Archives

Pre puasa dan kuih Raya oh! :p

Puasa pun belum dah sibuk makan kuih raya. hehe. Saya kena la makan dari sekarang ye dak. Besok confirm raya tengah pantang. Terliur je la tengok nanti.
Alhamdulillah dapat makan kuih yang diidamkan. Salah satunya kuih frozen kenari. Di bawa dari jauh dari JB oleh cik Nurul. Sempat ayah kirimkan. Rezeki saya. :-). Kelmarin makan kuih apa ntah beli kat Alamanda. Tengok sedap je. Rasa pun sedap. Ada salut coklat+nestum. Biskut dia lemak ada rasa macam ada badam. Minggu lepas dah makan tart nenas sedap jugak kat rumah kakak. Walaupun bukan tart bunga yang aku suka tu, tapi sedap je kuih tart tu. Tinggal nak telan kuih sarang semut jek ni. Tunggu kawan baik buatkan. Dari dulu memang suka kuih sarang semut dia ni. Sodap! 🙂
13hb ni ada majlis berbuka puasa rakan-rakan suami yang belajar di Makassar dulu. Venue di rumah kami. Pot luck. Saya sebagai tuan rumah amat berbesar hati cuma dengan keadaan badan macam ni, tak banyak yang boleh disumbangkan. Mereka memerlukan venue besar dan selesa. Lagi-lagi ramai ada anak kecil. Harapnya belum bersalin lagi la time tu. Kelmarin masa check-up doktor cakap kemungkinan nak bersalin sebeleum 21hb tu tinggi. Mm, harapnya 2nd week puasa dah bersalin la kot. Tak yah la nak tunggu sampai 40 weeks, 27hb tu. Nak dekat raya sangat. Ni pun dah tak larat bawak perut. huhuhu! :p. Tapi dengan tak larat ni jugak berangan nak pegi parenthood expo kat midvalley. Nak meredah orang ramai tu. hehe. Ala, kena la banyak jalan. Lagi la baby cepat dan senang keluar ye dak? :p
Lusa dah puasa. Boleh ke ni? Larat ke? InsyaAllah la. Cuba jek la. Kalau tak larat, bukak la puasa. Sekarang dengan kondisi yang cepat penat, dengan tak tahan lapar dan acid reflux, potensi nak bertahan tu agak tipis. Tapi mana la tahu, Allah bagi kudrat. Kena la usaha sikit ye dak. Selamat berpuasa pada semua! Maafkan salah silap saya. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya yer! 🙂

Advertisements

Handbag oh handbag! :-)

mengada-ngada tengok buat apa. kan dah berkenan. entah bila boleh beli handbag ni:
coach1

dan juga terberkenan dengan yang ini juga:
coach2

kedua-dua coach handbags ini buat saya tak tidur malam. How I wish to have these two! Kalaulah aku kaya raya, boleh la rembat tanpa kelip mata! hehehe.

Riban-riban ni rege. Tunggu husband I gaji 10k, boleh lah dia belikan tanpa kelip mata jugak! huhu. Kalau nak jugak, kena ikat perut sket. :p. Kumpul duit yer rakan-rakan. No credit card. Bahaya! Tapi bila memikirkan keperluan dan kemahuan, jadi bersalah jugak rasanya. Tapi keperluan jugak tu, nak buat pakai gi keje. Handbag yg ada ni kecik, tak bole masuk seme benda. Handbag anak dara gitu, masuk purse kecik dgn handphone je. Purse besar confirm sempit. Tapi tak minat la purse besar sebenarnya. Lagi byk benda nak masuk. Tgk org pakai cantik jugak, tapi rasanya org macam I yang suka bawak segala mala benda ni, tak boleh la. Semua kad aku sumbat nanti. Dan juga segala resit. hehe.

Tapi sebenarnya, kalau beli pun tak rugi. Alah membeli menang memakai. Tapi sekali beli biar yang elok. Aku ni cerewet jugak. Kalau sale handbag ni, selalunya mmg tak beli. Seme tak berkenan. (Sebab yg berkenan selalu mahal or takde sale, tapi takde fulus nak beli. hahaha! Tak sedar diri gitu!:p). Aku bukan jenis yang giler beli handbag. Kalau beli 1 yang berkenan tu, pakai sampai lunyai. Takde nak beli ikut fesyen baju or kaler baju. Macam handbag kawin, sampai sekarang pakai. Dah 4 tahun, tetap tak lunyai. huhu. Kerana kualiti dia bagus gitu. Takde la branded mana, Bonia je. Kali ni teringin nak pakai designer handbag pulak. Nak beli handbag untuk bawak gi keje, gi leisure, gi kenduri. All rounder. Tak sesuai nak pakai sling bag dah walaupun saya suka sling bag. Rasa selamat dan senang. Ringkas. Time student2 boleh la pakai kot. Kat aussie dulu suka beli sling bag Fossils. Murah kat sana. Ada direct from factory outlet. Ada 3 or 4 sling bag Fossils dah aku rasa. Collections. hehe. Sekarang dah berkerjaya (cewah!) rasa macam kena tukar sikit penampilan. Biar matang gitu. hehe.

Alahai, terpengaruh jugak dengan designer handbag ni yer. Teringin juga nak bergaya. :p Kalau fikir samada it serve the purpose, handbag mana-mana pun sama jugak kan? Tak kira la murah ke mahal. Nafsu jek mengada-ngada! hahaha.

Fever

No. It is not me who got fever. It is just that now it is world cup fever everywhere and exam fever. hehe. Poor students they have this final exams during world cup. I am not a footie fan. Don’t care about it at all. haha. Kalau ada kes khas jek tengok bola. e.g. semua orang nak tengok bola, then I watch la. Takkan menang nak tgk channel lain dah. So, redha je la. hahaha. But I think I will watch the final game. Baru la best kan. Takat saringan ni, tak yah la tgk. Dah la tak follow langsung and to be honest tak tau nak sokong sapa. hahaha.

Since it is exam fever, bilik sebelah aku ni dah kurang buat party malam2. Selalunya 3 malam buat party berturut2 start malam khamis malam jumaat. Kadang-kadang tak kira hari pun memekak. Aman dunia. haha. Aku takde la report ke nak bising kat admin ke. Lantak ko. But sometimes annoying jugak bila music kuat+memekak dengan jerit2 main game tgh2 malam2. Dengan kawan2 depa yg suka gendang pintu dan memekak depan koridor umah aku. Nasib baik dah aku tinggal sini 1 sem je.

Semalam jumpa Zek kat Nandos. Dia belanja makan sempena birthday aku and bagi hadiah $100 gift card (Canberra Centre). hehe. Best giler. dah la tgh sale. Aku tengah dok fikir nak beli apa. Maybe nak beli handbag untuk gi keje. Lama dah tak beli handbag untuk diri sendiri. Last beli masa kawin dulu la. Takde handbag mahal dah. Yang beli time aku belajar ni semua sling bag and semuanya keremajaan sikit. hehe. Roxy, Billabong, Fossil. Semua beg murah je time sale. Aku nak proper handbag untuk pi kerja. Tak nak besar sangat and tak nak kecik sangat. Terberkenan kat handbag Coach ni tapi harga dia sangat tak munasabah untuk aku. huhu. belum mampu nak beli lagi. Tapi mostly handbag kat sini yg proper2 pun dalam 300-400 dollar. Yang aku agak berkenan MIMCO dgn Oroton tu harga dia $300-$400. Sama jek mcm harga Coach tu. huhu. Itu pun saiz sedang2 jek. Kalau besar sket maunya 600-700 dollar. Mungkin kena la top-up 200-300 dollar kot dr gift voucher tu dan aku tau mesti aku akan pakai beg ni lama sebabnya aku ni takde la giler handbag macam sesetgh org. Kalau ada satu tu, mmg pakai tuh jek la. Bila dah lunyai, baru cari yang baru. hehe. Aku suka handbag fossil sebenarnya. Design semua cantik2. Mixed of canvas and pure leather. Tapi mahal sangat and design dia tak sesuai nak bawak gi keje sebab berbunga2 kanvas tu. Untuk casual bole la. Tapi untuk casual semahal itu, tunggu la gaji aku 5 angka dulu. haha. Tapi aku kagum dengan kawan aku sorang ni. Beli handbag harga RM6k! Giler! Nama designer pun aku tak penah dengar. Shopping kat Pavillion. Aku Pavillion pun belum sampai tapi yang aku tau situ area designer2 boutique je. Haha. Aku tau dia mampu sebab dia bisnesswoman. Selalu dengar dia shopping and beli macam2 designer handbags. Jelesnya. Macam ni aku pun nak meniaga la. Tapi aku tau meniaga makan je. Boleh kaya ke? hahaha. Setelah berusaha keras, aku rasa tak salah dia nak spend duit dia macam tu. Lantak la kan, dia yang penat2 cari duit. Kita ni telan air liur jek la. haha.

Sekarang ni pun bukan setakat demam bola dengan demam exam je. Tapi demam shopping!!! Now kat sini tengah EOFYS=end of financial year sale! Semua half price and semua ada discount. Kalau tak kuat iman memang la semua aku beli sampai kredit kad takleh nak bernafas. haha. Tapi nasib baik aku kuat iman.:p. Tapi tuh la. Everytime keluar, aku suka sangat beli baju untuk anak-anak buah aku. Dah la semuanya perempuan. Suka I!!. Planning nak ke DFO entah bila nak pegi. Tunggu aku abis keje la kot. Baru boleh reward diri sendiri. Sekarang keje pun tak siap, berangan nak berjalan. huh! Itu semestinya la kena bawak extra money. :p. Hai demam…demam! 🙂