Archives

Bersawang

Bersawang sungguh blog ni. Takde masa nak menulis. Nak update cerita Aiman pun tak sempat. Makanya, secara ringkas perkembangan terkini anak kesayanganku itu:

1. He can waves ‘bye-bye’ bila kita suruh.
2. Clap hands dan boleh salam bila kita suruh hulur tangan untuk salam. Juga suka sangat give mommy high five! 🙂
3. Understands when I say ‘No’ – bila mommy angkat tangan dan tunjuk jari telunjuk, he knows mommy tak bagi. tapi kdg buat muka selamba dia sambil tersengih2 dan buat jugak! 🙂
4. Crawls well. Laju. Mommy suka letak Aiman dalam playpen tapi dia selalu jerit nak keluar. hehe.
5. Dances to music (bila tgk cartoon yg ada music atau dgr lagu) – terhenjut2 badan dia excited.
8. Ada stranger anxiety (since 5 months)
9. Can self-feed some finger foods, or if ada mknan terkeluar dr mulut or kat tepi2 mulut dia akan cuba masukkan dlm mulut.
10. Ketawa mengekek2 bila main peek-a-boo
11. Sits unsupported
12. Responds to own name
13. Picks up tiny objects and semua benda dia nak masuk mulut
14. Drops objects and then looks for them – kdg2 dia saja buat, tgk muka kita, then jatuhkan barang, pastu kita ambik balik, dia jatuhkan lagi. hehe
15. Gets upset if toy is removed
16. Pulls to standing – sangat suka nak berdiri dan suka memanjat!! Orang baring sebelah dia pun dia nak panjat.
17. Babbles enthusiastically – ntah apa-apa kadang dia bebel sorang2. ‘babababa…dadadada..’ comel.:-)
18. Akan stop bila buat apa2 kalau ada iklan kat tv. Definitely akan khusyuk tgk iklan dan lepas tu sambung balik apa yg dia buat.

Now Aiman nak makan macam orang besar. Dah ada 8 batang gigi di usia nak menginjak ke 9bulan. Berat dah 8kg kot. I already started to introduce him family food sedikit demi sedikit. Suka macam hapa kalau dapat makanan dari pinggan mommy! Dia nak makan nasi jugak macam kita yg dah besar ni. Nasib baik la beras siam wangi yang lembut tu. Lenyek2 jek. Makan buah pun mcm tu, nak gigit sendiri. Tapi bagi yang lembut2 je mcm pear, mangga, pisang. Tak nak puree sgt.

Mommy Aiman dah submit semua chapters yer. Alhamdulillah. Now agak lega sikit la. Tapi still ada few chapters yg nak kena edit macam hapa. 2 chapters yg dihantar tu pun belum dapat feedback dr Supervisor. Gerun jugak nak menanti feedback.

Ahad ni birthday party Qaisarah. Excited! Tadi dah belikan dia besday present. 🙂

Tadi juga dah beli another babywearing gear! yehaa..nak beringsling pulak la yer. Macam senang nak keluar masukkan Aiman. Guna SSC nak berbuckle2. Lagipun nak berkenduri kahwin lagi 2 mgg ni. Kena vogue sket. SILK Ring sling ok. :-). Pakai SSC tak vogue nanti. hehe. Sukanya babywearing!!!

Ok, sekian update utk kali ini.

Advertisements

Ketegangan dan kisah pencuci rumah!

Ayooo..seharian perut tegang semalam. Sedikit risau. Adakah sudah mahu keluar baby ini? huhu. Atau mungkin sebab mommy ni penat sangat sampai dok tegang je perut? Semalam kul 1 lebih baru terlelap. Kul 4.30 dah jaga nak sahur. Aih, ari2 macam ni memang pengsan. Lepas subuh dapat la tido kejap. Berkalih tak selesa. Perut menegang je. Saspen betullah. Tunggu jugak bila yang nak rasa sakit pinggangnya. Kalau dah tangkap kat pinggang tu memang nak bersalin la tuh eh. Braxton hicks je kot semalam ni. Tapi sebab ia lebih lama dan kerap dari biasa, maka risaulah saya. Discharge juga agak lebih semalam. Maybe sebab aktif berjalan turun naik tangga kot. Hari ini dah la mahu menjadi tuan rumah makan-makan. Lasak-lasak sangat kang, memang terberanak la malam ni. haha. Tak dan nak tunggu besok. Besok nak tunggu abang balik dari johor, bawakkan soto yang ayah masak. Aih, dah terliur plak. Siap pesan kat baby suruh keluar Isnin. haha. Sebabnya besok pun daddy dia on call. Jadinya susah plak kalau keluar besok. Mommy tido sorang, so baby jangan excited sangat nak keluar time daddy takde tau. Kita tunggu daddy balik hari Isnin, lepas tu nak sakit ke, nak bersalin ke, nak keluar…keluarlah ye nak. 🙂
Alkisah semalam ambik part time cleaner nak bersihkan rumah. Tapi tau jelah saya ini cerewet sedikit, maka sebab first time ambil khidmat mereka, haruslah tunjuk, tengok dan monitor kerjanya kan. Dok turun naik tangga je sepanjang masa sebab ada 2 orang. Sorang kerja atas, sorang kerja bawah. Yang kelakar, siap boleh sesat confuse tak jumpa tangga sebab dia kata rumah besar sgt, byk bilik. haha. Rumah 8 bilik. Memang la byk nak dikemas. Sebab tu la saya tak larat. Kakak indon yang datang mengemas tu dua beradik. Baik pulak tu. Siap offer nak datang kemas-kemas untuk RM20 je sehari sebab kesian tengok aku pregnant. Sebabnya, agen bayar diorang RM15 je untuk sekali datang tu (4jam). Padahal aku bayar RM50 seorang utk 4 jam. Melampau kan? Aku rasa kesian sangat. Macam tak patut. Menggunakan tenaga orang, tapi bayar tak setimpal. Bukan nak racist, tp agen tu cha ya nun alif. Agen kaut RM35 sorang utk 1 sesi. Selalu dengar orang bayar RM10 sejam. Sebab kesian, aku bagi lebih. Tapi kakak tu macam bendul dan lurus, boleh dia tanya duit lebih nak bagi siapa? Aku cakap kakak simpan je, bahagi dua orang, jangan bagi agen. Dah la bulan puasa. Aku dok melepek. Diorang kemas bagai nak rak. Cuci toilets (3, itupun satu selamat tak dicuci sbb tuannya takde), sapu, mop lantai, bersihkan habuk sawang, siap lap cermin & tingkap keliling rumah yg mmg byk cermin ni. huhu. Itu pun diorang kerja cepat sebab katanya tak tau rumah besar, dan aku patut ambik untuk 1 hari (8jam) sebab banyak benda nak buat dan kemas. hehe. Puas hati la dengan keje diorang sebab area tingkat atas barang dah clear sikit kat ruang atas, tak la semak mata memandangnya. :-). Aku nak suruh iron baju pun tak sempat. Next time boleh call direct jek la sebab dah ambik no telefon. Senang kalau dah tahu kan. Ada baju-baju tak pakai tu, aku mmg dah bungkus dalam beg plastik hitam, ingat nak bagi recycle je, nak pulak diorang amik. Cuma entah bila aku nak menghantarnya ke rumah diorang. Banyak woo, ada 4 beg plastik hitam. 3 beg jek baju I dgn hubby. huhuhu. Itulah rupanya kalau dok sayang-sayang barang. Simpan, tapi tak pakai, menyemakkan bilik. Sebab baby nak kuar punya pasal, kena la sediakan space untuk brg dia kan. Punyalah banyak baju yang tak nak pakai dah. Dulu asyik beli jek. Takpela, lepas ni banyakkan baju baby pulak. 🙂 hmmm, baby, listen to mommy ok, keluar hari Isnin tau. 🙂

Hari pertama bekerja semula

Hari ni genap 4 tahun aku cuti belajar. Jadi hari pertama aku harus lapor kembali bekerja setelah cuti sebegitu lama untuk belajar dan jadi student. Aih. Rindu betul nak jadi student balik. Best. hehe.

Lama tak online dan bukak cik mac kesayangan hamba ni. Gara-gara si kecil di rumah dan sedikit keletihan. Tak bukak sebab memikirkan thesis jugak yang ada lagi sedikit nak di edit tapi dah tak larat. dekat seminggu jugak la terbiar sejak Naufal ada. Start dari cuti awal muharram hari tu (amboi, sakan ko yek!:p). Bestnya ada Naufal. Best betul cium baby ni. Macam addicted gitu. hehe. Bau baby sangat best. Peluh pun wangi jek. hehe.

Tadi pagi ke unit latihan, isi borang. Lepas tu jumpa Ketua Pusat Pengajian, then ketua jabatan pulak. Diorang semua cool jek. Suruh aku siapkan thesis baru bole fikir pasal mengajar. Alhamdulillah la. Tapi yang tak bestnya bilik untuk aku takde kat fakulti. Semua penuh. Kena tunggu bilik di bangunan baru yang akan siap September depan. Apa2 pun aku kena fight untuk bilik la. Kena merayu pada pejabat Dekan.

Tak tau nak rasa apa. tapi semangat nak mengajar tu ada la. 20 December ni students start register balik. Tadi ketua jabatan suruh aku jadi Penyelaras Latihan Ilmiah dan ajar subjek Fisiologi Haiwan. mm, bole jek. Belasah. Akan aku buat sehabis baik! 🙂 Aku nak jadi pekerja yang berdedikasi dan pengajar yang baik. Semoga Allah permudahkan segala urusanku. Amin!

Cerita raya 2010

Lamanya tak update. Malas. Takde mood. Serabut. Semua ada. Cerita raya memang banyak. Nak kata meriah sangat, takde la. Cuma bersyukur sebab Allah makbulkan doa aku nak berhari raya bersama-sama insan tersayang tahun ni. Setelah 3 tahun berhari raya berseorangan tanpa suami, mama dan ayah di sisi, tahun ni sangat puas dapat raya dengan mama, ayah dan suami. Terima kasih suamiku sebab ambik cuti tanpa gaji 2minggu yer. :-). Kalau tak memang tak dapat berhari raya la aku tahun ni sebab suamiku susah cuti. Almaklumlah, berkhidmat untuk masyarakat. 😀

Persiapan takde la sgt. Ala kadar. Itu pun mama belikan baju kurung sepasang. Aku buat sepasang dgn diyat. Jangankan tidak. Nasib baik ada tailor nak amik lagi. Yela, aku balik Malaysia pun nak dekat puasa dah. Kuih raya buat 1 macam. My famous choc chip. hehe. Customer lama banyak tanya tak jual ker. Malas nak buat. Buat bagi makcik sket, nyai, tok, mama, mommy. tuh jek la. Next year tgk la mcm mana.

Raya kali ni penat jugak sebab jalan jauh. Beribu kilometer la. Dari utara kedah, changlun nun haa..sampai la ke Singapura nun. Badan sakit-sakit jugak la. Dah la naik Hilux. Bumpy2, spring keras. Almaklumlah, macam ‘lori’ kecik. Tapi alhamdulillah la ada kenderaan jugak. Orang lain naik bas jek. Kereta aku eksiden. Jadinya masuk workshop la sebulan ni. Trauma jugak tu. Tapi aku harap ianya jadi peringatan untuk aku dan suamiku terutamanya. Itu cerita biar la ku simpan saja.

Payah juga la kampung sorang utara sorang selatan ni. Tak balik dua-dua macam tak adil. Sudahnya, kejarkan mana yang patut la. Tahun ni giliran aku. Next year, kena raya kedah la. huhuhu! Aku suka suasana kampung yang masih terpelihara kat sana. Cuma mungkin kemeriahan berhari raya bersama ahli keluarga sendiri (walaupun di bandar) lain sikit. Yela, family mama jek 10 beradik. Ayah 10 beradik. Selalunya kalau konvoi raya sampai ke malam baru habis round rumah adik beradik. Raya sangat meriah, makanan sangat banyak. Kat kedah simple2 jek. Makan ketupat  pulut. Walaupun sedap aku takleh pulun banyak sebab sebu perut nnt. Lain la ketupat nasi daun kelapa tu. Bukan nasi himpit yer. Tak ori!  Tapi sejak ayah dah tua-tua ni, dia malas sket nak join konvoi2 jalan raya ni. Penat agaknya. Jadinya tahun ni dapat beraya 4 rumah makcik kat singapore jek. itupun sebab aku balik lambat ke sana. Menunggu abang eddy sekeluarga balik sekali. Tahun ni semangat sket nak beraya sebab ada si kecik Qaisarah. :-). Obsesi baru. Comel sangat dan sangat keletah! Kat JB pun sempat pergi 3 rumah je sebab nak balik Kluang terus kan. Risaukan si kecik yang tak selesa dan penat berjalan. Cuma tahun ni ada konflik keluarga sebelah ayah, jadi tak best la raya. Banyak sangat terasa hati. Dan aku harap, Allah tunjukkan kebenaran. Sebab boleh rasa aura lain bila jumpa sepupu-sepupu dan sedara kat johor tu. Tak tau la diorang dah disogokkan dengan cerita apa. Yang pasti, kemesraan tidak lagi seperti dahulu. Doa orang teraniaya ni makbulkan? Kami orang yang teraniaya. Orang yang difitnah dan mungkin juga dibenci. Aku cuma harap agar mereka sedar tindakan mereka tu bodoh. Tidak matang. Mementingkan diri sendiri. Ego. Sebab apa aku kata bodoh, sebab dah sah-sah salah, tak nak mengaku salah. Dia putar belit benda jadi benda tu tak salah. Dah tu, dia plak ‘attack’ kita sebab marah cakap dia salah. Ada akal cuba fikir. Jangan bertindak macam orang cetek ilmu dan akal. Sekarang ni, mereka yang memutuskan silaturrahim, tidak mahu bertegur sapa. Tidak mahu bersua muka langsung kalau boleh. Selagi boleh elak, dielaknya. Bukan kami yang buat. Jangan kerana terlalu sayang, semua benda jadi kabur. Orang kata sayangkan anak tangan-tangankan. Kalau aku ada anak macam tu, dah lama kena ‘basuh’ dah. Ini tak, makin ditatang-tatang macam takde salah. Spoil la anak tu. Besok kalau jadi penjenayah, janganlah menyesal.

ok, cerita sakit hati ni memang takkan habis, sambung cerita raya, masa balik kedah tu singgah Pekan Rabu. Wah, sakan aku borong kuih, pekasam, ikan masin. Kat sana banyak kuih tradisional. I like!! Masa balik rumah pak su di Napoh, sakan aku makan lauk kampung. Mak su masak kari rebung dan ikan puyu goreng dan ikan puyu masak sambal. Tu dia, 3 pinggan nasi aku balun! hahaha. Rebung fresh yer, bukan yang macam kat sini tu. Ni amik terus dari pokok, terus masak. Masih-masih juga memahirkan diri dengan bahasa kedah. Boleh dah aku tiru cakap sket-sket wpun aku rasa macam lawak jek. haha. Kalau depa cakap laju sangat, kadang aku takleh nak tangkap butir bicara. Lagi-lagi kalau ada ‘term’ kedah yang aku tak faham. Diorang cakap macam aku faham jek, nanti aku senyum atau angguk jek la. hahaha. Lama tak jumpa tok dengan wan. Masa aku nak balik tok nangis. Sayu plak ati aku. Tapi orang tua macam tu kot, sensitif. Tok dengan Wan rajin ajak borak. Kalaulah kampung dekat, selalu la aku balik. Masalahnya jauh. Nyai dengan Yai kat Singapore pun jarang aku jenguk. Itu kira senang nak pi sebab dah dekat dgn jb. Bila cuti je keutamaan kalau nak balik, jumpa mama ayah. Tu jek sekarang. Sebab tu aku harap mama dengan ayah pindah dekat2 KL so that selalu bole jumpa. Aku tak sabar nak balas jasa mereka dan membahagiakan mereka selagi mampu. Selama aku hidup ni, takde apa yang aku nak diorang tak tunaikan. Tiada apa yang buat aku tak gembira. Semampunya mereka cuba buat aku gembira, senang dan bahagia. Sampai la aku dah tua bangka dah ada suami semua, masih lagi mereka berjasa pada aku. Susah senang, suka duka dikongsi.

Tahun ni tak banyak jemputan open house lagi, sebab aku belum officially lapor diri bekerja. Next year mungkin la. Dulu masa kerja UKM, before fly, time raya byk jugak open house. Open house office dan jabatan pun  byk jgk. Sediakan perut jek la. Siang tadi Zana, Nurul dan A-ar datang rumah beraya. Aku cuma sempat masak mee bandung je. Terharu dan happy diorang dtg. Bestnya borak-borak2. Best friends dari undergrad seme ni. Geng kancil merah. haha. Niza dgn Aida jek takde. Bestnya kalau dapat kumpul macam dulu2.  Besok Ame dengan CM nak dtg pulak, nak masak nasi beryani kononnya. Tapi aku malas nak masak beryani mcm ayah. Masak nasi beryani simple jek la. Versi hyderabad. Mengelat! :p Bila duduk rumah sendiri nanti mesti lagi meriah raya kot. Ramai kawan dan saudara datang rumah. Aku boleh buat open house. Sekarang susah la sket. Diorang kalau aku ajak dtg, ada yang kata tunggu aku duduk rumah sendiri baru nak dtg.  Nak tgk rumah aku ke, nak jumpa aku? :p

Aku sangat terharu dengan kesungguhan mama dengan ayah nak menyambut raya dengan aku kali ni. Mungkin nak mengubati 3 tahun yang berlalu tanpa aku. Walaupun di malam raya hanya ada kami berempat, aku dapat rasakan mereka sangat happy. Ayah dan mama masak berdua saja dari pagi. Aku sedikit terkilan tak dapat menolong sebab perjalanan dari Kedah yang jauh. Nak kejarkan sampai malam raya tu jugak. Semua dah siap. Nasi beryani lauk kurma kambing dan ayam masak merah untuk Diyat, menantu lelaki kesayangan (dia la memandai sebut nak makan!). Ketupat nasi, sambal goreng, serunding, kuah kacang, rendang ayam kampung untuk aku. Kesian mama dengan ayah berhempas pulas masak. Banyak pulak tu. Nak sedekah dan tukar-tukar lauk dengan jiran2. Amalan ni masih lagi ada di Kluang. Sudahnya di pagi raya, lauk pauk jiran bagi pun berlambak2. Yang ada kat rumah kami berempat jek! hehe. Abang sampai raya kedua ptg, tinggal saki baki nasi beryani semalam. Rezeki kamu la tu. 🙂 Sudahnya, raya pertama lepas sembahyang raya, kedua-duanya kepenatan. Kaki dah tak boleh pijak sebab sakit lama sangat berdiri sewaktu memasak.

Aku tak dapat bayangkan perasaan mereka 3 tahun tanpa aku. Selalunya ayah akan bawa mama menyambut 1 syawal di Singapore. Mungkin tak mahu mama melayan perasaan sedihnya. Kita yang muda mana bisa nak faham hati orang tua. Tahun lepas lagi la aku dgn abg kat Australia. Memang mereka raya berdua sahaja tanpa kehadiran anak-anak. Sayu hati bila memikirkan. Sebab itu sebolehnya aku ingin menyambut syawal dengan mereka. Keluarga kecil beginilah. Bila sorang je takde memang terasa.

Semoga raya tahun depan kami diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Pasti lebih meriah. Semoga Allah kabulkan doa kami. Amin! Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin! 🙂

Attitude, service and lifestyle

Kat Bangi ni dah sangat maju. Banyak sangat kedai dan banyak sangat tempat makan. Sampai jenuh nak pilih la. Kopitiam and cafe lagi la berlambak. Budaya rakyat malaysia sekarang suka lepak kedai kopi. Aku tak terkecuali la. hehe. lepak starbucks aje nak menyiapkan tesis. Tapi jemu dah gi starbucks Alamanda tu. Semalam pi starbucks midvalley plak. Tapi sudahnya tgk orang lalu lalang yg banyak. hahaha. Laki on-call, aku buat hal sendiri la weekend. Orang lain berjalan bersama keluarga, aku sorang2 je. Sempat la round window shopping kejap 2-3 jam. Takde apa nak beli, tengok2 jek la. Kagumnya dengan orang yang sangat ramai. Sebesar-besar mall tu, sesak juga dengan orang. Orang Malaysia ni giler shopping. haha. Kalau gi Jusco tu, berlaga2 ni nak jalan. Sekarang dah la tengah sale. Lagi la ramai macam semut hurung gula. Restaurant and cafes pun quite full. Macam-macam makanan ada sampai aku rambang mata nak pilih. No fast food please. :-). Semalam minum-minum makan kuih kat restoran nyonya pun aku rasa mahal jugak. Kuih sepotong conet 90 sen or seringgit. Kalau kat pasar malam pun besar lagi saiz dia dan paling-paling 30 sen je. Bayar mahal untuk tempat makan jek la. Ambience. Nasib baik sedap. haha.

Cakap pasal tempat makan, I had lunch with my best friend just now at Beriyani Othman in Bangi. What a coincidence huh? The name of the restaurant reminds me of my ‘master chef’, my dad. :-). They sell laksa johor, soto, briyani etc. Seems like a johorian restaurant to me. I had beriyani kambing ( mutton beriyani or maybe it is lamb, not sure la). Not bad at all. It just that the service is so damn slow! We have waited for 45 mins just for the food to arrive and after we finished our meal, air pun tak sampai-sampai. ayoooooooo! lembab giler! Memang nak kena black-list la this restaurant. Air dah la air teh jek. Ice tea plak tu. Ambik masa sejam nak sampai. So, lepas ni jangan harap nak datang lagi. Customer takde la ramai pun. Haih, kalau macam ni meniaga, pelanggan banyak lari ooo. I found that Malaysian punya customer service kureng sket la. Senyum payah. Treat customer pun tidak sepenuh jiwa raga. Maybe dah terbiasa dilayan dengan baik masa kat aussie kan. Cakap pasal senyum pun dah cukup. Kat sini jenuh aku senyum dengan orang lalu lalang kat corridor ofis ni. Payahnya nak balas balik. Kadang2 dari jauh kalau nampak nak bertembung kita, tunduk aje manjang. Dah terbiasa jugak kat aussie we greet people dengan simple words like ‘ how are you today?’ or ‘good day mate’ or just say hello or hi. Pastu senyum bila jumpa sapa2 even stranger. Budaya tu susah nak lihat kat sini. Mungkin aku harus memulakannya. Bagi salam ke kan kalau jumpa .Tapi kang kalau aku jek buat, over plak nampak. haha. Giler apa senyum sorang2. Tapi senyum tu satu sedekah kan?:-) Lagi satu kalau terlanggar ker, or nak lalu ke, apa2 ker, susah nak say sorry. Aku rasa kat aussie seme benda yang kita rasa simple pun kdg2 say sorry sebab tak nak orang lain susah or terasa hati. Dan ucapan terima kasih tu senang2 jek nak dengar walaupun kdg benda simple je mcm bagi laluan ker, tolong alihkan barang kita masa nak membayar ker, benda2 simple yg kita buat memudahkan orang mereka sangat hargai. Culture shock di negara sendiri. hahaha. Pasni kena biasakan balik or maybe I just carry on with all the good value that I have learned in aussie. Bab driving tak payah nak komen la. Lagi drive kat KL ni. Takdenya nak bagi jalan kat orang. Seme bawak kereta macam jalan bapak sendiri. hahaha. Pedestrian la kesian. Kalau kat zebra crossing takde kereta nak berenti. Kadang aku kesian tengok budak-budak ni nak melintas. Kat dalam UKM sendiri punya byk zebra crossing. Kereta semua jalan jek padahal kat tepi jalan bersusun budak nak melintas. Selfish betul driver2 ni. Tapi bila bagi lintas janganlah melintas macam siput sambil borak2 pulak. Dah orang bagi jalan, pandai-pandai la kan. Kalau kat aussie, dari jauh kereta dah slow or nak berhenti bila nampak orang nak melintas. Tak payah nak tengok kiri kanan la senang cerita sebab tahu kereta confirm berhenti. Lalu jek la macam biasa. Macam bos bila lintas jalan sebab semua kenderaan akan tunggu dan berhenti. hehe.

Lagi 2 hari nak puasa. Bazar ramadhan confirm jual macam2. tapi aku sejak balik lagi suka masak sendiri, makan kat rumah. Beli kat luar semua tak sedap kat tekak aku. haha. memilih sangat nak makan sekarang. Kadang-kadang bila makan tak cukup rasa, dalam hati berkata jugak. Lagi sedap aku buat sendiri. haha. Mengada plak. Dah senang boleh beli tak nak pulak. Dulu kat Canberra kena masak selalu, komplen jugak. haha.

Yang buat aku stress sekarang internet connection yang macam tuttttt. Streamyx kat umah ke, internet UKM ker, starbucks ke, sama je. Adoiii. Dulu click, click, click terus je keluar. Tak payah nak tunggu. Sekarang, nak tgk youtube berjanggut! even nak check mail pun, lambat. Rindunya internet kat aussie!!! pantas macam kilat! huhuhu!



counting days…

Lagi 4 hari nak meninggalkan Canberra dan lagi 6 hari nak meninggalkan Australia. Gembira sebab nak balik tapi sayu jugak hati. Banyak sangat kenangan pahit, manis, payau, kelat kat sini. Barang dah hampir separuh di packing. Banyak sungguh! itupun ada yang dah jual dan bagi2 pada kawan2. Penatnya.

Hari-hari terakhir kat sini sangat sibuk jumpa orang sana sini. Appointment berlambak. Dengan event MASCA NCG berlangsung serentak. Sesungguhnya aku cuba sedaya upaya tak nak hampakan orang. Malam besok budak2 ni nak buat farewell party utk aku, Zaza dan Inaz. Besok jumpa Kak Su, Amalia dan Dy untuk sembang kali terakhir. Besok juga nak tengok dan bagi sokongan untuk budak2 ni main games. Nak ke Pack and Send untuk uruskan barangan kakak. Nak packing lagi sikit. Lusa dah nak shipping barang.

Alhamdulillah presentation hari tu berjalan lancar. Sangat lega. Ramai kawan-kawan satu batch datang menyokong. Semua ucap tahniah. Aku orang pertama dalam cohort yang present exit seminar utk PhD. So, yang lain-lain terasa pressure jugak. Kira break the ice la ni. Diorang yang cakap. Mitzy siap cakap aku tak nampak nervous padahal jantung mcm nak terkeluar. Sebelum presentation macam-macam aku baca. Selawat toksah cakap. Jadi sangat nervous. Tapi bila kat depan, dah start cakap, semua jadi lancar je. Ada 5 soalan dari penonton. Aku dapat jawap 3 je. Lagi dua Paul tolong jawapkan. hehe. Ada few things nak kena amend and ambik kira untuk discussion dalam thesis tu nanti. Tadi dah kemas-kemas barang kat ofis. Semua dah masuk kotak. ada la 2 kotak. Buku dan file2 tu berat. Hari tu dah listkan semua specimens and slides. Buat inventori sket. Now nak kena fokuskan barang2 kat rumah ni. Serious pening. kotak sana sini.

Lusa futsal punya game. seram jugak. Hari ni practice for the last time. Ok lah. Stamina pun dah naik sket. Takde lah semput kan. Harap-harap dapat bermain dengan cemerlang nanti dan bawak balik medal. Cewah. hehe. 8 team utk perempuan. Seram jugak bila dengar cerita team dari WA sangat ganas bila main. Ok, usaha dan tawakkal. InsyaAllah boleh.

Persiapan

Sakit badan angkat 5 kotak kosong dari DHL ke ofis dan dari ofis balik ke rumah. Kotak DHL tu dah la berat. Tak semena-mena bersenam tangan pulak hari ni. Banyak barang nak kena kemas ni tapi belum ada mood lagi. Nanti-nantilah.

Pagi tadi selepas subuh terus mengadap kerja sebab semalam tidur awal. Sekarang baru pukul 6.30ptg tapi dah mengantuk. Pukul 5 dah gelap lagi la terasa malam jadi sangat panjang dengan cuaca yang sangat sejuk akhir-akhir ni selalunya mencapai takat beku. Hajat hati nak pergi library terbantut dek kerana kesejukan yang mencengkam tulang hitam dan sakit bahu.

Siang tadi selama 2 jam aku duduk depan computer dengan Paul analisis data yang ada. Setiap satu diterangkannya sampai aku faham. Sangat bersyukur dan terharu. Semangat aku nak menulis lagi. Aku membayangkan nanti kalau menulis kat Malaysia, mesti payah nak tanya detail-detail sangat and dapat jawapan yang cepat. Harap-harap semuanya lancar la.

Tadi aku isi lagi borang tambah masa untuk sambung sampai disember supaya yuran aku masih berbayar. Harap-harapnya dapat kelulusan VC.

Tiket kapal terbang pun dah dapat. 18 julai ni aku akan sampai di tanah air tercinta! 🙂

Aku ada dalam seminggu untuk buat power point dan mengolah bab 5 & 6. Seharusnya bab 6 dah boleh siap la memandangkan ini final presentation dan aku seharusnya dah boleh membuat kesimpulan dari keseluruhan projek penyelidikan yang aku buat. Cuma aku belum boleh buat kesimpulan tentang sub topik HPLC tu la. Maknanya, kerja, kerja, kerja ajelah sampai ke sudah!