Archives

How time flies

Sekejap je Aiman dah setahun. Raya ketiga hari tu genap usianya setahun. Minggu lepas baru ada kesempatan buat majlis sedikit untuk anak kecil itu. Seronok ada rakan sebaya bermain. Aiman potong kek yg mommy tempah khas – red velvet with less sugar. Alah, bukan Aiman yg nak makan pun. Orang lain termasuk mommy ni haa. hehe. Tapi kek mmg super sedap. Aiman mommy bagi juga rasa 2-3 suap. Dia pun tak berapa suka manis-manis. Apa yg membuatkan saya order kek red velvet kak Zarina ni sbb dia jaga kualiti kek dia. Pewarna pun natural, guna beet root. No artificial color ok. Philadelphia cheese yg mantap. Mahal sbb stok terhad. Kena top up extra pun saya sanggup bayar janji puas hati. Mommy pun buat fresh fruit cake for Aiman. Semua buah-buah yg Aiman suka -honeydew, kiwi, watermelon, strawberry, starfruit. Demam-demam pun mommy beria terap buah tu dan hias. Walaupun badan memang tak larat, tapi demi anak, semangat je. Lagipun dah jemput orang. Maka, melayan tetamu yg dtg ala kadar je sebab batuk2 dan tak larat sgt sebenarnya. Banyak duduk melepek je. Majlis belum start mommy dah nak pengsan dah sebenarnya. Wan pun demam. Kesian kami berdua. Dah la jemputan dari pukul 12-6ptg. Memang bertahan je la sepanjang hari tu.
Aiman sekarang sangat suka bermain dan makin kurang nak makan. Wan dia cakap mungkin nak ringankan badan. Ada logikla kot. Tapi dia bukan reti duduk diam, berjalan je sentiasa. Ada je benda dia buat. Maka perlukan tenaga juga untuk semua tu kan. Haruslah makan berganda jugak. Ini tidak, kalau makan sekarang banyak nak makan sendiri. Sudahnya yg tabur bawah pun nak sama banyak dengan yang masuk mulut. Bila tak bagi, nanti makan main-main. Dia pun nak explore sendiri makanan dia dan syok suap diri sendiri juga. Kadang pening mommy nak bagi makan apa pun tak tahu. So sekarang memang banyak menu bubuh cheese dan susu sbb nak bagi dia kenyang dan full. Tapi bukan boleh makan banyak pun. Muak nanti dia. Mommy kena rajin create finger food untuk Aiman. Sampai satu tahap mommy pun dah letih, buat creamy soup makan dengan toasted bread je lah. Tapi creamy soup senang sebenarnya. Seme bubuh, tumis2, then blend je. Segala sayur mayur dan protein dan lemak vitamin seme di situ. Cabaran betul nak sediakan anak makanan sihat ni. Setakat ini pemakanan dia masih terkawal. Walaupun kadang-kadang bila apa yang kita makan, dia pun nak tumpang rasa, bagi jugak rasa. Lagi-lagi kalau ada atok dan wan. Mmmm…payah juga. Dan juga mak-mak sedara atau pak sedara yg kadang suka nak suap benda yg mommy dia tak nak bagi. Nak ditegah lebih2 payah jugak. Selagi belum melampaui batas, mommy pejam sebelah mata je lah. Saya sangat berharap Aiman membesar dengan makanan yang sihat, kurang gula dan garam, tidak terlalu banyak pengawet,pewarna dan bahan translemak, makanan yang asli dan organik, makanan air tangan mommy atau keluarga terdekatnya. Semoga Allah melindungi Aiman dari segala yang tidak elok dan beri mommy kekuatan untuk menjaga dia sebaiknya. Amanah ini amat berat. Itu baru bab pemakanan. Belum lagi sahsiah, rohani, jatidiri.
Aiman belum pandai sebut mommy and daddy. Tapi mulut bising juga dengan bahasa dia. Pandai sebut ‘nak’, ‘duck’=rubber ducky Aiman bila mandi, ‘dah’ dan ‘ba’=utk bas dan lori. Bila kita cakap dia paham kalau sebut ‘nenen’= BF. Tersengih2 kadang ketawa gelihati sendiri tunggu mommy nak bagi nenen. hehe. Bila nak mandi atau sebut wash, dia tahu nak kena bukak baju dan seluar. Kadang terkedek-kedek terus tuju bilik air bila kita sebut mandi or wash. hehe.
Agak letih juga jaga Aiman yang baru dapat kaki ini. Tak reti diam. Masa raya dia sibuk melatih diri berjalan. Officially, Aiman pandai jalan umur 11 bulan. Hari Wan dgn Tok Siti dia ke Mekah buat umrah, hari tu dia jalan. Tapi sebab dia kadang takut, maka pendek2 je menapak, tapi bila hari raya, banyak berjalan, dia pun sibuk nak explore, automatik, skill berjalan dia diasah dengan sendirinya.
Semester baru dah start beberapa minggu. Oleh kerana sangat sibuk dengan workshop la, conference la, maka seme macam tunggang terbalik. Kelas pulak hari Isnin sampai Khamis. Jumaat ada lab. Tahniah untuk diri sendiri untuk jadual sem ni yang sangat best!! (tangan kat bahu, mata ke atas, bluwekkk!). Paul pulak baru pulang draft tesis, banyak plak komennya nak gambar itu ini. Tensen ok. Aih, nak bertungkus lumus utk tesis lagi. Bulan 10 dah la weekend seme full. 19hb Oktober nak bawak budak2 gi field work kat tasik chini lah. Aih, macam2. Projek yg bergeran 2 tgh berjalan. 1 tgh stuck sbb takde sampel.Itu semua mahu progress dan report!!!! Ada hati nak apply lagi geran bulan 12 ni. Ni seme gara2 KPI tak masuk akal. Rasanya ahli akademik muda2 seme boleh kena depression. Ngarut betul sapa yg dok Research University ni. Seme nak tahap world class. Tapi funding dgn facilities idaklah world class pun. Output nak best je. Ok la, penat bebel. Teringin nak tgk drama Adam & Hawa. Memang takde masa nak tgk. Tgk tv pun curi2 kdg, jangankan nak konsentret tgk drama. Banyak lagi benda lain nak dibuatnya. Ni dapat tulis blog time anak tido pun dah kira bagus ni. Patutnya time ni digunakan untuk edit tesis. Sekian. :p

Advertisements

Hayatilah Rukun Negara!

Bangun pagi rasa tak best. Moody dah jadinya sebab semalam tidur dalam kesedihan. Gitulah jadinya kalau ada sesuatu terbuku di hati. It will affect my whole day. Haih! Whatever la.
Rasa macam nak sepak orang je sekarang. Rasa meluat dan menyampah. Geram dan marah. Bila baca berita dan dengar news pasal perhimpunan bersih tu lagi la rasa macam eeeeeeeeeeeeeeee…annoyed giler!

Video kat youtube pulak macam-macam propaganda dari kedua pihak. Yang percaya bulat-bulat tu rasa mcm nak ketuk je kepala suruh berfikir. Yang buruk-buruk mmg la digembar-gemburkan mintak simpati. Tapi yang baik-baik tak pulak nak diterimanya. Implikasi dari setiap perbuatan tu tak pulak difikirkankan. Malunya la kat negara luar. Kalau dok aussie confirm dah seme colleague dok tunggu aku sampai ofis nak tanya apa jadi dengan Malaysia. Sebabnya kat sana media mmg bias kat Anwar tu. Tuh lagi satu manusia. Aku doakan semoga Allah tunjukkan benda yang benar dan bukak hati dan mata rakyat Malaysia ni luas-luas. Pengkhianat bangsa betul. Tak habis menyusahkan Malaysia dari 1998. Dulu jual negara, sekarang pun jual negara. Lagi nak menjahanamkan negara adalah. Ko tu memang dah kaya, tak payah la konon nak bela rakyat. Bela dulu diri sendiri kat mahkamah tu. Memang takde kesan pun kalau ekonomi Malaysia ni jatuh kat family ko tu.

Bila baca cerita kononnya this one ‘C’ girl dok join perhimpunan tu then kawan-kawan dia dok sokong dan rasa dia macam hebat dan hero, lagi la aku rasa macam meluat. Dah tu last sekali nak quote plak lagu Negaraku, tapi baris pertama je. Negaraku, tanah tumpahnya darahku. Wei amoi, cuba ko nyanyi sampai habis. Dah tu cuba hayati sikit maknanya. Dan jangan lupa hayati Rukun Negara. Jangan tahu cakap jek. Aku benci dengan orang yang suka nak buat diri rasa pandai dan hebat tapi takdelah hebat sangat sebenarnya. Meh nyanyi sama-sama dengan aku meh:

Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta.

Rakyat hidup bersatu dan maju tau. Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Bukan nak huru hara. Setakat bersatu yang tak wakil berapa persen jutaan rakyat Malaysia ni, nak huru harakan keadaan, tak payah la nak berbangga kononnya ko dah buat perubahan. Tuhan dah bagi aman damai, ko senang-senang rosakkan eh. Menyusahkan rakyat lain.

Rukun Negara hafal ke? Kat sekolah time perhimpunan baca ikrar bodoh-bodoh je sebab terpaksa? Meh sini aku ingatkan:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Nampak sangat ko ni rakyat derhaka. Agong dah tak bagi buat. Sultan Selangor dah warning, nak jugak. Memang patut buang negara je. Dah terjerit pekik menyusahkan orang, memang la tak sopan. Pastu marah pulak polis guna kekerasan. Dah orang tak bagi, nak buat jugak. Degil. Pastu nak marah pihak berkuasa apsal. Aku pun kalau budak degil-degil ni memang geram aku nak kutil-kutil.
Si Ambiga tu dah mengadap Sultan awal-awal, apsal tak serah jek memorandum tu? Nampak sangat la ada agenda lain.

Eeee, aku memang emo tulis post ni. Sebab aku geram tengok bangsa sendiri bergaduh, diperbodohkan, dan rakyat-rakyat Malaysia yang lain tak menghargai keamanan dan kestabilan yang kita ada ni. Buat Malaysia ‘buruk’ di mata dunia. Susahkan rakyat lain nak cari makan. Bagi kesan pada ekonomi individu toksah cakap la, ekonomi negara lagi. Media asing memang cari peluang je nak lapor yang ‘huduh’. Tak semua negara suka malaysia ni aman damai, maju tau tak.

Kenapalah kamu semua ni tak tahu menghargai dan bersyukur? Politik memang kotor. Tapi guna akal fikirlah lah wei. Sama jek puak patriot ke, bersih ke. Tuh lagi satu aku tak faham si KJ ngok tu apsal sebok-sebok nak himpun sama dgn Patriot. Saja nak provoke. Nak tambah lagi huru hara. Cemana la boleh jadi pemimpin pemuda?

Sesungguhnya saya rakyat Malaysia yang sayangkan negara ni. Cintakan keamaan dan kestabilan yang kita dah nikmati. Saya bersyukur dengan kemajuan yang ada. Kita perlu bersatu majukan negara, bukan bersatu menjatuhkan negara. Undi di tangan anda. Gunakanlah sebaiknya.

Wasiat

Mm, 2-3 hari ni dok mengarang wasiat untuk suami tercinta. Entah, minggu ni agak ‘mendung’ sedikit. Hati sangat sensitif. Tak tau hormon apa terlebih dalam badan ni. 😛
Aku karang wasiat sebabnya entahlah. Banyak benda nak cakap tapi tak tercakap. Pastu bila semakin hampir waktu nak bersalin ni, rasa macam waktu pun makin dekat. Sebenarnya takut nak melahirkan bila takde pengalaman ni. Dah tu, macam-macam boleh jadi. Mati sewaktu melahirkan dikira syahid tu. Bukan nak bersikap pesimis, fikir negatif2, tapi hanya sekadar beringat. Kematian itu kan pasti. Wajib mengingati mati kan. Tapi aku juga berdoa semoga Allah permudahkan segalanya. Semoga Allah beri peluang untuk aku hidup dan membesarkan amanah yang diberi. Tapi kalau dah ketentuan Dia takat tu je, kita tak boleh nak ubah. Harus minta maaf juga dengan semua orang sebelum terlambatkan. Ini harus dilakukan jugak dalam masa terdekat ni.
Semalam pi check-up dengan Sha. Suamiku harus berkhidmat untuk negara. Alhamdulillah semua ok. Baby pun ok. Mommy pun ok. Naik 1.8kg je. hehe. Doktor cakap baby lahir besok mungkin dalam 3.4kg. Mm, agak besar jgk tu yer. Harapnya bolehlah bersalin normal. Semoga Allah permudahkan. Kena banyak ketuk ketampi ni. Excercise kuatkan otot. hehe.
Stress jugak la minggu ni bila dapat tahu extension tak diluluskan. Tapi dia tukar ke part time studies plak. Cemana tu? Kena tunggu surat aaa jawapnya.
Besok kenduri kawin kawan baik aku. Akhirnya sampai jugak jodoh dia. Semoga berkekalan la hendaknya. Aku juga doakan geng-geng lain satu batch juga dicepatkan jodoh mereka dan rezeki yang lainnya. Amin!
Hari ni masuk-masuk ofis jek pening. Apakah tandanya itu? Memang tak bagi buat keje ke apa tu?

Blur

Satu hapah pun tak berjalan ari ni. Blur tahap gaban! Ini gara-gara ketensionan tahap tertinggi. Harus nyorok bawah meja ke? atau lari masuk hutan bangi kat belakang tu?

Doktor tak doktor!

Semalam ada 2 orang pelajar datang jumpa aku nak tanya pasal tajuk tesis yang aku tawarkan untuk semester sesi akan datang. Hari ni pun ada lagi 3 orang tanya pasal tajuk tesis. Tujuan utama mereka adalah untuk tanya ‘Doktor, tajuk ni ada banyak pergi field work tak? Ni banyak duduk kat lab jek kan?’. ‘Tajuk doktor bagi ni macam mana yer kerjanya?’ mm, memilih budak-budak ni yer. Bidang sains especially serangga ni memang la kena banyak buat kerja luar kalau tak cemana nak dapat sample kan. Lain la buat virus ke, mikrob ker. Itu bukan topik aku nak cerita ni. Aku sebenarnya tensen kalau orang panggil aku doktor. Sebab aku blom dapat title tu pun. Rasa beban sangat. Berat tu tanggungjawap yang dipikul beserta pangkat yang diberi. Ingat senang-senang boleh dipanggil doktor ke? Aku dah cakap, panggil saya Puan W*****. Tapi budak2 ni dah terbiasa seme pengajar dipanggilnya doktor, prof kat sini. Kadang-kadang tak boleh menyalahkan diorang jugak, budaya kat sini terlalu mengagungkan pangkat. Kalau tak panggil guna gelaran, ada yang marah pulak. To be frank, aku tak kisah pun. Mungkin sebab telah ‘dibudayakan’ di aussie dulu panggil guna nama jek kan, gelaran itu seperti membataskan perhubungan dan pergaulan. Dulu bos aku sebelum aku jadik tutor (masa jadi R.A) orang panggil nama dia jek. Takde pangkat2 ni. Dia pun study UK dulu, mungkin dah dibudayakan begitu. Sempoi jek dgn semua org. Mcm tuh la senang nak keje. Aku kalau gi lab jumpa student ntah mana2, kdg2 aku biar jek diorang panggil aku akak. (terasa muda gitu, diorang ingat aku student postgrad, haha). takdenya aku nak marah kalau tak panggil aku Puan or sebab tak tau aku ni lecturer tau, bukan student mcm ko.
Lagipun aku dah la tensen2 menulis tesis, selalu risau aku ni sempat ke abiskan ke tak, rasa macam tak tertanggung bebannya ni. Kalau mengajar, kadang2 diorang nak tanya soalan, pantas jek tanya’ er, doktor bla bla bla’..takkan setiap kali aku nak betulkan ‘saya belum doktor lagi’. Macam tu jugak kalau salesman datang jual barang2 lab or microscopy, manjang panggil doktor sebab nak bodek aku beli barang. hahaha. Yela, panggil la aku doktor, itu suatu doa tu. InsyaAllah, suatu hari nanti aku jadi doktor yer. Doktor serangga yer, bukan manusia! ahaks. 🙂
aih, entahlah. Tension aku orang panggil aku doktor ni. Malu tau sebenarnya. sebabnya belum ada title lagi. kot orang lain yang dengar, mesti dia kata aku ni ngada2 or giler nak orang panggil aku gitu kan. Padahal aku tak suruh pun. Sebabnya kat sini, ada jek lecturer yang pentingkan pangkat dan gelaran. Sebabnya, dia tak iktiraf pun aku sedang wat PhD. Pada dia, selagi ko blom habis, jangan ngengada nak bubuh dalam CV ko belajar kat mana. Eh, sukati aku la. memang aku belajar situ apa. Ko ada belajar situ? kat australia? Jeles pulakk. menyampah aku dengan orang2 jaki macam ni. Sebab CV dia takde universiti obersea, tuh dia jeles tuh kot. eee, jahat plak aku kan. Tapi bukan aku tulis dalam CV tu aku dah ada PhD, aku tulis dalam kurungan (on going). Sebab aku nak bagitau bidang apa aku specilized kan. Confirm la bidang tu kan yang aku belajar dekat 4 thn tu. Bila start mengajar ni memang terasa competitionnya. Lagi2 kalau buat research, sentiasa nak buat yang terbaik dari orang lain, publish paper bagus2, senang nak naik pangkat kan. Siap ko, nanti aku apply grant hebat2, buat research banyak2, ambik student banyak2, publish journal banyak2, ko pun tertinggal kat belakang. Aku lagi awal jadik Professor daripada engkau.
p/s: tak suka orang busuk ati.

@14 weeks

Semalam pi HUKM Specialist untuk first check-up di sana. Sebab plan nak bersalin situ, jadi aku pun buat appointment awal-awal so that dia ada rekod dari awal. My O&G specialist adalah Prof. Mohd. Hashim. Masa dia check time aku due, dia cakap ‘ eh, ni time raya ni’. Sebab 28hb kan. 31 Ogos dah raya. haha. Aku cakap, Prof tak boleh raya, sebab saya nak bersalin time tu. haha. Selamba jek tak bagi orang raya. Tapi Prof cakap selalunya akan awal 2 minggu dari due date tu. Cool jek doktornya. Kelakar sket2. Dia explain detail jugak masa scan baby tu. Seronok sangat dapat tengok baby gerak2, jantung dia dup-dap-dup-dap, badan dia pusing2. Prof tunjuk perut dia, bahagian2 badan dia yang tengah develop. Scan size seme menunjukkan perkembangan 15 minggu. Satu perasaan excited yang tak dapat digambarkan sebenarnya. Melihat nyawa lain di dalam badan sendiri. Prof kata sekarang memang tak rasa dia gerak2. Macam lalat jek. Nanti minggu 18 dan ke atas, baru bole rasa baby gerak2. Eeee, tak sabarnya! Aku selalu jugak cakap2 dengan baby. hehe. Aku tau dia dengar. :-). Mommy loves you so much and can’t wait to see you again. :-). Perut aku pun dah membonjol. Al-maklumlah, sebelum ni memang sedikit buncitsss. haha. jadinya, bila ada baby, makin senang nampak kebuncitan itu. Cuma bila pregnant ni, ada la ampun sket. takde buncit air. hahaha. Denga jayanya berat naik 2 kilo dari last visit. Sekarang sudah 68kg yo! heeeee, gile berat. Kalau sebulan naik 2kg, mau aku cecah 80 kilo bila nak beranak nanti. Tak dapat ku bayangkan! hahahhaha. Sebab sekarang selera ok, makan takde muntah2, snacking2 jek. Itu agaknya berat naik.
En. suami pun ada ambik video masa doktor scan. Aku dok ulang-ulang tengok tak jemu. macam kagum ada, macam excited ada, macam2 la rasanya. Tak sabarnya nak tunggu next visit. Sebab doktor kata 18 minggu ke atas dah bole tengok jantina baby. :-). Next visit will be on the 7th of April, time tu dah 19 minggu. Aku takde beli apa-apa barang baby lagi pun sekarang ni. Awal lagi kan. Better tunggu sale bulan 6. Time tu ok kot nak beli apa2. Jimat pun jimat. hehe. Banyak juga yer nak guna duit awal2 ni nak beli barang2 baby. Pening jugak. Tapi disebabkan tahun ni tak raya, duit preparation raya, boleh la guna nak beli brg baby. Aku pun tak beli baju raya thn ni. Confirm tak raya dah kan. haha.
Kerja opis yang banyak buat aku rasa nak kerja kat luar hari ni. Takmo dok opis. Tension ah. tengok kiri keje, kanan keje,tgk depan reminder pasal keje, atas meja sepah buku dengan kertas kerja. Ayoooooooooo! rasa nak pi holiday!

Pressure..pressure!

mm…ibu mengandung tak bole stress…tapi kerana kerja banyak..makanya sedikit stress di situ..
dan akibatnya, kulit ni jadi macam rashes ker..eczema ker..aku pun tak tau la…dulu masa belajar…kena gak..pastu ok…doktor ckp aku stress…kesihatan kita ada kaitan yer dengan kulit puan-puan…kalau stress, immune bole lemah…dan senang dapat penyakit kulit…ni sejak-sejak mengandung…datang balik…tapi aku rasa sebab perubahan hormon pun yer jugak…lusa ada appointment dengan dermatologist kat HKL….harapnya dapat membantu…aku pun tak nak la guna ubat steroid tu walaupun mild ker..bagus ker…..biar aku ‘kegatalan’ sket…tapi aku tak nak ada apa-apa effect kat baby….tp setelah di kaji selidik…topical cream steroid ni mmg takde effect melainkan kalau kita ambil steroid tu secara oral…itu memang bahaya pada janin…
semalam tengok teater Terima Kasih Cinta dengan Dik Nun (adik ipar) di Istana Budaya. Ok la…tak seperti yang aku baca kat review…memang boleh tangkap leleh tapi aku tak menjiwai sangat sebab banyak babak yang kadang-kadang terlalu meleret atau lagu back-up terlalu kuat sampai tak dengar dialog atau nyanyian pelakon dia…apa-apapun aku suka dengar Latif ibrahim menyanyi dan juga Vince. Kellllasss gitu! Mantain betul penyanyi veteran sorang ni. Vince walaupun lama tak muncul menyanyi, aku rasa persembahan nyanyian dia sangat berkualiti. Tapi keseluruhan pelakon dia semua nyanyi sedap la…yela, nama pun teater muzikal. kalau ambil pelakon suara sumbang, memang la orang tak nak tengokkan?
Aku bagi 3 bintang jek la dari 5 bintang (2.5 mungkin? haha) Props pun gitu-gitu jer. Aku sakit mata sebenarnya dengan set lampu kalimantang tu. Terang sangat. Bila tengah elok2 dim light, tetiba dia bukak seme lampu, tak ker berpinar bijik mata?
2 minggu ni aku takde kelas. Jadinya boleh fokus pada thesis. Tapi alkisahnya nak kena buat 2 proposal untuk apply grant. Yela, kalau takde duit, macam mana nak buat research. Kalau ada duit, baru boleh ambik student buat research kan. Banyaknya la kerja. Takut tak terkejar je. Pening jugak nak tulis prososal yang panjang berjela siap detail seme. Nak kena mintak quotation macam-macam ni. Kalau dapat dua-dua geran tu…boleh la dapat ratus2 ribu jugak. Tapi itu masih tak cukup untuk aku beli microscope confocal idamanku! huhuhu! Tunggu la i dapat geran juta-juta, time tu bole beli dua-tiga microscope.
p/s: ada ke geran juta-juta untuk kaji serangga? mmmm…