Archives

Cerita rojak

Banyak sangat cerita yang nak ditulis tapi selalu takde masa. Bila dah peram jadilah lupa. Baru-baru ni pergi Kedah 3 hari 2malam sebab suami ada reunion sekolah JENAN (SMSAH) kat Jitra nun. Jauh perjalanan dan perjalanan balik memakan masa 11 jam dek kerana banyak kereta dan jam waktu public holiday ni. Sakit pinggang dan badan toksah la cakap. Kedah panas terik dan hujan waktu malam jek. Tapi petang sabtu tu hujan jugak masa depa nak main bola. Sudahnya, bapak-bapak orang tu semua main bola dalam ujan. Macam dah bajak sawah dah. haha. Lepas gian nak main bola dalam hujan macam waktu sekolah dulu. Yang datang tak la ramai. Ada la dalam 30 orang lebih je termasuk family. Tapi ramai datang tak bawak anak isteri. Semua ‘single’. I ni isteri mithali maka ikutkan je la aktiviti suami saya. :-).
Antara acaranya melawat cikgu-cikgu yang sakit. Ada yang kena kanser, kaki kena potong sebab diabetes, strok dan ada jugak yang sihat lagi. Bagus jugak la diorang ni dok lawat cikgu-cikgu depa. Selain tu banyak acara makan2 je. Ada la jumpa student bagi ceramah kerjaya. Gotong royong.
Kesempatan ni jugak diambil untuk jenguk Tok dan Wan suami kat Yan nun. Sebab raya confirm tak balik kalau bersalin di bulan puasa. Pastu lawat Pak Su di Changlun. Letih sangat. Tapi puas jugak la berjalan.
Seminggu sebelum tu balik Singapore dengan JB lawat Nyai, Yai, mama, ayah. Sebenarnya tujuan nak makan masakan Nyai dgn ayah. hehe. Tetiba nak makan serunding Nyai. Balik naik flight je sorang2 walaupun mula2 ramai dok risau. Tapi alhamdulillah selamat pergi dan pulang. Badan pun tak penat. Nyai masak macam2 ala2 nak raya gitu. Siap dengan lontong, lodeh, sambal goreng, paru semur, serunding. Lengkap la. Pastu ayah pulak masak sedap2. Ada asma rojak, asam pedas la, ayam masak merah. Kalau pregnant duduk dengan depa mau kembang setaman. Hari2 menu sedap2 belaka. hahaha. Balik tu jugak sebab nak celebrate besday ayah yang ke 62. Dah lama tak celebrate birthday ayah sebab dok aussie. Sebab semua org sibuk, aku jek la wakilkan anak-anak dan menantu yang lain. Tujuannya tak nak ayah rasa kecik hati sebab besday mama mmg time krismas, seme mmg cuti dan bole celebrate. Walaupun ayah mcm tak kisah, tapi sebagai anak aku rasa perlu berlaku adil. I just want to make him happy and rasa dihargai jugak. Walaupun anak2 lain tak pernah lupa nak wish kan. Sebab hanya aku je yg ada, maka acara biasanya makan2 jek la. Next time bole la bawak ayah makan2 atas cruise kat putrajaya nun. Dari ari tu dok kata nak naik cruise. Aku memang anak manja ayah, sangat sayangkan ayah dan sangat dimanjakan ayah. Mana mungkin aku sampai hati nak biarkan ayah sorang2 di waktu hari jadi dia. Biar aku amik cuti lama pun takpe la janji ayah happy. Kebetulan mama terpaksa bekerja. Jadinya aku yang temankan ayah dan kami dapat jugak lunch bertiga dengan mama sebelum aku fly balik KL. Sebelum tuh pun dapat dinner best dah. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah berkati usianya, di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga ayah sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya supaya aku dapat berbakti dengan ayah sepuasnya sebelum Allah mengambil semula hakNya dari aku. Aku sedar semua hanya pinjaman namun sebagai manusia kita tak mampu mengikis rasa ingin memiliki selama-lamanya benda yang kita sayang.
Cerita lain, aku dah habis marking exam student-student aku. Memang sangat mengecewakan. Padahal aku rasa dah bagi semua dalam kelas. Yang boleh jawap hanya 2 orang je. Yang lain ada markah atas pagar, yang gagal pun ada. Walaupun student master tu hanya 12 org, tapi itu buat aku lg sedih sbb aku menumpukan pada mereka sahaja dan banyak nota dah diberi. Tinggal nak study pun malas. Ada tu tanya lain jawap lain tuh lagi aku pelik. Takkan tak faham langsung soalan. Memang la exam dan kelas in english tapi itu mmg requirement nak buat master ni kan. Takkan diorang sampai tahap tak faham bahasa inggeris kot. Cemana apply amik master ni? Yang jawap merapu pun ada. Yang mcm copy nota power point aku pun ada. Hafal sungguh ni. Faham ke tidak ntah. Kesimpulannya aku tak boleh nak salahkan diorang 100%. Mungkin ada kelemahan aku sebagai pengajar. Walaupun aku rasa dah beri yang termampu. Mungkin pendekatan perlu diubah. Yela, aku pun baru jek mengajar.
Lain-lain, baby dah makin kuat menendang. Sekarang sakit pinggang pun kerap. Tak boleh nak duduk lama2. Aku blom beli brg2 baby lagi. Masih belum ada mood. Ni dah masuk 23 minggu. Ada lagi 17-19 minggu sebelum bersalin. Aih, makin besar perut mesti lagi sakit pinggang kan. Sabarkan jek la. Pengalaman nak jadi ibu bukan senang kan. Demi anak, sanggup je seme benda. Tak bayangkan mama yang pregnant teruk sampai 9 bulan pun muntah2 dah loya. Aku ni alhamdulillah masuk 4 bulan dah sihat tak loya2. Pengorbanan ibu memang la tak ternilai harganya. Sebab tu syurga bawah telapak kaki dia. Blom kira bab sakit bersalin. Ish, seram bila fikir2. Aku ada beli mag pasal pregnancy and new parents, bila baca bab bersalin, memang ngilu. Mampu ke aku hadapinya? Macam sakit sgt je…isk. Takut!

I’m going back home! yeay!

In few hours time I will be leaving Canberra to my home sweet home – MALAYSIA! yeahaaa! :-). Off to melbourne first. Will be taking the flight from Melbourne at 1.25a.m tomorrow.

I am so excited since yesterday that I couldnt sleep. Tossing around for 2 hours. I am so excited to see all the faces that I love. very very excited.

My schedule quite full for this holiday. Meeting friends, visiting families, weddings etc. I already mark my calendar for all the important events. Excited!

Happy news before I’m leaving, I got secured an accommodation at Unilodge next year. Alhamdulillah. Sgt2 syukur. Ada juga tempat berteduh semester depan. Walaupun rent mahal cekik darah ($285 per week, yes ppl, I repeat, it is $285 australian dollars per week!), tapi sbb takde choice, I took the offer. Studio single. Have to work my ass off next semester. To find money, money, money and to work on my thesis. Talking about thesis, I have to finish my 2 chapters during this long, 5 weeks holiday. I wonder when I am going to do that since I have a lot of plans and it is all non academic thingy. haha. Ok, I’ll try my best. I do not want to get into trouble when I come back here. 

Can’t wait to meet old friends. We will be having a small gathering in January. Excited again. hehe.

Ok, I better get ready cause I will be leaving to the airport in less than 1 hour. Till then, babai! 🙂

long weekend in Sydney

Lama tak blog. Sibuk sbb kawan2 dtg dr Malaysia. Bwk jalan2. Weather pulak pelik. Kejap ujan kejap panas. tapi byk yg hujan. Kesian Zana dgn Nurul kerana percutian penuh dgn hujan!hehe. itu blm termasuk kami buat drama hujan.haha. Rindu dah kat diorang. Bila jumpa balik, rasa mcm zaman2 kat U dulu. Gelak2 mcm takde masalah, buat2 lawak bangang, usik2. Tapi seme pun dah makin dewasa. Perjalanan ke Sydney hari sabtu hari tu agak smooth. Cuaca boleh dikatakan elok la masa kat highway. Hujan renyai2 sket jek. Tapi angin sgt sejuk dan kuat semasa kami berhenti di McDonalds Goulbourn. Mm, Nurul drive sepanjang perjalanan ke Sydney. Aku drive masa dlm city jek. Hujan lebat giler. Merasa la kami drive Mitsubishi Lancer yg agak baru (Model 2008 tuh) cuma aku tak suka seat dia agak keras dan bunyi enjin agak kasar. Maybe sbb aku sll bwk civic dia bunyi senyap jek kan. Interior dlm civic pun lebih kemas, cantik dan elegant gitu.hehe. Lancer ni mmg nmpk sgt ke’sport’an dan kelakiannya nya. Sabtu tu ingat nak ke Bondi beach, hujan sgt lebat tak jadi la nak ke Beach. Hanya sempat pi Darling harbour dan membayar tiket parking yg berharga AUD22 kat Star City (giler mahal! tapi penah kena lagi mahal iaitu AUd25 kat Sydney Opera House). Sblm tu pi Paddy’s Market. Nurul kehilangan wallet kerana telah diseluk oleh penyeluk beg. Tapi mmg ramai giler manusia dan jalan bersesak2. Maybe sbb cuti pjg. So few hours spent buat report seme termasuk report polis. Mlm tu dah kepenatan pastu tgg org kat Msian Hall yg membuat onar sbb takleh nak check-in sbb dia pi open house raya. Bole tak? So lepas kul 10 mlm kami baru bole check-in. Dekat sejam lebih jgk kami lepak dlm kereta gara2 menunggu. Nak masuk kat situ tgh buat open house raya la pulak. Segan. Aku ingat nak bwk diorang jln2 pi Chinatown. tapi sbb ujan tak dpt la jln. Ahad tu pepagi dah kuar dgn harapan cuaca elok tapi harapan tgl harapan jek la. Cuma hujan tak selebat semlm. Pi Darling Harbour sekali lg utk bergambar. Pastu gi The Rocks utk mkn Pancake on the Rocks. Aku dah janji nak belanja diorang. Then jln2 kejap kat The Rocks Arts market. Amik Ferry ke Taronga Zoo. Penat btl. Zoo yg sgt besar dan berbukit2. Pastu balik Circular quay balik utk amik Ferry ke Manly Beach. Semata2 nak makan Fish and Chips and tgk Beach.haha.Ujan renyai2 jek. Fish and Chips dia mmg sedap. padanlah dapat awards dr Sydney Morning Herald. I like!:-) Sempat belasah ice-cream favourite aku Boynsenberry Ripple (Royal Copenhagen Ice-cream) dlm sejuk2 tuh. Dan aku pun baham 1 slice pizza setelah makan ice-cream. Giler byk mkn. balik dah kepenatan sgt2. Naik bas balik Msian Hall sbb dah pulangkan keta sewa. Nyaris2 silap turun. Kalau tak naya jek menapak mlm2.haha.

Bsknya tak ke mana sgt. sbb bas aku balik Canberra kul 1. So sempat mkn2 dan jalan2 kat Haymarket jek la. Pastu diorang jln2 sendiri. Sedih plak masa nak berpisah. Ntah. rasa mcm kejap sgt. Hopefully nnt kat Malaysia bole buat cuti2 Malaysia pulak.