Archives

Buka Bareng!

Alhamdulillah. Selamat berpuasa untuk hari yang ke 14 hari ini. Alhamdulillah juga dapat berbuka makanan sedappppppppp. Di bawa jauh dari Johor oleh abangku untuk saya di sini. Terima kasih mama dan ayah. Sungguh nikmat apabila soto dan sambal goreng menjadi juadah berbuka dan moreh saya hari ini. πŸ™‚ Kasih ibu bapa memang terbaiklah! Air tangan mereka sentiasa menjadikan sesuatu masakan itu extra special kerana dimasak dengan penuh kasih sayang. πŸ™‚

Alkisahnya semalam adalah majlis yang dinanti. Buka bareng anak-anak ex-UNHAS. Makanya, harus ngomong Makassar kah? Aku tak reti. hahaha. Di kelilingi oleh doktor-doktor aku semalam. ada la dekat 40 orang doktor. Kalau aku bersalin or sakit semalam, confirm ramai yang boleh tolong. hahaha. Majlis semalam ada dekat 50++ kot termasuk kanak-kanak. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun hujan lebat di waktu petang. Makanan masyaAllah terlalu banyak. Murah dan melimpah rezeki. Penuh meja makan, blom kira meja teh, blom kira meja lain-lainnya. Masing-masing bawa makanan yang pelbagai. Tapi yang menjadi pujaan dan serbuan ramai adalah Coto. Resepi khas Makassar yang dimasak oleh orang Makassar. Mesti Ririn dan Syazmin berbangga. :-). Semua pakat makan. Aku tak makan sebab tak berapa suka. Rempah kuat sangat. Sebab dah penat untuk memastikan semua lancar, aku buka lambat sikit. Makan nasi ayam je. Tapi air bandung soda, bergelas-gelas minum. Sedap! Sendiri buat, sendiri puji. hahaha. :p. Sudahnya kenyang air je. Sempat la jamah pizza sekeping, sate secucuk dan lasagna dan juga buah-buahan. Lain-lain segala mala kuih mmg tak makan. Budak-budak lain aku tgk rilek jek makan. haha. Tapi makanan mmg byk. Aku mmg suruh bungkus bawak balik. Ayam bakar byk giler. Dah siap beli beg plastik dan polisterine utk ditapau. Dah hujung-hujung mmg duduk jek la tak bangun-bangun. Jadi mandur tgk org bungkus makanan. Kaki sangat sakit. Seharian ke hulu ke hilir. Urat tarik toksah cakap la. Tapi aku diamkan je. Doa dalam hati jangan la apa-apa. Sebab majlis sedang berlangsung. Mujur budak-budak tu semua rajin dan tak kisah. Tolong clearkan makanan dan cuci pinggan. Jadinya kemas sikit-sikit je la lepas tu. Lega sangat bila dah habis. Pastu sambung kemas, malam tadi mmg tido pengsan sebab kepenatan. Seronok dapat jumpa kawan-kawan. Walaupun bukan teman kuliah saya, tapi mereka dah mesra dan rapat juga sebab selalu jumpa masa melawat suami di Makassar dulu. Jadinya tidaklah kekok pun.

Ok, baby boleh keluar dah bila-bila. Mommy dah ready. Mommy takde apa nak makan lagi dah. Semua dah selamat masuk perut dan semua benda dah lega. Mommy tak takut sebab mommy nak berjuang untuk kamu lahir ke dunia ini. Kalau Tuhan nak ambil nyawa mommy pun, mommy redha sayang kalau itu ketentuanNya. Cuma mommy berdoa juga agar Allah panjangkan umur mommy untuk bertemu kamu, dan semoga mommy dapat didik kamu dan menjaga kamu sebaiknya. Mommy loves you so much and I cannot wait to see you soon my dear son. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kita berdua yer nak.
πŸ™‚

nota kaki gemuk: Kesian suamiku yang oncall hari ini tak makan lagi walaupun dah pukul 9 lebih tadi. Sibuk sgt yer bang. Semoga Allah balas jasamu memberi khidmat pada masyarakat. Hati ini sangat sedih bila tahu abang tak jamah makanan lagi, hanya sempat berbuka dengan minum air. Sedangkan sayang makan sedap-sedap di rumah. 😦

Gathering

Kelmarin sangat penat. Seharian keluar dari pagi sampai ke malam. Mula-mula lepas subuh tu pi Putrajaya sebab mama dgn ayah nak balik Johor lepas breakfast. Lepas tu, pergi Rembau untuk wedding kawan hubby. Balik dari Rembau tu singgah rumah Jaie, then terus pi makan-makan dengan kawan-kawan sekolah. Balik rumah macam nak pengsan. Mula-mula nak balik rumah dulu tapi sebab hubby dok syok main xbox kinect dgn kawan-kawan dia, aku pun rilek jek la. Bagi can la dia nak bersuka-suki. Bukan selalu dapat kumpul dengan geng-geng lama. Walaupun badan dah berlengas sebab seharian keluar. Dah la kat tempat kenduri panas yang amat, peluh toksah cakap la. Meleleh-leleh haa. Memang kurang selesa bila pi dinner malam tu. Tapi sebab aku yang organized, so kena la pi jgk kan walaupun penat. Kehadiran agak mengecewakan sebab yang confirm datang pun tak datang. Bukan apa, aku dah booked tempat dan dah deal dengan org tu. Sebabnya restoran tu selalunya fully booked. Takpela, dah selesai dah pun. Ok jek la. Aku happy je dapat jumpa kawan-kawan lama walaupun time sekolah tak pernah cakap banyak. Masing-masing ada life sendiri kan. Cuma yang lawaknya ada sorang ni time sekolah skema, sampai la ni pun skema. Siap pakai baju batik lengan panjang tu. hehe. Sangat la formal. :p. Ok la steamboat dia, dengan tempat pun ok, tepi tasik. Selesa. Harga pun ok. Layanan pun friendly.
Balik pada cerita pi kenduri kat Rembau tu, best jugak la kembali berkumpul dengan rakan-rakan lama. Aku memang kenal kawan-kawan hubby sebab dulu masa dia belajar kat sinun aku selalu datang melawat. Bila datang tu memang jadi tukang masak dema la. Seronok. Aku masak apa jek diorang belasah. Time tu semua bujang lagi. Sekarang semua dah dukung anak. Walaupun aku dengan hubby antara yang terawal kawin, tapi orang lain yang kawin lambat semua anak berderet dah. Nak buat macam mana, belum rezeki kami. Lagipun sebab kami in long distance relationship, susah nak start family.
Mm, cerita lain takde la best sangat pun selain yang aku masih lagi batuk-batuk kesan demam tempohari. Tak larat jugak dengar mommy bebel suruh makan ubat itu ini. hehe. tapi aku diamkan je. Memang sakit ni lambat nak pergi. Orang cakap sakit ni datang cepat, pergi lambat. Lagi-lagi orang mengandung memang sistem imune sangat rendah. Tapi ni pun dah beransur pulih. Kurang banyak dah. Mama pun dah beransur sihat. Kesian mama jangkit sakit dari aku dengan hubby. Alhamdulillah ayah ada untuk jaga mama. Alhamdulillah aku punya ayah yang pandai uruskan rumah tangga. Boleh masak, boleh kemas, seme boleh la. Untung mama. Alhamdulillah juga ayah sihat walafiat. Cuma aku terkilan tak dapat nak jaga mama macam mana jaga aku time aku sakit sebab jauh. Dah tu aku sakit jugak pada masa yang sama, dengan suami pun baru nak beransur baik dan kena kembali bekerja. Tanggungjawap aku di sini. Aku memang tunggu je mama pindah dekat-dekat so that bole jumpa selalu. Walaupun hari-hari aku mesti call tanya keadaan mereka, tapi aku tetap rasa tak puas selagi tak depan mata. Sebabnya diorang ni suka sembunyi benda-benda yang boleh buat aku risau. Kalau sakit pun kdg2 tak nak bagitau. Nanti bila dah sihat baru cerita yang ari tu tak boleh bangun la, apa la. Walaupun aku tak suka mereka berahsia, tapi aku tahu niat mereka baik. Tak nak aku susah hati sebab aku ni jenis perisau yang amat. Semoga Allah sentiasa lindungi mereka walau di mana mereka berada.
Cerita lain, si Qaisarah yang kiut miut tu dah mula cakap banyak. Pandai jalan jugak. Adoi la. Penat nak tengok dia yang tak nak duduk diam. Berjalan keliling rumah. Mulut pulak asyik mengikut orang cakap. Bijak betul la si kenit sorang tu. Cepat je dia belajar. Geram kadang rasa macam nak gigit-gigit. Suka jugak menyakat dia sampai dia jerit-jerit sebab dia suka jerit kalau tak dapat apa yang dia nak. Bunyi je macam nak nangis tapi takde air mata pun. Auta betul!

Pressure..pressure!

mm…ibu mengandung tak bole stress…tapi kerana kerja banyak..makanya sedikit stress di situ..
dan akibatnya, kulit ni jadi macam rashes ker..eczema ker..aku pun tak tau la…dulu masa belajar…kena gak..pastu ok…doktor ckp aku stress…kesihatan kita ada kaitan yer dengan kulit puan-puan…kalau stress, immune bole lemah…dan senang dapat penyakit kulit…ni sejak-sejak mengandung…datang balik…tapi aku rasa sebab perubahan hormon pun yer jugak…lusa ada appointment dengan dermatologist kat HKL….harapnya dapat membantu…aku pun tak nak la guna ubat steroid tu walaupun mild ker..bagus ker…..biar aku ‘kegatalan’ sket…tapi aku tak nak ada apa-apa effect kat baby….tp setelah di kaji selidik…topical cream steroid ni mmg takde effect melainkan kalau kita ambil steroid tu secara oral…itu memang bahaya pada janin…
semalam tengok teater Terima Kasih Cinta dengan Dik Nun (adik ipar) di Istana Budaya. Ok la…tak seperti yang aku baca kat review…memang boleh tangkap leleh tapi aku tak menjiwai sangat sebab banyak babak yang kadang-kadang terlalu meleret atau lagu back-up terlalu kuat sampai tak dengar dialog atau nyanyian pelakon dia…apa-apapun aku suka dengar Latif ibrahim menyanyi dan juga Vince. Kellllasss gitu! Mantain betul penyanyi veteran sorang ni. Vince walaupun lama tak muncul menyanyi, aku rasa persembahan nyanyian dia sangat berkualiti. Tapi keseluruhan pelakon dia semua nyanyi sedap la…yela, nama pun teater muzikal. kalau ambil pelakon suara sumbang, memang la orang tak nak tengokkan?
Aku bagi 3 bintang jek la dari 5 bintang (2.5 mungkin? haha) Props pun gitu-gitu jer. Aku sakit mata sebenarnya dengan set lampu kalimantang tu. Terang sangat. Bila tengah elok2 dim light, tetiba dia bukak seme lampu, tak ker berpinar bijik mata?
2 minggu ni aku takde kelas. Jadinya boleh fokus pada thesis. Tapi alkisahnya nak kena buat 2 proposal untuk apply grant. Yela, kalau takde duit, macam mana nak buat research. Kalau ada duit, baru boleh ambik student buat research kan. Banyaknya la kerja. Takut tak terkejar je. Pening jugak nak tulis prososal yang panjang berjela siap detail seme. Nak kena mintak quotation macam-macam ni. Kalau dapat dua-dua geran tu…boleh la dapat ratus2 ribu jugak. Tapi itu masih tak cukup untuk aku beli microscope confocal idamanku! huhuhu! Tunggu la i dapat geran juta-juta, time tu bole beli dua-tiga microscope.
p/s: ada ke geran juta-juta untuk kaji serangga? mmmm…

Reminiscence of old memories

I spent the whole day at Midvalley today. From 12pm to 8.30pm and paid RM9 for the parking fees. huhu! I took a day off from my thesis (ok, feel a bit guilty but hey, I did some journal readings while waiting for my friends ok! :p). As usual, when hubby is on call, I will adjust my own schedule. Do whatever I want. At first I thought I want to go and surprise my dear Qaisarah in Port Dickson, but then feel so lazy to drive that far. My brother got some course/meeting in PD and they spend the night there. I miss Qaisarah! :-(. Nevermind, can meet her next week when my parents come for Hari Raya Haji. Tapi kadang-kadang rindu macam tak tertahan bila teringatkan si kecik yang comel itu! Macam orang bercinta! haha.
While driving to Midvalley, suddenly feels so boring to go there alone so I decided to ring one of my best friend (Macam tak biasa jalan sorang2 pulakkan):p. Entah, feels like I need some company. Alhamdulillah she is free and she can meet me there with another best friend! yeay! But they arrived a lil’ bit late. Around 4pm. I already had my lunch, went groceries shopping, window shopping, went to the exhibition hall and read 1 journal baru diorang sampai. hahaha. Takpela. janji dapat jumpa. Terima kasih Zana dan A-ar sebab menemani ku hari ini. Sangat gumbira hari ini. Oh, how I miss them and kembali mengingatkan kepada zaman muda remaja sewaktu kami ‘mabuk’ ke midvalley. Sikit2 outing pergi midvalley. Me, Nurul, Aida, Niza and Zana. 5 sekawan naik kancil merah yang kecik. hehe. Sebelum tu naik komuter, menapak dari stesen Seputeh nak ke Midvalley. Zaman bercinta dulu pun suka ke midvalley jugak. Sekarang Midvalley Megamall dah maju. Dah makin besar. Banyak kedai baru. Barang makin mahal. huhuhu. :p. I had lunch at Delicious restaurant. Then dinner at Chillis. Perut macam nak meletup makan. Dah la memang dah put on weight, makan macam tak ingat dunia. hahaha. Sesekali jumpa kawan. Takpe :p. Oh, Delicious restaurant tu memang sedap food dia. I had Seafood Linguini which is the most expensive pasta in the menu. hahaha. Kalau tak sedap, memang la. RM28.90. Portion quite large, memang tak habis. Tapi yang tak tahan menu dessert dia. Semua macam sedap2 belaka. Banyak pulak tu. Next time must try. Tadi dah kekenyangan. End up paid nearly RM50 for pasta and drinks (plus 10% service charge and 5% Gov. tax yer). Standard macam makan jat aussie je (kalau convert la. :p). Ok la tu. Still affordable. Sesekali takpe.
Takde shopping apa sangat. Hanya membeli produk untuk penjagaan muka sahaja which costs me a lot! huhu. Demi muka yang licin dan gebu, penjagaan haruslah dari muda. cewah! hehe. I become so lazy to take care of my skin after get married. Don’t know why. Pakai bedak baby je. Moisturiser kadang pakai ikut mood. Boleh gitu? Mentang-mentang kulit takde masalah sangat. tapi sekarang bila dah naik pigmentation, gelabah la sikit. Demi suamiku, harus menjaga kecantikan kulit. Tak gitu? πŸ™‚ Jadi takpe jika berbelanja lebih untuk kecantikan. Yang penting, mampu! Kalau tak mampu, kena redha ajelah. hehe. πŸ™‚

Yummy butter prawn!

Semalam berbuka bersama rakan baik lama dan anak kecilnya. Puan Camellia a.k.a C.M. Makan di restoran Mohd. Chan Abdullah Bangi. Not bad la. Sedap sekali butter prawn dia!! Wahhh! Saya sangat teruja! hehe. I had Penang Char Kuey Teow yg sedap juga. C.M makan ayam Kam Heong. Cuma kempunan nak makan dim sum. Sebab dah habis masa kami sampai lepas maghrib tu. Yela, orang semua dah berbuka. Baby kailan ikan masin dia memang terbaek! Kena dengan citarasa aku penggemar sayur ni. Crunchy dan cukup semua rasa. Lain sikit dengan baby kailan yang makan kat restoran Thai. Ni macam Brussel sprouts versi besar je. hehe. Whatever la kan janji sedap. Cuma wantan goreng maybe boleh improve lagi. Sedikit masin. Boleh datang lagi. Cuma tak berapa suka dengan persekitarannya macam kedai kopi cina je. Open sangat dan kurang privacy. Decorations pun simple2 je. Mungkin kena duduk di tingkat atas yang berhawa dingin kot. hehe.

Tak sabar nak balik Johor sabtu ni berbuka bersama Mama dan Ayah. 3 tahun tak bersahur, berpuasa dan berbuka bersama. Rinduuuuuuu! Terima kasih suamiku kerana memberi izin untuk pulang lama sedikit yer. πŸ™‚

Senak perut

Wahida

Bila aku tengok email yang ada info kat atas ni, senak perut aku. Tak boleh nak jangka berapa ramai yang datang walaupun bilik seminar tu boleh muat 100 orang. Fuh! serammmm! Slaid baru halfway siap. InsyaAllah malam ni siap dan besok boleh tunjuk Paul.

Penat praktis futsal dua tiga hari ni. 2 jam sekali main. Stamina kaput! Tapi slowly la kan. Ada improvement la. Bagus jugak, at least stress-stress bole tendang bola. Bersukan ni boleh mengurangkan tekanan selain Β bersosial. Harap-harap boleh menang medal la tahun ni. hehe. semangat betul.

Adik dan rakan

Semalam jumpa seorang pegawai di ANU yang menguruskan kemasukan pelajar, yuran dsb. Melegakan sedikit kepala otak bila dia cakap tak payah bayar yuran lepas submit thesis bagi yang duduk offshore. Cuma kemusykilan aku sekarang bila dia cakap kalau re-submit kena enroll balik as student. Kalau enroll tak payah bayar yuran ke? Dia cakap flat rate fee AUD4k utk 6 bulan. mm, nak kena confirmkan balik ni.

Malam tadi keluar minum-minum kat Gus cafe. Sedapnya caramel cinnamon latte di waktu sejuk begini!! Sempena meraikan budak-budak ni habis last paper semalam. Merdeka la. Boleh bersuka ria. Kalau tak serius je semua study. Tegur pun tak nampak. hehe. Macam-macam ragam kan. Seronok bercerita dengan Sarah yang blur-blur plus giler. Lama giler tak jumpa minah ni, dok diam-diam kat Academy house tu. Zaza super crazy, Inaz yang tengok mood, Shaz yang lambat digest. hahaha. Aku tau mesti aku rindu budak-budak ni nanti bila balik Malaysia. Sibuk dengan kerja dan keluarga. Apa-apa pun, I know the friendship will remains forever. :-). Susah nak kata friendship ni. Sbb aku anggap diorang semua adik-adik yang rapat dengan aku, tapi masa yang sama geng yang fun. hehe. Kakak-adik, bestfriend? Kat Malaysia pun banyak adik lain yang agak rapat juga. hahaha. Kawan dengan budak-budak muda ni, aku pun jadi muda. hehe. I mean, banyak benda yang aku tak up to date semua diorang bagi tau. Nanti selalu kena gelak dengan Zaza kalau aku macam ketinggalan keretapi. :p. Apa-apa lah kan. Jarak umur yang jauh ni memang buat dunia aku lain sikit la dari diorang.

Berkawan dengan diorang banyak ingatkan aku pada zaman undergrad yang takde masalah selain belajar je. Study then main. Takde apa nak risau-risau sangat. Rindu zaman sekolah dulu-dulu. Rindu geng-geng UKM dulu. Sekarang dah tua dah pun masih belajar cuma komitmen lain banyak la. Tuh yang mencabar.

Mm, lagi 12 hari nak presentation. Aku harus siapkan power point dan berlatih sebanyak mungkin!!!