Archives

Sedapnya cakap orang bodoh

Ini post emo lagi. sedap je kata orang bodoh sebab tak join perhimpunan bersih eh. cakap kita ni bodoh sebab senang dimanipulasi oleh media. dan dibutakan oleh BN. kang cakap benda sama kat ko marah plak. PKR bagus sgt ke? Lagi tak boleh pakai. PAS? DAP? semua parti politik kat Malaysia ni tak boleh percaya. sama jek. masing-masing ada agenda sendiri. post sebelum ni aku takde cakap aku tak suka usul bersih tu. bagus per aku kata. aku sokong apa 8 perkara tu. cuma cara tu. matlamat tak menghalalkan cara kan? aku tak suka cara ia dilaksanakan. dengan nak berhimpun-himpun tu. buat apa? nak buat dekat jalan raya pulak tu. tgh2 KL lak tu. Tempat kawasan yg majoritinya peniaga Melayu pulak tu. Tempat pelancong datang, tempat org cari makan. bukan tempat sesuai brader. lu pikir la impaknya. kalau dah berhimpun-himpun gitu, walaupun aman. dengan orang ramai, ingat senang ke nak control? kalau yang cuba ambik kesempatan untuk lagi gempak, bom ke apa ke, jadi rusuhan? 13 Mei dulu asalnya aman jugak. Tiba-tiba jadi darurat sebab ada provokasi. tak la kata orang yang join demo bersih tu buat, ni pihak yang suka ambil kesempatan nak menghuru-harakan keadaan. Kita ni negara Islam. Jangan lupa yang bukan Islam tak suka negara Islam ni maju. Haih, apa nak jadi dengan Malaysia. Kita kan ada undang-undang. Ada ketua negara. ada raja. Kalau undang-undang kita tak hormat, macam mana nak maju? Kita rasa kita perlu buat benda betul je tanpa fikir implikasi pada orang lain. Mana boleh. Kita hidup bermasyarakat. Kalau ramai menentang dari menyokong, kalau lagi banyak buruk dari baik, kenapa masih berdegil? Ada lagi banyak cara yang bertamadun dan baik boleh dilakukan. Bukan buat demonstrasi jalanan macam tu. Janganlah cakap orang bodoh sebab emo sangat tengok video kat youtube yang dah disunting tu. You don’t know the real story. Are you really sure they don’t provoke? Semua polis jahat dah skrg yer just because a few yg mmg giler kuasa dan suka pukul org. I don’t blame pihak berkuasa kalau tujuannya nak menjaga keamanan because that is their job. Mmg kejam polis yg guna kuasa sebegitu. Tapi adakah semua org yg join perhimpunan tu perangainya dan mulutnya elok? Hati manusia kita tak tau. Perhimpunan mmg tak dibenarkan. Mmg harus bersurai. Kan sendiri cari penyakit. Knp degil? What are you trying to show? Yg jelas, if you want to give the memorandum to agong, knp tak bg masa ambiga jumpa awal2 tu. And why can’t you negotiate with SPR first cari kata sepakat? Mcm pilihanraya dah dkt sgt tak boleh sabar dah. Bila tak dapat jumpa ikut masa sendiri, merajuk dah. Macam budak-budak la. Sedangkan kalau nak urus program peringkat sekolah pun meeting byk kali, inikan pulak masalah negara dan rakyat. Semua ni buang masa, buang tenaga, bazir duit nak bayar O.T polis2 yg kena standby, nak sedia makan minum org kena tangkap, nak sedia tempat tahanan lg. Baik polis buat kerja lain dari jaga demo tu. Banyak lagi jenayah lain tak diselesaikan. Dengan kita yg bertekak sesama sendiri lagi nak cakap mana betul mana salah. Last-last, lagi pecah belah. Kalau nak kata media arus perdana citer yang tak betul, tak semestinya video-video kat youtube tu betul. Benda yang ditulis kat blog-blog tu betul. Nowadays, technology can fool us. Orang pun boleh dibayar tulis cerita. Kita sendiri kena cari maklumat tu dan berfikir mana betul mana salah. Kalau dah boikot sumber-sumber tertentu, ambik sumber yang kita suka je, macam mana nak fikir mana betul mana salah. Just my 2 cents. Sudahlah. Penat la cakap pasal ni. Ko ni buat aku emo jek malam-malam ni.
Hari ni dah tak banyak bleeding. Ada la spotting sket. Kena rehat badan dan jugak minda. Letih juga yer fikir masalah negara ni. hehe. :p

nota kaki gemuk: orang mengandung memang senang emo. astaghfirullah! tak cukup istighfar ni. 😀

Kusut

Aku sangat manja. Sangat sensitif. Dan bila mana ada benda-benda yang melibatkan orang tersayang, airmata ini mudah mengalir. Kadang-kadang rasa diri begitu lemah. Namun sejak aku di bumi asing ini, aku rasa aku dah banyak berubah. Semakin tabah, semakin pandai mengawal rasa dan emosi. Sangat sabar. Namun kadang-kadang tewas juga dengan permainan perasaan. Mungkin bila dah kurang bersabar dan asyik-asyik benda sama jek berulang-ulang sampai jadi bosan. Kadang-kadang aku sendiri tak faham kenapa perlu menangis dan terlalu mudah menangis? Tapi tangisan itu sebenarnya banyak membantu melepaskan beban di dada. Malam ini aku menangis semahunya. Kecewa yang ada aku lepaskan. Biar tiada siapa yang tahu. Aku tiada tempat mengadu selain Allah dan hanya blog ini dan satu lagi. Hampa sebenarnya kalau kita meletakkan harapan pada orang, tapi orang itu tidak ambil pusing pun pasal kita. Sedangkan kita sangat-sangat mengharap yang dia memahami lagi-lagi kalau kita rasakan hanya dia sahaja yang faham diri kita. Itu semua membuatkan yang dekat jadi jauh. Yang rapat jadi renggang. Sebab semua itu sedikit sebanyak melibatkan kepercayaan yang orang itu tidak akan mengecewakan kita. Sepatutnya dia membuat kita gembira. mm, fikiran kusut. Kacau. Aku benci dengan keadaan mcm ni. Out of control. Bangun pagi dengan kepala pening dan mata yang bengkak tidak membantu untuk menghadapi hari dengan aman dan tenang. Aku rasa macam nak lari!

Work! Work! Work!

Did my labwork this morning. Dissecting the glands. “my Favorite” job among all.haha. I think I made a new record for this as I dissecting 10 glands in less than one hour! hehe. Cycled back to Unilodge at 12.25pm to deliver all nasi lemak order that I made this morning. Hurrily went back to office an hour later after lunch and Zohor prayer just to know that I cannot do the other experiment that I already set last wednesday! My mistakes. :-(. Paul told me that I should planned my experiments and consult him first before doing anything. Ok, i thought I just want to be independent. To prove to him that I can do this by myself after discussing it with him last week. But that is not enough. Sejak bila pulak???? He needs me to give him all the details. hard copy! Aiyoh! I am running out of time and I don’t want to wait any longer. That is why I did the HPLC experiments and at the same time set the animals to starving stage so that I can do the serotonin incubation experiments at the same time. But being him who is always be there for me whenever I did my lab, I think he doesnt like the idea of me doing this on my own. Maybe he doesnt want me to make mistakes. Ok la. Just do it next week with me hand in my experiments draft. If that will make him happy. Maybe because this is the new experiment that I never done before, that is why he is a bit sceptical.

Practiced badminton again with Zaza today. One on one. Really exhausted. Tomorrow I’ve got lots of plans. I bet my weekend will be great! 🙂

Tangkap belalang

Hari ni pegi tangkap belalang untuk kali terakhirnya dalam sejarah PhD aku. cewah. Pasni takde sampling lagi dah. Pegi dgn supervisor aku yang sgt cool, Paul. hehe. Kelakar tgk dia berlari2 sambil menghayunkan net. Comel!hahaha. Supervisor saya ni agak rendah dan gempal orangnya yer kawan2. Tapi aktif jugak dia ni. Kalau lunch time kdg2 main soccer or pi jog ker. Dapat la tangkap dlm 20 ekor belalang hari ni. Cukuplah tu utk methylene blue, HPLC analysis dan immunohistochemistry. Fuyoo. Terms sgt gah. Tapi takde apa sgt pun sbnrnya. hahaha. Aku agak semput jugak la berlari-larian anak selama sejam tu. Panas plak tu. Pening2 lalat setiap kali dok menyangkung nak masukkan belalang dlm ice box. Lama tak excercise pun ya jgk. Balik lab tadi 2 ekor dah ku korbankan utk methylene blue. Ala, utk morfologi jek. Besok baru start lab besar. Mesti aku balik lmbt besok. Takpela. I suka. Biar byk keje dari takde keje.

Tadi aku jumpa budak tuh. Terserempak. Dia buat2 tak nampak jek aku. Menyampah! Benci pun ada. Lantak ko la. Buat hal ko jgn sibuk jaga hal orang dan menyusahkan orang. Semoga Allah balas balik apa yang ko dah buat selama ni. Memang tak selamat la kalau ko dah aniaya orang. Geram ni.

Mm, saya belum cerita lagi pasal budak baru di lab saya. Saya dah ada kawan baru yer kawan2. Kawan satu lab. Selama ni bilik ofis tu saya conquer sorang2. Nak semayang, nak makan, nak memekak ke apa ker sukati jek.Sekarang kena share. Paul ada student PhD baru. Dari Papua New Guinea. Nama dia Nelson. Orangnya besar dan sangat gelap. Boleh jadik bodyguard. hehe. Baru borak 2,3 kali. Ok jek la. Harap2 dia kawan yang baik. Tua dah. Penah keje dulu. Skrg baru sambung study. So mesti byk pengalaman. Nanti bila2 saya bubuh gmbr dia kat sini untuk tatapan rakan2 yer. Skrg takkan beria nak bergambar plak. Nanti dia kata apa pulak. haha.dah la baru kenal. takde reason nak bergambar. Jadi sejak kedatangan dia ni saya kena bersopan dan tunjuk rajin sket dlm ofis sebab saya ni ‘senior’.hahaha. Ala, tak kisah. Sekarang dah duduk dekat memang aku balik umah jek nak makan, semayang or apa2. Mak takde hal.hehe. Welcome to Canberra Nelson. May you enjoy your journey here! 🙂