Archives

Musibah dan muhasabah

Hidup ni banyak dugaan. Allah bagi ujian untuk sedarkan kita betapa kita ni manusia je. Tak perfect, lemah, tak kebal. Allah sebenarnya sayangkan kita dan mahu kita lebih mengingat Dia. Sebab kita ni manusia, selalu lupa, alpa, leka.
Ruginya kalau kita tak ambil iktibar dari musibah yang melanda dan cuba membaiki kelemahan diri. Muhasabahlah.
Tapi, bukan semua orang akan dapat hidayah Allah. Hanya orang yang terpilih. Kita boleh berdoa supaya kita jadi orang yang terpilih itu. Dan kita juga boleh doa untuk orang yang kita sayang supaya dia juga mendapat hidayah.
Semoga Allah akan memberikan hidayahNya pada kita.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Semoga segalanya tidak terlambat untuk kita bertaubat dan membaiki kelemahan dan kekurangan yang ada.
Segala yang berlaku, di langit dan di bumi, hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Walaupun kita kadang kurang bersyukur dan juga tak sedar-sedar diri, dia masih beri nikmat pada kita.
Itu pun kita masih tak malu dengan Dia. Tak reti nak bersyukur. Sering mengeluh.
Dan bagi hati yang masih mendambakan cahaya hidayah darinya, jiwa ni sering merasa tertekan dan sedih bila masih tak dapat mengubah diri kepada lebih baik.
Di mana kekuatan itu?
Masih mencari.

Luahan hati

Ok. Ini untuk mengurangkan kesedihan. Takde siapa tahu betapa saya sangat sedih bila terpaksa top up anak dgn susu formula. No. Saya takde anti sgt dgn FM cuma saya rasa susu saya paling bagus untuk Aiman. Dan bila susu saya sikit, ramai bagi mcm2 nasihat dan saranan untuk saya. Terima kasih. Saya tahu kamu semua concern. Tapi, saya juga dah berusaha macam-macam untuk bykkan susu. Saya disiplin mengepam 4x sehari waktu pejabat, dan bgn tgh mlm utk pam. Semata-mata untuk bekalan Aiman esok hari. Sekali pam dpt 2oz je. mmg itulah yg sy dpt dr sejak bekerja. masa dlm pantang lagi sikit. saya syukur. Kat rumah mmg direct feed jek sekerap yang Aiman mahu. Yg saya sedih, kdg ada ibu-ibu yg pandang serong atau terus cop ibu yg bg anak FM mcm kurang usaha dan malas. Sbb tu bg anak FM. Tak disiplin la, tak minum air byk la, malas pam la etc. Percayalah, takde ibu nak bg anak yang tak baik. Semua nak bg anak mknan yg terbaik. Macam-macam supplement saya makan. Saya minum air dekat 3L sehari sampai asyik pergi toilet. Angkut botol air 2L pi ofis ari2. Bwk beg pam susu lagi. Bwk beg isi macbook lagi. Bwk handbeg lagi. :-). hehe. mcm nenek siput okeh. rebeh bahu kiri kanan. Macam-macam milk booster saya cuba. Macam-macam supplement saya telan. Banyak saya berhabis duit untuk memberikan anak saya susu ibu. Janganlah kata org bagi susu ibu ni nak jimat dan kedekut nak beli FM yer.
:-).Kalau kuliah, saya anjakkan waktu mengepam awal/lambat. tapi saya pastikan saya pam 4 kali jgk untuk dapat susu byk untuk bekalan Aiman esok hari. Stok susu saya kais pagi, makan pagi. Memang takde frozen EBM.
Saya pun tak dapat support dari family yang sepenuhnya. Ini part ada sedih jugak la. Walaupun suami saya doktor, dia tak menghalang, cuma galakan tu kurang la. Dia tahu saya bangun malam-malam, pam susu, tapi takdelah kata-kata appresiasi. Kalau nak duit beli brg utk susu ibu ni, dia boleh bg je. Nursing wear ke, nursing bra ke, dia belikan jek. Suruh beli milk booster, dia beli je. Tapi masih selamba je suruh bagi FM masa anak kuning dalam hari. Bila mak dia suruh bagi FM, dia takdelah nak back-up beria pun suruh saya bg susu ibu. Susah nak educate keluarga sendiri tau. Cuma bila sekali emaknya suruh bg makan, dia pertahankan jugaklah. Kata yg boleh makan selepas 6 bln. Itu kelebihan dia kerja di wad pediatrik skrg ni. 🙂
Mak saya nurse, ada sijil bidan, pun sama juga. Menggalakkan, tapi masih suruh top up FM bila dia tahu susu saya sikit dan dia kesian cucu dia lapar. Suami ke, mak ke, sama je. Tiada mengesyorkan mcm mana nak bykkan susu, bagi kata-kata semangat ker, solusinya mudah. Bagi je susu formula. Ibu mertua dan ayah mertua juga sama. Suruh bagi FM, senang bila saya bekerja. Komen-komen ‘anak lapar tak kenyang susu’ ‘anak dok mengepam, mengempeng je’ ‘susah org nak jaga bila kerja’ dan lain-lain komen yang kadang kala saya buat-buat tak dengar, masuk telinga kanan, keluar kiri je. Sepanjang saya menyusukan anak saya di rumah, saya hanya mampu tersenyum dan bersabar jika ada komen-komen yang agak ‘negatif’ dan tidak membina. Walaupun saya tahu kadang-kala mereka cakap-cakap gurau, tapi naluri ibu saya tersentuh jugak. Sensitif jg kdg2. Tapi saya diamkan dan hanya mampu senyum je la kerana saya mahu berikan susu ibu pada anak saya walau jumlah sedikit. Biarlah saya nak berkepit je, anak saya. Yang lenguh, tangan saya. Yang tak boleh buat kerja lain, saya juga. hehe. Jadi saya rasa, perjalanan saya untuk breastfeed anak sedikit payah. Kurang sokongan moral. 😦
Usaha, penat lelah saya, saya rasakan berhasil bila ada sekali suami komen tentang fizikal anak saya yang padat dagingnya, tidak lembik. Semua berkat susu ibu mungkin. Dalam hati, saya tak tau nak kata apa, sangat gembira. Saya rasa waktu tidur yang saya discount setiap hari untuk bangun dan pam susu untuk anak saya berbayar dengan Aiman yang sihat dan Alhamdulillah tak pernah sakit demam atau selesema. Aiman bangun menyusu 3-4 kali setiap malam dan mungkin sebab susu saya sikit, dia minum sikit2 dan tidak kenyang lama. Takpelah, janji saya ada susu untuk dia.
Saya tahu kalau saya bagi susu FM bukanlah saya ni ibu yang tak baik. Mak saya bagi je saya minum dari kecik. Jadi je orang. Manja je dengan mak. Cuma sekarang, saya rasa, kita dah di-educate, banyak ilmu yang kita belajar tentang bagusnya susu ibu, ada kemampuan untuk beli alat/pam dan ada cara untuk simpan susu, dan sebagainya, rugilah kalau kita mensia-siakan ilmu yg kita tahu dan peluang yang sekejap cuma ini untuk berikan yang terbaik untuk darah daging sendiri. Anak menyusu pun paling-paling 2 tahun je. Saya yakin saya akan rindukan saat-saat menyusu dengan Aiman bila dia dah tak mau menyusu dengan saya lagi. Sebab saya boleh rasa bonding tu. Setiap kali balik kerja, kepuasan yang dia dapat dari menyusu dengan saya, kami sama-sama dapat merasakannya. Setakat menyusu sambil berdukung dan berjalan di tempat awam, apalah sangat. Biasa bagi saya. Saya tak perlu kerusi untuk duduk dan menyusu, janji Aiman dapat minum susu, kat mana-mana pun boleh. Janji pakai nursing wear dan nursing bra. Memang itulah uniform saya skrg.
Saya bersyukur juga babysitter saya pro kepada penyusuan susu ibu. Bila saya hantar susu sikit, dan bila susu saya habis, dia cakap dia terpaksa bagi FM (saya memang bekalkan buat back-up). Saya faham. Dan bila saya nak pergi kerja atau balik kerja, dia suruh susukan anak saya dulu. Bila saya balik, kadang Aiman kelaparan sebab susu habis dan dia tahan tak nak bagi Aiman formula milk. Dia bagi puting buat Aiman leka. Sebab tu bila saya sampai untuk ambik Aiman, dia suruh susukan time tu jugak. Terima kasih la Cik Nor. Sebab dia kata, susu ibu bagus. Dia pun pandai mengendalikan EBM. Senang kerja saya. Saya syukur sebab bab babysitter, dipermudahkan. Memang kadang saya lama kat rumah babysitter sebab saya menyusukan anak saya di sana. Tapi, ada org tau dan ambik peduli ke? takde kan. Suami saya pun tak tahu sebab saya sorang je yg pergi dan ambik Aman setiap hari. MIL pun tak tau. Mak saya pun tak tau. Takpelah, janji saya tahu dan Aiman kenyang sudah.
Saya akui, kadang-kala saya tewas juga dengan kelemahan diri dan keadaan sekeliling. Bila anak meragam macam tak puas susu saya, saya bancuh je FM sebab Aiman takde masalah langsung minum FM or nipple confuse. Saya tak sampai hati tengok dia lapar. Cuma saya sebagai ibu rasa bersalah, perut anak saya perlu bekerja lebih sedikit untuk digest susu lembu tu. Kesian anak saya. Pastu asyik termuak. Keluar balik hampir separuh kdg2 dari apa yang diminum.
Jadi saya rasa, siapa-siapa yang nak bagi anak susu ibu, memang sangat kuat orangnya. Disiplin. Sabar. Komited. Dan saya rasa ini hak Aiman. Amanah Allah yang perlu saya jaga sebaiknya. Maafkan mommy jika tidak dapat memberikan yang terbaik untukmu nak. Mommy berusaha sedaya mungkin. Percayalah.
Tolonglah berikan sokongan. Memang selama ini, ilmu semua saya cari sendiri berkaitan susu ibu sebab saya yang nak sangat bagi susu ibu ni. Dan saya belum cukup kuat nak educate family sendiri betapa berharganya dan baiknya susu ibu ini bila ada komen-komen yang kurang ‘sihat’ di telinga saya. Semoga Allah tunjukkan jalan.
Inilah luahan saya yang baru menjadi ibu dan menyusukan anak tak sampai 4 bulan lagi. Perjalanan saya masih panjang. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin

Aiman dan korban

Tiada perkataan yang sesuai dapat menggambarkan perasaan sewaktu melihat raut wajah anak yang sedang tidur. Sangat kasih terhadapnya. Tenang. Begitu juga sewaktu menyusukan anak. Sangat best melihat wajahnya, mengusap kepalanya, memeluk badannya. Hangat. Ikatan antara ibu dan anak. Sangat indah. Saya amat suka saat-saat begini! :-).

Aiman budak baik. Kalau tukar pampers tgh malam tak pernah menangis. Lepas saya tukar, dia menyusu dan akan tidur balik. Bangun pagi-pagi dia akan mengeliat macam orang besar, betulkan segala urat. Sangat comel! dan akan senyum lebar-lebar bila saya menegurnya. Bila kita ajak sembang, akan senyum dan senyum lagi dan akan membalas dengan bahasa-yang-Aiman-sendiri-paham. :-). Hati ibu mana yang tidak cair dengan senyuman manis anak sendiri. Aih, pengubat jiwa duka lara.

Hari ni hari raya korban. Alhamdulillah Aiman menunaikan ibadah korbannya tahun ini. Walaupun masih kecil, tok dgn wan beria sangat nak masukkan nama Aiman untuk bahagian korban. Maka, tadi pagi kami berdua ke masjid untuk melihat lembu dikorbankan. Daddy Aiman on call hari ni (sian mommy dan Aiman!). Sewaktu nama Aiman di panggil, Aiman sedang enak tidur dalam pouch, berdakapan dengan mommy. Wan yang tolong wakilkan pegang lembu tu, sambil berniat. Mommy pun niat dan doa dalam hati agar ibadah korbanmu ini diterima oleh Allah anakku. Kalau ada rezeki lagi, nanti kita buat lagi.

Semalam hari yang sangat mencabar dan menyentap hati seorang ibu. Cewah. Sibuk sangat memasak di dapur untuk persiapan raya. Mommy hanya sempat jumpa Aiman kejap-kejap untuk menyusu. Itupun bila Aiman dah menangis. Mommy serah Aiman kat daddy je untuk dijaga. 2 kali terpaksa bagi FM kerana Mommy yang tak dapat nak bagi susu kat Aiman. Dan walaupun dah minum susu botol, Aiman cari juga mommy nak nenen. Sampai menangis-nangis. Mommy sebenarnya sangat gembira Aiman nangis sebab nak nenen dengan mommy. Maknanya Aiman sangat menghargai momen kita berdua dan sangat suka susu mommy. :-). Tapi tugasan mommy sangat banyak semalam. Semalam masak rendang, kuah kacang dan mee rebus. Mommy masak sorang-sorang. Untuk Soto, saya dah tak larat, bagi tugas pada kak long sahaja. Hanya mampu bantu buat begedil sahaja. Daddy Aiman pun mengeluh Aiman tak nak diletak, nak berdukung je. Lenguh. Mungkin meragam sebab dia tahu mommy dia ada tapi tak selalu ada dengan dia macam biasa dan tak dapat nak mengempeng bila-bila masa yang dia mahu.

Alhamdulillah, hari ni mommy dapat menyusukan Aiman sepenuhnya dengan susu mommy. Mommy sangat puas hati dan happy. Sangat sedih hati mommy ni bila terpaksa bagi Aiman susu formula. Orang lain takkan faham. Tok pun tak faham. Mommy stress juga bila asyik disuruh beri FM tiap kali Aiman menangis atau merengek. Mungkin salah satu faktor juga kenapa susu mommy ni tak banyak2. Asyik stress je. huhu. Kadang baby nangis bukan sebab lapar sahaja, tapi banyak sebab lain. Semalam lagi la mommy stress bila tok suruh bagi Aiman makan! huhu. Tunggu la 6 bulan, lepas organ Aiman dah develop. Kadang-kadang susah nak bercakap dengan orang yang lebih tua. Nak terangkan banyak-banyak, nanti kata macam pandai sedangkan anak diorang ramai dan itu mereka buat. Anak sihat dan besar je. Tapi sebab mommy baca, knowledge ada, kita tahu baik buruk sesuatu, takkan nak buat juga. I always want to give the best to my child. Hanya yang terbaik dan akan buat yang terbaik. Mommy nak tunaikan tanggungjawap ini sebaiknya. Mommy tak mahu menyesal kemudian hari. Ini pun mommy banyak rasa bersalah bila bagi Aiman minum susu formula bila orang asyik kata mommy tak cukup susu. Aiman lapar. Walaupun hanya sekali dua sehari. Tapi mommy sedih juga. Mommy belum cukup kuat Aiman. InsyaAllah ye nak, mommy cuba bagi susu mommy sepenuhnya.

Mommy tahu susu mommy ni paling terbaik buatmu nak. Susu ini hak kamu. Bermacam cara mommy ikhtiar agar susu ini banyak untuk mu. Tapi mungkin rezeki kamu hanya cukup-cukup ini sahaja buat masa ni. Mommy sempat buat stok sikit-sikit je. Kelakar je dapat pam 1-1.5oz sekali pam. Orang lain berbotol-botol. Aiman banyak direct feeding dan lepas menyusu susu mommy ni lambat nak penuh. Takpelah. Mommy selalu positive yang susu mommy ni cukup untuk Aiman dan akan jadi semakin banyak bila Aiman semakin besar. Sesuai dengan pertumbuhan. Apa yang ada ni, kita minum je la yer nak. Stok tak penuh peti ais macam orang pun takpe. Janji bila Aiman nak menyusu dengan mommy, susu ada je.

nota kaki gemuk: tiba-tiba jadi emosi bila cakap pasal susu ibu. Setiap ibu pastilah mahu yang terbaik untuk anaknya bukan?

Cabaran breastfeeding

Tak sempat lagi nak update citer bersalin part 2. Ni nak cite pasal breastfeeding dulu. Sekarang tak boleh online sekerap dulu. Dah ada tumpuan baru yang lebih penting sekarang. Kalau dulu banyak masa terluang. Sekarang susah nak jumpa melainkan si kecik tu tido. Hehe. Tapi kadang time tu la nak buat benda lain. Sebab bila dia jaga je nak susu atau tukar lampin dan tgk-tgk dia. Susu badan meningkat sikit la. Boleh la dapat sekali expressed 1 ounce. Sikit kan? Tapi cuba sedaya upaya juga la memberi setiap masa so that dia stimulate. Bila dia abis minum je, cepat-cepat kosongkan dengan expressed susu tu. Kdg dapat tapak botol je. Huhuhu. Takpe. Liquid gold tu. Org cakap bersalin c-sect mmg macam tu. Susu lambat/ sikit. Lain macam orang bersalin normal. Proses fisiologi berbeza. Kira c-sect ni bersalin paksa la. Badan belum ready. Mungkin lambat kot susu nak banyak. Takpela. Sementara ni terpaksa la campur dulu. Walaupun sedih tak dapat nak capai matlamat untuk fully breastfeeding dr lahir, tapi saya tetap beria jugak nak bagi susu yang tak seberapa ni. Dugaan sungguh. Kadang tu bila expressed, akan pastikan setiap titik tuh masuk botol kalau transfer. Bila dia minum habiskan semua rasa puas hati sangat. Hopefully minggu depan susu akan banyak lagi. Mak saya bising kalau Aiman asyik mencari je puting macam lapar lagi. Padahal baru menyusu badan. Dia kata susu saya tak cukup, kena bagi dia susu formula untuk top up. Saya pulak asyik sua susu badan sampai rasanya dah takde susu dah. Rasa macam dia syok hisap puting je. Hahaha. Sudahnya nanti saya selalu top up susu formula sikit. Selalu bagi half dari yang sepatutnya. Saya tak nak dia minum susu formula tu. Saya tahu saya boleh. Cuma kena sabar sikit. Saya jealous jugak dengan cerita orang boleh pam susu banyak berbotol-botol. Saya sebotol pun tak sampai. Kadang dapat 20ml. Kadang less than 10ml kalau lepas minum. Kadang 30ml paling banyak. Tapi rasanya dia minum susu badan ni cepat kenyang. Tapi cepat lapar juga. Tapi saya tahu Tuhan punya kuasa. DIA yang jadikan sesuatu itu maka DIA maha mengetahui. Kadang rasanya dia hisap takde la banyak mana pun tapi dia macam cukup je untuk sementara waktu ni. Tunggu dia besar sikit kot baru susu banyak sesuai dengan perkembangan dia. Betul tak?

p/s: nak try product Shaklee. Org kata boleh banyakkan susu.

Warded! Baby ni kasi saspen mommy la..:-)

Hehe. Semalam merasa la tido katil hospital. Merasa jugak naik wheelchair. haha. Alkisahnya baby tak gerak sgt semalam. Agak kerisauan. Maka saya sebagai ibu yg prihatin (plus hubby suruh pi hospital pi check), pi la HUKM tgh2 malam. Dah la hubby on call. Terpaksa minta ehsan ibu dan ayah mertua tgh2 malam tu. Tapi sebelum tu masa call hubby dah nangis dulu dah. huhu. Tak boleh la kalau ada benda pasal baby ni hubby takde. Bila dgr suara hati terus jadi sayu gitu. Banjir la jadiknya. 🙂

Sampai hospital, pi emergency utk O&G, dekat kul 1 pagi kot time tu. Nurse dua org tido depan kaunter. Takde patient. Saya jek la dtg tgh2 mlm buta. hehe. Buat urine test, CTG, kena interview sket (siap kena sound lagi apsal tak dtg awal2.:p). Err, bukan tak nak dtg awal, saya monitor la jgk tu. Sebab baby selalunya aktif ptg2 dan tgh mlm. Semlm ptg tak aktif, so sy tgg la smp tgh malam waktu yang mmg dia sungguh aktif. Dah goyang2 perut pun tgh mlm respond sekali je, mmg la aku pi hospital. Siangnya tak gerak sgt. Kurang 10 kali. Tapi takde la aku explain mcm tu. Aku senyum jek la bila dia bebel patut dtg kul 9mlm kalau kira dr kul 9 pagi gerakan baby tu. Misi, saya penat giler semalam. Lepas subuh mmg tido smp nak tgh ari. Jadinya monitor dr tgh ari la! Tapi again, hanya menjawap dlm hati jek. :p. Before this mmg takde la beria buat kiraan, sebabnya my baby sangat aktif. Tak payah nak kira2. Kalau siang tu, tgh ari, mmg dah lebih 10 kali gerak. Blom ptg, blom tgh mlm. Berpuluh2 kali gerak. hehe. Semalam ada rasa lain sket la sbb tak gerak. Plus, aku pun melepek jek kepenatan sbb majlis bukak puasa tu. Jadi agaknya baby pun terkesan, dia letih sama. Dia pun bantai tido je. hehe

Masa CTG, baby tido je. Ada la kot dia gerak 2 kali gitu. Nurse siap suruh aku cuba mcm2 posisi. Siap kalih kanan, siap kalih kiri, kejap terlentang. Dia kata baby tido jek ni. Pastu dok goyang2 perut aku. Dah kul 2 pagi, mmg time tido dia la kot misi. hehe. Setengah jam lepas buat CTG tu, doktor datang, buat VE. Seluk bawah tuh la. Dia kata bukak 1cm. Dalam hati, alahai, 1cm je. Lambat la lagi. Sakit pun tak, mmg boleh balik je la pasni. Dia kata nak call Prof la (my gyne), nak inform. Aku pun rilek2 jek la menunggu. Tup2 misi datang cakap Prof suruh warded. Nanti besok pagi prof dtg check. Alamak. Dah nak bersalin ke. Tapi aku rilek je sbb mmg tak sakit apa pun. Hubby pun bsk tgh ari baru abis keje. Makanya takde la aku sedih mana pun dia takde (tp dalam ati sedih jgk la sebenarnya nak dia temankan. uhuk!) sebab mmg aku target lambattttt lagi nak bersalin. Kalau dia dtg besok lepas kerja pun belum tentu aku bersalin. haha. Biarlah dia ber’oncall’an dahulu. Abiskan keje dia kat spital sana nun.

Aku suruh mommy dgn daddy balik dulu. Aku gelak-gelak je cakap lambat lagi la ni. Mak balik la sahur, pi subuh, pastu dtg balik la. Tak rasa sakit pun. Diorang nak monitor baby je, bukan aku nak bersalin. Bukan nak halau, tak, tapi kesian depa nampak keletihan. MIL biasala, dia risau takut aku terbersalin ke kan. Dia punya risau sbb dah bukak 1cm. Tapi I rilek je. hehe. Sebab aku byk baca pengalaman org bersalin, dah bukak 2cm pun tgg lama giler kot. Kul 4 pagi mcm tu diorang balik. Kesian, sampai sesat2 nak sampai rumah. Tak familiar jalan.

Aku pun tido-tido ayam je. Yela, mana selesa tido hospital. 2 jam sekali ada nurse dtg masuk amik BP dgn check jantung baby. Kul 9 lebih, Prof dtg jumpa aku, tanya borak2 je, bukan dia check apa pun. Dia cakap boleh balik. hehe. Dia kata apsal membazir bayar masuk ward ni. Aku cakap semlm misi kata prof suruh warded. Dia kata tak de plak. Prof kata diorang je yang gelabah, nak monitor. Tgk CTG result aku ok je. Dia dok senyum tanya aku, you nak induce ke? haha. Aku cepat2 jawap, tak nak! Then dia pun cakap tak nak induce sbb aku sihat, baby normal semua, tunggu masa je. Ada lagi 2 mgg sampai due date. Ni kira-kira dlm semgg lagi keluar la ni kot. Natural labour lagi bagus. Dan Prof bagi aku MC 1mgg wpun aku tak mintak! hoyeah! :-). Dia siap keluar masuk balik tanya aku nak MC tak. Aku bendul, mmg tak terpikir nak MC. Bila dia tanya nak berapa hari, aku cakap tak tau. hehe. Dia kata, I bagi sampai hujung minggu la. Hamek kau! Seminggu MC.

Ari ni mmg tak puasa. Rugi sungguh rasa. Tapi sebab aku risau baby lemah kot aku dok puasa plus penat lagi, kang bila nak bersalin, takde tenaga plak nak teran. Tuh yang tak puasa ari ni. Dapat la puasa 14 hari. Besok pun tak puasa la kot. Kena makan, kang takde energy plak nak teran. Ni mlm perut asyik menegang-negang je. Pinggang kebas2 sikit. Aih, dah nak bersalin ke aku besok ni? Seriously saspen betul menunggu contraction nak bersalin tu rasa mcm mana. Baca pengalaman orang pun semua lain2. Tak reti describe contraction sakit tu mcm mana. Standard punya ayat: sakit perut, sakit pinggang. Ni perut tegang2 jugak, takde la sakit pun. Hanya Tuhan je yang tahu. Semoga Allah permudahkan segala urusanku! Amin!

L.I.M.P

I’m having the difficulties to walk yesterday. Could barely move my right leg. It is like muscle strain but more like cramping in between my thigh and pelvic area when I try to move forward. Seperti urat ditarik-tarik. I am not sure whether it is normal for pregnant woman or what. The pain comes and goes. Especially when you try to stand up and walk after sitting for quite some time. At one point, I just dragged my right leg because I could not move it at all. Sakit woooo. Serious meh? Should I see my gynea? Untuk menambahkan ‘kesakitan’ lagi, hubby was on call yesterday. No one at home, mommy (MIL) went to the mosque for terawih. So, I was all alone. SMS my husband but he did not reply. Busy maybe. After an hour, i tried to contact him (SMS again!) for the second time, he replied that he was having a ward round with specialist. Ok, pasrah di situ. Busy, busy, busy. Means that cannot talk on the phone. So, tidak dapat mengadu. Makanya tidur dalam kesedihan dan air mata. Typical me! Cengeng! 😦
p/s: luckily I rang my sister before went to bed and boleh mengadu pasal sakit ni. Kalau tidak lagi la banjir! at least she was there when I need someone to talk to! dan juga dapat bercakap dengan si Sarah comel! Oh, rindunya pada si kecil itu dan keletahnya. Perkataan baru apa yang sudah pandai dituturkan lagi agaknya? 🙂

Puasa hari kedua

Alhamdulillah selesai puasa hari kedua. Lebih bertahan dari hari yang pertama cuma hari ni ada rasa heartburn sket bila dah petang-petang. Bersahur makan nasi dengan salmon goreng, half bowl of cereal with choc milk dan 3 biji kurma nabi. Air Ribena sejuk segelas dan Air putih 2 gelas. Kenyang! Hari ni mak buyung pergi lagi ke bazar ramadhan dengan panas terik tu. Kali ni pergi yang dekat Puchong Perdana je sebab nak ambik seluar kerja hubby yang hantar potong semalam. Pergi dengan bapa mertuaku. Terharu sebab dia bersungguh carikan gerai yang jual soto sebab menantu dia ni nak makan. Sanggup bawak pusing pergi bazar ramadhan yang lain semata-mata nak carikan soto. Dari Puchong Perdana sampai la ke Puchong Prima. Dah 2 hari mencari soto untuk berbuka sebenarnya tapi balik-balik bihun sup utara yang dijual orang. Kalau kat johor confirm dapat punyalah. Masuk bazar yang kedua aku duduk je dalam kereta sebab penat. Pak mertua yang dok jalan sorang mencari soto. Takpelah baby, besok mommy cari kat bazar ramadhan Bangi pulak ye. Sian Wan Hamid penat jugak puasa-puasa ni meredah bazar nak carikan soto untuk mak buyung ni. huhuhu. Suami pulak oncall hari ni. Sian dia. Sian mommy jgk. Sedih sebenarnya. :-(. Dah hujung-hujung ni kalau boleh nak suami selalu depan mata dan spend masa sebanyak mungkin. Entah, macam nak pergi berperang. Takut sangat. Mana la tahu kalau ini je masa yang ada dengan suami. Tuhan je Maha Mengetahui kan?
Hari ni makanya makanlah mee goreng je. Itupun 1/3 je dari mee goreng tu sebab pedas. Makan la kuih jgk. Haus sebenarnya. Bergelas-gelas air soya ditogok. hahaha. Semestinya la air yang sejuk. Siap ais lagi. Tak boleh tahan la nak minum air panas je. Itu air simpan untuk dalam pantang je la.:p