keep up the good spirit!

Semalam banyak kali tukar tempat. Tak boleh nak fokus and concentrate. Maybe sebab malam sebelumnya tak bole nak tidur sangat. Tak tau kenapa. Mungkin terlalu excited or anxious nak abiskan semua ni. Dateline pun dah dekat. Ni aku yang buat sendiri. Hehe. Pandai-pandai uruskan tarikh presentation and date utk submit thesis. Dari pagi, start pergi library. Cari buku then baca kejap. Pastu balik ofis, copy semua file yang patut, uruskan hal thesis dengan admin, pastu aku gerak pi cafe untuk sambung keje. Duduk dalam 2jam pastu macam tak bole concentrate jugak. Last-last pegi library. Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah pada diri sendiri sebab tak balik rumah. Aku rasa guilty akhir-akhir ni kalau tak produktif dalam sehari. So semalam bila sampai Chiefly library baru boleh menaip sikit dengan mendengar alunan ayat-ayat suci al-quran. Tenang sikit ati. Kebetulan bawak head phone. Aku rasa macam nak marah semalam dan agak stress dengan diri sendiri. Tapi nasib baik dapat bertenang dan terus fokus.

Hari ni duduk bilik jek. Mengantuk sepanjang masa. Lepas ni baru nak sambung kerja. Aku rasa macam ada benda tak kena kat rumah ni. Kalau duduk rumah jadi malas nak buat kerja walaupun semangat berkobar-kobar. Macam ada yang menghalang. Mungkin suasana rumah tu. Entahlah. Macam tadi, baru start baca journal, mata macam ditarik-tarik. Hai, entah apa nak jadi. salahkan cuaca kah? Winter memang begini. Mandom jek sentiasa kot. Kesimpulannya, semestinya rumah aku ni tak sesuai untuk writing thesis. hehe. walaupun meja study panjang gaban. :p

8 Julai ni penentu segalanya. Pembentangan thesis aku pada ahli-ahli department untuk terakhir kali. Apa nak cakap selama sejam ni? hehe. Paul dah pesan jangan buat powerpoint slides banyak2. maximum 25 jek. Ok, saya cuba. Selalu terlebih buat slides aku ni. Dan aku rasa 8 July ni jadi dateline aku untuk selesaikan semua kerja. Thesis kena complete 90% at least. Sebab lepas tu nak buat correction pulak. Aku dah hantar notification to submit thesis pada admin untuk diorang siapkan semua dokumen and appoint examiner. InsyaAllah 16 July. Kalau pun aku tak sempat nak submit by 16 tu, aku bagi masa sampai akhir July untuk siapkan semua. Aku harus pulang. Duit pun makin berkurang dan aku sangat homesick skrg. Jadi semua ni jadikan aku lebih bersemangat untuk balik. Suami aku pun akhir-akhir ni banyak bagi kata-kata semangat untuk aku balik dan lebih banyak bertanya keadaan aku jadikan aku lagi la semangat nak balik! Thank you dear.:-). Aku tambah semangat bila fikirkan yang tahun ni aku akan dapat berhari raya di Malaysia bersama keluarga! Oh, tak sabarnya! Dan semoga aku dapat pulang sebelum puasa menjelang. Rindu sangat nak berpuasa di Malaysia. Ok, minggu depan sambung ganti puasa lagi sementara maghrib masih awal lagi. hehe.

So apalagi. Semangatlah buat keje cik adik oi! kata balik malaysia cepat! Cepat buat kerja sekarang! šŸ™‚

Leave a comment