Archives

Cerita rojak

Banyak sangat cerita yang nak ditulis tapi selalu takde masa. Bila dah peram jadilah lupa. Baru-baru ni pergi Kedah 3 hari 2malam sebab suami ada reunion sekolah JENAN (SMSAH) kat Jitra nun. Jauh perjalanan dan perjalanan balik memakan masa 11 jam dek kerana banyak kereta dan jam waktu public holiday ni. Sakit pinggang dan badan toksah la cakap. Kedah panas terik dan hujan waktu malam jek. Tapi petang sabtu tu hujan jugak masa depa nak main bola. Sudahnya, bapak-bapak orang tu semua main bola dalam ujan. Macam dah bajak sawah dah. haha. Lepas gian nak main bola dalam hujan macam waktu sekolah dulu. Yang datang tak la ramai. Ada la dalam 30 orang lebih je termasuk family. Tapi ramai datang tak bawak anak isteri. Semua ‘single’. I ni isteri mithali maka ikutkan je la aktiviti suami saya. :-).
Antara acaranya melawat cikgu-cikgu yang sakit. Ada yang kena kanser, kaki kena potong sebab diabetes, strok dan ada jugak yang sihat lagi. Bagus jugak la diorang ni dok lawat cikgu-cikgu depa. Selain tu banyak acara makan2 je. Ada la jumpa student bagi ceramah kerjaya. Gotong royong.
Kesempatan ni jugak diambil untuk jenguk Tok dan Wan suami kat Yan nun. Sebab raya confirm tak balik kalau bersalin di bulan puasa. Pastu lawat Pak Su di Changlun. Letih sangat. Tapi puas jugak la berjalan.
Seminggu sebelum tu balik Singapore dengan JB lawat Nyai, Yai, mama, ayah. Sebenarnya tujuan nak makan masakan Nyai dgn ayah. hehe. Tetiba nak makan serunding Nyai. Balik naik flight je sorang2 walaupun mula2 ramai dok risau. Tapi alhamdulillah selamat pergi dan pulang. Badan pun tak penat. Nyai masak macam2 ala2 nak raya gitu. Siap dengan lontong, lodeh, sambal goreng, paru semur, serunding. Lengkap la. Pastu ayah pulak masak sedap2. Ada asma rojak, asam pedas la, ayam masak merah. Kalau pregnant duduk dengan depa mau kembang setaman. Hari2 menu sedap2 belaka. hahaha. Balik tu jugak sebab nak celebrate besday ayah yang ke 62. Dah lama tak celebrate birthday ayah sebab dok aussie. Sebab semua org sibuk, aku jek la wakilkan anak-anak dan menantu yang lain. Tujuannya tak nak ayah rasa kecik hati sebab besday mama mmg time krismas, seme mmg cuti dan bole celebrate. Walaupun ayah mcm tak kisah, tapi sebagai anak aku rasa perlu berlaku adil. I just want to make him happy and rasa dihargai jugak. Walaupun anak2 lain tak pernah lupa nak wish kan. Sebab hanya aku je yg ada, maka acara biasanya makan2 jek la. Next time bole la bawak ayah makan2 atas cruise kat putrajaya nun. Dari ari tu dok kata nak naik cruise. Aku memang anak manja ayah, sangat sayangkan ayah dan sangat dimanjakan ayah. Mana mungkin aku sampai hati nak biarkan ayah sorang2 di waktu hari jadi dia. Biar aku amik cuti lama pun takpe la janji ayah happy. Kebetulan mama terpaksa bekerja. Jadinya aku yang temankan ayah dan kami dapat jugak lunch bertiga dengan mama sebelum aku fly balik KL. Sebelum tuh pun dapat dinner best dah. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah berkati usianya, di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga ayah sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya supaya aku dapat berbakti dengan ayah sepuasnya sebelum Allah mengambil semula hakNya dari aku. Aku sedar semua hanya pinjaman namun sebagai manusia kita tak mampu mengikis rasa ingin memiliki selama-lamanya benda yang kita sayang.
Cerita lain, aku dah habis marking exam student-student aku. Memang sangat mengecewakan. Padahal aku rasa dah bagi semua dalam kelas. Yang boleh jawap hanya 2 orang je. Yang lain ada markah atas pagar, yang gagal pun ada. Walaupun student master tu hanya 12 org, tapi itu buat aku lg sedih sbb aku menumpukan pada mereka sahaja dan banyak nota dah diberi. Tinggal nak study pun malas. Ada tu tanya lain jawap lain tuh lagi aku pelik. Takkan tak faham langsung soalan. Memang la exam dan kelas in english tapi itu mmg requirement nak buat master ni kan. Takkan diorang sampai tahap tak faham bahasa inggeris kot. Cemana apply amik master ni? Yang jawap merapu pun ada. Yang mcm copy nota power point aku pun ada. Hafal sungguh ni. Faham ke tidak ntah. Kesimpulannya aku tak boleh nak salahkan diorang 100%. Mungkin ada kelemahan aku sebagai pengajar. Walaupun aku rasa dah beri yang termampu. Mungkin pendekatan perlu diubah. Yela, aku pun baru jek mengajar.
Lain-lain, baby dah makin kuat menendang. Sekarang sakit pinggang pun kerap. Tak boleh nak duduk lama2. Aku blom beli brg2 baby lagi. Masih belum ada mood. Ni dah masuk 23 minggu. Ada lagi 17-19 minggu sebelum bersalin. Aih, makin besar perut mesti lagi sakit pinggang kan. Sabarkan jek la. Pengalaman nak jadi ibu bukan senang kan. Demi anak, sanggup je seme benda. Tak bayangkan mama yang pregnant teruk sampai 9 bulan pun muntah2 dah loya. Aku ni alhamdulillah masuk 4 bulan dah sihat tak loya2. Pengorbanan ibu memang la tak ternilai harganya. Sebab tu syurga bawah telapak kaki dia. Blom kira bab sakit bersalin. Ish, seram bila fikir2. Aku ada beli mag pasal pregnancy and new parents, bila baca bab bersalin, memang ngilu. Mampu ke aku hadapinya? Macam sakit sgt je…isk. Takut!

Advertisements

What to do?

I think I have to go somewhere else to do my writing.

Paul had been asking about my progress and I need to submit some drafts soon.

Stress la wei! Too many commitments. Keje macam siput lagi-lagi bulan puasa. With the kids and house chores and everything. I hope my husband will give me some time and space for me to finish what I have started. Nak balik kampung la! Part of me feeling guilty a bit. Macam lari dari tanggungjawap. Siapa nak masak, nak urus kain baju, nak kemas, nak melayan si kecik, nak manjakan dan melayan suami? :p. Padahal selama ni orang lain yang buatkan dan pandai-pandai sendiri je si suami uruskan diri. Tapi bila dah balik ni, I know I have to do all that. Being me who love being a ‘perfect’ housewife kalau boleh semua nak buat sendiri. Kalau mak kita dulu boleh, kenapa kita tak? Cuma pengurusan rumah besar dan orang yang ramai je la sekarang ni. Lain la kalau duduk berdua sahaja. Entah la bila. How I wish to have my own house. Maybe later. Now, kurang stabil sket.

I have to push myself more. Maybe have to do extra writing at home but with the lil’ ones boleh ke? Sekarang ni kalau kita nak naik bilik atas, pantang nampak, nak mengekor je. Kalau nampak kereta ada, kita kat atas, dari bawah dah menjerit sekuat hati ” Mak Lang! Mak lang kat mana?!!” sampai la kita turun. hehe. Seriously, I have to isolate myself for couple of weeks! Sorry my dear husband and my dear Sorfina. I don’t have much choices. Cuma sekali ini sahaja. Please?

Jiwa kacau

Setan memang banyak betul dekat dengan aku sekarang ni agaknya. Asyik nak marah je. Jiwa pun kacau. Memang setan ah!

Setan-setan, tolong pergi jauh-jauh! Jangan nak bisik-bisik hasut aku. Aku pun penat aa macam ni. Benteng aku bukan kuat sangat.

Ko menyetan sebab tak lama lagi nak puasa ye? Padan muka la time tu.

Kusut!

Pancit!!

Oh, sangat penat hari ni. Setelah 3 minggu tak berlari/bersukan, hari ni tetiba main frisbee 2 jam. Memang pancit sangat! dah la aku memang bukan ahli sukan tegar. hahaha. tapi apa-apa pun seronok dapat keluar peluh. Macam nak tanggal kaki aku, nafas pun semput-semput dah. Saja main suka-suka. Tak nak main untuk NCG MASCA. Nak bersukan jek.

Pagi tadi bangun awal pagi masak nasi lemak dengan sambal udang. Lepas makan terus pegi DFO sebab Zek nak cari baju untuk winter and kasut. Aku pun nak cari kasut untuk futsal. hehe. Dah dekat 4 tahun tak beli kasut sukan,beli-beli terus beli kasut futsal. haha. Sebab nak join team futsal. Nanti balik malaysia pun boleh main futsal dengan kawan-kawan lain sebab aku tahu ada yang main. Aku nak bersukan. Untuk kesihatan. Murah jek, $50. Itu paling murah untuk kasut futsal. Sini seme benda mahal. Beli guna duit jual kuih pulut serunding. :-). hehe.

Malam ni confirm tido pengsan. Tapi sebenarnya hati macam nak buat kerja sikit, cuma badan dah tak larat ni. ZZZzzZZZzzZZz…….:p

Celik

It’s 3.30 am already and I couldn’t sleep…

Mata masih terkebil2…otak masih berfikir…

Damn! I hate to be in this situation…

Bila ada sesuatu terbuku di hati…atau sesuatu yang tidak selesai antara aku dan dia…mesti macam ni…

dan aku tahu…esok pasti akan lebih derita!

Kusut

Aku sangat manja. Sangat sensitif. Dan bila mana ada benda-benda yang melibatkan orang tersayang, airmata ini mudah mengalir. Kadang-kadang rasa diri begitu lemah. Namun sejak aku di bumi asing ini, aku rasa aku dah banyak berubah. Semakin tabah, semakin pandai mengawal rasa dan emosi. Sangat sabar. Namun kadang-kadang tewas juga dengan permainan perasaan. Mungkin bila dah kurang bersabar dan asyik-asyik benda sama jek berulang-ulang sampai jadi bosan. Kadang-kadang aku sendiri tak faham kenapa perlu menangis dan terlalu mudah menangis? Tapi tangisan itu sebenarnya banyak membantu melepaskan beban di dada. Malam ini aku menangis semahunya. Kecewa yang ada aku lepaskan. Biar tiada siapa yang tahu. Aku tiada tempat mengadu selain Allah dan hanya blog ini dan satu lagi. Hampa sebenarnya kalau kita meletakkan harapan pada orang, tapi orang itu tidak ambil pusing pun pasal kita. Sedangkan kita sangat-sangat mengharap yang dia memahami lagi-lagi kalau kita rasakan hanya dia sahaja yang faham diri kita. Itu semua membuatkan yang dekat jadi jauh. Yang rapat jadi renggang. Sebab semua itu sedikit sebanyak melibatkan kepercayaan yang orang itu tidak akan mengecewakan kita. Sepatutnya dia membuat kita gembira. mm, fikiran kusut. Kacau. Aku benci dengan keadaan mcm ni. Out of control. Bangun pagi dengan kepala pening dan mata yang bengkak tidak membantu untuk menghadapi hari dengan aman dan tenang. Aku rasa macam nak lari!

Snap back to reality

I’m here. In Canberra. Sad. Upset. Because I had to leave everybody that I loved back home. Because I am here all alone. I have to get back to work. I must finish my studies. No more holiday. From now on, I must get serious. My hubby bought me a Macbook Pro. huhuhuhu. Thank you dear.:-) This is due to my ACER laptop yg dah mula buat hal. I need it so much as I am on my writing stage.So kena semangat2 buat keje.

Semalam adalah hari yg sgt memenatkan. Dari dalam flight sampai menjejakkan kaki ke Canberra ni, ke sana sini mcm org gila. Sampai2 Canberra, terus amik keta sewa. Sewa FordXR6 beb. Saja sewa keta besar sbb nak pindahkan brg. Terus memandu ke Mawson sbb nak beli daging and groceries semua. Senang beli seme yg berat2 sbb nanti bila dah takde keta seme kena menapak. Beli beras, minyak dan segala brg dapur yg boleh stok. Penuh jgk freezer dgn segala ayam, daging. Ikan jek tak beli sbb pasar tak bukak. Lepas ke Jabal Halal singgah Wollies. Penuh jgk 1 troli dgn brg. Balik dr Woolies terus ke Unilodge untuk check-in. Lepas tu letak brg2 semua terus pegi bilik junior amik brg2 yg tumpang hari tu. Lepas angkat brg 2 trip, terus pi Lyneham ambik surat2 kat rumah sewa lama. Pastu singgah Dickson beli makanan sbb lapar sgt dah. Kul 7ptg dah rupanya. Tak perasan belum lunch. Berenti solat jap dan makan 2,3 suap. Menggigil dah time mkn sbb lapar sgt. Sempat mkn sikit jek sbb dah janji nak amik brg2 kat rumah Hawa. Pi 2 keta dgn Bob. Penuh kedua2 kereta dgn brg sampai seat2 depan.haha. Giler byk brg. Lepas tuh berangkut2an pulak dr parking ke tingkat 3. Dah la bilik kat hujung dunia. byk kali trip jgk la sbb troli kecik. sedar2 dah pukul 9mlm. Terus smbg kemas sket2, and cuci ayam daging and peket2 kan. Kul 11.30 perut dah lapar giler and kaki takleh diri dah. terus mandi dan makan. pastu tido pengsan. tp kul 5 pg dah jaga. maybe sbb tmpt baru kot. ingat nak pi ofis hari ni tp bdn sakit2. Maybe sbb penat angkat brg. Berat2 semenya. Nasib baik Bob ada tlg angkat yg berat2. Hari ni abiskan mengemas rumah.Tadi pi antar keta, beli brg lagi sket. Penat.

Besok kena start buat keje. balik cuti langsung tak bukak psl keje. takde mood satu hal. pastu sbb byk sgt komitmen and benda2 lain. Biasala. Bukan duduk rumah sendiri bole buat sesuka hati kan. Jadinya, aku amik keputusan utk concentrate kat sini jek la. Besok menjawap la dgn Paul. takpela. dia nak marah, marah la. Yg penting aku berazam nak abiskan keje sebelum july ni. Dan aku sgt2 nak balik dan jaga suami dan rumahtangga aku dan start family.

Byk cerita dan hal yg berlaku sepanjang cuti ni. Nanti la aku cerita sikit2. Tak sempat nak tulis seme. Azam tahun baru: untuk jadi insan lebih baik dari sebelumnya dan balik dengan Ijazah PhD!:-)