Archives

Buka Bareng!

Alhamdulillah. Selamat berpuasa untuk hari yang ke 14 hari ini. Alhamdulillah juga dapat berbuka makanan sedappppppppp. Di bawa jauh dari Johor oleh abangku untuk saya di sini. Terima kasih mama dan ayah. Sungguh nikmat apabila soto dan sambal goreng menjadi juadah berbuka dan moreh saya hari ini. πŸ™‚ Kasih ibu bapa memang terbaiklah! Air tangan mereka sentiasa menjadikan sesuatu masakan itu extra special kerana dimasak dengan penuh kasih sayang. πŸ™‚

Alkisahnya semalam adalah majlis yang dinanti. Buka bareng anak-anak ex-UNHAS. Makanya, harus ngomong Makassar kah? Aku tak reti. hahaha. Di kelilingi oleh doktor-doktor aku semalam. ada la dekat 40 orang doktor. Kalau aku bersalin or sakit semalam, confirm ramai yang boleh tolong. hahaha. Majlis semalam ada dekat 50++ kot termasuk kanak-kanak. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun hujan lebat di waktu petang. Makanan masyaAllah terlalu banyak. Murah dan melimpah rezeki. Penuh meja makan, blom kira meja teh, blom kira meja lain-lainnya. Masing-masing bawa makanan yang pelbagai. Tapi yang menjadi pujaan dan serbuan ramai adalah Coto. Resepi khas Makassar yang dimasak oleh orang Makassar. Mesti Ririn dan Syazmin berbangga. :-). Semua pakat makan. Aku tak makan sebab tak berapa suka. Rempah kuat sangat. Sebab dah penat untuk memastikan semua lancar, aku buka lambat sikit. Makan nasi ayam je. Tapi air bandung soda, bergelas-gelas minum. Sedap! Sendiri buat, sendiri puji. hahaha. :p. Sudahnya kenyang air je. Sempat la jamah pizza sekeping, sate secucuk dan lasagna dan juga buah-buahan. Lain-lain segala mala kuih mmg tak makan. Budak-budak lain aku tgk rilek jek makan. haha. Tapi makanan mmg byk. Aku mmg suruh bungkus bawak balik. Ayam bakar byk giler. Dah siap beli beg plastik dan polisterine utk ditapau. Dah hujung-hujung mmg duduk jek la tak bangun-bangun. Jadi mandur tgk org bungkus makanan. Kaki sangat sakit. Seharian ke hulu ke hilir. Urat tarik toksah cakap la. Tapi aku diamkan je. Doa dalam hati jangan la apa-apa. Sebab majlis sedang berlangsung. Mujur budak-budak tu semua rajin dan tak kisah. Tolong clearkan makanan dan cuci pinggan. Jadinya kemas sikit-sikit je la lepas tu. Lega sangat bila dah habis. Pastu sambung kemas, malam tadi mmg tido pengsan sebab kepenatan. Seronok dapat jumpa kawan-kawan. Walaupun bukan teman kuliah saya, tapi mereka dah mesra dan rapat juga sebab selalu jumpa masa melawat suami di Makassar dulu. Jadinya tidaklah kekok pun.

Ok, baby boleh keluar dah bila-bila. Mommy dah ready. Mommy takde apa nak makan lagi dah. Semua dah selamat masuk perut dan semua benda dah lega. Mommy tak takut sebab mommy nak berjuang untuk kamu lahir ke dunia ini. Kalau Tuhan nak ambil nyawa mommy pun, mommy redha sayang kalau itu ketentuanNya. Cuma mommy berdoa juga agar Allah panjangkan umur mommy untuk bertemu kamu, dan semoga mommy dapat didik kamu dan menjaga kamu sebaiknya. Mommy loves you so much and I cannot wait to see you soon my dear son. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kita berdua yer nak.
πŸ™‚

nota kaki gemuk: Kesian suamiku yang oncall hari ini tak makan lagi walaupun dah pukul 9 lebih tadi. Sibuk sgt yer bang. Semoga Allah balas jasamu memberi khidmat pada masyarakat. Hati ini sangat sedih bila tahu abang tak jamah makanan lagi, hanya sempat berbuka dengan minum air. Sedangkan sayang makan sedap-sedap di rumah. 😦

Advertisements

Ramadhan updates!

Alhamdulillah. Berjaya berpuasa tanpa membuangnya. Dah masuk hari ke 12 dah ni. Masih gigih. Semoga terus gigih sampai bersalin. Semalam check-up turun pulak berat 2kg! Terkejut tengok scale. Mungkin kerana berpuasa. Tapi doktor cakap baby semua ok. Kepala mmg kat bawah dah. Dia suruh standby je skrg ni. Anytime baby boleh keluar. Masa masuk bilik doktor semalam, soalan pertama dia tanya, “tak ada rasa sakit-sakit lagi?”. Hehe. Belum la prof. Saya masih sihat, berjalan sana sini bawak perut ni. Cepat betul semalam, duduk tak sampai 5 minit, dah kena panggil masuk bilik prof. Kalau tak, kdg tunggu setgh jam. Tapi sebab dia buat sistem appointment ikut jam, takde la menunggu lama sangat. Selalunya appointment aku kul 3-4ptg. Jadinya kena la datang within that time. Satu session tu dia allocate utk 6 pesakit je. Tidaklah saya menunggu macam buah tak gugur macam dekat An-Nur tu. Dia bagi appointment ikut hari. Kena datang awal pagi ambik nombor. Sekali je la I datang. Tak sanggup tunggu. Datang pagi, check ptg. Lepas lunch. huhu.
Masa buat ultrasound, nampak muka baby! Heeeeee, comelnya! dah tu dia siap hisap jari lagi. Prof cakap baby lapar ni. hehehe. Sian anak mommy. Dalam hati cakap, “takpe, nnt bukak puasa mommy bawak makan best2”. Kebetulan memang plan nak bukak puasa di luar pun semalam sebab hujung minggu tak sempat nak berbuffet ramadhan. So semalam bukak puasa berbuffet ramadhan lah saya. Tidaklah mengidam lagi yer. Survey punya survey, end up pergi yang dekat je. Dan tak nak bayar mahal sangat sampai RM80-RM100 just untuk buffet. Itu rate normal skrg ni utk buffet ramadhan kat hotel2. Tgk harga kat PICC, Putrajaya still affordable lagi. Maka, ke situ saja. Dekat dengan rumah pun. Tak payah masuk KL, jam bagai. RM55 nett utk dewasa. RM29 nett utk kanak-kanak dan kanak-kanak bawah 6 thn makan percuma. Eden catering. Overall, sedap! Saya suka tempat dia, selesa, ada view cantik, makanan banyak choice dan sedap-sedap belaka. Banyak stall. Sampai ada yang memang tak termakan. Betapa mewahnya makanan membuatkan saya insaf jugak la bayar RM55 tu untuk makan mewah2 tapi makan tak seberapa. Mana la boleh makan banyak bila berbuka. Perut kecut dah. Nafsu je lebih. Orang lain yang susah makan apa agaknya. Kadang-kadang kita dah terbiasa mewah dan membazir sampai lupa pada yang susah. Betul, kita rasa kita berkemampuan lebih dari tu pun, tapi kadang-kadang kita ni terlalu senang sampai banyak benda kita butakan mata dan telinga je. Ok, muhasabah diri di bulan mulia. Sesekali tak mengapalah kot. Dalam kes saya ni, saya sangat teringin. :-).
Apa yang dimakan? Ok, biar saya listkan gerai yang ada: western grill, sotong kangkung/tauhu bakar, noodles station, laksa pahang, nasi arab, kebab, dim sum, ABC, Kambing golek, Sate, Goreng-gorengan (karipap, pisang goreng, cekodok, popiah, keropok lekor etc…), ikan bakar, char kuey teow. Tempat makanan berlauk pulak saya tgk ada la dalam 10 mcm lauk kot. Siap ada nasi kerabu yg lengkap dengan bahan-bahannya (solok lada, ikan goreng tepung etc, ayam percik kelantan etc.). Contoh lauk dia: butter prawn, ikan masin masak gulai nenas, sambal sotong, fish fillet ikan merah dgn sos taucu, sayur campur, kuzi kambing etc. Lain2 tak ingat. Memang tak ambik pun makanan kat area ni. hehe. Ada area untuk dessert. Buahan-buahan tempatan. Siap ada manggis, langsat. Buahan2 potong tu biasa la. Dengan segala jenis pudding, kuih muih, talam2, bubur durian la, bubur cha cha. Ada bahagian ulam2an, kerepek, kacang2, sup2, jeruk2. Air semalam ada 4 jenis air sejuk: oren, tebu, soya dan bandung. Air panas 2 jek, teh tarik dan coffee.
Ok, apa yang saya makan? Punyalah banyak choice kan, yang saya makan cuma kambing golek, nasi arab, char kuey teow, sate, buahan-buahan, ABC dan kuih muih sikit. Itu jek. Bayar sampai RM55 kan. Perut pun mmg dah makin mengecil sbb baby sudah tolak, tambah berpuasa lagi. Suami pun makan lebih kurang sama je. Dia ambik la dim sum jgk, dgn western grill sikit. Tapi semua pilihan yang saya ambil tu memuaskan hati. Sedapppppppppp! Char kuey teow sedap, lengkap bahan, tak kedekut udang & kerang, kambing bakar toksah cakap la. Melt in your mouth la kata org putih. haha. Coleslaw yg kat stall kambing tu pun sedapppp sgt. Dengan sos black pepper yg sedap. Mmg kami makan 2 kali. hehe. Sate dia pun lembut jek daging dia, kuah kacang sedap, rasa rempah sate seme. Nasi arab pun sedap, dengan lauk ayam masak apa ntah. Kuih seri muka durian dia juga sedap. Saya bagi 4 bintang la untuk makanan yang dimakan tu. Terbaik! Berbaloi jugak la bayar mahal walaupun tak makan banyak, tapi makanan yang masuk semua memuaskan tekak. Syabas Eden catering! πŸ™‚
Tahun depan la saya datang lagi, bawak baby berbuka puasa di situ. Percuma je kan? hehe.

Pre puasa dan kuih Raya oh! :p

Puasa pun belum dah sibuk makan kuih raya. hehe. Saya kena la makan dari sekarang ye dak. Besok confirm raya tengah pantang. Terliur je la tengok nanti.
Alhamdulillah dapat makan kuih yang diidamkan. Salah satunya kuih frozen kenari. Di bawa dari jauh dari JB oleh cik Nurul. Sempat ayah kirimkan. Rezeki saya. :-). Kelmarin makan kuih apa ntah beli kat Alamanda. Tengok sedap je. Rasa pun sedap. Ada salut coklat+nestum. Biskut dia lemak ada rasa macam ada badam. Minggu lepas dah makan tart nenas sedap jugak kat rumah kakak. Walaupun bukan tart bunga yang aku suka tu, tapi sedap je kuih tart tu. Tinggal nak telan kuih sarang semut jek ni. Tunggu kawan baik buatkan. Dari dulu memang suka kuih sarang semut dia ni. Sodap! πŸ™‚
13hb ni ada majlis berbuka puasa rakan-rakan suami yang belajar di Makassar dulu. Venue di rumah kami. Pot luck. Saya sebagai tuan rumah amat berbesar hati cuma dengan keadaan badan macam ni, tak banyak yang boleh disumbangkan. Mereka memerlukan venue besar dan selesa. Lagi-lagi ramai ada anak kecil. Harapnya belum bersalin lagi la time tu. Kelmarin masa check-up doktor cakap kemungkinan nak bersalin sebeleum 21hb tu tinggi. Mm, harapnya 2nd week puasa dah bersalin la kot. Tak yah la nak tunggu sampai 40 weeks, 27hb tu. Nak dekat raya sangat. Ni pun dah tak larat bawak perut. huhuhu! :p. Tapi dengan tak larat ni jugak berangan nak pegi parenthood expo kat midvalley. Nak meredah orang ramai tu. hehe. Ala, kena la banyak jalan. Lagi la baby cepat dan senang keluar ye dak? :p
Lusa dah puasa. Boleh ke ni? Larat ke? InsyaAllah la. Cuba jek la. Kalau tak larat, bukak la puasa. Sekarang dengan kondisi yang cepat penat, dengan tak tahan lapar dan acid reflux, potensi nak bertahan tu agak tipis. Tapi mana la tahu, Allah bagi kudrat. Kena la usaha sikit ye dak. Selamat berpuasa pada semua! Maafkan salah silap saya. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya yer! πŸ™‚

Selera mengandung

Alhamdulillah loya dan pening semakin kurang. Keletihan melampau pun semakin kurang. Cuma ada masa-masa dia loya dan pening. Bau masakan la especially atau apa2 bau yang agak kuat eg. perfume. Tapi dah banyak berubah dari mula-mula mengandung dulu. Sekarang ni dah nak masuk 12 minggu. :-). Selera pun dah ok sket. Tak la choosy sangat macam masa mula-mula dulu tengok semua benda jadik loya (especially benda yang masak kat rumah. sebab dah bau, selalu tak lalu nak makan dah). Cuma kalau benda yang terlalu berminyak dah berlemak jadi tak lalu sket la nak makan. Dah bole la nak telan kari, tak macam mula-mula dulu loya jek tengok.
Sekarang ni benda yang jadi suka sangat jadi tak suka. Macam air soya. Padahal dulu sangat suka minum soya. Sekarang minum sket dah tak lalu. Dulu tak suka kismis, sekarang suka kismis. Kalau loya jek, makan kismis. Membantu la jgk. Dulu tak suka manis-manis sangat sekarang suka makan gula-gula time loya. Sehari ada la bedal dalam 5-6 biji gula2. Memang sentiasa dalam beg la. Agak concern jugak la bila suka benda-benda manis ni. Takut kalau kena diabetes sewaktu mengandung kan. Sekarang malam memang sangat haus. Siang pun sama. Minum air masak/putih kureng sket. Nak minum air manis jek. Yang berperisa. Selalu minum air ribena/oren la. Sekarang ni boleh dikatakan hari-hari nak minum milo. Dah tak boleh minum coffee/teh kan. Kononnya nak elak caffein. Tapi dalam coklat pun ada caffein. hehehe. Pastu plak time mengandung ni suka sangat makan aiskrim lime+susu tu. Yang luar kaler hijau dalam warna putih. Boleh merajuk la kalau tak dapat. hahaha. Buruk perangai. :p
Sayur brokoli paling meloyakan sekarang ni. Nak-nak kalau bubuh sos tiram dengan mushroom. memang aku tak sentuh. Tengok pun loya. Padahal saya sangat suka sayur dan mushroom. Sekarang apa-apa yang dibubuh sos tiram amat meloyakan tekak saya. Sekarang lagi suka makan sayur kering/ulam/sayur masak lemak jenis kampung2 gitu.
Cuma sekarang tak suka sangat makan ikan hatta ikan masin/kering atau bilis sebab bila sendawa ada bau kurang menyenangkan naik. Dah la memang senang bloated skrg ni. Padahal dulu suka makan ikan. Memang feveret. Tapi yang kepelikkan, apa-apa makanan di luar semuanya buat selera terbukak. Maknanya boleh jek makan tanpa rasa loya. Tapi bila makanan ada kat rumah, memang kurengg sket nak bukak selera. Camno tu? Kecuali makanan yang dimasak oleh ayah/ mama saya. Memang aku bedal 2-3 pinggan sekali makan. Sedapppppppppp sangat! hehe. Tiap kali ayah datang, aku mmg bg menu nak mkn apa. haha. Ni minggu depan abang nak balik Johor, aku nak ikut! dapat makan best2 lagi! yeahooo! πŸ™‚

Reminiscence of old memories

I spent the whole day at Midvalley today. From 12pm to 8.30pm and paid RM9 for the parking fees. huhu! I took a day off from my thesis (ok, feel a bit guilty but hey, I did some journal readings while waiting for my friends ok! :p). As usual, when hubby is on call, I will adjust my own schedule. Do whatever I want. At first I thought I want to go and surprise my dear Qaisarah in Port Dickson, but then feel so lazy to drive that far. My brother got some course/meeting in PD and they spend the night there. I miss Qaisarah! :-(. Nevermind, can meet her next week when my parents come for Hari Raya Haji. Tapi kadang-kadang rindu macam tak tertahan bila teringatkan si kecik yang comel itu! Macam orang bercinta! haha.
While driving to Midvalley, suddenly feels so boring to go there alone so I decided to ring one of my best friend (Macam tak biasa jalan sorang2 pulakkan):p. Entah, feels like I need some company. Alhamdulillah she is free and she can meet me there with another best friend! yeay! But they arrived a lil’ bit late. Around 4pm. I already had my lunch, went groceries shopping, window shopping, went to the exhibition hall and read 1 journal baru diorang sampai. hahaha. Takpela. janji dapat jumpa. Terima kasih Zana dan A-ar sebab menemani ku hari ini. Sangat gumbira hari ini. Oh, how I miss them and kembali mengingatkan kepada zaman muda remaja sewaktu kami ‘mabuk’ ke midvalley. Sikit2 outing pergi midvalley. Me, Nurul, Aida, Niza and Zana. 5 sekawan naik kancil merah yang kecik. hehe. Sebelum tu naik komuter, menapak dari stesen Seputeh nak ke Midvalley. Zaman bercinta dulu pun suka ke midvalley jugak. Sekarang Midvalley Megamall dah maju. Dah makin besar. Banyak kedai baru. Barang makin mahal. huhuhu. :p. I had lunch at Delicious restaurant. Then dinner at Chillis. Perut macam nak meletup makan. Dah la memang dah put on weight, makan macam tak ingat dunia. hahaha. Sesekali jumpa kawan. Takpe :p. Oh, Delicious restaurant tu memang sedap food dia. I had Seafood Linguini which is the most expensive pasta in the menu. hahaha. Kalau tak sedap, memang la. RM28.90. Portion quite large, memang tak habis. Tapi yang tak tahan menu dessert dia. Semua macam sedap2 belaka. Banyak pulak tu. Next time must try. Tadi dah kekenyangan. End up paid nearly RM50 for pasta and drinks (plus 10% service charge and 5% Gov. tax yer). Standard macam makan jat aussie je (kalau convert la. :p). Ok la tu. Still affordable. Sesekali takpe.
Takde shopping apa sangat. Hanya membeli produk untuk penjagaan muka sahaja which costs me a lot! huhu. Demi muka yang licin dan gebu, penjagaan haruslah dari muda. cewah! hehe. I become so lazy to take care of my skin after get married. Don’t know why. Pakai bedak baby je. Moisturiser kadang pakai ikut mood. Boleh gitu? Mentang-mentang kulit takde masalah sangat. tapi sekarang bila dah naik pigmentation, gelabah la sikit. Demi suamiku, harus menjaga kecantikan kulit. Tak gitu? πŸ™‚ Jadi takpe jika berbelanja lebih untuk kecantikan. Yang penting, mampu! Kalau tak mampu, kena redha ajelah. hehe. πŸ™‚

Yummy butter prawn!

Semalam berbuka bersama rakan baik lama dan anak kecilnya. Puan Camellia a.k.a C.M. Makan di restoran Mohd. Chan Abdullah Bangi. Not bad la. Sedap sekali butter prawn dia!! Wahhh! Saya sangat teruja! hehe. I had Penang Char Kuey Teow yg sedap juga. C.M makan ayam Kam Heong. Cuma kempunan nak makan dim sum. Sebab dah habis masa kami sampai lepas maghrib tu. Yela, orang semua dah berbuka. Baby kailan ikan masin dia memang terbaek! Kena dengan citarasa aku penggemar sayur ni. Crunchy dan cukup semua rasa. Lain sikit dengan baby kailan yang makan kat restoran Thai. Ni macam Brussel sprouts versi besar je. hehe. Whatever la kan janji sedap. Cuma wantan goreng maybe boleh improve lagi. Sedikit masin. Boleh datang lagi. Cuma tak berapa suka dengan persekitarannya macam kedai kopi cina je. Open sangat dan kurang privacy. Decorations pun simple2 je. Mungkin kena duduk di tingkat atas yang berhawa dingin kot. hehe.

Tak sabar nak balik Johor sabtu ni berbuka bersama Mama dan Ayah. 3 tahun tak bersahur, berpuasa dan berbuka bersama. Rinduuuuuuu! Terima kasih suamiku kerana memberi izin untuk pulang lama sedikit yer. πŸ™‚

whatever

Lately, I have this annoying attitude towards everybody. Perangai tak kuasa nak layan. Ker aku jek rasa annoying padahal org lain tak pun. Sebab aku baik. Aku tak suka sebenarnya buat orang mcm tu. Tapi akhir-akhir ni, banyak lagi aku nak fikir dari fikir pasal orang lain. Especially bab nak jaga hati sendiri. Selalu aku biarkan jek terluka. Yes, I am too lazy to communicate to others a.k.a whatever. Don’t bother about Β how they feel or think about me. Feel a bit selfish but I am tired of being the one who always nak jaga hati orang tapi orang tak jaga dan tak mahu nak ambik pusing pasal kemahuan kita. Sangat sedih dan kecewa ok. I try not to get too involved with anyone. Buat hal sendiri, apa-apa jeklah sendiri. Puaskan hati sendiri, gembirakan hati sendiri. Apa-apa pun, semua sendiri. Aku boleh jek hidup sendiri sekarang walaupun aku tahu itu semua dusta je. Tapi aku kena la berlagak kuat dan berdikari kan. Sebab aku nak survive. Lagi-lagi tahu kalau takde sapa yang boleh nak berkorban diri untuk aku. Jadi kena la korbankan kemahuan sendiri. Itu semua kemahuan, bukan keperluan. Walaupun sampai satu tahap aku rasa itu sebagai keperluan sebab aku dah sampai tahap buntu nak hidup sorang-sorang kat sini. Terlalu demotivated. Tapi aku bullshitkan je semua rasa tu dan teruskan hidup macam takde apa. Kalau ko tanya aku mmg la aku akan jawap ok je. Takde siapa boleh selami perasaan aku skrg ni. Aku dah tutup elok-elok.

If you ignore me, then I just ignore you. If that is not your intention, I am sorry, I just give back the shit that you give me. So we are equal. I don’t want to be mean but sometimes we have to have this wall to protect us from being hurt again and again. Dengan hati lembut macam aku ni, memang senang nak terasa. Senang juga tak sampai hati dan selalu sangat pujuk hati sendiri. I just need the quality and sincerity. It is simple. You just have to prove to me that you are worth to get those from me too. Jangan pijak perasaan aku.

Whatever la kan. I still have to adapt with this kind of thing. Life nowadays is not easy. Especially when everybody just think of themselves. They have their own priority. Being me who always put other people happiness as my priority, it’s kinda hard to get used to it. Aku hanya mainkan rentak yang orang lain mainkan. That is not me actually but sometimes you just have to be someone else so that you can survive in this mean world. Or maybe aku ni hidup dalam fantasi yang semua orang baik-baik macam aku, yang selalu ambil berat pasal orang. Or atau aku nak orang ikut macam cara aku buat kat orang lain so cara orang yang pelik or kurang sesuai dengan jiwa aku tu aku rasa salah. Tapi aku buat semua berdasarkan hukum alam. Buat baik bukankah akan dapat balasan yang baik? Sekarang aku rasa tak macam tuh la kot. Buat baik pun belum tentu di balas baik. Hanya perlu sabar dan sabar. InsyaAllah Allah akan balas juga perbuatan baik kita. Itu ayat memujuk diri sendiri agar tidak jadi down setiap kali orang buat benda yang kita tak sangka/tak suka.

Pada aku senang je, kalau betul-betul kita nak, kita buat sendiri. Tak payah orang suruh. Tak payah cakap. Dan kalau itu dah memang diri kita, ko cakap la mcm mana pun, takkan dibuatnya. Tak ikhlas dah la namanya tu sebab buat kerana orang lain suruh or cakap. Aku tak suka la macam tu. Semua kena datang dari diri sendiri.

Penat otak hari ni. Alhamdulillah dapat juga siapkan few pages of my 5th chapter kat library today. Besok akan pergi lagi. Weekend aku jadi macam hari biasa je. Aku memang kena sibuk-sibukkan diri siapkan semua benda ni. Jadi you should be thankful I won’t be bother you or should be sad that I will not be able to attend you anymore. I know I’m going to lose big here. But then, I just try to apply what I have been learning. I am giving you all the space that you want and please let me have my own space too. Now let me be the one who decide when I am free and maybe I can consider you in my schedule. Sorry if anyone of you who are reading this terasa, but I’m not just talking to you only. I am applying this to others too. Tapi sapa jek la yang baca blog aku ni pun. Ini semua sekadar luahan perasaan syok sendiri saja. Well, at least I have this bugsqueen to let go off my feelings.

Percubaan buat hyderabad briyani berjaya! Lamb biryani is in da house. I love lamb! Beriani gam gitu. Sebenarnya biryani dam or dum sebutannya. Sebab cara masakannya itu yang dipanggil dam. Masak secara perlahan, dengan lapisan nasi dan daging dan rempah2 dan sekeliling periuk di’sealed’ dengan tepung agar wap dia tak keluar and bg pressure untuk semua rasa dalam tuh bergabung dan semua masak. Tak tau la kenapa bole jadi nama biryani gam. Maybe sebab orang melayu tgk nasi dan lauk macam digamkan gitu. hehe. teori sendiri. Besok boleh menjamu zaza and inaz sebab jadi banyak. Hanya memasak jek yang buat aku happy sekarang ni. Giving people food and cooking. Semalam try buat cream cheese chocolate brownies. Oh, sedapnya tak ingat! tapi rasa bersalah giler because it is too fattening and very high in calorie. Butter, dark choc, cream cheese. Β Inaz dengan Zaza tak berhenti makan. Siap tak nak tinggalkan untuk housemate diorang, Shaz sebab sedap sangat. hehe. Satu pujian and I am so happy they love it. Separuh lagi mungkin bole beri pada budak-budak lain sebab aku taknak gemuk sorang-sorang. haha. Well oh well! Too bad you can’t taste it. :p Layan gambar jek la. hehe.

2,3 hari ni terasa rindu sangat pada keluarga. Bila tgk mereka berkumpul, aku jadi cemburu takde sekali walaupun hakikatnya ada la sebab on skype. Bole nampak je la, tp jasad tidak bersama. Bila tgk Qaisarah, aku rasa menggelitik sangat nak balik and dukung and cium-cium pipi gebu dia. Tengok mama dukung dia, aku rasa happy sebab aku tau mama sangat happy dapat jumpa and main-main dengan cucu dia. Orang tua, kasih sayang anak dan cucu paling menggembirakan hati mereka. Buat mereka alive. Bila tengok gambar Sorfina dan Sahira aku rasa rindu nak main-main dengan diorang dan lihat keletah-keletah diorang. Melayan Sorfina yang banyak ragam dan soalan. Aku rindu untuk berada disamping orang-orang tersayang. Β Aku cuma perlu sabar untuk 2 bulan lagi. Ya Allah, kuatkanlah semangat aku dan permudahkanlah segala urusanku! Amin!