yg org apply pd anak dia, boleh apply pada anak kita. Saya terima juga nasihat dari orang tua. Cuma yg saya rasa tak logik, atau tidak bersesuaian saya tak ikutlah. Saya tak terima bulat2.

Pasal belajar yang tak habis2, penat dah kan. Saya menunggu SV hantar slaid lagi utk cantikkan result. Semoga Allah permudahkan. Semoga saya dapat grad tahun 2013. Lepas tu boleh fikir nak tambah adik utk si Aiman. hehe. :-). Aiman dah termanja lebih-lebih. Hari tu saya dukung anak buah yang baru, amboi, jeles kemain. Tak bagi dukung. Bagi can Aiman manja2 sampai 2 tahun dulu lah yer. 🙂

Ada apa dengan kesihatan dan berat badan?

Kadang-kadang susah nak menyampaikan ilmu ni. Kita sebolehnya nak berkongsi benda yang bermanfaat dan baik, tapi orang tak nak terima. Terpulanglah. Mungkin ada banyak sebab mengapa kita masih tidak mahu berubah walaupun kita sudah ada ilmu atau maklumat tersebut (Luahan sekejap).

Kadang-kadang tahu banyak benda pun tak best jugak. Betul, knowledge is power. Tapi bila tahu benda-benda yang memudaratkan kita tu yang tak best. Lagi-lagi kalau kita dah terbiasa atau selalu buat/makan benda tu. Macam makanan segera lah. Senang, mudah dan sedap. Tapi tidak elok untuk kesihatan. Rata-rata kita hari ni banyak consume makanan segera kan. Paling busuk pun KFC atau Mcdonalds. Ataupun burger ramly tepi jalan. All of these are processed foods. Dengan kesibukan kita hari ni, dan kemudahan yang ada, kita ambik jalan yang mudah jugalah.

Saya masih ingat sewaktu belajar di Australia, yang mana susah nak dapat makanan halal dan makanan yang dijual pun mahal. Maka tiada pilihan selain memasak. Maka makanlah home-made food setiap hari. Dah terpaksa, semua pun boleh. Kat sini sebab banyak pilihan makanan dan senang nak beli je, maka tidaklah rajin memasak walaupun saya suka memasak. Lagi-lagi beranak kecik, yang payah nak renggang (alasan lagi). Dekat Australia sana, fresh produced mmg superb. Buah, sayur, salad semua segar. Fresh milk ni, berlambak-lambak. Sedap pula. Saya yang tak suka susu pun boleh minum. Rasanya lain. Di sana banyak berjalan, sebab ramai orang jalan kaki. Setakat nak jalan kaki 15-20minit pergi ke sesuatu tempat tu takde hal lah. Jalan kaki setgh jam pun takpe. Budaya berjalan kaki dan naik basikal tu mmg normal. Maka sedikit sebanyak membantu badan untuk bersenam juga. Dapat pulak geng ke gym dan bersukan, mmg best. Rasa fit je. Stamina ok. Di sana, waktu lunch hour kdgkala orang gunakan untuk ke gym atau main bola kat padang!

Sekarang saya rasa badan sangat tidak sihat dan aktif. Dengan jadual harian yang sibuk, jaga anak, memandu setiap hari dengan jalan yang banyak kenderaan, saya rasa macam tak terkejar semua benda. Balik rumah dekat maghrib, dah kepenatan, nak melayan anak yang ditinggal sejak pagi, pukul 10 malam mata dah ngantuk mintak tutup. Tidokan anak, dengan maknya tertidur sekali. Makan pun belasah je semua benda. Mana yang sempat je la kan. Tidak bersenam. Itu pun kalau saya pulang kerja awal sedikit, dapatlah bawak anak berjalan-jalan di luar rumah atau ke playground yang berdekatan untuk setengah jam.

Sejujurnya, saya amat tidak selesa dengan pertambahan berat dan bentuk badan yang ada. Menjadikan diri ini kurang berkeyakinan bila berjumpa atau berhadapan dengan orang. Suami pula sekarang makin rajin bersenam. Jogging, angkat berat, berbasikal. Kadang-kadang nak bersenam bukan tak nak, tapi masa yang saya nak ambil untuk bersenam tu, saya rasa saya mengambil masa untuk diluangkan dengan anak. Mungkin pada sesetengah orang tak kisah, tapi saya kisah. Bayangkan kalau saya balik kerja dah pukul 6 lebih, nak keluar lagi bersenam sampai maghrib. Anak yang excited dah tengok kita balik, minta bermanja dan bermain, tup2 kita sibuk keluar balik pulak. Hanya ada masa 3-4jam sehari untuk bermain dengan dia sebelum dia masuk tidur pada waktu malam. Lagi-lagi kalau menyusu badan. Seharian menunggu nak nenen dengan mommy, mommy balik lambat pulak. Suami tak mengapalah kan. Bukan dia nak susukan anak balik kerja. Lagipun anak biasanya cari mak dia berbanding ayahnya. Dan lagi satu saya kesian juga pada mak ayah saya yang jagakan cucu mereka sampai lewat begitu. Sebolehnya saya mahu beri mereka masa berehat sebelum maghrib supaya mereka dapat beribadat dengan tenang pada waktu malam setelah seharian menjaga cucu.

Nak gunakan masa hujung minggu siapa pula nak jaga anak saya? En. suami? mmmmm….Ini tak payahlah saya ulas. Lagipun kadang kala hujung minggu suami on call. Memang saya berseorangan jaga anak.

Sejujurnya, saya tidak pernah minta time-off dengan suami untuk ada masa ME-TIME setelah ada anak ini. Saya rasa mementingkan diri bila saya berbuat demikian sewaktu anak masih kecil ini yg perlukan perhatian dan jagaan saya. Mungkin bila saya ada masa untuk diri sendiri untuk – bersenam, keluar dengan rakan2, window shopping atau buat apa sahaja yg saya suka seorang diri mesti saya akan rasa bersalah kemudiannya sbb saya rasa baik masa tu saya peruntukan untuk luangkan bersama anak dan keluarga saya. Lebih lagi saya wanita bekerjaya. Perasaan bersalah meninggalkan anak yang kecil dan pergi bekerja itu tidak banyak sedikit masih ada. Sebolehnya jika ada masa cuti atau terluang, saya mahu manfaatkan dengan anak dan keluarga. Sebolehnya saya cuba elak untuk ada kerja lebih masa atau kerja luar. Jika perlu bermalam, memang saya akan bawak anak sekali.

Ini adalah saya dan mungkin lain orang lain caranya. Maka, sebab itu saya sukar untuk cari masa untuk saya realisasikan impian saya untuk bersenam. Tambahan anak saya sedang lasak. Tak boleh nak tinggal sekejap. Ada je yang dibuatnya nanti. Saya mahu kurus. tapi saya tak yakin dengan ubat kurus. Lagi-lagi sedang menyusukan anak. Saya amat bimbangkan side effect yang mungkin boleh dapat pada anak. Sebolehnya saya mahu bersenam dan kekal aktif dan sihat. Mungkin perlu habiskan tempoh penyusuan 2 tahun dan tunggu anak besar sikit. Boleh ajak dia bersenam bersama.

June updates!

Lately banyak benda bermain kat kepala otak. Kadang-kadang terasa membuak-buak nak tulis blog tapi masa takde. Bila balik rumah sibuk dengan anak. I always feel guilty when I spent so little time with my son. Kalau balik lambat, dapat main dengan dia dlm 2-3 jam je. Lepas tu dia tido dah. Memang la tido dengan mommy tapi siang yg dia banyak berjaga tu dia dgn org lain.

I love the beauty of breasfeeding. Memang bonding kuat. Malam-malam memang nak mengempeng je. Mungkin sebab itu anak rapat walaupun kita hanya meluangkan sedikit masa dengan mereka. Bukan tak suka Aiman rapat dengan atok dan nenek dia. Tapi risau juga takut dia terlalu clingy dengan mereka dan nanti Aiman tak nak dengan mommy. Tapi Alhamdulillah, Aiman masih menunjukkan ciri mommy no.1. hehe. Kalau balik kerja, kita buka pintu dan dia nampak je muka kita, bersinar-sinar muka tersenyum dan kadang melompat-lompat kegembiraan. Perasaan melihat kegembiraan anak masa tu memang tak tergambarkan. Tak sama reaksi dia kalau tgk daddy dia balik. Janganlah balik tak dukung dia dulu. Menjerit or menangis nanti. Manja mommy! 🙂

A bit stress dgn Paul sebab tak pulang balik draf dah sebulan lebih. Haih. Sempat ke nak hantar before raya ni? Mungkin dia memulang paku buah keras. Yela, dulu pun kalau Paul suruh hantar draf suka tangguh2. huhuhuhu. sendiri mahu ingat la kan.

Aiman dah 10 bulan. dah sedap dan laju je naik walker so dia macam tak nak bertatih. Tapi bila kita suruh dia tolak kerusi nak pulak dia berjalan. Sekarang dah bagi dia makan sendiri. Tapi messy giler la. Habis satu kepala makanan. Tak boleh dibuat untuk makanan yang berkuah sgt. Jenuh nak mengemas. Nak ajar dia makan sendiri. Kalau bagi makanan, dia selalu ambik guna 2 jari dia yg cinonet tu dan akan masukkan dlm mulut sendiri. Tapi satu tabiat dia kalau makan finger food sendiri, suka la nak masuk seme tu dalam mulut sampai penuh. Kita yg takut tercekik. Dan he is so clever. Mana-mana yang dia rasa tak boleh kunyah or telan dia takkan telan. Which is kita tak risau pasal choking. Pernah dia kulum butang la, duit syiling la.hahaha. budak kecik ni suka mengutip. sebab tu tak boleh lepa. Dan serat2 buah yg dia tak boleh kunyah dia luahkan balik.

Mommy dah pening nak bagi Aiman makan apa. Nak buat homemade finger food tak menyempat2. Sometimes bila baca too much info, nnt pening sendiri. Semua pun tak boleh. Too much sugar. Too much salt. Sampai skrg makanan aiman tidak bergaram and I always elakkan yg bergula. Natural sweet takpe. Tapi kdg bila anak tgk kita makan, kita bg rasa juga sesuap dua sebab tak sampai hati. Dan kadang-kadang ‘tertegur’ mak ayah sendiri yg suka nak bg cucu makan sbb kesian. Macam kita lagi pandai dari mereka. Bukanlah macam tu sebenarnya. Cuma saya mahu menjaga kesihatan anak sendiri. Tak salah bukan. Sebenarnya saya ini sgt cerewet tapi bila mengenangkan diri sendiri pun takde masa nak buat, kdg2 kena give and take jugak la. But definitely will not jeopardize his health. Moderate. ye ker? :p. I prefer to prevent than cure. So kena berpenat2 sedikit I guess. Bukan senang jadi ibu ni. Besar tanggungjawap dan amanah untuk berikan terbaik untuk anak.

Kelmarin ada tgk tv rancangan Pesan Atok. Ya Allah, sejuknya hati tgk budak 3 tahun menghafaz surah Al-Mulk. A friend of mine bagi link blok mummy dia. Dia dan kakak dia mengaji dari baby. MasyaAllah. Hebat anak-anak ini. Mommy nak Aiman juga terang hati macam tu. Semoga Aiman dapat mengenal al-quran sejak kecil lagi dan sentiasa menghidup suburkannya dalam hati. Tapi apa yang penting, mommy sendiri kena jadi contoh dan mengamalkannya. Baru anak boleh ikut. InsyaAllah, mommy cuba yang terbaik. Selalu berdoa semoga anak ini menjadi saham di akhirat. Maksud nama Muhammad Haris Aiman adalah ‘penjaga yang bertuah/kanan’. Mommy harap Aiman menjadi orang yang berguna dan bertanggungjawap. Yang menjaga agamanya, yang menjaga kedua ibu bapanya, orang2 yg disayanginya dan menjaga dirinya juga.

Minggu ni dan minggu lepas sibuk marking exam paper. Frust sangat bila ada yang dapat markah 0. Apalah budak-budak ni belajar. Dan perlu tgk balik juga cara pengajaran dan penyampaian. Mungkin sendiri pun ajar diorang tak faham. Tapi dah cakap kalau tak reti nak jawap in English, tulis dalam bahasa melayu pun takpe. Saya juga mengajar mencampur adukkan bahasa supaya mereka lebih faham jika menggunakan bahasa melayu walaupun nota kuliah dalam English. Sebab yang penting saya mahu ilmu itu sampai kepada mereka. Tidak mahulah syok sendiri.

Weekend ni ada 2 undangan. Satu majlis akikah Amelia. Satu lagi majlis pertunangan Zaza. Can’t wait to see both of them.

Oh, nak bercerita pasal pergi Sentosa, Singapore. Konon nak bawak Aiman pergi tgk fish di underwaterworld. Sudahnya dia tido je dlm carrier. Mommy and daddy yg tgk. Dah la cuaca panas dan the worst part is I sudah terjatuh depan orang ramai sampai kaki bengkak! haaa..glamer mak kejap. hehe. Ter miss 1 anak tangga masa nak tgk dolphin show. Semua audience jerit “awww” masa saya sedang menahan diri dan Aiman dari terus tersungkur. Sudahnya tahan guna kedua belah lutut so lutuu bengkak dengan kaki yg dah terpeleot. Tapi bangun cepat2 masa jatuh and buat macam takde apa padahal sakit gilerrrrrrrrrrrr. X-ray takde retak or patah. Just soft tissue injury. Dpt la MC 2 hari. itupun perlu dtg ofis sbb budak2 ada viva (oral exam). Hehe. Macam2 hal.

Hari ni berganti puasa hari ke 7. Lagi 3 mgg je nak puasa. Ada lagi 14 hari nak ganti. Tak tau la sempat ke tak. Macam gaya kena bayar fidyah sikit jugak tahun ni. :p

Tak lama dah nak puasa dan raya kan. Tahun ni sure best sebab ada Aiman nak jalan-jalan raya! hehhehe. Tapi tahun ni raya kat kampung belah suami. huhuhuhu. Mode: pasrah.:-)

Musibah dan muhasabah

Hidup ni banyak dugaan. Allah bagi ujian untuk sedarkan kita betapa kita ni manusia je. Tak perfect, lemah, tak kebal. Allah sebenarnya sayangkan kita dan mahu kita lebih mengingat Dia. Sebab kita ni manusia, selalu lupa, alpa, leka.
Ruginya kalau kita tak ambil iktibar dari musibah yang melanda dan cuba membaiki kelemahan diri. Muhasabahlah.
Tapi, bukan semua orang akan dapat hidayah Allah. Hanya orang yang terpilih. Kita boleh berdoa supaya kita jadi orang yang terpilih itu. Dan kita juga boleh doa untuk orang yang kita sayang supaya dia juga mendapat hidayah.
Semoga Allah akan memberikan hidayahNya pada kita.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Semoga segalanya tidak terlambat untuk kita bertaubat dan membaiki kelemahan dan kekurangan yang ada.
Segala yang berlaku, di langit dan di bumi, hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Walaupun kita kadang kurang bersyukur dan juga tak sedar-sedar diri, dia masih beri nikmat pada kita.
Itu pun kita masih tak malu dengan Dia. Tak reti nak bersyukur. Sering mengeluh.
Dan bagi hati yang masih mendambakan cahaya hidayah darinya, jiwa ni sering merasa tertekan dan sedih bila masih tak dapat mengubah diri kepada lebih baik.
Di mana kekuatan itu?
Masih mencari.

Luahan hati

Ok. Ini untuk mengurangkan kesedihan. Takde siapa tahu betapa saya sangat sedih bila terpaksa top up anak dgn susu formula. No. Saya takde anti sgt dgn FM cuma saya rasa susu saya paling bagus untuk Aiman. Dan bila susu saya sikit, ramai bagi mcm2 nasihat dan saranan untuk saya. Terima kasih. Saya tahu kamu semua concern. Tapi, saya juga dah berusaha macam-macam untuk bykkan susu. Saya disiplin mengepam 4x sehari waktu pejabat, dan bgn tgh mlm utk pam. Semata-mata untuk bekalan Aiman esok hari. Sekali pam dpt 2oz je. mmg itulah yg sy dpt dr sejak bekerja. masa dlm pantang lagi sikit. saya syukur. Kat rumah mmg direct feed jek sekerap yang Aiman mahu. Yg saya sedih, kdg ada ibu-ibu yg pandang serong atau terus cop ibu yg bg anak FM mcm kurang usaha dan malas. Sbb tu bg anak FM. Tak disiplin la, tak minum air byk la, malas pam la etc. Percayalah, takde ibu nak bg anak yang tak baik. Semua nak bg anak mknan yg terbaik. Macam-macam supplement saya makan. Saya minum air dekat 3L sehari sampai asyik pergi toilet. Angkut botol air 2L pi ofis ari2. Bwk beg pam susu lagi. Bwk beg isi macbook lagi. Bwk handbeg lagi. :-). hehe. mcm nenek siput okeh. rebeh bahu kiri kanan. Macam-macam milk booster saya cuba. Macam-macam supplement saya telan. Banyak saya berhabis duit untuk memberikan anak saya susu ibu. Janganlah kata org bagi susu ibu ni nak jimat dan kedekut nak beli FM yer.
:-).Kalau kuliah, saya anjakkan waktu mengepam awal/lambat. tapi saya pastikan saya pam 4 kali jgk untuk dapat susu byk untuk bekalan Aiman esok hari. Stok susu saya kais pagi, makan pagi. Memang takde frozen EBM.
Saya pun tak dapat support dari family yang sepenuhnya. Ini part ada sedih jugak la. Walaupun suami saya doktor, dia tak menghalang, cuma galakan tu kurang la. Dia tahu saya bangun malam-malam, pam susu, tapi takdelah kata-kata appresiasi. Kalau nak duit beli brg utk susu ibu ni, dia boleh bg je. Nursing wear ke, nursing bra ke, dia belikan jek. Suruh beli milk booster, dia beli je. Tapi masih selamba je suruh bagi FM masa anak kuning dalam hari. Bila mak dia suruh bagi FM, dia takdelah nak back-up beria pun suruh saya bg susu ibu. Susah nak educate keluarga sendiri tau. Cuma bila sekali emaknya suruh bg makan, dia pertahankan jugaklah. Kata yg boleh makan selepas 6 bln. Itu kelebihan dia kerja di wad pediatrik skrg ni. 🙂
Mak saya nurse, ada sijil bidan, pun sama juga. Menggalakkan, tapi masih suruh top up FM bila dia tahu susu saya sikit dan dia kesian cucu dia lapar. Suami ke, mak ke, sama je. Tiada mengesyorkan mcm mana nak bykkan susu, bagi kata-kata semangat ker, solusinya mudah. Bagi je susu formula. Ibu mertua dan ayah mertua juga sama. Suruh bagi FM, senang bila saya bekerja. Komen-komen ‘anak lapar tak kenyang susu’ ‘anak dok mengepam, mengempeng je’ ‘susah org nak jaga bila kerja’ dan lain-lain komen yang kadang kala saya buat-buat tak dengar, masuk telinga kanan, keluar kiri je. Sepanjang saya menyusukan anak saya di rumah, saya hanya mampu tersenyum dan bersabar jika ada komen-komen yang agak ‘negatif’ dan tidak membina. Walaupun saya tahu kadang-kala mereka cakap-cakap gurau, tapi naluri ibu saya tersentuh jugak. Sensitif jg kdg2. Tapi saya diamkan dan hanya mampu senyum je la kerana saya mahu berikan susu ibu pada anak saya walau jumlah sedikit. Biarlah saya nak berkepit je, anak saya. Yang lenguh, tangan saya. Yang tak boleh buat kerja lain, saya juga. hehe. Jadi saya rasa, perjalanan saya untuk breastfeed anak sedikit payah. Kurang sokongan moral. 😦
Usaha, penat lelah saya, saya rasakan berhasil bila ada sekali suami komen tentang fizikal anak saya yang padat dagingnya, tidak lembik. Semua berkat susu ibu mungkin. Dalam hati, saya tak tau nak kata apa, sangat gembira. Saya rasa waktu tidur yang saya discount setiap hari untuk bangun dan pam susu untuk anak saya berbayar dengan Aiman yang sihat dan Alhamdulillah tak pernah sakit demam atau selesema. Aiman bangun menyusu 3-4 kali setiap malam dan mungkin sebab susu saya sikit, dia minum sikit2 dan tidak kenyang lama. Takpelah, janji saya ada susu untuk dia.
Saya tahu kalau saya bagi susu FM bukanlah saya ni ibu yang tak baik. Mak saya bagi je saya minum dari kecik. Jadi je orang. Manja je dengan mak. Cuma sekarang, saya rasa, kita dah di-educate, banyak ilmu yang kita belajar tentang bagusnya susu ibu, ada kemampuan untuk beli alat/pam dan ada cara untuk simpan susu, dan sebagainya, rugilah kalau kita mensia-siakan ilmu yg kita tahu dan peluang yang sekejap cuma ini untuk berikan yang terbaik untuk darah daging sendiri. Anak menyusu pun paling-paling 2 tahun je. Saya yakin saya akan rindukan saat-saat menyusu dengan Aiman bila dia dah tak mau menyusu dengan saya lagi. Sebab saya boleh rasa bonding tu. Setiap kali balik kerja, kepuasan yang dia dapat dari menyusu dengan saya, kami sama-sama dapat merasakannya. Setakat menyusu sambil berdukung dan berjalan di tempat awam, apalah sangat. Biasa bagi saya. Saya tak perlu kerusi untuk duduk dan menyusu, janji Aiman dapat minum susu, kat mana-mana pun boleh. Janji pakai nursing wear dan nursing bra. Memang itulah uniform saya skrg.
Saya bersyukur juga babysitter saya pro kepada penyusuan susu ibu. Bila saya hantar susu sikit, dan bila susu saya habis, dia cakap dia terpaksa bagi FM (saya memang bekalkan buat back-up). Saya faham. Dan bila saya nak pergi kerja atau balik kerja, dia suruh susukan anak saya dulu. Bila saya balik, kadang Aiman kelaparan sebab susu habis dan dia tahan tak nak bagi Aiman formula milk. Dia bagi puting buat Aiman leka. Sebab tu bila saya sampai untuk ambik Aiman, dia suruh susukan time tu jugak. Terima kasih la Cik Nor. Sebab dia kata, susu ibu bagus. Dia pun pandai mengendalikan EBM. Senang kerja saya. Saya syukur sebab bab babysitter, dipermudahkan. Memang kadang saya lama kat rumah babysitter sebab saya menyusukan anak saya di sana. Tapi, ada org tau dan ambik peduli ke? takde kan. Suami saya pun tak tahu sebab saya sorang je yg pergi dan ambik Aman setiap hari. MIL pun tak tau. Mak saya pun tak tau. Takpelah, janji saya tahu dan Aiman kenyang sudah.
Saya akui, kadang-kala saya tewas juga dengan kelemahan diri dan keadaan sekeliling. Bila anak meragam macam tak puas susu saya, saya bancuh je FM sebab Aiman takde masalah langsung minum FM or nipple confuse. Saya tak sampai hati tengok dia lapar. Cuma saya sebagai ibu rasa bersalah, perut anak saya perlu bekerja lebih sedikit untuk digest susu lembu tu. Kesian anak saya. Pastu asyik termuak. Keluar balik hampir separuh kdg2 dari apa yang diminum.
Jadi saya rasa, siapa-siapa yang nak bagi anak susu ibu, memang sangat kuat orangnya. Disiplin. Sabar. Komited. Dan saya rasa ini hak Aiman. Amanah Allah yang perlu saya jaga sebaiknya. Maafkan mommy jika tidak dapat memberikan yang terbaik untukmu nak. Mommy berusaha sedaya mungkin. Percayalah.
Tolonglah berikan sokongan. Memang selama ini, ilmu semua saya cari sendiri berkaitan susu ibu sebab saya yang nak sangat bagi susu ibu ni. Dan saya belum cukup kuat nak educate family sendiri betapa berharganya dan baiknya susu ibu ini bila ada komen-komen yang kurang ‘sihat’ di telinga saya. Semoga Allah tunjukkan jalan.
Inilah luahan saya yang baru menjadi ibu dan menyusukan anak tak sampai 4 bulan lagi. Perjalanan saya masih panjang. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin

Aiman dan korban

Tiada perkataan yang sesuai dapat menggambarkan perasaan sewaktu melihat raut wajah anak yang sedang tidur. Sangat kasih terhadapnya. Tenang. Begitu juga sewaktu menyusukan anak. Sangat best melihat wajahnya, mengusap kepalanya, memeluk badannya. Hangat. Ikatan antara ibu dan anak. Sangat indah. Saya amat suka saat-saat begini! :-).

Aiman budak baik. Kalau tukar pampers tgh malam tak pernah menangis. Lepas saya tukar, dia menyusu dan akan tidur balik. Bangun pagi-pagi dia akan mengeliat macam orang besar, betulkan segala urat. Sangat comel! dan akan senyum lebar-lebar bila saya menegurnya. Bila kita ajak sembang, akan senyum dan senyum lagi dan akan membalas dengan bahasa-yang-Aiman-sendiri-paham. :-). Hati ibu mana yang tidak cair dengan senyuman manis anak sendiri. Aih, pengubat jiwa duka lara.

Hari ni hari raya korban. Alhamdulillah Aiman menunaikan ibadah korbannya tahun ini. Walaupun masih kecil, tok dgn wan beria sangat nak masukkan nama Aiman untuk bahagian korban. Maka, tadi pagi kami berdua ke masjid untuk melihat lembu dikorbankan. Daddy Aiman on call hari ni (sian mommy dan Aiman!). Sewaktu nama Aiman di panggil, Aiman sedang enak tidur dalam pouch, berdakapan dengan mommy. Wan yang tolong wakilkan pegang lembu tu, sambil berniat. Mommy pun niat dan doa dalam hati agar ibadah korbanmu ini diterima oleh Allah anakku. Kalau ada rezeki lagi, nanti kita buat lagi.

Semalam hari yang sangat mencabar dan menyentap hati seorang ibu. Cewah. Sibuk sangat memasak di dapur untuk persiapan raya. Mommy hanya sempat jumpa Aiman kejap-kejap untuk menyusu. Itupun bila Aiman dah menangis. Mommy serah Aiman kat daddy je untuk dijaga. 2 kali terpaksa bagi FM kerana Mommy yang tak dapat nak bagi susu kat Aiman. Dan walaupun dah minum susu botol, Aiman cari juga mommy nak nenen. Sampai menangis-nangis. Mommy sebenarnya sangat gembira Aiman nangis sebab nak nenen dengan mommy. Maknanya Aiman sangat menghargai momen kita berdua dan sangat suka susu mommy. :-). Tapi tugasan mommy sangat banyak semalam. Semalam masak rendang, kuah kacang dan mee rebus. Mommy masak sorang-sorang. Untuk Soto, saya dah tak larat, bagi tugas pada kak long sahaja. Hanya mampu bantu buat begedil sahaja. Daddy Aiman pun mengeluh Aiman tak nak diletak, nak berdukung je. Lenguh. Mungkin meragam sebab dia tahu mommy dia ada tapi tak selalu ada dengan dia macam biasa dan tak dapat nak mengempeng bila-bila masa yang dia mahu.

Alhamdulillah, hari ni mommy dapat menyusukan Aiman sepenuhnya dengan susu mommy. Mommy sangat puas hati dan happy. Sangat sedih hati mommy ni bila terpaksa bagi Aiman susu formula. Orang lain takkan faham. Tok pun tak faham. Mommy stress juga bila asyik disuruh beri FM tiap kali Aiman menangis atau merengek. Mungkin salah satu faktor juga kenapa susu mommy ni tak banyak2. Asyik stress je. huhu. Kadang baby nangis bukan sebab lapar sahaja, tapi banyak sebab lain. Semalam lagi la mommy stress bila tok suruh bagi Aiman makan! huhu. Tunggu la 6 bulan, lepas organ Aiman dah develop. Kadang-kadang susah nak bercakap dengan orang yang lebih tua. Nak terangkan banyak-banyak, nanti kata macam pandai sedangkan anak diorang ramai dan itu mereka buat. Anak sihat dan besar je. Tapi sebab mommy baca, knowledge ada, kita tahu baik buruk sesuatu, takkan nak buat juga. I always want to give the best to my child. Hanya yang terbaik dan akan buat yang terbaik. Mommy nak tunaikan tanggungjawap ini sebaiknya. Mommy tak mahu menyesal kemudian hari. Ini pun mommy banyak rasa bersalah bila bagi Aiman minum susu formula bila orang asyik kata mommy tak cukup susu. Aiman lapar. Walaupun hanya sekali dua sehari. Tapi mommy sedih juga. Mommy belum cukup kuat Aiman. InsyaAllah ye nak, mommy cuba bagi susu mommy sepenuhnya.

Mommy tahu susu mommy ni paling terbaik buatmu nak. Susu ini hak kamu. Bermacam cara mommy ikhtiar agar susu ini banyak untuk mu. Tapi mungkin rezeki kamu hanya cukup-cukup ini sahaja buat masa ni. Mommy sempat buat stok sikit-sikit je. Kelakar je dapat pam 1-1.5oz sekali pam. Orang lain berbotol-botol. Aiman banyak direct feeding dan lepas menyusu susu mommy ni lambat nak penuh. Takpelah. Mommy selalu positive yang susu mommy ni cukup untuk Aiman dan akan jadi semakin banyak bila Aiman semakin besar. Sesuai dengan pertumbuhan. Apa yang ada ni, kita minum je la yer nak. Stok tak penuh peti ais macam orang pun takpe. Janji bila Aiman nak menyusu dengan mommy, susu ada je.

nota kaki gemuk: tiba-tiba jadi emosi bila cakap pasal susu ibu. Setiap ibu pastilah mahu yang terbaik untuk anaknya bukan?

Cerita puasa hari ke-5

Alhamdulillah. Sekejap je dah 5 hari puasa kan. Kelima-lima hari mommy and baby survive! yeah! Bagus anak mommy ni. Tapi mommy yang tak larat sebenarnya bila dah petang-petang. Kaki sangat lenguh. Badan sangat letih. Hari ni meroyan pi bazar ramadhan bangi. Banyak giler membeli. muahahaha. Ok, senarainya: otak-otak, murtabak, ayam percik, kuih tako, kuih koci, karipap, puyuh goreng, nasi lemak sambal paru, soto, air soya, air mata kucing, kuih cara berlauk. Oh, beli jugak lauk kerang rebus untuk cikenet 2 org tu. Diorang tu suka sgt makan seafood yang bercangkerang. :-). Ikutkan nak je beli roti jala tapi mcm dah byk sgt dah tu. huhu. Sedihnya sebab soto tu je yg org jual dan tak sedap langsung. :-(. Apsal org sini tak suka jual Soto aa? Banyak menu kan? Takpe. Rumah saya ramai yang boleh makan. Berbuka tadi jamah lah sikit-sikit. Dah penuh perut minum air. Tetiba rasa perut macam cramp. Adakah sebab minum air berais? huhuhu. Semalam pun sama. Tengah-tengah makan, perut rasa cramp. Aku dok saspen takut ada contraction nak bersalin. Weekend ni cukuplah 37 weeks. Maka dengan rasminya saya boleh bersalin bila-bila masa sebab dah full term kata org. Baby keluar lepas 13hb ok? 38 minggu. Boleh? hehe. Mommy nak makan-makan bukak puasa dulu dengan kawan-kawan. Lepas tu nanti mommy tak boleh makan macam-macam dah.

Semalam makan porridge yang MIL masak je. Adalah kuih-kuih dari bazar ramadan. Kelmarin makan ikan terubuk bakar dengan sayur batang keladi masak asam. Besok belum fikir nak makan apa lagi. Tapi Ahad nak pi buffet ramadhan bersama en.suami. Hoyeah! Bagi can la eh sebelum bersalin. Tempat pun belum cari. Nak survey yang bawah RM80. Yang mahal-mahal sangat macam tak abis makan je. huhu. Rasa membazir jgk sebenarnya kalau bayar more than RM50 per person. Tapi….teringin nak rasa macam-macam sebelum bersalin ni. Yang ada banyak choice, semestinya la mahal. Walaupun aku tahu aku ni bukan boleh makan banyak sangat sekarang ni. Memang mengada kan? :p

2-3 hari lepas dok baca blog orang pasal pengalaman bersalin. Siap tengok video orang bersalin normal kat youtube sampai aku yang menangis bila baby dah keluar dan doktor letak kat mak dia. Tak tau nak describe la perasaan ni. Miracle sungguh. Cemana baby boleh keluar kat saluran ‘tut’ tuh kan. Kuasa Allah. Dan si ibu mendapat kekuatan untuk melahirkan. SubhanaAllah. Sakit oi!! Tengok perempuan-perempuan itu semua bersalin, aku yang seriau. Tapi bila baby keluar, semua mak akan tersenyum walaupun sebelum tuh bertarung dengan kesakitan dan macam nak tercabut nyawa. Aku berazam untuk jadi tabah dan kuat. Untuk merasai pengalaman sebenar sebagai ibu. So, maybe no epidural kot. :p. Sampai la aku tak tahan sangat. Saya ni sedar diri. Memang tak tahan sakit. Tapi serasa mendapat kekuatan juga melihat wanita2 dan ibu2 itu melahirkan sendiri secara natural. Tuhan itu maha mengetahui dan maha kaya. Kejadian tu semua menunjukkan kekuasaan dia. InsyaAllah aku boleh. Aku juga harus bertenang dan banyak-banyak ingat Allah time tuh la. Jangan meroyan plak macam ada seorang perempuan di youtube tu. Mintak jauh la. Yela, bangsa lain, agama dia takde ajar kot la eh baca ayat suci bagi tenang2 ke. Tau dia jerit je bila contraction. Yela, sakit kan. Sekarang memang kalau boleh nak baca surah al-waqiah hari2 seperti petua Nyai dan Yai. InsyaAllah mudah bersalin. Surah lain tu memang tak larat la nak baca. Dengar kat youtube je la. Takut ni. Tak tahu sakit tu macam mana. Panjang ke umur aku nanti saat nak bertarung nyawa nak melahirkan satu lagi nyawa? Hanya Allah maha mengetahui. Semoga aku diberi peluang untuk menjaga amanah ini dan menjadi ibu yang terbaik untuknya.