Archives

Pembelajaran, belajar dan menjadi pelajar

Rindu pada kawan-kawan sewaktu persekolahan…zaman Uni…masa belajar di Aussie…
Sebenarnya aku rindukan kehidupan sebagai pelajar…walaupun stress belajar…tapi tak banyak yang perlu difikirkan selain belajar dan dapat keputusan yang cemerlang…
Komitmen kerja dan jadi orang dewasa ni sangat banyak…lagi-lagi bila dah berkeluarga…
Kadang-kadang pelik macam mana mak ayah kita…orang lain yang ada kerjaya, anak ramai boleh uruskan rumahtangga mereka and at the same time berjaya dalam career…pastilah banyak sangat pengorbanan yang perlu dilalui…
Teringat zaman-zaman belajar kat UKM dulu…hu ha hu ha….pi kelas…balik kelas..weekend balik umah…time exam tekun study…time cuti..cuti sakan..weekend2 boleh pi enjoy window shopping ker..tgk wayang ker…dengan kawan2…bestnya…banyak jugak masa melagha…yang sebenar2nya boleh jek cemerlang dalam study kalau betul2 nak…tapi banyak main tuh la…jadi lah macam tu..
Bila aku jadi pensyarah…mengajar…harapan aku sangat tinggi nak lihat anak-anak didikku ini berjaya…dan aku harap mereka manfaatkan ilmu yang diberi sepenuhnya…sedih juga bila kita usaha nak memberi yang terbaik…yang belajar tu ambil endah tak endah…agaknya itulah perasaan lecturer aku dulu bila student dia memain..result teruk…ada yang ponteng la…kalau boleh nak tolong budak-budak ni berjaya…tapi kalau diorang sendiri tak nak usaha…semua nak disuap…payahlah…
dengan keadaan yang mencabar zaman sekarang…lagi-lagi aku mengajar budak master…aku rasa mereka sepatutnya lebih kompetetif…lebih aktif dalam kelas…lebih interaktif…bukan sekadar menerima apa yang disogokkan…bila aku cakap nak bagi kuiz…seme tarik muka risau….bila aku tanya soalan, semua tunduk…kalau bole nak sorok muka bawah meja…sampai kena panggil nama la…apa yang mereka perlu keberanian….tak perlu malu untuk belajar…membuat salah….kalau pun beri jawapan salah, aku amat hargai kalau mereka cuba untuk menjawap…ada keberanian…
aku amat berharap mereka membaca lebih daripada apa yang aku ajar dikelas…sebab soalan exam takkan nak bagi direct jek apa yang di ajar dalam kelas kan…
apa yang boleh aku simpulkan…dulu masa aku jadi lab demonstrator kat aussie untuk budak-budak undergrad…aku rasa mereka lebih matang dalam pemikiran…lebih berani bertanya…mencuba….lebih eager nak belajar…memang ada jek yang tak kisah atau yang jenis malas…tapi mostly kalau disuruh mencuba or menjawap…ramai jek yang nak jadi volunteer…angkat tangan…sebab perasaan ingin tahu dan mencuba mereka sangat tebal mungkin….jadi kelas jadi enjoyable…kita yang nak mengajar pun excited nak tunjuk…dan sana antara pengajar dan student sgt mesra dalam erti kata macam kawan-kawan jek…nak buat jokes ker…nak tanya…selesa untuk berinteraksi…mungkin sebab takde gelaran…main panggil2 nama jek walaupun dia tu pangkat professor sekalipun…kalau kat sini…mungkin rasa hormat/takut itu membuatkan ada jurang antara pelajar dan pengajar…walaupun aku cuba untuk memesrakan diri dengan student….tapi aku tahu mereka tak berani tanya lebih2….bagus jugalah kalau masih ada rasa hormat tapi aku harap jangan jadikan ia batu penghalang untuk bertanya…..budaya kita mmg masih menebal dengan sifat malu….itulah masalahnya…
aku rasa kat sana…time sesi Q&A….memang la banyak soalan sampai kadang-kadang tak cukup masa la nak jawap….menunjukkan mereka dah exposed….banyak membaca…sangat curious…interested dengan topik…mungkin pendedahan atau cara hidup buat mereka begitu agaknya…
apa-apa pun…aku harapkan pelajar malaysia juga mampu bersaing dengan pelajar asing…kita juga mampu jika kita mahu…berani dan rajin….aku juga harap aku mampu jadi pengajar yang bagus untuk mereka…aku juga memang perlu banyak belajar untuk menjadi pensyarah yang kompetent…yang bagus….yang berani…yang cemerlang…
hai…rindunyalah nak jadi student….harap2nya janganlah sia-siakan zaman belajar tu….manfaatkan la sebaiknya…sebab bila dah kerja…banyak sangat komitmen dan tanggungjawap menanti…hilang zaman bersuka hati….
aku masih tetap anggap diri ini masih sebagai ‘pelajar’ walaupun secara tidak formal…kerana bagi aku…pembelajaran itu memang tidak akan pernah habis selagi kita masih mencari….I love being a student! huwaaaaaaaaa….nak balik aussie la cenggini! huhuhu!

In-vitro to In-vivo: The Path to Discovery

Wah, the title sounds so advanced huh? I went to this workshop/seminar today at DKSH in Petaling Jaya. The speaker is from Promega Corporation based in Singapore, Dr. Karthik (hensem macam pelakon bollywood sket. Ada dimple plak tu. :p). He is a Field Application Specialist. He looks so young. Despite that, I bet he is really good in his field. I like his talk. Clear, informative and interactive. Tapi aku rasa dia ni dari India sebab English dia sangat keindiaan. Even Malaysian Indian tak cakap macam tu pekat. Towards the end of the seminar, lagi laju dia cakap, lagi terserlah segala sebutan keindiaannya. Hehe. Pastu the manager of DKSH pulak Chinese, dan cakap english memang sebijik Cina Malaysia. Hujung2 ayat mesti ada ‘hoh’. :-). Terasa sangat 1 Malaysia gitu walaupun the speaker tu tak macam Indian Singapore/Malaysia.

Dah lari topik sket, sebenarnya nak cakap pasal isi seminar tu. Dari pagi sampai petang disogokkan dengan terlalu banyak info pasal molecular studies, on immunology especially. Terasa seperti berat kepala ku ini. My field is way behind this kind of technology. My work is more on fundamental science which does not require bombastic technique. But I know, sooner or later I have to incorporate my field with molecular studies which is not my interest due to the complex system/techniques that I have to know/learn. I hate to learn about genetics and all that. But being an academician/researcher and soon to be ‘scientist’, I have to know a lil’ bit of this and that to update with the current topic/findings and mingle with my colleagues. Not that I want to be a smart ass or what. Plus, it would also be easier for me to supervise my student in future or do collaboration with other researcher. At least, I know the basic of the knowledge. In science, there will always be new findings every single minute and everything evolves so quickly. The research protocol and technology also. It is hard to keep up sometimes. When I was in ANU last time, everyday we have free seminar on others studies doing this and that. Nak pergi atau tidak sahaja.

Being a PhD holder will make people thinks that you are an expert (in everything!) but the truth is, for young researcher like us, there are so many things to learn that sometimes makes you feel like an idiot when you do not know what goes around you (Kerana ada title Dr. di depan mungkin?). For 3 or 4 years we only become an ‘expert’ in our own niche. very narrow subject. How can you expect we know everything and answer all questions? This makes me a bit scared to start my work soon. huhuhu. Takutnya bagi ilmu yang salah. But hey, as long as you willing are to learn and do not afraid to make mistake, the journey will be fine. Buat research pun kemungkinan untuk tidak dapat result/ silap teknik amatlah kerap berlaku kan, normal la tu. Nama pun research. I hope in 20 or 30 years time, I can be one of the expert in my field (or a professor!). InsyaAllah. By that time, I think half of the knowledge (that I should know!) will be inside my head already. haha. But now, even 1/4 pun tak sampai kot! hehe. Ilmu takkan habis jika dicari kan?

Back to the title, what I can conclude from the talk are:
1) Money/funding is so important to do research especially in molecular studies. Semua mahal cek oi! My sis in law berabis riban2 beli brg lab sendiri sebab kekurangan fund. Nak harap fakulti beli, leceh kadang2. Lambat. or kdg2 tak dapat. Sudahnya, keluar duit poket sendiri! Memang bagus semua equipment dan facilities yang ditawarkan, tapi semua mahal. (Mesin tadi yg dia promote tu harga RM120k!) Jadi untuk Malaysia yang punya institusi penyelidikan tu, kongsi2 la barang. Beli mahal2, jangan simpan untuk guna sendiri jek. Like me myself, if I want to buy apotome microscope for my lab pun perlu ratus2 ribu. Bukan sikit. Kat Fakulti ni takde lagi apotome tu. Apatah lagi confocal microscope yang aku guna kat ANU dulu. Makan berjuta! Barang-barang penyelidikan takde yang murah I tell you. Microbalance untuk timbang tuh pun dah harga beribu2 dik! Takkan nak guna penimbang tepung kat dapur tu? Cemana nak timbang yang micron2 tu? A friend of mine said new lecturer akan dpt RM40k utk start our lab bila start mengajar nanti. Mana la cukup. Kalau apply grant pun, blom tentu dpt ratus2 ribu. Depends pada research kita. Tapi dah keadaannya begitu, kena bijak la uruskan kewangan agar research dapat berjalan juga. Dan juga kena ke sana ke mari meminjam barang untuk kegunaan research kita!

2) Multiplexing cell based assays memang gempak! Banyak info boleh dapat using this technique. You can get viability, cytoxicity and apoptosis measurement. Bagus utk org kaji cancer or buat ubat or vaksin. Boleh jugak aplikasi untuk lain. What? Too scientific is it? Sekarang senang, google jek kalau tak faham. :-). haaa, nasib baik kak ipar aku buat immunology. Dulu sebab selalu tolong dia kat lab, aku belajo la sket2 jugak. Sebab tak belaja dulu kan (kalo belajo pun agaknya tak ingat sbb tak minat! haha). Selalu dengar dia cerita pasal research dia, so aku paham jugak la sikit2 bab molecular dan immunology ni. Takde la sangap sangat kata orang. Cuma hands on je tak penah. Teorinya kira ok-ok gitu. Bagus jugak kawan dengan orang lain bidang. Kita dapat banyak info walaupun kdg2 lambat sikit nak digest. hehe.

3) Luciferase Reporter Assays yang baru aku dengar tadi juga sangat bagus untuk membantu menjimatkan masa untuk buat research molecular ni. Dari segi utk protein interactions, signalling pathway in cell etc. Bole buat bioluminescent dengan measure luceferin production. Baru ku tahu dia dapat luciferase tu dari kelip2. Bole guna untuk apllication in vivo. Hebatlah, boleh tengok luminescence tu dari dalam badan tikus tanpa perlu dissect dia. And the area is localized. Bole tau targeted organ. Mana bahagian sakit, mana tak. Tapi kena la ada CCD camera yang canggih dan bench yang warm gitu. Banyak lagi kegunaan dia yang terlalu scientifik untuk disebut. hehehe. Den pun tak la familiar sangat dengan segala term2 itu. Tapi paham la jugak sikit bila dia explain.

Kesimpulannya, haruslah menuntut ilmu tak kira di mana kita berada samada berkait rapat atau tidak. Mana tahu in future sangat berguna. Tak rugi pun belajar ni, ye dak? ๐Ÿ™‚

p/s: sudahnya, hari ni aku tak menulis langsung la. Apatah lagi bukak tgk thesis aku tu. huhuhu. tak boleh dah, otak berat sangat dah ni. Lagipun malam ni I ada date dengan Cik Qaisarah gebu! Rindunya kat si kenit tu! Can’t wait to meet her. ๐Ÿ™‚

A reminder to myself

I am here to do my thesis. Not to waste my time. Yet the sounds of the water fountain is so soothing to my ears. Cannot help myself from watching the water fountain again and again and again. ngee. :D. Venue: Starbucks, The Gardens Mid Valley Megamall. I don’t know why I am here. Maybe I was bored going to the same starbucks again and again (kajang and alamanda). Plus, lately the office internet is so slow tahap cipan! Potong stim nak menulis. Everytime I need to do some searching for the reference, rasa macam nak maki-maki (ops!). Tersangkut-sangkut buat kerja.

I have 12 days to submit my thesis. May Allah guide me the way. Still stuck on my 3rd chapter. Chapter 1 and 6 still have some amendments to do. Argh! (Kalau tak siap 1 Chapter ko jangan balik rumah!!!! ko duduk situ sampai kedai tutup! :p) The more I look at these, the more I stress. So, I better get this one done and close the ‘chapter’ of this torturing part of my studies.

I have to do some shopping after all of the hard work. Cannot tahan anymore. I need new clothes, shoe and handbag. Haven’t shop for a while due to financial constraint. But I don’t care, I need some theraphy (Luckily next month we’re going to get RM500 bonus. yippee!). I will be start working soon so I need new things to give me the motivation to go to work! hehe.

Ok, let’s work my brain till it drains! Chow for now! ๐Ÿ™‚

p/s: the workshop is going to be held on thursday, not wednesday. haiyah!

Chapter 3

Adoi, kepeningan sebentar. Banyaknya image nak di edit. Mm, paling menyampah betul la pilih gambar dari beribu gambar. Dah tu nak edit plak. Berpinar biji mata ni. Tapi aku musykil mana pegi gambar banyak2 yang aku ambik masa 1st year dulu. Mungkinkah dalam external hard disk lapuk itu? Oh, tidak! Harap-harap masih boleh dibaca. Semua cd yang ada aku dah tengok satu2. Tension juga bila ada file tak bole buka dalam MAC ni. Software apotome tu hanya boleh dibuka dengan PC je. Jadi banyak juga gambar tak bole nak edit.
Hari Ahad yang mendung ni tak mematahkan semangat aku nak buat kerja. Kebetulan suami on call, jadinya baik aku datang buat kerja dari duduk rumah. Banyaknya kereta kat UKM. Aku rasa macam hari kerja pulak. Tapi sekarang tengah final exam, rasanya students pun sibuk study jugak. Tak la mengular di waktu hujung minggu.
Setakat ni boleh bertahan lagi buat kerja. Cumanya, jadi tekanan bila gambar tak dapat dibuka! Hai, dugaan betul. Dah satu kerja nak guna laptop lain nak buat kerja. Ni kena songlap laptop suami plak kang. hehe.
Chapter 3, diharapkan anda dapat disiapkan minggu depan juga. Gambatte!!!!!!!!!

I’m home! :-)

Lamanya tak update. Alhamdulillah. Saya telah selamat sampai di tanahair tercinta! Lama tak balik. Dekat 6 bulan lebih. Kali ni tak payah nak rushing, can have my own sweet time. Sebab tak payah balik Aussie semula! yeah!

Tapi, disebalik kegembiraan, rasa sayu juga meninggalkan tempat bermain dan belajar selama 3 tahun setengah. Kehidupan sebagai pelajar yang pasti akan dirindui. Tapi gembira juga sebab akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga tercinta, tak payah berjauhan dengan suami, mama dan ayah.

Sebelum balik ke Malaysia, banyak benda dah berlaku. Sekejap sangat masa berlalu. Tau2 dah sampai Malaysia. Dengan NCG, farewell parties, road trip, lunch dengan SV, karaoke, dan segala macam lagi. Barang yang di hantar pulang juga cukup byk. Dengan kes di airport Sydney. Nyaris2 kena bayar AUD1k++, dengan pertolongan Kak Sha (ni baru kenal kat airport ni), cuma byr AUD200. Alhamdulillah.

Belum lapor diri lagi ni. Harapnya tak payah la sampai submit thesis. Haru jugak nak buat semua benda dan submit thesis ni. Tapi sekarang kat UKM, tumpang ofis kakak. Menulis tetap diteruskan. Harus submit by September. Bila balik ke pangkuan keluarga, banyak komitmen la kan. Lagi-lagi duduk bersama keluarga mertua. Yang ini, aku harus pandai2 sendiri membahagi masa. Kalau dulu single sebagai pelajar, nak tido, mkn, pi ofis tak kira masa pun takpe. Sekarang, banyak benda mau di ambil kira. Masih belajar adjust dengan keadaan. Semoga suamiku memahami dan memberi sedikit ruang sampai aku submit thesis ni. Mungkin akan jadi mcm orang gila sikit sbb dateline makin hampir dan kerja yang banyak. Stress juga bakal terjadi. Kelmarin semangat beli meja study dan kerusi. Misi lain, mencari lampu study pulak. Harus isolate diri dalam bilik, kalau aku buat kerja kat bawah, mmg tak buat kerja sbb ada 2 makhluk kenit kat rumah tu nak main dengan Mak Lang. hahaha.

Besok baru nak balik Johor jumpa mama dan ayah. Aku sangat rindukan mereka dan aku pasti, mereka juga sangat rindukan aku. ๐Ÿ™‚

Senak perut

Wahida

Bila aku tengok email yang ada info kat atas ni, senak perut aku. Tak boleh nak jangka berapa ramai yang datang walaupun bilik seminar tu boleh muat 100 orang. Fuh! serammmm! Slaid baru halfway siap. InsyaAllah malam ni siap dan besok boleh tunjuk Paul.

Penat praktis futsal dua tiga hari ni. 2 jam sekali main. Stamina kaput! Tapi slowly la kan. Ada improvement la. Bagus jugak, at least stress-stress bole tendang bola. Bersukan ni boleh mengurangkan tekanan selain ย bersosial. Harap-harap boleh menang medal la tahun ni. hehe. semangat betul.

Adik dan rakan

Semalam jumpa seorang pegawai di ANU yang menguruskan kemasukan pelajar, yuran dsb. Melegakan sedikit kepala otak bila dia cakap tak payah bayar yuran lepas submit thesis bagi yang duduk offshore. Cuma kemusykilan aku sekarang bila dia cakap kalau re-submit kena enroll balik as student. Kalau enroll tak payah bayar yuran ke? Dia cakap flat rate fee AUD4k utk 6 bulan. mm, nak kena confirmkan balik ni.

Malam tadi keluar minum-minum kat Gus cafe. Sedapnya caramel cinnamon latte di waktu sejuk begini!! Sempena meraikan budak-budak ni habis last paper semalam. Merdeka la. Boleh bersuka ria. Kalau tak serius je semua study. Tegur pun tak nampak. hehe. Macam-macam ragam kan. Seronok bercerita dengan Sarah yang blur-blur plus giler. Lama giler tak jumpa minah ni, dok diam-diam kat Academy house tu. Zaza super crazy, Inaz yang tengok mood, Shaz yang lambat digest. hahaha. Aku tau mesti aku rindu budak-budak ni nanti bila balik Malaysia. Sibuk dengan kerja dan keluarga. Apa-apa pun, I know the friendship will remains forever. :-). Susah nak kata friendship ni. Sbb aku anggap diorang semua adik-adik yang rapat dengan aku, tapi masa yang sama geng yang fun. hehe. Kakak-adik, bestfriend? Kat Malaysia pun banyak adik lain yang agak rapat juga. hahaha. Kawan dengan budak-budak muda ni, aku pun jadi muda. hehe. I mean, banyak benda yang aku tak up to date semua diorang bagi tau. Nanti selalu kena gelak dengan Zaza kalau aku macam ketinggalan keretapi. :p. Apa-apa lah kan. Jarak umur yang jauh ni memang buat dunia aku lain sikit la dari diorang.

Berkawan dengan diorang banyak ingatkan aku pada zaman undergrad yang takde masalah selain belajar je. Study then main. Takde apa nak risau-risau sangat. Rindu zaman sekolah dulu-dulu. Rindu geng-geng UKM dulu. Sekarang dah tua dah pun masih belajar cuma komitmen lain banyak la. Tuh yang mencabar.

Mm, lagi 12 hari nak presentation. Aku harus siapkan power point dan berlatih sebanyak mungkin!!!