Archives

Boleh ke?

Boleh ker ni nak siapkan before june ni? Semalam seharian aku duduk Starbucks, tak masuk office semata-mata nak menelaah chapters yg telah lama terabai. Aku tau ada keje tertangguh, tapi tak semangat nak ‘menjenguk’ thesis sendiri. Walaupun aku janji dengan Paul nak check edited chapters tu last week, tapi tak terbuat. Entah lah. Semalam alhamdulillah 3 chapters aku semak. Banyak juga pembetulan yer. Tima kasih la Paul sebab tokok tambah mana yang patut. Namun begitu, ada few parts yang aku kena ‘drill’ lagi untuk tambah isi. Ada satu chapter tu aku rasa Paul amik balik gambar tissue tu sebab gambarnya lagi cantik. huahuahua! Confirm dia tak berkenan gambar yang aku bubuh la tu. :p.

2 hari lepas, geng satu batch dah lulus pun thesisnya dan dah boleh grad. Bila la giliran aku. Itu menambahkan semangat nak abiskan cepat jgk. Dan juga menambahkan tensen aku ni. Padahal aku balik lagi awal dari dia blom submit2 lagi. kuang3x! Bila mengadap tesis lama2 memang jadi stress. Otak ni penat. Pinggang sakit. Lately ni aku tak boleh nak duduk lama-lama sangat, sakit pinggang. perut pun makin besar. Tapi aku tau, tak boleh lari ke mana dah. Walaupun aku ni ‘procrastinator’ tegar bila masuk bab tesis, in the end, aku tau kena jugak siapkan walau apa pun terjadi. Bila terpikir mak ayah, memang terasa bersalah. Sedih jugak. Takpelah mama, ayah, adik cuba yer. InsyaAllah sebelum bersalin, semua ini akan berakhir.

Akhir-akhir ni pun selera makan berkurang. Kerja ofis + kerja luar ofis + Kerja tesis yang tak siap + mood swing pregnant + hal-hal emosi menjadikan aku makan sikit. Dah beberapa malam tak dinner. Cuma semalam masak mee ladna, aku makan selera jgk sebab tgh hari cuma makan white baits+coleslaw je (appetizer jek pun!). Selalunya, malam cuma minum susu je. Itu pun memaksakan diri minum sebab kesiankan baby. Dan jugak takde la lapar sangat tgh malam nnt. Aku makan balik keje, itu pun makan la apa yang ada. Pisang goreng ke, apa ker. Kalau lunch pun bukan makan berat. Bukan tak lapar, tapi kurang selera. So aku depends pada vitamin yang doktor bagi la untuk bagi baby zat. Sian baby, sorry yer nak, mommy takde mood la lately. Daddy pun sibuk on call jek. :-(. Cepat-cepat la daddy abiskan H.O tu. Mommy tak sabar dah tunggu bulan 9. Pastu takde la banyak on call sgt. Asyik kena tinggal jek time-time gini, mencabar emosi sungguh. Dah la orang mengandung senang terasa. Nak manja2, nak dapat layanan extra special kan. Tapi ini pun aku rasa aku dah boleh control sehabis baik dah ni. Kerana mahu menjadi isteri mithali dan tak nak la baby besok terikut-ikut perangai2 ‘buruk’ mommy time mengandung. Mintak selisih la. Mommy sangat2 independent bila kawin dengan Daddy. Jodoh nak buat macam mana. Long distance tuh 10 tahun nak oi. Sabar tak sabar je tu. Korban tak korban la. Atok pun sangat kagum dengan mommy tau, dia pernah cakap mommy ni sangat tabah skrg dan matang, dia tak risau sgt psl mommy. Walaupun mommy ni biasala ratu air mata, tapi mommy tempuh jugak wpun perit. Sebabnya sebelum ni mommy ni sangat dependent pada keluarga, maklumlah anak bongsu, adik beradik pun 2 org jek. Naik bas sorang-sorang pun time sekolah menengah. Itu pun boleh kira dgn jari. Nak pi memana, ayah mama teman. Masuk hostel pun, tiap2 minggu mama ayah jenguk. Mommy punya manja memang sampai la ni tak hilang kalau dgn mama ayah. Cumanya mommy dah kurang dependent. Nasib baik ada kak ipar satu tmpt keje yang rajin melayan. Best friend pulak tu. Ada la tempat bermanja dan berkongsi cerita. Besok anak mommy ni jadi anak yang baik, pandai berdikari ye nak. Senang kalau tercampak kat mana-mana. Dah la lelaki, lagi kena pandai nak hidup yer nak. Mommy loves you so much! 🙂 Sekarang aktif sungguh dalam perut mommy yer. Semalam malam2 tendang bukan main. hehe. Jadik hyper sebab mommy banyak minum coffee eh semalam? Tapi mommy mintak ‘decaffeinated’ coffee. Tak tau la kalau dia tipu kan.

Sebab dah kekurangan selera, weekend ni aku nak menjenguk nyai dgn yai kat Singapore. Dan juga mama ayah. Dapat la makan sedap2 sikit. hehe. Teringin nak makan serunding nyai dan juga paru semor. Dah terasa2 kat tekak. Ayah confirm la masak sedap2 tiap kali aku balik. Memang selera makan kalau ayah masak. The best cook in the world la I tell you. :-). Untung dapat ayah pandai masak. Besok baby ikut macam atok yer nak. Boleh tolong mommy kat dapur, pastu besok bila dah kawin, boleh tolong isteri pulak. 🙂

Aku balik sorang jek naik flight sbb suamiku bekerja hujung minggu ni. Boleh ke? hehe. Boleh jek la. InsyaAllah selamat. Dah 5 bulan ni. Second trimester dah. Dan jugak tujuan aku nak celebrate besday ayah selasa tu. Ulang tahun yang ke 62. Semoga ayah sentiasa sihat, dilindungi, dipelihara, diberkati dan segala yang baik2 la. Sian ayah besday dia tak celebrate macam besday mama. Atok cool sket. Yela, tapi hati dia kita tak tau kan. Dah tua-tua ni, makin sensitif kan. Ari tu besday mama celebrate kat OU, makan2. Aku dah berapa tahun tak celebrate besday ayah sbb kat OZ. Alah, selalu pun bukan apa sgt, makan2 keluarga je. Abang pulak ada keje weekend ni kat Terengganu. Takpela, aku la tolong wakil. Dah seme orang sibuk. I will squeeze my schedule for my beloved dad. Tanpa dia, siapalah aku kan. Tengah dok pikir nak bagi digital quran ke…or digital photoframe. Sebabnya ayah tu suka sangat tgk gambar dan video Qaisarah. Hari-hari ok. Yela, cucu sorang. hehe. Takde la asyik nak bukak laptop jek kan kalau nak tgk gambar or video. Tapi digital quran pun bagus jgk sbb dia ngaji hari2, boleh la bawak ke mana2 sebab ringan. Dah la boleh dengar bacaan sekali dan betulkan. Mm, tgh tunggu kata putus seme org ni. Tak sabar nak balik sabtu ni. :-). Minggu depannya pulak nak balik Kedah. Hubby ada reunion kat sekolah lama dia kat sana. Sambil2 tu boleh melawat Tok dgn Wan. Confirm la raya tak balik. Itu lagi dua hati yang nak dijaga. Sian anak cucu jauh. Tak boleh selalu jenguk. Dan aku selalu sebak bila nak balik sebab nanti Tok (nenek suamiku) mesti menangis. Aku tau, orang-orang tua ni dia bukan nak apa dah skrg ni. Nak kasih sayang anak cucu, perhatian. Nak sama-sama sembang-sembang, spend time together2 mengisi hari-hari tua mereka. Besok pun kita jadi tua jgk. Time tu kita pun sama macam mereka. Jadi kena beringat la dari sekarang agar jangan sia-siakan orang tua.

p/s: :-). Kadang-kadang rasa geli hati pulak bila cakap sorang-sorang tau baby. Tapi mommy tau baby dengar tu dalam perut mommy. 🙂

Advertisements

Laa Tahzan (don’t be sad!)

Too many things that happened for the past few years made me sad. More to disappointment actually. Sometimes feels like I am loosing hope but no, I will not give up right now.

Seperti baru tersedar dari ‘zaman jahiliyah’. 13-14 tahun dahulu, aku pernah merasai kemanisan iman yang sebenar bila aku dididik dalam keadaan yang terpelihara. Dibaja dan disogokkan dengan begitu banyak ilmu yang dapat memelihara dan menyuburkan keimananku terhadap agama yang satu ini. Saat itu aku begitu naif tentang kehidupan. Sangat fokus terhadap tanggungjawap yang ada. Tidak banyak gangguan dan tarikan duniawi. Tapi sebagai manusia biasa, aku memang tidak dapat lari dari berdosa. Terlalu banyak yang ingin dicuba dalam kehidupan ini. Terlalu banyak pilihan yang kadangkala kita tersalah pilih.

Lately I always cried when I recited my du’a. Merayu semahunya kepada Penciptaku. Aku tahu aku selemah-lemah manusia dan mempunyai selemah-lemah iman. I know only Allah understands and knows the pain and sadness that I feel right now. Ku kirakan itu satu petanda baik. Sudah lama aku tidak menangis semahunya kerana kekesalan atau memohon pertolonganNya. Saat itu ku kira Allah sudah menarik nikmat imanku sedikit demi sedikit kerana kejahilan dan kebatilanku selama ini. Sesuatu yang amat aku takutkan sebenarnya dan malu mungkin untuk mengakui. Mungkin Allah masih sayang pada diri ini. Mungkin ajalku esok, lusa. Entah siapa tahu. Walaupun aku sentiasa berdoa agar dipanjangkan usia untuk aku menebus kembali kesalahan lalu dan mampu menimbunkan sebanyak-banyak pahala agar aku tidak tergolong dalam neraka seperti yang dijanjikan Allah pada hambanya yang berdosa. Semoga aku sentiasa diberi hidayah-Nya dan ditempatkan dalam golongan yang beriman.

Aku ingin berubah pada yang lebih baik. Aku ingin menjadi hambaNya yang bertaqwa. Semoga aku jumpakan jalannya. Aku terlalu inginkan hati yang tenang, jiwa yang lapang. Aku sangat berharap ada yang membantuku ke jalanNya. Aku ingin sekali dijemput ke rumah-Nya. Semoga Allah merestui niatku untuk ke sana.

I will make a decision for my future soon. I hope I will make the right one.
For now, let me just finish my thesis writing.
Laa Tahzan!

Torn

I’m torn apart. Stress. Depressed. Guilty. Unhappy. I guess nobody understands my priority and needs right now.

I don’t know whether I can finish this race…I need support people!

I just need my mom right now. 😦

I need to find my private space.

p/s: Husband is sick today. May he gets better soon.

awkwardddddddd!

Akhir-akhir ni asyik-asyik nak terserempak dengan mamat tu. Aku benci betul tengok muka dia. Benci!

Canberra ni kecik? Memang la. Tapi terlalu banyak kebetulan yang aku rasa pelik. Pi Canberra Centre nampak dia. Pi DFO nampak dia. Pi office nampak dia. Eh, ko ni sekarang banyak berjalan ek? Merata-rata pulak tu. Kadang-kadang aku rasa dia macam tahu je aku kat mana. Dan kalau aku rasa macam berdebar-debar semacam kat certain place, aku rasa memang nak ternampak dia la tu. Pelik kan? Aku tak tipu.

Yang buat aku rasa tak selesa, sebab tak tau nak react mcm mana. Memang la confirm dua-dua buat-buat tak nampak walhal nampak terang-terang kot.

Dan lagi yang buat aku tak suka bila jumpa dia siang hari, malam confirm aku mimpi mengarut-ngarut. Memang fobia kot aku ni? Aku tak tau la, serasa ada aura lain macam. Tak suka.

Terlalu banyak kisah sedih dan pahit. Kalau aku ingat-ingat apa dia buat kat kakak aku, memang aku rasa…aiii…malas cakap ah…bukan setakat fobia…trauma pun ada…sangat trauma…tiap kali aku mengimbas kisah silam, kadang-kadang macam nak terkeluar jantung kalau ingat detik-detik cemas…

Ya Allah, kau lindungilah aku dari segala hasad dengki manusia dan gangguan jin dan syaitan. Hanya Engkau tempat aku meminta pertolongan. Amin.

p/s: aku nampak dia jalan dengan perempuan tadi. harap-harap dia dah move on with his life.

Out!

Mmmm, 2 nuggets and 3 fries. that is all I can eat. No appetite at all. Who is going to finish the whole plate?

Luckily I am going to rent a car today and going out. Maybe driving will make me feels much better. I need to get out from this misery.

Down

I’m feeling so down today. Feels like everything is not going my way. Hopeless.

Still struggling with my data. When will this end? Sure it will not be very soon. Stress!!

I hate the look from his eyes….

Zaza is leaving for United States tomorrow. 😦

My target: to submit 4 chapters before my birthday. am I too ambitious?

Me should stay positive!!!!!!!

Rasaku jiwaku

Terseksa jiwa ni bila sesuatu tu tak selesai dengan sewajarnya. Ada benda yang tergantung, masalah yang tak selesai. Bukan senang melupakan sesuatu yang membuatkan perasaan terusik. Betul, kena sabar dan lupakan je lah persengketaan yang ada. Mulakan yang baru, ambil yang jernih, buang yang keruh. Tapi bila persengketaan itu tidak diselesaikan sebaiknya, pasti hati terasa berbuku juga. Dan pastinya jika ianya berlaku sekali lagi, lebih dalam lukanya. Mungkin bagi sesetengah orang, hal remeh sebegini, yang membuatkan emosi terganggu, jangan diambil pusing. Biar fikiran menguasai diri. Fikir secara rasional. Tapi punca persengketaan jika tidak dibincangkan dengan sebaiknya, jalan penyelesaian tidak diambil akan membuatkan masalah yang ada tidak selesai. Jadi, mengalah sajalah jawapnya ke? Mengharapkan si dia faham dan cuba untuk adaptasi dengan keadaan. Mana boleh macam tu. Semua benda kena bincang la. Jangan terlalu ambil mudah soal hati, sebab bila dah terluka, setiap kali benda sama berulang, parutnya lebih dalam walaupun telah diubat sebaiknya. Pastu bila keesokan harinya menyapa bagai tiada apayang berlaku semalam.  Buat macam biasa. Perghhh..padahal aku dah satu malam tak tido, menangis macam nak rak takde yang pujuk, balik2 kena pujuk diri sendiri jugak. Bila dah kawin ni, memang betul lah suami dah tak pandai pujuk rayu macam sebelum kawin. Benda belum dapat, pandai la nak ambik hati kan. Memang kecewa dan hampa. Ini yang harus aku telan sebab aku tak nak jadi isteri derhaka dan berdosa setiap kali aku cuba mempertahankan apa yang aku rasa. Bila dah sampai agak meninggi suara kerana marah, dalam emosi, kita tak sedar yang kita mungkin menyinggung rasa suami. Kalau nak jadi isteri mithali, kena banyak2 bersabar, sebab tanpa redha suami, berdosa. Buat suami tersinggung pun berdosa. Kena layan suami sebaiknya. Tapi kalau suami buat isteri tersinggung, tak mengapakah? Dosanya mungkin tak sebesar dosa isteri pada suami.

Tapi apa-apa pun, macam aku cakap pada seorang teman semalam. Chill sudah! Jangan emo-emo ni. Penat la. Hati lagi sakit bila takde sapa nak layan emo ko tu. Ko jek nak terasa dan menjeruk rasa sendiri. Aku suka ayat ni – Chill sudah! hehe. Rasa cool sikit.

Hari ini aku ada time course experiment. 30 crickets akan dibekukan sekelip mata dalam liquid nitrogen secara berperingkat. Niceeeeee! Nasty liquid nitrogen ni, but I like. Sesuatu yang mencabar. Sebab tak pernah guna kan. 🙂

Nota kaki: Bila dah berkahwin, there is no turning back. Terpaksa telan semua yang pahit, kelat, masin, payau dan manis.  Try to make out the best of it dan berusaha agar yang tak boleh jadi boleh, yang tak suka jadi suka, yang susah jadi senang. Apa yang aku tahu, dia sayang aku. Aku toksah nak cakap la sayang banyak mana pada suami. Perempuan cintanya hanya satu. Lelaki ada banyak ruang di hati dia untuk mencintai yang lain, sebab tu boleh kahwin 4. Tapi cukupkah sekadar sayang tanpa ditunjukkan dengan perbuatan? Pendek kata, Chill sudah! :p